Tontonan video berkenaan di aplikasi TikTok mencecah 950 000 views. Gadis ini tidak menyangka video lucu bapanya berlakon jadi supir raih perhatian warganet

Viral

Syasya tidak menyangka video lucu bapanya berlakon sebagai supir meraih perhatian warganet .PELBAGAI cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.Bagi sesetengah keluarga, mereka akan mengadakan ‘Family Day’ setiap tahun, percutian tahunan, makan-makan dan pelbagai aktiviti lain.Namun sebenarnya, hubungan kekeluargaan juga boleh dieratkan dengan bergurau senda sesama adik beradik dan ibu bapa.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip video memaparkan gelagat seorang bapa yang berpura-pura berlakon sebagai ‘supir’ sekaligus mengundang gelak tawa isteri dan anak-anaknya.Apa yang lebih melucukan, padanan baju kot dengan seluar pendek yang dipakai, ditambah pula dengan riak wajah yang ala-ala serius, memecahkan lagi tawa anak beranak tersebut.

Syasya (dua, kanan) merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.Sehingga kini jumlah tontonan video berkenaan di aplikasi TikTok mencecah 950,000 views selain ia turut dikongsikan di beberapa akaun Instagram lain.Malah, ia turut mengundang komen warganet yang bukan sahaja terhibur dengan gelagat anak beranak itu, malah menyifatkan betapa anak-anak serta isteri kepada lelaki tersebut bertuah kerana mempunyai bapa dan suami yang kelakar dan sporting.

Ketika berkongsi cerita lucu itu dengan mStar, Intan Ezra Syahirah Roslan berkata kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika dia sedang membantu ibunya bersolek untuk menghadiri satu majlis.”Saya baharu selesai bantu ibu bersolek untuk hadiri satu majlis makan malam. Sedang saya ambil video wajah ibu, tiba-tiba ayah saya masuk dengan mengenakan kot dan spontan berkata ‘Supirnya pun sudah siap’. Ayah memang akan hantar ibu pergi majlis tu.

Keluarga ini sering bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti bersama untuk mengerakan hubungan kekeluargaan.“Tak sangka dia masuk bilik sebab sebelum tu dia sedang menonton televisyen dekat luar sambil menunggu ibu. Berdekah-dekah kami gelak dengar dialog ‘supir’ dia.

“Kebetulan adik saya masuk, dan sekali lagi kami rekod video ayah, kononnya sedang interview dialah. Siap bagi jawapan muka penuh yakin. Adik kemudian cantum kedua-dua video dan muat naik dekat TikTok. Tak sangka viral dan dapat komen positif, ramai yang terhibur,” katanya.

Bagaimanapun dedah anak sulung kepada empat adik beradik ini, di sebalik perwatakan lucu bapanya, Roslan Mohd Yunus, lelaki tersebut sebenarnya seorang yang sangat tegas dan agak garang terutama ketika dia dan adik beradiknya masih kecil.

Dia lucu dan kelakar, tapi ada perkara yang tertentu, dia tegas. Perangai tersebut menurun dekat adik lelaki… memang punctual.

“Saya masih ingat lagi ketika berusia enam tahun, ayah ambil tuala kegemaran saya dan bkar. Puncanya, sebab saya selalu tak sangkut elok-elok selepas mandi. Ayah bakr separuh, kemudian padamkan api… dia ambil tuala tu dan suruh saya pakai. Jangan ganti dengan tuala lain.

“Memang selepas itu serik la… tak campak dah tuala merata-rata. Lagi satu, ayah sangat berdisiplin kalau bab masa sebab dia sangat punctual. Pernah sekali, adik kena tinggal sebab tak siap mengikut masa yang ditetapkan.”Kami semua memang dah ‘masak’ dengan sikapnya. Dia lucu dan kelakar, tapi ada perkara yang tertentu, dia tegas. Perangai tersebut menurun dekat adik lelaki… memang punctual,” cerita wanita berusia 27 tahun ini.

Tambah wanita yang senang disapa dengan nama Syasya ini, didikan tegas tersebut secara tidak langsung membentuk dirinya dan adik beradik lebih berdisiplin dari segi tingkah laku dan dan waktu.Syasya berkata bapanya merupakan seorang yang lucu dan sporting namun tegas.

“Apa yang ayah didik ni bukan dekat rumah saja, tapi secara tak langsung ia diterapkan ketika kami di luar,” ujarnya lagi.Dalam pada itu, Syasya berkata dia sangat menghargai dan terharu dengan komen-komen warganet yang menyifatkannya bertuah dikurniakan seorang bapa yang sangat sporting dan akrab dengan anak-anak.

“Saya sedih juga bila baca komen yang kata bapa mereka tak rapat dengan anak-anak, tak sporting…. saya harap kalau mereka tak dapat sekarang, mudah-mudahan nanti mereka pula yang bina sebuah keluarga yang sporting bila berumah tangga nanti,” katanya lagi.

Ingatkan Warung Makan Tapi Rupanya Rumah Orang. Guru Ini Tebalkan Muka Bawa Seisi Keluarga Pergi Rumah Orang Dan Lebih Memalukan Anak Buat Hal Bisik Sesuatu Di Telinga

“SEBELUM ini pernah baca kisah seorang penunggang basikal tersilap singgah rumah orang yang disangkanya warung, kini perkara sama terjadi kepada kami pula.”Demikian kata seorang guru, Azam Mahat ketika bercerita mengenai kejadian lucu yang dialami keluarganya, baru-baru ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azam berkata segala-galanya bermula ketika dia bersama isteri, bapa dan dua anaknya bercuti di Pantai Timur ketika sambutan tahun baharu.”Mula-mula kami bercuti ke Terengganu dahulu dan pada 1 Januari, barulah bertolak ke Kelantan. Sewaktu dalam perjalanan ke homestay yang terletak di Pasir Pekan, kami ternampak orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah warung ni.

“Saya cakap kat isteri, ‘mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, esok kita kena try makan kat situ’. Keesokannya selepas ke Pasar Siti Khadijah, kami pun cari semula warung tu.”Bila sampai, kelihatan ada empat orang sedang duduk minum… malah saya disapa mesra oleh seorang lelaki di situ meminta supaya periksa angin tayar kereta sebab nampak macam kurang.

Tuan rumah yang merupakan suami isteri bersama seorang ahli keluarga mereka yang melayani keluarga Azam dengan begitu ramah.“Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja… kelihatan ada beberapa jenis lauk yang terhidang. Ada ayam percik, kari kambing, sambal etok… dalam hati memang cakap fuhh sedap ni,” ceritanya.

Tambah guru berusia 39 tahun ini, keramahan tauke warung ditambah pula dengan susunan kerusi meja dan beberapa jenis lauk pauk membuatkan mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu, sehinggalah tiba masa untuk memesan minuman.”Masa isteri tanya anak-anak nak minum air apa, tiba-tiba makcik di warung tu menghampiri meja kami dengan membawa teh ‘O’ satu jag. Katanya kalau nak air panas, nanti dia minta pembantu rumah buatkan.

Azam (kanan) mengabadikan kenangan ketika bercuti di Terengganu, baru-baru ini.“Masa tu terus tak sedap hati… teringat kes sebelum ni yang makan dekat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan. Spontan terus saya tanya ‘ni bukan warung ke mokcik?’. Makcik tu jawab ‘bukan… ini rumah mokcik’.

“Malu bukan kepalang rasanya… dan kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar. Tapi mereka halang. Kata mereka ‘apa salahnya… rezeki langkah kanan’.“Makcik tu panggil anak-anak saya dan dia cedokkan lauk. Asalnya tak nak makan sebab malu, tapi mereka jemput juga makan,” ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kluang, Johor.

Sepanjang menjamu selera, Azam berkata mereka berbual-bual dengan pasangan suami isteri tuan rumah berkenaan yang akhirnya menjawab persoalan mengenai kehadiran ramai ‘pelanggan’ seperti yang dilihat mereka sehari sebelumnya.”Rupa-rupanya mereka buat kenduri kesyukuran… orang beratur semalam tu bukan pelanggan tetapi tetamu yang ikut SOP. Nak dijadikan cerita memang mereka tak pasang khemah macam kenduri biasa tu… hanya meja disusun dalam kawasan rumah dan memang nampak sebijik macam warung,” ceritanya lagi.

Tambah guru ini, dia tidak menyangka perkongsian kisah tersebut menjadi tular di media sosial kerana tujuannya sekadar mengabadikan kenangan lucu buat tatapan rakan pengikut.”Mulanya memang malu nak share, tapi saya fikir perkongsian ni nak ceritakan mengenai betapa baiknya pasangan suami isteri orang Kelantan yang kami temui.

Azam dan isterinya tidak dapat melupakan layanan yang diberikan oleh pasangan suami isteri yang disangka mereka pemilik warung.“Layanannya memang terbaik… masakannya pun memang sangat sedap. Sampai anak perempuan saya berbisik nak tambah nasi. Tapi saya balas ‘jangan bagi malu abah, nak’. Betul, memang sedap masakannya.

“Sebelum pulang, bila nak bayar, mereka bersungguh-sungguh tak mahu terima. Saya doakan mereka dimurahkan rezeki dan hanya Allah saja mampu membalas.”Memang kejadian yang berlaku ini kenangan manis dan lucu pada awal tahun yang memang takkan kami lupakan sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *