Zara Zya kongsi selawat Asyghil di media sosial dan menerima pujian ramai. Perkongsiannya itu mendapat komen positif dari warganet.

artis Info ISU SEMASA Uncategorized

Pelakon serba boleh, Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya iaitu Zara Zya baru-baru ini telah berkongsikan satu video beliau menyampaikan selawat Asyghil di laman Instagram miliknya. Nampaknya perkongsian Zara itu menarik perhatian ramai pengikutnya yang mahu dia berkongsikan manfaat Selawat Asyghil berkenaan.

Menurut Zara, Selawat Asyghil ini boleh diamalkan untuk memohon salam atas Nabi SAW, keluarga dan sahabatnya dan sesuai diamalkan ketika sedang susah hati atau dikritik.


Berikut lafadz shalawat Asyghil:Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad, Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin, Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin, Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara memuji kesedapan suara beliau dan turut mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang baik itu.

Sejuk hati bila dengar Zara menyampaikan Selawat Asyghil ni! Terima kasih juga Zara atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini Sumber : Instagram Zara Zya

Pertama Kali Zizi Kirana Menonjolkan Diri Dengan Baca Al Quran Di Kaca TV. Suaranya Buat Ramai Terpesona.

Setiap kali menjelang tahun baru, pasti ramai yang mempunyai azam untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuk penyanyi, Zizi Kirana juga mula mengubah penampilan lebih sopan dan memadam foto yang agak keterl4luan di laman media sosial miliknya.

Terbaru, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan dirinya sedang membaca kitab suci al-Quran dengan lancar.

Akan terus belajar lagi

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu tidak kekok bertaranum di atas pentas meskipun sedikit gementar kerana itu merupakan pertama kali dia tampil mengaji di kaca televisyen. “Pertama kali tampil mengaji di kaca televisyen, mahu tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi,” corentnya di kapsyen.

Manis mengenakan jubah dan selendang labuh, penyanyi lagu Eh itu bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti. Kelunakan suara yang bercampur ‘serak-serak basah’ membuatkan posting berkenaan dihujani komen warganet yang memuji kemerduan suara Zizi

Sebab tu jangan mudah menilai

Suka tengok Zizi macam ni

Bergetar tul4ng rvsuk

Merdunya suara!

Alhamdulillah sedapnya suara Zizi. Semoga apa yang dihajati dan dipilih oleh Zizi dipermudahkan segala urusannya. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH. Sumber: Tiktok Zizi Kirana

Zizi Kirana Berang Apabila Ada Warganet Yang Cuba Kata Sebegini Padanya. Lalu Ini Komen Dia Pada Warganet.

Zizi Kirana menegur warganet yang meninggalkan komen tidak beradab. Tindakan segelintir warganet menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.

Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan. Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

“Nak tegur sikit… saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim! Kalau membina tak apa… tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab. Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?” katanya kepada mStar.

Tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna

Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun ini berkongsi luahan rasa kecewanya itu menerusi Instastory pada Rabu. Selepas 10 tahun bergelar anak seni, penyanyi berasal dari Sabah ini berkata dia sudah lali dan kalis daripada sebarang kritikan dari warganet. Dalam masa sama dia turut meminta orang ramai menjaga tutur kata dan tidak melemparkan kata-kata kebencian di media sosial.

“Sepanjang jadi penyanyi, saya dah lali dengan apa pun kata warganet, biarlah mereka nak tulis apa pun… memang warganet macam itu! Tapi kita kena sedar tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari kerana rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat warganet. Zizi mengakui dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara.

Zizi Kirana Dikritik Teruk Selepas Memuat Naik Sesuatu Di Laman Sosial Facebooknya. Kesal Dengan Perbuatan Warganet Dan Ini Tegurannya Kepada Mereka.

Penyanyi Zizi Kirana teruja menantikan pelancaran projek kolaboratif pertamanya bersama kumpulan nasyid Unic, berjudul  Purnama yang dihasilkan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan bakal dilancarkan hari ini. Bagaimanapun, dalam keterujaan itu, Zizi meluahkan rasa kesal dengan tindakan salah seorang individu yang tinggalkan komen bivdap pada hantaran terbaharunya berkenaan projek terbabit yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Pelantun lagu Eh itu pantas bertindak untuk menegur individu terbabit dan meminta agar menjaga kata-kata yang ditulis di hantaran tersebut. “Please! Untuk kali ini, jaga komen di hantaran yang baru saya muat naik di Instagram dan Facebook saya. “Kalau tak suka Zizi Kirana, komenlah di gambar lain, tapi bukan di hantaran baharu ini. “Tolong respect! Kat situ ada nama Ustaz Fakrul dan Ustaz Bazli. Tolong ya..,” tulis Zizi di Instagram Story.

Mengulas tentang kolaboratif terbabit, kata Zizi, ia merupakan salah satu daripada impiannya yang menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Unic, kumpulan nasyid yang begitu diminati sejak dulu. Selain itu, Zizi juga baru sahaja muncul dengan single terbaharunya, Tentu yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat.

(SUMBER: Facebook & Instagram Zizi Kirana)

Sekarang jalan terbaik mengadu pada Allah. Terkedu Zizi Kirana tekad untuk tidak bukan laman sosialnya gara gara sesuatu ini.

Rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat warganet, penyanyi Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari. Zizi berkata dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara. “Saya ambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial selama lima hari. Saya rasa rimas dan semak dengan pelbagai cerita terutamanya perbalahan warganet mengenai isu Covid-19 dan hal politik negara.

“Lebih membuatkan saya kecewa apabila membaca perkongsian seorang individu di laman sosial yang tak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes Covid-19 ini, sampai ada yang kata Sabah jadi punca kes meningkat. “Itu belum masuk isu politik lagi… sepatutnya dalam keadaan getir begini kita semua berganding bahu dan bekerjasama memutuskan rantaian jangkitan dan bukannya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain,” katanya kepada mStar. Zizi menjauhkan diri daripada menggunakan semua aplikasi laman sosial dan membukanya semula pada Isnin lalu. Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia memilih berehat daripada media sosial kerana teringat nasihat yang disampaikan oleh mentornya iaitu komposer Malique.

Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stres atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!

“Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stress atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!. “Rehat dan tenangkan diri, mengadu dan bercerita dengan tuhan. Saya guna nasihat itu dan cuba jauhkan diri daripada laman sosial buat sementara waktu, ternyata ia sedikit sebanyak membantu meredakan keresahan ini. “Dalam keadaan sekarang ni nak mengadu dengan keluarga… mereka pun tengah susah dan berada jauh di Sabah. Kawan-kawan pun ada masalah sendiri, jadi sekarang ini yang terbaik mengadu pada Allah,” ujarnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is 905723-300x196.jpg

Sementara itu, Zizi berkata dia turut bimbang dengan keadaan dan keselamatan keluarga di kampung halaman di Semporna, Sabah. “Setiap hari saya memikirkan tentang keluarga di kampung. Dalam keadaan angka jangkitan terus meningkat, sudah pasti risau dan bimbang keselamatan mereka itu ada.

“Alhamdulillah mereka semua baik-baik sahaja. Setiap hari saya akan curi masa buat panggilan video dan bertanya khabar. “Apa yang penting sekarang ini kita berdoa semoga wabak ini cepat-cepat berakhir dan ingatlah moto kita jaga kita. Tak sanggup lagi nak lalui Perintah Kawalan Pergerakan atau lockdown seperti bulan Mac lalu!,” katanya.- MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *