16 ahli keluarga ini bergelar frontliners. Doktor ini beri sedikit pesanan buat semua.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Dr Kamarul Ariffin meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang meengabaikan SOP sehingga menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19. Sudah hampir setahun negara dibelenggu wabak Covid-19, sejak kes pertama dicatatkan pada penghujung Januari 2020. Dalam tempoh tersebut, waktu yang paling mencabar bagi petugas barisan hadapan (frontliners) bermula sejak September lalu, ketika mana gelombang ketiga mulai mengganas dengan ratusan kes dicatatkan.

Lelah para frontliners semakin berlipat kali ganda apabila memasuki Disember lalu, di mana kes Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan dengan empat digit kes direkodkan saban hari. Perkembangan ini sudah tentunya menimbulkan rasa kecewa frontliners yang bertungkus lumus siang dan malam, sementara masyarakat pula semakin alpa malah tanpa rasa bersalah bersuka ria mengunjungi tempat percutian dan mengadakan majlis keramaian seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Terpanggil untuk mengulas perkembangan terbaharu ketika ini, seorang doktor menulis coretan di Facebook bagi meluahkan rasa kecewa dan dalam masa yang sama menegur sikap alpa masyarakat yang menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19.

Ibu dan bapa kepada Dr Kamarul Ariffin, masing-masing berusia dalam lingkungan 60an, masih berkhidmat sebagai doktor.

“Saya kasihankan keluarga saya. Keluarga saya ni boleh kata semuanya doktor. Ibubapa saya doktor, adik beradik saya semua doktor, malah adik ipar saya semua pun doktor. Sembilan doktor semuanya. Jika termasuk biras dan sepupu-sepupu saya, 16 orang. Sepanjang tahun 2020 ni macam-macam dugaan kami dah harungi. Saya dan isteri, serta adik saya dah pernah buat ujian swab PCR beberapa kali serta jalani kuarantin 14 hari kerana kami ni frontliners. Terdedah kepada pesakit positif. Ibubapa saya, umur dah pertengahan 60-an, masih lagi ambil risiko untuk berkhidmat sebagai frontliners. Adik beradik saya yang lain juga masih lagi berkhidmat di hospital, kerja siang malam. Setiap kali melangkah keluar, berdoa agar dapat menyelamatkan nyawa, dan dalam masa yang sama mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri,” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

Lebih mengecewakan kata Dr Kamarul Ariffin, adalah wujudnya segelintir golongan yang mendakwa virus Covid-19 hanya konspirasi semata-mata. “Sejujurnya, pedih hati saya ini bila ada orang kata wabak Covid-19 ni hanya pandemik dan konspirasi. Mudahlah mereka tuduh begitu kerana mereka atau ahli keluarga mereka tidak terlibat menjadi frontliners, atau dijangkiti wabak Covid-19 ni. Kami ni hari-hari risau terbawa penyakit balik ke rumah, kepada anak-anak. Kami risau sebab dah lihat dengan mata sendiri, telinga sendiri dengar ada pesakit Covid-19 yang kritikal, serta ada yang terkorban kerananya.

Kalian dah penat. Kami dah penat. Semua orang dah tak daya nak hadapi benda ni. Namun, selagi wabak ini belum terkawal, selagi itu kita masih perlu teruskan usaha ini.

“Mana tak risau. Ada pesakit yang menyembunyikan gejala, ada bohong tentang sejarah perjalanan, ada yang tak tahu ikut SOP, dan macam-macam lagi karenah yang kami perlu hadapi. Paling penat sekali, jika dikritik ejen propaganda. Ancaman wabak Covid-19 ni nyata. Real!” ujarnya lagi.

Dengan peningkatan ketara kes Covid-19 yang dicatatkan sejak sebulan kebelakangan ini, doktor berkenaan meminta kerjasama pelbagai pihak agar mengenepikan terlebih dahulu kepentingan masing-masing.

Isteri (kiri) dan adik Dr Kamarul yang pernah dikuarantin gara-gara pesakit yang mendapatkan rawatan disahkan positif Covid-19.

“Mohon gunakan kebebasan dan kelonggaran yang diberikan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dengan berhemah. Tak usahlah salah guna. Peraturan dan syarat yang dilaksanakan ni semua bukan untuk sekat kalian, tetapi lebih kepada nak lindungi kalian daripada musibah. Harapan kami juga agar persengketaan dan perebutan yang berlaku dalam landskap politik ni diketepikan dahulu. Ia sedikit sebanyak mengganggu fokus dan tumpuan kita semua dalam menjaga maslahatan serta kebajikan orang ramai. Kalian dah penat. Kami dah penat. Semua orang dah tak daya nak hadapi benda ni. Namun, selagi wabak ini belum terkawal, selagi itu kita masih perlu teruskan usaha ini. Moga-moga tahun ini ada sentaja yang lebih ampuh untuk menentang wabak ini. Saya Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Saya, keluarga saya, dan seluruh warga kesihatan akan terus berkhidmat kepada masyarakat. Kami mohon kalian semua beri kerjasama dan memahami situasi negara kita pada waktu ini,” tulisnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 7,800 shares di Facebook.

Pakcik Ini Tercungap Cungai Buat Pengakuan Di Hospital Sebab Tak Percaya Covid 19. Sebak Doktor Ini Bila Mendengar Pesanannya.

Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. Masih ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial. Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.

Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima. Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19. “Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la. Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.

Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan. Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu. “Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).

Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19.

“Itulah satu pengakuan dari pesakit Covid-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya. Namun ada di luar sana masih mengatakan Covid-19 ini konspirasilah, iluminatilah, plandemiklah, macam selesema biasalah. Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19,” tambah beliau.

Pengakuan seorang pesakit Covid-19 yang tidak memakai pelitup muka.

Dr Zek berkata, pesakit tersebut sempat memberikan pesanan terakhir sebelum beliau beredar dari bilik rawatan, sehingga mengundang sebak dalam dirinya. “Nanti apa-apa doktor beritahu orang lain semua percayalah Covid ni, lepas tu suruh pakai mask ye doktor. Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu. Please people please! Covid-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakkan, kerap basuh tangan dan elakan di tempat yang sesak.mIkut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin. Kami hampir maksima. Ya Allah, lindungilah kami,” katanya.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.

Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *