Persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Dengan itu kerajaan Sarawak bakal menanggung kos kuarantin guru yang bakal kembali dari Semenanjung dan Sabah.

Amalan Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Seperti yang semua tahu, 20 Januari ini sesi persekolahan akan bermula, jadi bagi guru-guru dan keluarga dari Semenanjung yang mahu masuk ke Sarawak, mereka perlu menjalani kuarantin.

Baru-baru ini, Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Sarawak telah mengeluarkan garis panduan bagi guru yang mahu masuk ke Sarawak untuk kembali mengajar, mereka perlu membuat kuarantin selama 10 hari di Pusat Kuarantin yang telah ditetapkan.

Ujian saringan akan diambil pada hari ke-2 dan ke-8 kuarantin dan sekiranya keputusan pada hari ke-8 negatif, mereka akan dibenarkan pulang pada hari ke-10 dan sambung kuarantin di rumah sehingga cukup 14 hari. Manakala bagi guru yang bakal melaporkan diri di kawasan pedalaman pula, mereka wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan korang, kos ujian saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala kos kuarantin pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak. Alhamdulillah, senang cikgu-cikgu nak start mengajar balik walaupun kena balik awal sikit.

Guru Ini Berkongsi Rasa Sebak Apabila Berjumpa Seorang Pelajar SPM Di Bengkel Motor. Sekali Pelajar Ini Minta Guru Ini Mendoakannya Dan Dia Juga Beritahu Apa Yang Dia Nak Buat Dengan Gaji Pertamanya.

Seorang guru berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang remaja yang menghantar motosikal ibunya untuk dibaiki. Sejakkebelakangan ini, banyak kisah mengenai pelajar gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disajikan kepada masyarakat. Walaupun berdepan kegagalan, ia bukan bermaksud gelap masa depan, tetapi adalah lebih baik mempromosikan budaya cemerlang dalam pelajaran. Ketika ada yang menganggap SPM bukan perkara penting, seorang guru berkongsi pengalaman bertemu seorang pemuda di sebuah bengkel motosikal.

“Hari tu saya pergi ke sebuah bengkel nak perbaiki motor. Tak lama lepas saya datang, ada seorang budak baru sampai nak servis motor juga. Motor lama, Yamaha Sport. Sambil duduk kat bangku saja, saya sembang dengan dia. Budak tu kata dia nak ambil SPM tahun depan,” tulis guru berkenaan di laman Facebook bernama Muhammad Yusof.

Sementara menunggu musim persekolahan baharu yang bakal dibuka awal tahun ini, kata Muhammad Yusof, anak muda itu bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya. Di bengkel itu, pemuda berkenaan berkongsi berita gembira mengenai dia baru menerima gaji pertama pada hari tersebut.

“Dia kata; Dapat gaji pertama ni bang benda pertama saya nak buat, saya nak pergi servis motor mak saya. Dengan motor inilah mak saya guna hantar saya dan adik-adik pergi sekolah. Harap SPM saya dapat baik bang, doakan saya ye bang. Saya nak balas jasa mak saya, ayah saya. Saya nak balas jasa cikgu-cikgu yang banyak tolong saya sekeluarga.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

“Bila dia cerita macam tu, ya Allah, punyalah sebak saya masa tu. Air mata saya nak tumpah dah masa tu tapi saya kawal (tahan),” ujarnya. Susulan pertemuan tersebut, Muhammad Yusof dapat membuat kesimpulan mengenai kesediaan seorang remaja meskipun bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada.

Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik.

“Pada saya, inilah contoh kemenjadian murid terbaik yang saya pernah jumpa depan mata saya. Alangkah baiknya kalau semua anak-anak murid saya dan semua murid kat Malaysia dapat mencontohi budak ni. Dia mungkin tak kaya harta tapi saya nak ucapkan jutaan tahniah pada si ibu dan cikgu-cikgunya kerana dapat membentuk peribadi budak ni, jadi sebaik ini,” tambahnya.

Keperibadian seorang remaja menarik perhatian Muhammad Yusof.

Bukan sekadar mahu membaiki motosikal ibu menggunakan gaji pertama, malah pemuda itu mahu menghargai keluarganya dengan belanja makan. “Lepas ni nak pergi mana? Saja saya tanya. Dia kata dia nak pergi beli KFC nak jamu mak dan adik-adik makan sedap sikit hari ni, lama tak makan sedap-sedap dia kata. Dalam hati, saya berdoa semoga dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan jadi anak yang baik buat keluarganya. Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik. Naluri saya percaya budak ni akan jadi someone special satu hari nanti, InsyaAllah. Amin,” ujar Muhammad Yusof.

Disebabkan Kertas Catatannya Pernah Basah Akibat Hujan Dulu. Kini Dia Lebih Kreatif Dengan Create Nota Di Iphone 7 Miliknya.

Setiap pelajar ada cara tersendiri setiap kali mahu mengulang kaji pelajaran. Ada yang gemar membaca buku tebal, ada pula yang kreatif mencipta nota-nota ringkas tersendiri. Begitu juga dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang tular dek nota-nota kreatif hasil ciptaannya sendiri. Menurut Danish Haiqal Shajehan, 17, nota yang tular di Twitter itu dihasilkan menggunakan telefon pintar iPhone 7 miliknya.

“Dulu selalu buat nota atas kertas, tapi pernah basah banyak kali akibat terkena hujan. Jadi saya buat secara maya, lebih ramai dapat manfaat. Dulu saya buat guna iPad rakan di sekolah.

Kata Danish, nota itu cukup memudahkan urusan pengajiannya di sekolah.

“Sekarang duduk rumah, saya guna telefon sahaja,” ujarnya yang mesra disapa Danish. Menurut penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur itu, ia juga agak mencabar memandangkan skrin telefon itu bersaiz kecil. Namun katanya, hasil akhir membolehkan dia mengulang kaji pelajaran dengan lebih efisyen dan menyeronokkan. Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal.

Antara nota yang dihasilkan Danish menggunakan pen khas dan telefon iPhone 7 miliknya.

“Agak mencabar sebab skrin kecil. Saya juga gunakan sejenis pen khas untuk melukis di skrin telefon. Biasanya satu nota ambil masa dua jam lebih. Susah sebab tangan saya berpeluh,” ujarnya lagi. Menurut Danish, penghasilan nota secara digital itu juga ternyata menjimatkan kos dan mesra alam.

“Sebelum ni bila buat nota atas kertas, saya banyak menggunakan pen berwarna-warni. Sekarang tak perlu pakai pen, unlimited boleh buat. Jimat kos. Saya dulu pernah sertai pertandingan syarahan. Banyak skrip kena hafal, jadi saya buat nota kecil begini.. Senang. Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal, tengok nota sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, nota-nota yang dihasilkan Danish turut menerima pujian ramai di Twitter. Sehingga kini, posting yang dibuat menerusi Twitter abangnya dikenali sebagai @Kedbil_ menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *