Janna Nick meluahkan pendapatnya di laman media sosialnya. Sekali tak sangka pendapatnya tidak diterima sehinggakan dia dikritik teruk oleh warganet.

artis ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Sejak semalam, nama Janna Nick trending di Twitter setelah pelakon tersebut berbalas komen dengan warganet mengenai pendapat masing-masing berhubung garis panduan filem di Malaysia. Hal tersebut bermula apabila pelakon berusia 26 tahun itu mengulas mengenai beberapa gambar kejadian di dewan parlimen Amerika Syarikat apabila penyokong-penyokong parti menyerang ahli politik sehingga mengakibatkan kerusuhan.

Kaitkan filem dengan tindakan rakyat

Janna mengaitkan kejadian tersebut dengan mendakwa pengaruh filem The Purge yang dilihat tidak mempunyai garis panduan yang ketat menyebabkan rakyat negara terbabit terpengaruh untuk melakukan hal sebegitu sehingga tidak menghormati sistem politik negara. Janna turut menambah, kesan daripada pengaruh filem sebegitu adalah antara sebab mengapa garis panduan yang ketat perlu dilakukan dalam industri perfileman seperti yang Malaysia telah lakukan sejak berzaman lagi.

Ramai yang tak setuju dengan pendapat Janna

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan pelakon drama Leftenan Zana itu seakan memakan diri apabila dikritik warganet kerana merasakan filem-filem di Malaysia tidak dapat berkembang lebih jauh memandangkan garis panduan yang tidak masuk akal dari penapisan filem negara. Janna dilihat membalas beberapa komen daripada warganet dengan mempertahankan pendapatnya dan ia berlarutan sehingga ada diantara mereka mengaitkannya dengan filem serta drama lakonan selebriti tersebut.

Betul ke filem Malaysia ni bodo?

Kena attack bab lakonan pulak

Terima semua pendapat yang dikongsikan

Enggan memanjangkan perdebatan, pelakon tersebut memuat naik satu posting dengan mengucapkan terima kasih diatas segala pendapat yang dilemparkan oleh warganet di ruangan komennya. Dia juga menerima segala kritikan yang dilemparkan dan berharap kenyataannya juga difahami oleh semua pihak.

Sempat lagi nak karaoke tu hahaha

Sumber: Janna Nick

Zami Ismail Sempat Memberikan Komen Terhadap Filem Ini. Tidak Sangka Sesusah Ini Yang Berlaku.

Pengarah Latiff Azmi mendedahkan bapanya yang juga pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail sudah membaca naskah Bikin Filem yang ditulis ketika 10 tahun lalu. Menurut Latiff Azmi atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, bapanya kemudian memberi pendapat yang mengejutkan mengenai filem tersebut.

“Masa saya buat skrip filem ini, arwah ada mengambil masa untuk membacanya. Bapa cakap cerita ini agak susah untuk produser atau pembikin filem terima kerana ia mendedahkan realiti industri lakonan dan perfileman itu sendiri. Betul apa yang dia cakap kerana saya menunggu sehingga 10 tahun sebelum filem ini berjaya ditayangkan di dalam skrin. Saya gembira kerana akhirnya ada produser yang melihat ia sesuatu naskah yang berbeza untuk dijadikan hiburan seisi keluarga,” katanya.

Menampilkan ramai bintang hebat, filem terbaharu Astro Shaw itu temui penonton di Astro First sejak 5 November 2020. Bintang-bintang yang terlibat dalam filem ini adalah seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi. Pun begitu, Yeop Hitler berharap agar Bikin Filem boleh diterima masyarakat terutama anak seni.

“Apa yang saya lakukan untuk filem ini semata-mata untuk industri perfileman. Saya harap mereka yang ada dalam industri boleh ambil pendekatan yang tinggi kerana file mini tajam dari lidah dan dalam masa yang sama ia dibawa dalam bentuk hiburan ringan,” katanya lagi.

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand. Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Syahmi Sazli Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Filemnya Dikatakan Tidak Mencapai Standard Sebenar. Syahmi Memberi Komen Soal Kata-Kata Pelakon Ellie Suriaty Omar Itu.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkr1tik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.  Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju. Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif. Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube. Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah  memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terima Banyak Sangat Kritikan Daripada Warganet. Akhirnya Sampai Satu Tahap Tu Syahmi Syazli Lakukan Sesuatu Ini Sehingga Mengaitkan Dengan Tindakan Syamsul Yusof Mengenai Isu Yang Tular Baru Baru Ini.

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Syazli mengakui sering berdepan kritikan dan penilaian negatif segelintir warganet. Namun, bagi Syahmi, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas atau melayan komen negatif bagi sebaliknya mengaibaikannya. “Komen negatif itu banyak, terutamanya sekarang apabila filem saya mula ditayangkan. Semakin luar kerjaya, semakin besarlah kritikan.

“Saya takut saya down, jadi saya ambil sikap buat tak tahu. Skip saja! Sebab lagi ramai lagi yang menulis komen-komen positif. “Dunia sekarang tanpa sempadan kita tak boleh buat apa pun, mesti akan ada juga yang tidak senang dengan kita. Buat itu salah, buat ini salah. Jadi tak payah hiraukan,” katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Tambah Syahmi, komen negatif muncul daripada sikap iri hati dan tidak senang melihat kejayaan individu lain. “Saya tak faham kenapa perlu menulis komen negatif. Mungkin mereka tak boleh tengok kejayaan orang lain dan memang asal daripada sifat iri hati. Tak boleh tengok orang lebih sikit.

“Apapun, saya suka dengan tindakan balas Syamsul Yusof apabila berdepan dengan warganet yang melampau. Terus ambil tindakan undang-undang! “Bagi saya, tak perlu balas. Nanti kita pula yang jadi sama level dengan mereka. Buat saja tak tahu. “Kita sukar nak bendung sebab media sosial itu percuma, keluarkan modal air liur je untuk menghukum dan menghna orang,” nasihat Syahmi lagi.

Sementara itu, Syahmi memanjatkan rasa syukur atas kejayaan filem pertamanya MTTM yang berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan. MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *