Dikenalpasti sebagai super spreader selepas 37 kes positif dikesan di rumah panjang. Wanita tersebut dikenalpasti dan ini punca dia disyaki super spreader

berita Viral

Dilaporkan sebanyak 37 kes positif COVID19 dikesan di rumah panjang di Sibu selepas seorang wanita terbang dari Johor untuk menghadiri persemadian bapanya di Pasai Siong dan menjadi super spreader dalam kalangan penghuni di penempatan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu Charles Siaw berkata, 37 individu itu didapati positif pada kira-kira pukul 10.30 Jumaat malam.”Mereka dikesan melalui hasil saringan ke atas kes seorang wanita yang kembali dari Johor (kes 1,175) pada 29 Disember 2020. Kes tersebut telah diumumkan oleh JPBNS pada 7 Januari 2021 melalui Kenyataan Media pada 7 Januari 2021,” katanya.

Siaw berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Sibu.Menurutnya, wanita itu berlepas dari Johor Bahru melalui Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly FY1335 pada pukul 8 pagi. Dia kemudian mengambil penerbangan transit Malaysia Airlines MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 1.35 petang pada hari yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dia telah menjalani ujian calitan (swab) pertama kali dan hasilnya negatif.”Dia kemudian berlepas ke Sibu dengan penerbangan AirAsia AK6466 dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam. Dia diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah panjangnya, Rumah Langi di Pasai Siong.

“Dia kemudian menghadiri persemadian bapanya di sebuah tempat persemadian kira-kira 15km dari simpang Jalan Teku Pasai Siong,”katanya.Tambahnya, wanita itu kemudian menjalani ujian calitan kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan disahkan positif pada 6 Januari.

Siaw berkata, keesokannya Kementerian Kesihatan menyaring 74 penduduk Rumah Langi dan keputusan pada 8 Januari mendapati seramai 37 individu dikesan positif Covid-19.Ujian saringan akan dilakukan di tujuh lagi rumah panjang lain di Pasai Siong pada Sabtu dan Ahad.Ujarnya, polis telah membuat sekatan di simpang jalan masuk ke Rumah Langi, Pasai Siong, mulai jam 11.30 malam pada 8 Januari, dan kesemua penghuni lapan rumah panjang itu kini dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar.

“Kemudahan makanan dan kesihatan akan diberikan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas,” katanya lagi.Rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Langi Ambau, Rumah Jelian Nayor, Rumah Ringgit Unchu, Rumah Pom Maja, Rumah Jeram Empin, Rumah Kely Chundau dan Rumah Nyambong Ajon.Siaw juga menggesa sesiapa yang telah menghadiri upacara persemadian di Rumah Langi, Pasai Siong pada 29 Disember hingga 31 Disember untuk tampil membuat pemeriksaan dan saringan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya. – THE STAR

Segala Andaian Yang Dibuat Orang Ramai Sebenarnya Tidak Betul. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit COVID19 Semasa Dikuarantin Di MAEPS

Untuk pengetahuan, Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kisah lelaki ini yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Beriko Rendah (PKRC) mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya sepanjang berada di situ.

Menariknya, segala andaian yang dibuat orang ramai sebenarnya tidak betul. Keadaan di pusat tersebut sangat teratur dan tidak sesak seperti mana yang disangkakan.Ikuti kisah perjalanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alfifie Chan berkongsi pengalamannya di tahan di pusat kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Katanya, orang ramai boleh jadikan ceritanya ini sebagai satu aura yang positif untuk mengetahui situasi yang sebenar.

Apa perasaan bila saya tau saya positive? Saya rasa apa yang saya rasa sama dengan orang lain; rasa bersalah dan concern pasal orang lain. Those yang rapat. Takut diorang infected.Ini merupakan soal jawab yang ditanya di Instagram mengenai pengalaman dikuarantin di MAEPS, Serdang pada 7 Januari lalu. Tujuan thread ini untuk menyebarkan positif kepada orang ramai dan menunjukkan perkara yang sebenar.

The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gntung-gntung kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha.Basic necessity; Toilet. Ada 6 toilets in total dalam hall ni. Setiap toilet ada around 4-6 cubicles. So far tak pernah lagi beratur or tunggu untuk masuk.Condition inside one of the toilet cubicles. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel.

“We help each other. Because we are in this together.”How they served the food? Food will be sent to each bed. We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.Kenapa katil kat MAEPS rapat-rapat? Boleh ke share facilities yang sama?

Haaa. Saya jelaskan based on apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak add on, silakan. Harap korang faham.Duk sekali dengan foreigner ke? Kenapa diorang asingkan foreigner dengan local? Haaa. Ini based on pemahaman saya kenapa perlu diasingkan.Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat!

Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. HahaBila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.

Nak charge phone camne? Ada guys charging station all around this hall. So far takde kes lagi and I hope memang takde la. Alhamdulillah.Ingatlah bahawa pesakit positif Covid-19 bukan penjnyh untuk orang pulaukan mereka kerana sakit ini datang dalam keadaan tidak dijangka. Moga pesakit-pesakit ini diberikan kesihatan yang baik dan doakan Malaysia bebas Covid-19 suatu hari nanti.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.

Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *