Tidak mustahil negara kita akan melepasi kapasiti maksimum. Jadi ini yang akan berlaku sekiranya kes melonjak ke kapasiti maksimum Hospital.

Amalan Covid 19 Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Saban hari KKM telah mengeluarkan statistik kes harian serta kluster baru C0VID-19. Oleh yang demikian adalah tidak mustahil jumlah kes aktif C0VID-19 kini mungkin melepasi kapasiti maksimum Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 23,000 kes untuk ditempatkan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) C0VID-19.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman, ia bakal memberi kesan kepada pesak!t bukan C0VID-19 yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

“Bayangkan, kalau sistem sudah penuh, maksudnya katil pesakit di hospital semuanya telah digunakan untuk pesakit-pesakit. Jadi keadaan tersebut akan memaksa berlakunya keadaan di mana doktor terpaksa memilih siapa yang lebih patut diutamakan. Jadi mereka yang mungkin berisiko dan dari segi jangkaan memang sukar untuk diselamatkan, akan dikeluarkan daripada senarai yang menunggu kemasukan ke unit rawatan rapi ” jelasnya.

Bercakap mengenai kesan daripada peningkatan kes aktif dengan kebolehjangkitan C0VID-19 kini melebihi kapasiti maksimum hospital, Dr Malina menambah bahawa ini bakal memberi kesan kepada kakitangan perubatan yang perlu beri keutamaan kepada pesakit yang sudah teruk yang lain.

“Itu satu keadaan, satu keadaan lagi kita bayangkan seseorang individu itu mengalami kecemasan seperti sakit jantung atau berlaku kejadian yang tak diingini, ataupun sebarang kecemasan yang memerlukan Unit Rawatan Rapi. Sekiranya Unit Rawatan Rapi kita penuh, mereka-mereka yang bukan C0VID-19 ini yang memerlukan rawatan tidak dapat diberikan rawatan dalam sistem hospital,” tambahnya.

Terdahulu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan C0VID-19 di Malaysia kini melebihi angka 25,000 iaitu sejumlah 25,221 telah disahkan setakat ini. Tiga hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangk!tan C0VID-19 adalah 22,089 kes yang menghampiri kapasiti maksimum KKM iaitu sebanyak 23,000 kes untuk ditempatkan di hospital dan PKRC. – Sumber dipetik dari Awani

KKM Telah Membelanjakan RM1.17 Bilion Untuk Penggunaan Wabak COVID19 Pada 31 Oktober Lalu. Timbalan Menteri Kesihatan II Tampil Jelaskan Perbelanjaan Tersebut Dengan Lebih Lanjut

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membelanjakan RM1.17 bilion untuk penggunaan wabak COVID-19 pada 31 Oktober lalu.Menerusi perkongsian di Twitter KKM sebentar tadi, sebahagian besar permintaan itu adalah untuk pembayaran elaun khas petugas barisan sehari berjumlah RM275 juta, pembelian PPE berjumlah RM262 juta dan pembelian reagen fast test dan penyumberan luar makmal peribadi untuk ujian saringan berjumlah RM210.

Kenyataan itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan II, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Dewan Rakyat pagi ini.Menurutnya, jumlah tersebut tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan yang terlibat dalam rawatan, kawalan dan pencegahan wabak yang mana peruntukan tersebut sudah ada di bawah peruntukan sedia ada KKM.

Tukar Jadual Imunisasi Kanak Kanak Dan Makluman Jumlah Vaksin Serangkai Yang Diberikan. KKM Tampil Jelaskan Lebih Lanjut Perihal Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menukar jadual imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di Klinik Kesihatan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula awal November.Bagaimanapun, penukaran penjadualan itu bergntung kepada ketersediaan bekalan vaksin di fasiliti kesihatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sebelum ini memberikan vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak dan kini ia ditukar kepada enam serangkai.”Vaksin jenis enam serangkai ini lebih selamat dan berkesan berbanding sebelum ini serta lebih menjimatkan masa kerana jumlah suntikannya juga dikurangkan daripada tujuh suntikan ke lima sahaja.”Vaksin berkenaan meliputi difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seperti vaksin lain yang berdaftar di Malaysia, kesan advers susulan imunisasi (adverse events following immunization, AEFI) vaksin berkenaan dipantau oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM.

“Sejak ia digunakan oleh fasiliti kesihatan swasta di Malaysia, tiada sebarang isu keselamatan serius yang dilaporkan.”Vaksin ini digunakan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia sejak 2013 dan terbukti selamat, namun ia adalah vaksin yang baru digunakan bawah Program Imunisasi Kebangsaan di fasiliti kesihatan KKM,” katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan menjalankan pemantauan AEFI bagi setiap kanak-kanak selepas setiap dos suntikan.”Untuk tujuan berkenaan, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan.

“Kesan yang dialami selepas mengambil suntikan itu adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.”Ibubapa boleh melaporkan kesan advers secara terus kepada NPRA melalui laman sesawang npra.gov.my dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF),” katanya.Sebarang kemusykilan mengenai pertukaran vaksin lima serangkai kepada vaksin enam serangkai ini, boleh dibuat dengan menghubungi KKM di talian 03- 8883 4042/03-8883 4504 pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang, atau dapatkan penjelasan lanjut di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Ramai Acap Kali Migrain Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa. KKM Akhirnya Kongsi Cara Untuk Elakkan Migrain Daripada Berlaku Dan Berikut 6 Tips Utama

Migrain merupakan sakit kepala yang datang secara tiba tiba terhadap seseorang secara berulang kali. Mengikut kebiasaan, sakit migrain hanya dirasai pada bahagian sebelah kepala sahaja. Boleh dikatakan, ramai juga yang pernah mengalami perkara tersebut.

Pun begitu, terdapat juga cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain daripada terus ‘menghantui’ diri anda. Menerusi perkongsian di laman Twitter KKMalaysia, terdapat 6 petua yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain. Pertama, elakkan minuman tinggi kafein,2. Elakkan stres,3. Elakkan makanan masin, proses, berkeju,4. Tidur dan rehat secukupnya,5. Bersenam,6. Pengambilan diet seimbang

Isu Bahan Yang Terkandung Dalam Sosej. KKM Bongkarkan Sesuatu Berkaitan Sosej Yang Boleh Mengakibatkan Sakit Berbahaya Ini Tanpa Anda Sedar

Tidak dinafikan, kanak-kanak memang gemar menikmati sosej daging ataupun ayam sebagai hidangan mereka. Selain dijual murah, sosej juga mudah didapati di kedai-kedai runcit mahu pun pasar raya besar,. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja, pasti hidangan yang simple dan senang dimasak ini pilihan utama mereka.

Namun hakikatnya, ramai ibu bapa tidak tahu akan kesan yang bakal berlaku terhadap anak-anak yang kerap makan sosej. Rasa sosej ini memang sedap tapi untuk jangka panjang, ia boleh mengundang sakit yang merbahaya tanpa kita sedari!

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengurangkan pengambilan sosej khususnya buat hidangan makanan untuk anak-anak. Tahukah anda pengambilan sosej dapat meningkat risiko obesiti dan sakit usus?

Ramai antara kita menganggap sosej mengandungi daging atau ayam segar. Tapi sebenarnya, sosej merupakan makanan diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu, di mana lemak ini dapat meningkatkan risiko kansr.

Menurut sumber lain, Dr Zubaidi Hj Ahmad menuliskan bahawa kanak-kanak yang gemar makan sosej berpotensi mendapat sakit dan sakit jantung sakit kanak-kanak yang menghidap penyakit leukaem1a.Selain itu, sosej juga memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi. Sekiranya ibu mengandung makan secara panjang, boleh memberi kesan kepada kandungannya. Makanan ini bergantung pada asid lemak yang tidak baik dan dihasilkan kolestrol dalam darh.Sumber:lobakmerah dan KKM

Isu Lapisan Fabrik Pelitup Muka. KKM Bongkarkan Kebenaran Tentang Pelitup Muka Ini Dan Diharap Semua Rakyat Ambil Perhatian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kemas kini dan laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa pelitup muka fabrik satu atau dua lapis tidak berkesan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Sebaliknya, KKM menyarankan orang ramai membeli pelitup muka fabrik tiga lapis. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, dalam sidang media harianya semalam.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020.Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan selain mengamalkan penjarakkan sosial serta menjaga kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.Sumber: KKM

Vaksin Covid19. Malaysia Berkemungkinan Memperoleh Akses Vaksin Covid19 Dari China Sekiranya KKM Memastikan Sesuatu Ini

Pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan Covid-19.KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin mendapat akses vaksin koronavirus (Covid-19) dari China sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia selamat dan berkesan untuk digunakan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam membantu pembangunan vaksin virus itu dengan menjalinkan sains diplomasi dan kolaborasi strategik bersama negara-negara yang berupaya menghasilkan vaksin virus itu.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan petugas kolaborasi antara MOSTI, KKM dan Kementerian Luar ditubuhkan pada April lalu bagi meneroka peluang antara Malaysia dan negara lain untuk menjalin kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan Covid-19.

Khairy berkata, ini bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada vaksin Covid-19 apabila ia dihasilkan memandangkan negara buat masa ini tidak ada kemudahan pembuatan vaksin ke atas manusia. “Malaysia juga sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak negara China berkenaan pembangunan vaksin oleh syarikat dan institusi dari negara itu. China sekarang mempunyai beberapa syarikat dan institusi yang sudah sampai ke tahap yang ke hadapan.

“Esok petang saya dijadual mengadakan sidang video bersama rakan sejawat saya di China berkenaan hal ini termasuk kemungkinan Malaysia mendapat akses kepada vaksin dari China sekiranya Kementerian Kesihatan mendapati ia sesuai, selamat dan berkesan untuk digunakan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai peranan MOSTI dalam membantu usaha pembangunan vaksin Covid-19 di peringkat antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai fasiliti pembuatan vaksin.

Khairy berkata, MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dan penyertaan sebagai ahli gabungan itu membolehkan negara mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan. “CEPI juga komited kepada pengagihan vaksin secara adil terbuka dengan kos yang sederhana untuk seluruh dunia,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *