Tak sangka kena tinggal di hentian RnR dan sanggup kejar bas sampai highway dalam hujan lebat. Perkongsian gadis ini tentang lelaki tersebut raih perhatian di Twitter

Viral

Nur Intan Syazwani dan keluarganya mendapat pujian warganet kerana menumpangkan seorang lelaki yang tertinggal bas.BAGI mereka yang sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk ke destinasi yang agak jauh, pastinya sedia maklum dengan ‘rutin’ pengangkutan itu yang akan berhenti seketika di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

Ketika ini penumpang akan menggunakan kesempatan masa yang ada untuk mengisi perut, ke tandas, ataupun menunaikan solat.Dalam keadaan R&R yang sentiasa padat, sudah tentu mereka terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing dan ini menyebabkan terjadinya kes tertinggal bas.

Itulah yang berlaku kepada seorang penumpang lelaki ketika ‘ditinggalkan’ bas ekspres selepas berhenti seketika di R&R Simpang Pulai, Perak, baru-baru ini.Menerusi perkongsian video oleh seorang pelayar Twitter, kelihatan lelaki berkenaan berlari-lari di dalam hujan mengejar bas yang sudah berlalu meneruskan perjalanan.

“Tadi masa kita berhenti dekat R&R Simpang Pulai, tetiba kita nampak la sorang abang ni dia berlari keluar Petronas terus tercari-cari, then dia terus berlari ke highway, and me cuma terpikir yang abang ni tertinggal bas, kesian sangat. Terus bagitahu papa mintak tumpangkan dia,” tulis pelayar berkenaan di Twitter.

Perkongsian Nur Intan Syazwani mengenai di Twitter mengundang perhatian warganet. Ciapan tersebut menjadi tular apabila sehingga kini ia meraih 9,900 retweet dan lebih 15,000 like.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar bernama Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh berkata ketika itu dia bersama keluarganya dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kulai, Johor, sebelum dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari-lari di dalam hujan.

“Saya cuma fikir yang abang ni tertinggal bas. Saya terkejut abang tu terus berlari ke highway sebab nak kejar bas dia, then saya terus bagitahu papa mintak tumpangkan abang tu. Iyalah, kesian dalam keadaan hujan abang tu berlari kat highway kejar bas lagi.Keluarga Nur Intan Syazwani menumpangkan lelaki berkenaan sehingga dia menaiki semula bas tersebut.

“Kami sekeluarga kejar abang tu dan tumpangkan dia, dalam masa yang sama abang tu call company bas dan cuba bagitahu yang dia tertinggal bas. Abang tu beritahu dia dari Jitra nak balik ke Seremban,” ceritanya mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa hari lalu.Tambah gadis berusia 20 tahun ini, bapanya cuba memandu kereta selaju yang mungkin untuk mengejar bas ekspres yang tinggalkan lelaki berkenaan, sebelum akhirnya menemui bas tersebut yang berhenti di tepi jalan, kira-kira 10 minit perjalanan.

“Sebelum turun kereta, dia salam papa saya siap cium tangan dan cakap terima kasih sangat-sangat.”Sebak saya, sebab kalau kami tak tolong agaknya abang tu naik apalah agaknya. Mana tahu dia tak ada duit balik, dengan perjalanan jauh… tertinggal bas pulak.”Mujur dia bawa telefon ketika turun bas, kalau tidak tak tahu macam mana,” cerita penuntut Diploma Sains Sukan Dan Kejurulatihan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ini.

Tindakan Nur Intan Syazwani dan keluarganya mendapat pujian warganet.Dalam pada itu, gadis ini berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian tersebut mengundang perhatian warganet, malah tindakan mereka sekeluarga turut mendapat pujian.”Saya sekeluarga cuma tolong mana yang mampu, saya harap pihak bertanggungjawab menitikberatkan hal ini agar tidak berulang lagi.

“Dan saya tahu orang Malaysia ramai yang mempunyai sifat ihsan sebegini. Saya doakan semoga Allah hadirkan sifat ihsan sesama manusia dalam kehidupan kita semua,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Selamba Ajak Abang Bomba Makan Sekali Dengannya. Rupanya Ada Cerita Di Sebalik Cerita Tentang Driver Lori Ini Masak Mi Segera Masa Banjir

SEPERTI yang diramalkan setiap hujung tahun, hujan lebat dan banjir sekali lagi melanda negara.Bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko, mereka sedikit sebanyak pasti akan melakukan persediaan awal.Namun, ramai tidak tahu bahawa ada golongan lain yang turut mengambil langkah awal, termasuklah pemandu lori yang bila-bila masa saja terdedah kepada risiko apabila berada di kawasan atau negeri yang sering dilanda banjir.

Itulah yang dihadapi seorang pemandu lori yang mana video yang dikongsi di laman TikTok, menunjukkan dia sedang masak mi segera ketika terperngkap dalam banjir pada Ahad lalu, tular di media sosial.Lebih menarik perhatian apabila pemandu lori tersebut dengan tenang dan selambanya mempelawa dua anggota bomba yang sedang bertugas membuat pemantauan ketika banjir untuk makan bersamanya.

“Mantap. Terima Kasih abang bomba datang jenguk kita. Sekejap, saya masak maggi dulu,” demikian kapsyen pada posting videonya yang setakat ini mendapat lebih 80,000 tanda suka dan dihujani ribuan komen.Iskandar bersama isteri dan tiga orang cahaya matanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Iskandar Sudirman, 34, berkata dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular kerana menganggap ia hanya sebuah video santai.”Saya sangkut dalam banjir dan masa tu lapar sangat, sebab tu saya masak mi segera.

“Memang dalam lori saya ni macam-macam ada… dari barang keperluan sampailah stok makanan. Sebab kerja saya memang redah hutan, ladang, banjir dan macam-macam tempat, ” katanya ketika dihubungi, Isnin.Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja.

Menerusi video tersebut, Iskandar yang berasal dari Ulu Tiram, Johor, ini dapat dilihat sedang menyediakan mi segera, dipercayai perisa asam laksa menggunakan dapur mudah alih di bahagian dalam lori.Pintu lori yang terbuka membolehkan air yang sudah naik menghampiri paras bahu dua anggota bomba yang sedang menyelamatkan orang di bahagian luar turut dapat dilihat.

“Kebetulan masa tu saya nampak macam ada orang datang ke arah lori saya, macam abang bomba.“Saya siap sedia rakam video dan alang-alang ajak makan maggi sekali,” katanya menceritakan kembali situasi banjir yang berlaku di Felda Ulu Jempol, Pahang itu.

Menurut Iskandar, dia dihampiri anggota bomba tersebut kira-kira jam 11.30 pagi dan mereka berdua berlalu pergi tanpa makan mi segera yang dimasak selepas memeriksa keadaannya di dalam lori baik-baik saja.Bercerita lanjut, Iskandar yang terperangkap ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, Pahang berkata air mula naik bermula pada jam 9 pagi.

Keadaan lori dipandu Iskandar yang terperangkap dalam banjir.“Dah lapar sangat, saya pun masak dulu makan dalam lori. Kalau air tak naik ke paras kerusi saya memang rancang nak tidur saja tunggu sampai air surut.“Tetapi atas nasihat kawan, saya batalkan niat… saya terus keluar beberapa jam selepas itu.

“Kawan saya tu pun tersangkut dalam banjir, lori dia ada depan saya pada jarak lebih kurang 500 meter.“Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja, ” jelasnya yang terperangkap selama 6 jam sebelum memutuskan untuk keluar dan berlindung di tempat lebih selamat.

Di sebalik kejadian ini, Iskandar turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan tiga anaknya apabila mereka sudah tiga bulan tidak berjumpa disebabkan kerjanya yang tidak tentu masa.Menurut Iskandar, isteri dan anak-anaknya kini pulang ke kampung di Parit, Perak untuk tinggal di sana buat sementara waktu.

“Biasalah kerja bawa lori pendapatan tak tentu, waktu pun tak tentu juga.“Saya harap mereka tak risaukan keadaan saya kerana semua peralatan keselamatan dan barang keperluan mencukupi.“Cuma saya berdoa Covid-19 ni cepat berakhir. Ibu pun selalu pesan supaya saya hati-hati bekerja, ” ujarnya yang sudah 12 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Menerusi postingnya, rata-rata warganet memberi komen positif kepada pemuda ini. Ramai kagum dalam keadaan seperti itu dia masih tenang dan dapat menghiburkan orang ramai.Seperti yang diketahui umum, pada ketika ini banyak kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan berterusan semalam. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki tahap berbahaya.

Di media sosial juga tular video-video keadaan banjir di kawasan-kawasan tersebut yang bukan sahaja membuat pengguna jalan raya terkandas malah pokok tumbang, tanah runtuh dan kerosakan jalan juga berlaku.Seorang pengguna Twitter pula berkongsikan keadaan harta bendanya termasuklah tilam, laptop, dan penapis air Coway yang r0sak akibat rumah dimasuki air.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Pemuda Ini Tidak Kenal Erti Lelah Hujan Panas Semuanya Sanggup Redah. Sehinggakan Sanggup Jalan Kaki 500km Pada Bulan Pertama Hanya Untuk Ini.

Erpan sedang berjalan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Dalamkeadaan yang serba mencabar ini, apa juga pekerjaan yang ditawarkan pasti ramai yang sanggup lakukan, asalkan rezeki yang diperoleh itu halal. Namun tidak dinafikan ada yang terkesan dengan pandemik Covid-19, menyebabkan usaha mencari kerja tetap diteruskan untuk menyara kehidupan. Begitu kisah yang dilalui seorang pemuda, Jaunie Erpan Des, apabila dia memilih untuk bekerja sebagai Pejalan Kaki Foodpanda sejak sebulan lalu.

Foto Erpan sedang berjalan kaki di tepi jalan raya menjadi tular di media sosial.

“Bulan lepas, saya memang tengah cari kerja, tiba-tiba nampak seorang pemuda ni pakai uniform lengkap Foodpanda sambil memegang bungkusan makanan di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur. Saya pun tanya dia bagaimana nak daftar dan pengalaman dia buat Foodpanda dengan hanya berjalan kaki. Memandangkan saya pun tak ada kerja, saya beranikan diri untuk cuba pekerjaan ini walaupun pada mulanya saya langsung tidak yakin dapat lakukannya,” ujar remaja berusia 19 tahun ini.

Baru sebulan dia bekerja, telah tular di media sosial gambarnya sedang berjalan kaki di tepi jalan raya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Berkongsi cerita kepada mStar, anak muda yang mesra disapa Erpan itu berkata dia tidak sangka gambarnya sedang bekerja itu akan mendapat perhatian ramai.

“Saya tak perasan pun ada orang ambil gambar saya, tiba-tiba dah viral.Gambar itu sebenarnya saya dari KL Gateway nak hantar makanan ke Hospital Pantai dekat atas bukit tu,” ujarnya yang tinggal di Pantai Dalam di ibu negara. Susulan tular gambarnya itu, rata-rata warganet menyuarakan keprihatinan mereka dan memberi sokongan kepada Erpan.

Kalau hujan saya akan pakai baju hujan dan SOP tetap dipatuhi.

Malahan, kata Erpan, ada juga yang meminta nombor akaunnya untuk menghulur sedikit bantuan. “Sejujurnya saya sangat bersyukur dan terharu kerana ada orang yang sangat berhati mulia untuk membantu saya, walaupun saya tidaklah sesusah mana tetapi dengan bantuan mereka, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya di awal perjalanan kerja saya,” jelasnya.

Berkongsi pengalamannya, Erpan berkata, sepanjang tempoh sebulan bekerja, dia berjalan antara 480 hingga 500 kilometer (km) untuk menghantar pesanan dengan jarak paling jauh 2.1km. Remaja yang biasanya bekerja shif bermula 12 tengahari hingga malam itu juga pernah dikejar anjing di kawasan perumahan, malahan ada juga pelanggan yang memarahinya kerena lewat menghantar pesanan.

“Bagi saya pendapatan yang saya peroleh ini cukup untuk orang bujang, kalau yang sudah bekerluarga mungkin tidak. Anggaran sebulan boleh dapat dalam RM1,200, tu pun hujan ke panas ke semua saya redah. Kalau hujan saya akan pakai baju hujan dan SOP tetap dipatuhi. Jarak paling jauh ialah 2.1 kilometer yang telah ditetapkan dan ada juga customer akan marah jika saya lambat tetapi bila saya cakap saya jalan kaki, mereka faham,” katanya.

Komen di media sosial mengenai Erpan.

Bagaimanapun, Erpan mengakui agak tidak selesa apabila diviralkan kerana takut akan diejek rakan-rakan. “Kalau boleh saya tak nak diviralkan, saya sangat berterima kasih kepada yang prihatin dan mendoakan tetapi saya malu bila ramai yang tanya mengenai kehidupan saya dan sebagainya. Buat masa sekarang betul apa yang didedahkan jiran saya di ruangan komen, motosikal saya memang rosak tetapi masih boleh digunakan,” ujarnya yang berhasrat untuk bertukar kepada rider Foodpanda pada tahun depan.

Baru-baru ini, Foodpanda memperkenalkan satu lagi servis iaitu Pink Walkers atau lebih dikenali Pejalan Kaki Panda di beberapa zon bagi membuka peluang kepada mereka yang tidak mempunyai motosikal atau lesen memandu. Tidak asing lagi nama Foodpanda sebagai salah satu sumber pendapatan bagi mereka yang sukar mencari pekerjaan atau ingin mencari duit lebih.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *