Berbagai cara sudah digunakan untuk halau lipas di dalam rumah. Tapi cara ini juga paling berkesan.

Amalan Dunia Haiwan Uncategorized

Dalam banyak-banyak serangga, ramai yang takut dan berasa jijik dengan lipas meskipun ia makhluk berbadan kecil. Tetapi ia tetap digeruni apatah lagi jika ia menyelinap dan terbang di atas kepala – memang boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit meminta tolong. Bagaimanapun, jangan bimbang ada cara menghalau atau menghalang pembiakan lipas di dalam rumah anda. Jika rumah anda mempunyai masalah lipas yang berkeliaran, anda boleh mencuba lima cara mudah ini;

1. Air sabun

Salah satu cara mudah untuk menghalau lipas adalah dengan menyembur air sabun ke kawasan yang sering didatangi lipas. Ia bukan sahaja mudah tetapi ia juga kaedah selamat menggantikan bahan kimia bersifat negatif yang boleh membunuhnya. Pastikan air sabun itu digoncang dengan baik dan sembur menghala ke kepala dan perutnya.

2. Botol

Anda boleh menggunakan botol untuk membuat perangkap dan cara ini mudah lagi berkesan. Hanya perlu memotong bahagian atas botol sebelum memasukkan makanan seperti manisan sebagai perangkap lipas.

3. Gam selotip

Ini juga merupakan cara mudah untuk menghalang pembiakan lipas di rumah anda. Anda hanya perlu menggunakan selotip sebagai perangkap. Letakkan selotip pada permukaan lantai, atau celah-celah yang menjadi laluanya dan sekiranya ia lalu, lipas akan melekat pada selotip.

4. Bersih kawasan tersembunyi

Lipas sangat gemar kepada kawasan sunyi dan tersembunyi. Kebiasaannya sarang lipas juga akan wujud di bahagian stor atau tempat simpan barang. Untuk mencegahnya, anda perlu menjaga kebersihan tempat tersebut secara berkala selain meletakkan perangkap dan racun lipas.

5. Menjaga kebersihan rumah

Paling utama adalah menjaga kebersihan rumah agar lipas atau serangga lain tidak menjadikan rumah anda sebagai sarang pembiakan. Pastikan rumah berada dalam keadaan bersih kerana lipas akan datang ‘menyerang’ tempat tersembunyi dan kotor serta mempunyai makanan.

Suami Merupakan Ketua Kelas Sewaktu Zaman Sekolah Lapan Tahun Lalu. Menarik Sekali Hubungan Doktor Gigi Dan Juruaudit Bersanding Atas Pelamin

KALAU dah jodoh, pasti tak kemana.Begitulah kisahnya melibatkan pasangan Syafiqah Yusof dan Ahamd Hazieq Mohd Shuhaimi yang sah menjadi suami isteri pada tahun lepas.Mesra disapa Syafiqah, doktor gigi lulusan dari United Kingdom (UK) itu ada berkongsi kisahnya perkenalannya dengan suami menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular.

“Tak pernah sangka individu yang mahu bergambar dengan saya pada hari terakhir persekolahan lapan tahun lalu kini bergelar suami saya,” ujarnya.Bercakap kepada mStar, Syafiqah berkata dia dan suami merupakan rakan sekelas sewaktu Tingkatan 4 dan 5, ketika itu kami sama-sama menuntut di sebuah sekolah di Terengganu.

“Kami rakan sekelas selama dua tahun. Suami dulu merupakan ketua kelas saya. Masa tu kami kawan biasa-biasa je.Suami Syafiqah merupakan ketua kelasnya sewaktu zaman sekolah lapan tahun lalu.“Masa hari terakhir sekolah, lepas hantar buku teks, dia datang minta nak bergambar. Kami berkawan je selepas habis sekolah.

“Namun, sejak dua tahun lepas, kami buat keputusan ke arah lebih serius sehinggalah membawa kepada pernikahan ini,” ujarnya.Menurut Syafiqah, dia dan suami, masing-masing berusia 25 tahun tidak menyangka perkongsian itu akan menarik perhatian ramai di Twitter.

Jelasnya, ia sekadar dikongsi untuk tatapan rakan-rakan, namun bersyukur dengan segala reaksi positif yang diterima.”Saya rasa macam nak tweet saja-saja, nak kongsi dengan kawan-kawan. Kami tak jangka, memang terkejut bila viral.”Sebenarnya bukan saya je yang sekelas dengan suami. Abang saya dan abang suami juga satu batch dan mereka berkawan baik.

Foto di hari bahagia pasangan itu.“Alhamdulillah semua komen positif dan doa baik-baik,” jelasnya lagi.Dalam masa sama, Syafiqah memberi nasihat kepada pelajar di luar sana agar fokus pelajaran dan tidak terlalu mengejar cinta sewaktu zaman persekolahan.Ujarnya, akademik sangat penting, manakala jodoh pasti akan menyusul kemudian sebagaimana suratan dan ketentuan Allah.

Pasangan ini tak sangka kisah mereka tular di Twitter.“Yang penting kat sekolah tak perlu bercinta sangat. Fokus akademik dulu. Tak perlu cinta-cinta,” ujarnya berseloroh.Menurut Syafiqah lagi, dia dan suaminya yang juga seorang juruaudit dinikahkan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 24 Disember tahun lalu.

Ibu Pengantin Muda Akhirnya Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Beri Anak Kahwin Awal. Dan Rupanya Tak Sangka Ini Cara Perkenalan Mereka Dan Bagaimana Ibu Bapa Mereka Terfikir Untuk Mengahwini Anak Mereka.

” Kami sendiri tak sangka akan bergelar suami isteri seawal usia remaja, namun menganggap Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal,”. Itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar di Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu melangsungkan perkahwinan 10 hari lalu kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan. Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.

Kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) itu, keluarga Ahmad Faris Umar datang berjumpa keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan. ” Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian namun saya tidak membantah malah sedikit teruja. Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan malah segalanya dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu saya sah menjadi isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.

Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia sudah berhenti sekolah namun akan tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta. Perkahwinan kedua remaja itu mulai tular sejak semalam apabila video dan foto mereka yang mengenakan busana pengantin dipaparkan di laman sosial malah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung dalam usia yang muda.

Dalam foto yang dikongsikan dalam laman sosial itu, kelihatan raja sehari itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini. Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh, di sini berkata, perkenalannya dengan isteri adalah pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian. Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

” Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju. Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Saya sebelum ini bekerja dengan syarikat ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah namun kini akan memberi fokus kepada perniagaan dalam talian bersama isteri,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Penjelasan ibu pengantin lelaki

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan. Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *