Semua rakyat Malaysia tidak sabar menantikan pengumuman dari PM tapi kenyataan terbaru dari Ismail Sabri menenangkan sementara hati rakyat.

Amalan Covid 19 Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Kerajaan akan memberi temp0h secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melak.sanakan sebarang tlndakan mengawal jangkltan C0vid 19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Menurutnya, rakyat juga diminta tidak mudah percaya dengan berita palsu mahupun pelbagai andaian tidak benar berhubung keputusan yang akan diumumkan kelak.

“Tidak perlu hendak pembelian panlk, yang tular semua palsu… tunggu dulu pengumuman dari kerajaan. Apapun keputusan, kerajaan tidak terus buat serta-merta, mesti akan beri ruang (persediaan) dalam tempoh dua, tiga hari dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika menyantuni ma.ngsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kerayong di sini pada Sabtu.

Mengenai spekulasl pelaksanaan semula PKP, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata: “Saya percaya tidak mungkin kita (kerajaan) laksanakan total lockdown seperti PKP sebelum ini… kita ada lagi mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan teknikal pada Isnin ini untuk melihat SOP (prosedur 0perasi standard) lebih terperinci. Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tlndakan yang dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkitan C0vid 19 yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyalurkan bantuan banjir agar menyelaraskan pertolongan mereka dengan Pusat Kawalan 0perasi Bencana (PKOB) di kawasan terjejas.

Katanya, kerajaan tidak menghalang usaha NGO sebaliknya mahu memastikan setiap bantuan yang dibawa dapat diagih dan diselaras dengan sempurna selain bagi mengelak berlaku penularan C0vid 19 di kawasan benc.ana yang mungkin dibawa oleh individu dari zon merah.

Reaksi Orang Ramai

Makin ramai lah yang bakal kehi.langan pekerjaan dan pengan.ggur akan makin bertambah jika PKP dilaksanakan semula.

Kewangan rakyat juga perlu diambil kira sekiranya PKP dilaksanakan semula. Jangkaan ku tepat.. kesillapan utama adalah membenarkan rentas negeri masa time cuti sekolah ketika kess sedang naik mendadak tempoh hari. Tu ja punca.

Memang dua2 penting..tapi kalau PKP duk rumah nak makan apa kalau tak da kerja . tak kan nak harapkan bantvan..ni i sinar pun tak lulus nak buat camana.Kredit : Sinar

Disebabkan Kes Yang Semakin Naik. PKPB Di 3 Tempat Ini Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun.

PKPB di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur yang sepatutnya berakhir pada 20 Disember ini bagaimanapun dilanjutkan sehingga 31 Disember. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dikecualikan daripada perintah itu. Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara kes positif Covid-19 yang direkodkan sehingga Khamis.

“Sebanyak 22,931 kes positif Covid-19 direkodkan di Selangor, manakala 9,426 kes bagi Kuala Lumpur sehingga semalam (Khamis). Sebanyak 33,823 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari. Oleh itu, atas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, pada Jumaat.

Untuk rekod, PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah sepatutnya berakhir 20 Disember ini. Di negeri lain, Ismail Sabri berkata PKPB juga telah dilanjutkan hingga 31 Disember untuk daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai di Johor.

Dimaklumkan PKPB Empat Daerah Di Sebuah Negeri Ini Telah Ditamatkan. DS Ismail Sabri Dedahkan Empat Daerah Tersebut Punca PKPB Sudah Ditamatkan

PETALING – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan ditamatkan semalam kecuali bagi dua mukim (Daerah Penggawa).Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mukim terbabit adalah Mukim (Daerah Penggawa) Kubang Kerian, Kota Bharu dan Mukim (Daerah Penggawa) Kusial, Tanah Merah.

“Kes positif Covid-19 di keempat-empat daerah ini menunjukkan trend penurunan mendadak dan terkawal sementara kes aktif yang masih ada hanya tertumpu di beberapa mukim (Daerah Penggawa).“PKPB di kedua-dua mukim ini diteruskan sehingga 20 Disember 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas bermula 7 sehingga 20 Disember 2020. K! ONLINE

Isu Kerajaan Yang Kini Membenarkan Mereka Di Kawasan PKPB Dan PKPP Untuk Merentas Negeri. Public Health Malaysia Sarankan Langkah Langkah Ini Kepada Yang Mahu Pulang Ke Kampung

Susulan kerajaan yang kini membenarkan mereka di kawasan PKPB dan PKPP untuk merentas negeri selepas pintu sempadan antara daerah dan negeri telah dibuka sepenuhnya pada 7 Disember lepas, orang ramai juga disarankan untuk menangguhkan dahulu rancangan untuk pulang ke kampung. 

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, perancangan tersebut disarankan untuk ditangguhkan sehingga kes COVID 19 reda ke angka yang lebih rendah.Semalam sahaja, negara kita telah mencatatkan sebanyak 1,600 kes baharu dengan Negeri Sembilan mencatatkan angka kes paling tinggi iaitu 541 kes.

Dalam pada itu, Public Health Malaysia (PHM) juga mencadangkan, jika orang ramai ingin pulang ke kampung, individu disarankan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut.Ambil giliran dengan adik beradik untuk pulang ke kampung.Jika ada sesiapa yang tidak sihat, batalkan perjalanan pulang ke kampung.Jika anda ada berhubung dengan kes positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung sehingga 2 minggu.

Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya. “Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai,” kata hantaran di Faceboook itu.Dah ada yang nak plan balik kampung? Min rasa ada betul juga kata PHM ni… 

Dilaporkan Boleh Makan Ikut Saiz Meja Di Restoran Kecuali Di Satu Negeri Ini. DS Ismail Sabri Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Isu Tersebut

Menerusi SOP terkini daripada Majliis Keselamatan Negara hari ini, mereka yang tinggal di kawasan PKPB boleh makan di restoran dengan kapasiti bergntung pada keluasan meja.Walaubagaimanapun, penjarakkan sosial dan SOP haruslah dijaga. Sebelum ini, hanya terhad kepada 4 orang satu meja sahaja.SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Namun berbeza di Sabah. Mereka yang berada di kawasan tersebut,  kapasiti bagi setiap meja di restoran boleh diduduki hanya setengah daripada jumlah muatan asal.Misalnya meja yang boleh muat 4 orang hanya terhad untuk 2 orang, meja untuk 6 orang terhad untuk 3 orang dan meja untuk 8 orang terhad untuk 4 orang.SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI SELURUH NEGERI SABAH

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *