Eyra Hazali kongsi ilmu manfaat ini pada warganet. Rata rata mengucapkan terima kasih atas info yang dikongsikan ini.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau bayi pastinya mengalami sedikit kesukaran untuk meninggalkan mereka sebentar untuk kita melakukan aktiviti lain. Lebih-lebih lagi jika kita ingin menunaikan solat dan anak kecil pula sedang meragam tanpa ada orang lain yang dapat membantu menguruskannya.

Solat dukung bayi

Jadi, dalam perkongsian di Instagram pelakon Eyra Hazali, dia telah memuat naik video dirinya sedang menunaikan solat sambil mendukung anak kecilnya yang sedang meragam.

Dibenarkan dalam Islam

Menurut Eyra, dia berkongsi video tersebut bagi membantu rakan-rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama namun tidak mengetahui cara terbaik untuk memudahkan urusan. Tambahnya lagi, cara tersebut dibenarkan dalam Islam dan pastinya tidak membatalkan solat asalkan khusyuk dan aurat masih terjaga.

Terima kasih kongsi ilmu

Posting yang dibuat oleh isteri kepada penjaga gawang pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah mendapat perhatian warganet yang masing-masing mengalami masalah yang sama. Mereka mengucapkan terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan kerana sangat membantu buat para ibu atau bapa yang mempunyai anak kecil.

Islam tu memang memudahkan

Perkongsian yang baik

Macam nilah kehidupan seorang ibu

Sumber: Eyra Hazali

Ramai Yang Tertanya Soal Ini. Kini Ada Yang Beritahu Hukum Jika Rambut Wanita Terkeluar Ketika Sedang Menunaikan Solat.

Hukum Rambut Wanita Terkeluar Ketika Menunaikan Solat, Ini Penjalasannya | SOALAN : Admin dapat rasakan ada antara kaum wanita mengalami perkara di mana rambutnya terkeluar ketika sedang solat. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN : Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut. Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.

Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :
قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها

Artinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri.CHECK THIS OUT. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة

Artinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.” Wallahua’lam. Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan? Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita? Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak . Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan. Jaga kebersihan. Elakkan ker4cunan makanan.

Persoalan Isu Solat Jemaah Berjarak Dan Tak Rapatkan Saf Ketika Pndemik. Ini Jawapan Dr Zulkifli Bagi Menjawab Segala Persoalan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

Ekoran persoalan yang timbul di media massa berkaitan penjarakkan fizikal ketika melakukan solat jemaah,Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi tampil memberikan penjelasan beliau. Katanya,keadaan kini adalah situasi baru di mana ia menyebabkan para ulama sedunia berijtihad untuk keluarkan fatwa berhubung keadaan ini

“Suka saya nyatakan masalah ini masalah baru. Masalah COVID-19 ini muncul pada akhir tahun lepas. Ia menyebabkan para ulama semasa telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa.“Hukum berkisar pada illah (sebab), masa ada (penyebab) hukumnya lain. Masa tiada hukumnya lain,” katanya.

Jelasnya, beberapa majlis fatwa antarabangsa membolehkan penjarakkan tersebut dilakukan ketika solat jemaah susulan kerisauan merebaknya wabak.“Dek kerana COVID-19 yang cukup mudah dijangkiti apabila SOP dilaksanakan, maka di sini saya nukilkan fatwa terkemuka dunia oleh badan berautoriti dunia. Antaranya Majlis Fatwa Mesir yang menyatakan tiada halangan terhadap penjarakkan fizikal yang berlaku antara mereka ketika melaksanakan solat berjemaah.

“Antaranya Majlis Fatwa UAE, tiada masalah dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan mereka yang solat berjemaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang disarankan oleh badan kesihatan berautoriti.“Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi juga memberikan pandangan yang sama,” tambah beliau.

Tegasnya, fatwa itu bukanlah hasil pendapat peribadi, namun telah dipertimbangkan dari neraca syarak bagi melindungi nyawa.“Kita telah bincangkan dalam muzakarah fatwa kebangsaan beberapa kali isu ini. Dan inilah yang kita lakukannya.“Hal ini bukanlah satu pendapat peribadi oleh perseorangan, tetapi telah dilihat dari neraca syarak dengan maslahah dan maqasid yang perlu dijaga dari segi hifzun nafs untuk memelihara agama.

“Saya berdoa semoga negara kita Allah selamatkan dan bebaskan dari pandemik COVID-19 ini dan ia segera berlalu pergi serta kestabilan negara dan perpaduan rakyat terus utuh di bawah lembayung rahmat Ilahi dan naugnan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.Sumber: Bernama TV

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *