Tiga sekeluarga ini mengalami detik cemas apabila dibawa arus deras walaupun menaiki 4×4 dan rupanya ini yang berlaku.

ISU SEMASA Kehidupan Keluarga

Tiga sekeluarga nyaris dibawa air laju selepas kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam air banjir di Kampung Batu 10 berhampiran Plaza Tol Chukai, Kemaman, Terengganu pagi tadi. Dua lelaki dan seorang wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba Kemaman.

Menurut Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika individu yang terlibat dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Mak Lagam di sini. “Tindakan tersebut telah menyebabkan kenderaan individu tersebut rosak dan tenggelam di dalam air,” jelasnya lagi.

Artikel berkaitan: P4dah tak dengar cakap

Sementara itu di Jerantut Pahang, sekumpulan 15 penduduk bergadai nyawa menyelamatkan sebuah pacuan empat roda yang dihanyutkan oleh air deras di Kuala Krau, semalam. Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu kenderaan datang dari arah Temerloh ke Jerantut itu dikatakan berdegil melalui laluan berkenaan walaupun dihalang penduduk. Penduduk, Shahfiez Suhaimi, 36, berkata, laluan berdekatan tapak Pekan Sehari, Kuala Krau dinaiki air dan ditvtup untuk semua kenderaan.

“Namun pemandu itu yakin air masih tidak dalam. Pemandu dan penumpang seramai tiga orang berdegil meneruskan perjalanan, walaupun kami yang berada di tepi jalan cuba menghalang mereka. Semasa pacuan empat roda itu berhenti, kami memberitahu mereka kenderaan tidak lepas kerana air dalam, tetapi pemandunya degil dan kata nak cuba juga.

“Sampai di tengah laluan, air berada pada paras separuh kenderaan menyebabkan enjin m4ti dan pacuan empat roda itu mula hanyut dibawa arus,” katanya. Menurutnya, melihat keadaan itu, dia bersama rakan dan beberapa penduduk berada dalam bot berusaha membantu individu tersebut. Shahfiez berkata, mereka berjaya mengejar dan menyelamatkan penumpang serta mengawal kenderaan dari terus hanyut.

“Kami mengikat kenderaan itu dan menariknya menggunakan pacuan empat roda lain,” katanya. Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyelamatkan kenderaan itu. Sumber: Bernama, HMetro

Lembu Terpaksa Berendam Tatkala Banjir Buat Warganet Sebak. Haiwan Ternakan Tersebut Bernasib Baik Ada Orang Yang Menghulur Makanan Buat Mereka

Seperti yang semua sedia maklum, hujan lebat minggu lepas telah menyebabkan beberapa daerah di negeri Pahang mengalami banjir. Banjir kali ni cukup dahsyat sehinggakan ada rumah yang ditnggelami air hingga ke paras bumbung.

Selain dari penduduk, haiwan sekitar kawasan kejadian juga turut terkesan dengan banjir ini. Satu video yang tular oleh @fyqamurfiqah berkenaan kejadian banjir itu mendapat perhatian warganet yang turut terkesan. Dalam video tu kita boleh tengok haiwan ternakan terpaksa ‘berendam’ tatkala banjir. Korang tengok video kat bawah ni.

Kesian dia sejuk.Kesian admin tengok lembu-lembu dalam video ni. Mesti sejuk kan berendam dalam banjir tu. Lapar pun satu, rumput takde nak makan macam mana. Nasib baik ada orang datang hulur makanan.Admin pun tersentuh gak. Banjir paras bumbung memang terpaksa lah lembu-lembu ni berenang lama-lama sambil cari makan.Lembu pun sejenis mamalia. Nak kan panas untuk rasa selesa. Kesian admin tengok kesejukan berendam dekat seminggu dah. Harap cepat lah surut air banjir ni. Tak sampai hati admin tengok lembu-lembu ni kelaparan dan kesejukan. 

Selamba Ajak Abang Bomba Makan Sekali Dengannya. Rupanya Ada Cerita Di Sebalik Cerita Tentang Driver Lori Ini Masak Mi Segera Masa Banjir

SEPERTI yang diramalkan setiap hujung tahun, hujan lebat dan banjir sekali lagi melanda negara.Bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko, mereka sedikit sebanyak pasti akan melakukan persediaan awal.Namun, ramai tidak tahu bahawa ada golongan lain yang turut mengambil langkah awal, termasuklah pemandu lori yang bila-bila masa saja terdedah kepada risiko apabila berada di kawasan atau negeri yang sering dilanda banjir.

Itulah yang dihadapi seorang pemandu lori yang mana video yang dikongsi di laman TikTok, menunjukkan dia sedang masak mi segera ketika terperngkap dalam banjir pada Ahad lalu, tular di media sosial.Lebih menarik perhatian apabila pemandu lori tersebut dengan tenang dan selambanya mempelawa dua anggota bomba yang sedang bertugas membuat pemantauan ketika banjir untuk makan bersamanya.

“Mantap. Terima Kasih abang bomba datang jenguk kita. Sekejap, saya masak maggi dulu,” demikian kapsyen pada posting videonya yang setakat ini mendapat lebih 80,000 tanda suka dan dihujani ribuan komen.Iskandar bersama isteri dan tiga orang cahaya matanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Iskandar Sudirman, 34, berkata dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular kerana menganggap ia hanya sebuah video santai.”Saya sangkut dalam banjir dan masa tu lapar sangat, sebab tu saya masak mi segera.

“Memang dalam lori saya ni macam-macam ada… dari barang keperluan sampailah stok makanan. Sebab kerja saya memang redah hutan, ladang, banjir dan macam-macam tempat, ” katanya ketika dihubungi, Isnin.Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja.

Menerusi video tersebut, Iskandar yang berasal dari Ulu Tiram, Johor, ini dapat dilihat sedang menyediakan mi segera, dipercayai perisa asam laksa menggunakan dapur mudah alih di bahagian dalam lori.Pintu lori yang terbuka membolehkan air yang sudah naik menghampiri paras bahu dua anggota bomba yang sedang menyelamatkan orang di bahagian luar turut dapat dilihat.

“Kebetulan masa tu saya nampak macam ada orang datang ke arah lori saya, macam abang bomba.“Saya siap sedia rakam video dan alang-alang ajak makan maggi sekali,” katanya menceritakan kembali situasi banjir yang berlaku di Felda Ulu Jempol, Pahang itu.

Menurut Iskandar, dia dihampiri anggota bomba tersebut kira-kira jam 11.30 pagi dan mereka berdua berlalu pergi tanpa makan mi segera yang dimasak selepas memeriksa keadaannya di dalam lori baik-baik saja.Bercerita lanjut, Iskandar yang terperangkap ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, Pahang berkata air mula naik bermula pada jam 9 pagi.

Keadaan lori dipandu Iskandar yang terperangkap dalam banjir.“Dah lapar sangat, saya pun masak dulu makan dalam lori. Kalau air tak naik ke paras kerusi saya memang rancang nak tidur saja tunggu sampai air surut.“Tetapi atas nasihat kawan, saya batalkan niat… saya terus keluar beberapa jam selepas itu.

“Kawan saya tu pun tersangkut dalam banjir, lori dia ada depan saya pada jarak lebih kurang 500 meter.“Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja, ” jelasnya yang terperangkap selama 6 jam sebelum memutuskan untuk keluar dan berlindung di tempat lebih selamat.

Di sebalik kejadian ini, Iskandar turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan tiga anaknya apabila mereka sudah tiga bulan tidak berjumpa disebabkan kerjanya yang tidak tentu masa.Menurut Iskandar, isteri dan anak-anaknya kini pulang ke kampung di Parit, Perak untuk tinggal di sana buat sementara waktu.

“Biasalah kerja bawa lori pendapatan tak tentu, waktu pun tak tentu juga.“Saya harap mereka tak risaukan keadaan saya kerana semua peralatan keselamatan dan barang keperluan mencukupi.“Cuma saya berdoa Covid-19 ni cepat berakhir. Ibu pun selalu pesan supaya saya hati-hati bekerja, ” ujarnya yang sudah 12 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Menerusi postingnya, rata-rata warganet memberi komen positif kepada pemuda ini. Ramai kagum dalam keadaan seperti itu dia masih tenang dan dapat menghiburkan orang ramai.Seperti yang diketahui umum, pada ketika ini banyak kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan berterusan semalam. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki tahap berbahaya.

Di media sosial juga tular video-video keadaan banjir di kawasan-kawasan tersebut yang bukan sahaja membuat pengguna jalan raya terkandas malah pokok tumbang, tanah runtuh dan kerosakan jalan juga berlaku.Seorang pengguna Twitter pula berkongsikan keadaan harta bendanya termasuklah tilam, laptop, dan penapis air Coway yang r0sak akibat rumah dimasuki air.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *