Ada ahli keluarga dijangkiti virus COVID19. Syukri Yahaya dedahkan dia lega keputusan ujiannya negatif dan ini cara dia elak untuk terkena COVID19

artis

Pelakon 7 Hari Mencintaiku iaitu Shukri Yahaya menerusi perkongsiannya di entri IG Story memaklumkan dirinya negatif Covid-19 susulan ahli keluarga termasuk kakak, adik perempuan, adik ipar lelaki dan anak saudara dijangkiti virus itu. Difahamkan keluarga ini telah hadir ke sebuah majlis ulang tahun kelahiran pada Sabtu lalu. Sebaliknya, Shukri tidak hadir ke majlis berkenaan disebabkan urusan kerja.

Shukri berkongsikan beberapa video di entri Ig Story dengan dukacita memaklumkan bahawa ahli keluarganya positif Covid-19. Mereka yang menghadiri sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran itu pada hujung minggu lalu disahkan dijangkiti virus berkenaan.Benda ni dari Sabtu hari tu. Kami buat kuarantin sendiri dan swab test kelmarin.

Dan semalam saya dapat result yang saya negatif. Mungkin Allah bagi negatif sebab untuk saya jaga family saya. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Terima kasih sangat. Alhamdulillah…Saya tiada direct contact dengan mereka. Pada Sabtu lepas dia orang celebrate birthday anak buah saya. Masa saya pergi kerja. Jangan risau, saya akan self quarantine diri saya selama 14 hari.

Tambah pelakon ini lagi, sebaik sahaja dia mengetahui berita akan kakak sulungnya itu, dia terus ambil keputusan segera untuk menjalani kuarantin di rumah.Jangan risau, saya dapat tahu kakak sulung saya positif tu hari Ahad. Saya dapat tahu, saya balik rumah terus kuarantinkan diri saya sampai ke hari ni. Hari ni saya keluar pergi ambil result swab test kelmarin. Ini saya balik dan terus sambung kuarantinkan diri di rumah. Doakan kami semua ye… terima kasih

Isteri Shukri Yahaya tayang wajah anak kedua, pilih nama Maleeq Miqayl – “Masa nak bersalin tu saya buat gimik sikit sampai doktor cuak!”SELEPAS lapan hari melahirkan cahaya mata kedua, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan buat pertama kali berkongsi wajah anak lelakinya yang diberi nama Maleeq Miqayl.Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, turut memuat naik video selepas tiga jam anak keduanya lahir pada 20 Julai lalu di Instagram.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Maleeq Miqayl. Video pertama itu, saya baru berusia tiga jam saja dekat dunia ni tau. Mummy bersalinkan saya normal 2.78 kilogram.”Hari isnin 20 Julai 2020 pukul 2.18 petang. Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doktor and semua midwife cuak. Nakal kan saya?

“Gimik apa tu? Haaa… nanti suruh mummy cerita ok. Ok bai. Maleeq sayang semua orang!” tulis Tya di laman Instagram miliknya pada Ahad.Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan memuji kecomelan Maleeq banyak mengikut raut wajah ibunya.

Menerusi laporan mStar pada 20 Julai lalu, Shukri meluahkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya iaitu Tya Adnan selepas melahirkan anak lelaki mereka.Tya mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu 2 pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.Pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Kisah hitam itu buat Shukri Yahaya jarang muncul

PELAKON Shukri Yahaya mahu melupakan kontroversi yang pernah dilaluinya pada tahun lalu kerana ingin menjaga hati isteri, anak dan keluarganya.Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 30, berkata dia pernah rasa tertekn apabila orang sekeliling menganggap perkara yang terjadi pada dirinya itu sebagai serius.

Disebabkan itu juga, Shukri memencilkan diri dan jarang menghadiri majlis atau acara hiburan selepas apa yang berlaku kepadanya.”Tambah-tambah pula saya sudah berkahwin, punyai isteri, anak dan keluarga yang perlu dijaga hati. Jujurnya itu sejarah hitam yang saya nak lupakan.

“Saya jadi lebih tertekan apabila orang sekeliling menganggap perkara itu serius dan ia menyusahkan saya hingga membuatkan saya mendiamkan diri.Shukri tidak mahu mengingati kontroversi yang membabitkannya pada tahun lalu.“Saya lebih bermuhasabah diri dan jarang turun ke acara hiburan sebab takut tersalah cakap. Tapi paling sukar untuk saya mendapatkan semula kepercayaan isteri,” katanya kepada mStar Online.

Pada awal Jun tahun lalu, seorang gadis bernama Sarah Danielle membuat pendedahan Syukri pernah menggodannya menerusi aplikasi WeChat.Sarah mendakwa Shukri menghantar kiriman mesej tidak senonh termasuk meminta untuk melihat buah dadanya.Bagaimanapun, Shukri telah menafikan perkara terbabit.Shukri Yahaya.

Baru-baru ini pula, tular rakaman video panas seorang pelakon mirip Syafiq Kyle bersama wanita bernama Mira.Menurut Syukri, dia memahami perasaan Syafiq kerana mereka melalui sejarah hitam yang lebih kurang sama.Kata pelakon drama Andainya Takdir ini, dia kini lebih berhati-hari dalam setiap tindakan yang dilakukannya terutama di media sosial.

Shukri juga banyak menghabiskan masa dengan bekerya kerana enggan mengingati sejarah hitam yang membabitkannya.”Saya banyak habiskan masa dengan bekerja supaya saya tidak ingat lagi perkara hitam itu. Apa yang terjadi kepada seorang pelakon lelaki baru-baru ini sama seperti yang pernah saya rasai pada bulan yang sama tahun lepas.”Jadi, sedikit sebanyak saya dapat rasakan apa yang dia rasa. Individu yang melaluinya akan menjadi lebih matang dan berjaga-jaga,” ujarnya.

Bakal timang anak lelaki, Shukri Yahaya dah pilih nama – “Syukur kali ini tak banyak alahan”

BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Shukri Yahaya berkata dia dan isteri, Tya Adnan teruja menanti kelahiran bayi itu.Menurut Shukri, segala persiapan telah dilakukan dan mereka juga sudah memilih nama sesuai untuk bayi lelaki yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Persiapan semua kami dah siapkan dari awal, menunggu waktu beberapa minggu saja lagi. Alhamdulillah, kandungan kedua ini isteri pun tak banyak alahan!”Cuma bab emosi tu biasalah untuk perempuan… mengandung atau tidak tetap ada emosi tapi tentang emosi tu saya berjaya tangani dengan baik.

“Sejujurnya memang sangat teruja sebab nak dapat baby boy… nama pun sudah ada tapi selepas lahir nanti baru saya kongsikan. InsyaAllah saya akan bercuti selama seminggu selepas isteri bersalin,” katanya kepada mStar.

Shukri bersama isteri dan anak sulung mereka.Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia 4 tahun.Sementara itu, bercakap mengenai karier lakonan, Shukri memaklumkan dia baru selesai menjalani penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Mengakui gembira dengan penerimaan penonton, Shukri bagaimanapun berkata pada awalnya dia tertekan dan bimbang dengan reaksi peminat terhadap sekuel drama ini.”Alhamdulillah drama ini trending di media sosial… boleh dikatakan pada awalnya semua yang terbabit termasuk saya tertekan apabila penerbit dan stesen televisyen meletakkan sasaran untuk drama ini. Iyelah ramai beri anggapan kebiasaannya musim kedua kurang menjadi.

Teraju utama drama 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri Yahaya dan Siti Saleha.“Bagaimanapun, saya percaya jarak tiga tahun antara musim pertama dengan kedua mungkin tidak membuatkan penonton membandingkan mana lebih bagus. Sebagai pelakon tentulah kami mahu drama musim kedua ini berjaya seperti musim pertama.

“Bagi memastikan watak itu berjaya diolah dengan baik, saya terpaksa menonton semula drama musim pertama supaya karakter Khuzairi tidak lari. Kalau ada keraguan, kami akan merujuk video terdahulu. Maklum sahaja, jarak tiga tahun bukan sekejap dan pelbagai karakter berbeza kami sudah bawakan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.7 Hari Mencintaiku 2 merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk sama karya penulis Siti Rosmizah.Drama arahan Jamal Khan bersiaran di setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.Selain Shukri Yahaya, ia turut dibintangi oleh Siti Saleha, Jasmin Hamid, Liza Abdullah dan Kazar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *