Kucing kesayangan anda sentiasa mengiau. Ini antara 4 sebab kenapa ianya sentiasa mengiau.

Dunia Haiwan Info Uncategorized

Ada pelbagai sebab mengapa kucing mengiau kepada anda. Setiap kali kucing mengeluarkan bunyi atau mengiau, pasti ramai daripada kita menyangka si bulus lapar dan mahukan makanan daripada tuannya. Tahukah anda, sebab kucing mengiau ini juga bergantung kepada jenis dan usianya – dan bukanlah semata-mata ia mahukan makanan.

Adakalanya, si bulus mengeluarkan suaranya sebagai bentuk komunikasi sesama mereka ataupun dengan manusia. Bagaimanapun terdapat sesetengah kucing seperti kucing siam yang dikenali sebagai kucing yang cerewet akan lebih kerap mengiau. Namun, perkara yang harus anda perhatikan adalah apabila kesayangan anda itu mengiau tanpa henti. Berikut adalah empat sebab mengapa ia mengiau tanpa henti;

Kucing mengiau kerana mahukan perhatian.

1. Penyakit

Jika anda mendapati kucing anda mengiau tanpa henti, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin disebabkan ia sakit atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit.

2. Mahukan perhatian

Kebiasaannya, kucing tidak suka bersendirian, ia akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain atau tuannya. Kucing juga akan mengiau untuk ajak bermain, berkomunikasi, bermanja dan sebagainya. Jadi jika anda tidak mahu ia berbuat bising, sila respons dan penuhi permintaannya.

3. Tertekan

Bukan sahaja manusia tetapi si bulus juga boleh berasa tertekan terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidupnya seperti mempunyai tuan baru, kehadiran kucing lain atau merasakan persekitarannya tidak selamat. Cara kucing mengurangkan stres adalah dengan mengiau. Cara paling mudah adalah dengan berikan perhatian kepadanya dan cuba membelainya agar ia tenang.

4. Menegur

Pasti anda pernah melihat kucing yang lalu tiba-tiba mengiau kepada anda dan terus berlalu pergi, bukan? Sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegur anda dan ia adalah tanda mesra yang ingin disampaikan kepada orang yang baharu ditemuinya atau tuannya.

Tuan Siap Kena Tunggu Turn Masuk Tandas. Video Kucing Ini Raih Perhatianramai Gara Gara Pandai Guna Tandas Dan Sampai Ada Yang Sanggup Minta Tips

Bagi pemilik kucing, sudah tentu korang mengalami kesukaran untuk melatih Si Bulus untuk membuang najis di tempat yang telah dikhaskan bukan?Walaupun terpaksa berhabis duit untuk membeli segala peralatan khusus untuk kucing ‘membuang’ seperti pasir kucing, tray, penyodok pasir dan sebagainya, namun kucing korang masih juga suka ‘menabur’ merata-rata.

Kadang-kadang, pasu bunga juga menjadi pilihan untuk mereka ‘membuang’ sehingga boleh bikin owner kucing pening dengan ‘peelnya’.Namun, tular baru-baru ini sebuah klip video yang menunjukkan aksi Si Bulus yang cerdik menggunakan jamban duduk untuk membuang air!

Buang air kecil dalam toilet.Meraih sehingga sejuta views, video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok milik @koricolleen ini menunjukkan situasi ‘rare’ dimana seekor kucing berwarna coklat yang ‘selamba’ membuang air kecil di dalam toilet.Kucing miliknya itu dilihat cerdik mencangkung di bucu tandas duduk itu sambil melepaskan ‘hajat’ tepat masuk ke dalam lubang tandas persis manusia.

Menurut pemiliknya, dia mempunyai empat ekor kucing peliharaan.Apa yang lebih menakjubkan, kesemua kucingnya itu menggunakan kaedah yang sama iaitu bijak menggunakan tandas untuk membuang air.Tambah @koricolleen lagi, meskipun kadang-kadang dia berasa agak janggal gara-gara terpaksa menunggu ‘turn’ untuk menggunakan tandas, namun dia tidak kisah untuk berkongsi tandas dengan kucing-kucing kesayangannya itu.

Klip video yang tular itu berjaya menarik perhatian WARGANET yang rata-rasa berasa ‘takjub’ dengan kecerdikan Si Bulus itu menggunakan tandas.Tidak ketinggalan, ada juga yang meminta tips untuk melatih kucing peliharaan mereka supaya turut ‘membuang’ di dalam tandas gara-gara harga pasir kucing yang agak mahal.

Sebenarnya Kucing Mempunyai Kelemahan Dengan Timun. Ini Penjelasannya Kenapa Si Bulus Anda Takut.

Kucing takut dengan timun kerana ia menyerupai ular. Timun adalah sejenis sayuran yang digemari ramai kerana kesegarannya dan boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai pelengkap hidangan seperti nasi lemak. Tapi tahukah anda, kucing sangat takut dan tidak suka kepada timun? Buktinya, terdapat pelbagai video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan si bulus akan lari lintang pukang saat melihat sayuran itu berada dekatnya. Apa sebabnya? Ada beberapa hasil penelitian yang menjelaskan mengenai ketakutan kucing terhadap timun termasuklah;

1. Timun mengingatkan kucing kepada ular

Salah satu penjelasalan popular adalah timun mengingatkan kucing pada ular. Ini kerana secara genetik, naluri kucing memang sudah diprogram untuk menjauhi reptilia berbisa itu. Menurut Con Slobodchikoff, seorang pengkaji perilaku haiwan, timun yang mempunyai bentuk seperti ular sudah cukup membuatkan ia berasa takut dan menjauhinya.

2. Jangan letak timun dibelakang badan kucing

Con turut menjelaskan timun yang diletakkan di belakang badan kucing sama seperti seseorang sedang menyelinap di belakang tubuhnya. Selain timun, buah-buahan seperti epal dan pisang juga turut membuatkan kucing berasa takut dan beberapa eksperimen dilakukan menguatkan teori tersebut. “Kucing akan cuba lari secepat mungkin dan kemudian melihat kembali benda yang berada di belakangnya dari kejauhan,” katanya.

3. Jangan buat kucing rasa takut

Kita tidak disarankan untuk menakut-nakutkan kucing semata-mata ingin melihat reaksinya. Con menjelaskan perkara itu tidak baik untuk kesihatan mereka. Berdasarkan laporan daripada National Geographic, orang yang cuba membuat kucing takut akan menyebabkan si bulus mencederakan dirinya, merosakkan barang atau berada dalam keadaan kemurungan.

Dengan Berbekalkan Kotak TV Samsung. Rekaan Terbaru Ini Menarik Minat Buat Penggemar Kucing Dan Boleh Dijadikan Sumber Inspirasi Untuk Buat Rumah Kucing

Pencemaran alam berpunca daripada banyak faktor, salah satunya adalah sikap manusia yang tidak mengamalkan konsep kitar semula. Kebiasaannya, selepas membeli sesuatu barangan, kita akan buang kotak atau plastik balutan ke dalam tong sampah.Melihatkan isu ini, syarikat elektronik ternama Korea Selatan, Samsung tampil dengan rekaan terbaru kotak televisyen yang mesra alam dan mesra pengguna.

Dengan rekaan baru ini, pembeli boleh mengitar semula kotak televisyen dengan mengubahnya menjadi perabot seperti rumah kucing, rak buku dan meja kecil. Menarik dan unik!Untuk memudahkan pelanggan, kotak televisyen tersebut akan dicetak dengan garisan putus-putus untuk memudahkan proses pemotongan.

Malah, setiap kotak juga akan disertakan dengan arahan manual berkenaan cara untuk membina perabot DIY. Pengguna hanya perlu imbas kod QR pada kotak untuk mengakses arahan manual yang telah diberikan.

Menurut sumber, Samsung juga telah bekerjasama dengan Dezeen, sebuah majalah gaya hidup, dan akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggan yang kreatif dalam mereka perabot menggunakan kotak mesra alam itu.Lebih mengujakan, pemenang berpeluang memenangi hadiah sejumlah $20,000 dan rekaan yang dipilih akan diletakkan dalam arahan manual pelanggan untuk tatapan pengguna lain.Idea ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik dan merupakan satu langkah bijak untuk memelihara alam sekitar. Syabas Samsung!

Sanggup Sorok Kucing Peliharaan Dalam Laci Meja Kelas Ketika Belajar. Ini Cerita Di Sebalik Rakaman Klip Yang Tular Baru Baru Ini

Detik mulucukan apabila seekor kucing berusaha sedaya upaya agar tidak tertngkap setelah pemiliknya menyelinap dan membawanya bersama ke kelas di China.Rakaman klip tular itu menunjukkan seekor kucing Munchkin yang berusia satu tahun, jenis baka yang terkenal dengan kaki pendeknya, ‘diam-diam’ berbaring di dalam meja dan melihat sekeliling, nampaknya seperti cuba bersembunyi dari pensyarah.

“Ba Dun terus memeluk kaki saya dan kelihatan sangat sedih kerana dia mahu saya tinggal bersamanya,” kata Wen kepada MailOnline.
“Tetapi saya dah terlambat untuk ke kelas. Saya tidak mahu mengecewakannya sehingga saya terpaksa membawanya ke kelas,” tambahnya.

Berkat keterampilan rahsia Ba Dun, pensyarah tidak menyedari sesuatu yang aneh pada masa itu dan hanya mendapat tahu setelah rakaman klip tersebut menjadi tular.Momen melucukan itu telah mengumpulkan lebih dari 300 juta tontonan setelah Wen berkongsi video tersebut di Douyin, TikTok China pada hari Ahad.Seorang penonton berkata: “Ya Tuhan, adakah dia menyedari betapa comelnya dia?”Pengguna lain menjawab: ‘Lihatlah mata besar yang ingin tahu itu! Dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh. ‘Sumber : Dailymail.com

Wanita Berusia 51 Tahun Ini Rela Membelanjakan Kira-Kira RM32,000 Pada Setiap Bulan Sebagai Kos Untuk Haiwan Peliharaan. Dia Juga Dedahkan Ada 480 Kucing Dan 12 Anjing Yang Dia Jaga Di Dalam Rumah

Bagi pencinta haiwan, sudah tentu tidak tergamak untuk membiarkan haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya hidup ‘merempat’ dan terbiar di jalanan.Ada yang dibawa pulang untuk dibela sebagai haiwan peliharaan di rumah. Namun, jumlahnya yang banyak menyebabkan agak sukar bagi pencinta haiwan ini untuk membela kesemuanya sekali disebabkan ketiadaan ruang yang sesuai dan juga kos untuk memeliharanya yang agak tinggi.

Namun, tidak bagi wanita dari Muscat, Oman ini apabila dia sanggup memelihara sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya!Fuh banyak tu! Pencinta haiwan next level ni.Bela 480 ekor kucing, 12 ekor anjing.Antara haiwan yang dibelanya termasuklah 480 ekor kucing dan 12 ekor anjing di kediamannya sejak 12 tahun yang lalu.

Apa yang lebih mengharukan, antara beratus ekor haiwan peliharaannya itu, 17 daripadanya adalah buta.Allahu, murninya hati dia bela haiwan buta.Setiap hari, lebih daripada sedozen kucing dan anjing peliharaannya itu akan ‘berentap’ semata-mata untuk mendapatkan perhatiannya.

Lebih ‘setia’ daripada manusia.Menurut Harian Metro, wanita itu yang dikenali sebagai Maryam yang berusia 51 tahun menggambarkan haiwan peliharaannya itu sebagai ‘penenang’ hidup. Bukan itu sahaja, dia turut menganggap mereka sebagai ‘sahabat’ yang lebih baik berbanding sesama manusia.Saya dapati haiwan terutama kucing dan anjing, lebih setia daripada manusia. 

Belanja RM32,000 setiap bulan.Maryam telah membelanjakan kira-kira RM32,000 pada setiap bulan sebagai kos untuk menguruskan kucing dan anjing peliharaannya itu! Selain untuk tujuan membeli makanan dan membersihkan haiwan peliharaannya, wang perbelanjaan itu juga digunakan untuk berjumpa doktor haiwan serta mendapatkan rawatan veterinar.

Rumahnya kini dipenuhi dengan kandang haiwan yang dibina dan Maryam dikatakan akan membawa kesemua haiwannya untuk bermain secara bergilir-gilir.Pada awalnya tak suka haiwan.Semuanya bermula pada 2008 ketika anak lelaki saya membeli seekor anak kucing Parsi kecil.

Menurut wanita itu, dia pada awalnya sama seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain yang tidak gemar dan enggan membenarkan anaknya itu untuk membela haiwan peliharaan.Namun, pendiriannya itu ternyata berubah dua tahun kemudian apabila dia mula menjaga kucing peliharaan anaknya itu.

Saya mendapati diri saya benar-benar lain. Saya menjaga kucing itu, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya.Letak haiwan depan pintu rumah.Cinta Maryam terhadap haiwan mula tersebar dan ramai ekspatriat yang tidak lagi menetap di bandar itu akan meninggalkan haiwan peliharaan mereka di depan pintu rumahnya untuk dibela sementara pengurusan tempat perlindungan haiwan akan berurusan dengannya untuk proses pemeliharaan.

Tambah Maryam, kucing dan anjing peliharaannya itu banyak membantunya untuk mengatasi masalah kemrungan.Saya di tempat ‘gelap’ dan haiwan inilah penyelamat dan menyelamatkan saya. Untuk pengetahuan korang, Oman sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan haiwan terbiar meskipun undang-undang telah ditetapkan untuk mendenda individu yang membuang haiwan peliharaan sebanyak RM102.Murah rezeki wanita ni sanggup bela haiwan. Kucing kan pembawa rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *