Tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer. Riena Diana akui janggal bawa satu watak ini dan dia mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik

artis

Riena Diana ingin mencabar diri dengan pelbagaikan watak lakonan selepas ini.PELAKON Riena Diana tidak menafikan sehingga ke hari ini peminat masih lagi memanggil dirinya sebagai Lailer biarpun drama Kampung People sudah lama menamatkan siarannya tahun lalu.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, dia berharap dapat move on daripada watak tersebut agar peminat dapat melihat pelbagai lagi karakter lain yang mampu dijiwainya selain daripada watak komedi.

Terbaharu, Riena muncul dengan drama bersiri yang memaparkan realiti kehidupan petugas barisan hadapan berjudul Hadiah Dari Tuhan.Menerusi drama itu, Riena membawakan watak lebih serius yang memaparkan kehidupan golongan berpendapatan sederhana dalam berhadapan pandemik Covid-19.

“Kali ini saya rasa janggal sedikit bawa watak serius sebab dah biasa bawa watak kelakar.”Nak lari daripada imej watak gadis bimbo Lailer yang saya pernah bawakan sebelum ini, saya hanya ikut sahaja arahan daripada pengarah drama agar mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik.

“Kali ini saya tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer, watak itu macam dah sebati dengan diri tapi saya harap orang nampak juga watak-watak lain yang saya cuba bawakan selepas ini,” katanya kepada mStar.Riena Diana dikenali menerusi watak Lailer dalam Kampung People.

Menceritakan lebih lanjut mengenai proses penggambaran Hadiah Dari Tuhan yang berlangsung sepanjang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada November lalu, Riena akui ada ketika dia berasa sedikit kurang selesa untuk memakai topeng muka namun ia harus dilakukan demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penggambaran drama ini memang pihak produksi jaga dan ikut SOP dengan ketat.”Memandangkan drama ini memang menceritakan tentang kisah petugas barisan hadapan, memang kita perlu ikut semua SOP yang ditetapkan agar dapat tunjukkan realiti sebenar kehidupan para frontliners kita sepanjang mereka bekerja dalam tempoh sukar ini.

Hadiah Dari Tuhan memaparkan realiti kehidupan keluarga petugas barisan hadapan.“Kita bekerja dalam tempoh yang agak lama jadi agak sedikit kurang selesa (pakai topeng muka) sebab susah nak bernafas… tapi itu tidak menjadi masalah buat saya sebab pengalaman yang kita dapat (berlakon dalam tempoh PKPB) amat bernilai untuk dikenang pada masa akan datang.

“Setakat ini, penonton memberikan respon yang baik terhadap drama Hadiah Dari Tuhan, tapi mereka tetap mengaitkan nama saya sebagai Lailer dalam setiap komen yang diberikan.”Mungkin lepas ini saya kena ambil satu watak yang betul-betul heavy untuk keluarkan imej Lailer itu dari diri saya,” ujarnya berseloroh.

Selain Riena, drama arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Amy Mastura, Izreen Azminda, Syafi Tee, Elisya Sandha, Sophia Barakbah dan Ashraf Muslim.Ia ditayangkan di slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember lalu, pukul 9 malam di TV3.

Dimasukkan Ke Hospital Lepas Munth Berterusan. Riena Diana Dedahkan Punca Dia Masuk Ke Hospital Melalui Satu Video Dan Perkongsiannya Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini Riena memuat naik video dia terbaring di atas katil yang ditolak seorang jururawat. Gara gara bekerja tanpa henti dan tidak cukuo rehat,pelakon Riena Diana atau lebih popular dengan nama Lailer dimasukkan ke hospital swasta selepas mengalami munth berterusan. Menurut Nur Qamarina Diana Zulreal 23,dia dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja semula.

Riena yang popular dengan watak sebagai Lailer menerusi drama Kampung People berkata, keadaannya semakin sihat dan kini berehat di rumah neneknya di Kuala Lumpur.Riena dinasihatkan untuk berehat secukupnya sebelum bekerja semula.”Saya ditahan di wad selepas alami munth yang berterusan dan badan lemah akibat tidak cukup rehat.

“Doktor pun suruh saya rehat saja dan Alhamdulillah… keadaan saya pun dah semakin baik. Mungkin disebabkan beberapa bulan saya kerja tanpa henti, itu yang badan jadi tak sihat.”Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan saya. Buat masa sekarang saya berehat di rumah nenek dan akan sambung kerja selepas betul-betul sihat,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Riena berkongsi foto di Instastory yang memperlihatkan dia sedang baring di atas katil yang ditolak seorang jururawat.Sebelum ini, Riena terkndas di Muar, Johor disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama namun dapat pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapatkan kebenaran daripada polis.

Dalam pada itu, Riena mendedahkan dia terpaksa menolak semula tawaran berlakon yang sudah diterima pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.Biarpun pada mulanya mengakui berasa bimbang akan dimarahi produksi dan stesen TV3 namun bersyukur kerana kedua-dua pihak itu memahami keadaannya.

Riena terpaksa menolak tawaran yang sudah diterima.”Buat pertama kali saya terpaksa tolak tawaran berlakon pada saat akhir. saya tak pernah buat perangai macam ini.”Sampaikan saya overthinking… takut ada pihak yang marahkan saya. Tapi saya cuba jelaskan dekat produksi yang saya tak dapat nak buat.”Nasib baik, pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya. Selepas ini saya kena berpada-pada ambil tawaran kerja,” ujarnya.

Laman Instagram Elly Mazlein Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Bongkarkan Tarikh Berlangsungnya Kampung People 2. Berikut Keistimewaan Dalam Musim Kedua

Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.

A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.Foto: Instagram Elly Mazlein

Adibah jadi emak ‘over’ dalam Kampung People 2

KUALA LUMPUR: Drama rantaian popular, Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran, bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.

“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.”Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH Online.Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.

“Lagipun saya memang penonton setia drama ini dan sudah faham daripada segi watak dan perwatakan pelakon lain serta konsepnya.”Jadi, rasanya, saya tiada masalah untuk membawa watak Dona itu,” katanya.Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan.Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.-bh

‘Tengok dulu, baru nilai’

SEJAK berkongsi pembabitannya dalam drama pilihan ramai, Kampung People 2 (KP2) yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi, peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi, Adibah Noor dalam cerita itu.Apatah lagi, Adibah yang pernah berlakon dalam filem hebat seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi berjaya menjadikan penampilannya kekal diingati sehingga kini.

Malah, muncul sebagai watak baharu dalam KP2 dianggap satu lagi watak ikonik yang bakal dicipta Adibah.Bagaimanapun, Adibah yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa tidak mahu meletakkan harapan tinggi sebaliknya berharap peminat menonton dahulu dan baru membuat penilaian.

“Ikonik atau tidak, memberikan impak atau tidak, saya tak boleh nak cakap sekarang. Mungkin apabila ia ditayangkan kita boleh tengok hasilnya.”Tapi, watak saya dicipta untuk memberikan satu suntikan baharu dalam keluarga yang menerajui cerita KP2. Tengok dulu dan baru nilaikan,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam drama yang menggunakan dialog ‘broken English’ itu, Adibah berkata, ia bukan satu masalah kerana sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa dunia itu.”Saya secara peribadi berasakan walaupun skrip KP memaparkan watak yang menggunakan ‘broken English’, ia sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk tidak takut mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan atau penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Apabila orang ramai tengok yang wujudnya karakter yang bercakap ‘br0ken English’ ini, secara tak langsung penonton akan berasa kurang takut untuk mencuba dan belajar untuk memperkasakan lagi bahasa Inggeris.’Sebagai contoh, dulu ada program Oh My English! Hasil daripada program itu, rata-rata orang ramai dan pelajar berasakan tidak mengapa jika buat kesalahan. Orang lain pun cakap tak betul dan tunggang terbalik juga, maka dengan itu ia memberikan inspirasi untuk orang belajar,” katanya.

Menurut Adibah, penggunaan bahasa yang diselangi dengan unsur komedi membangkitkan lagi keinginan penonton untuk terus memperbaiki diri.”Pada diri saya sendiri, ‘broken language’ atau ‘broken English’ dalam KP2 tidaklah memberikan kesan negatif, ia bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan penonton mentertawakan diri sendiri akan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Secara tak langsung belajar bersama-sama.

“Apabila orang mendengar ‘broken English’ dalam KP, mereka tahu ia salah, secara tak langsung akan cakap pada diri sendiri bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik sebab tahu apa yang dituturkan dalam KP adalah salah,” katanya.Selain Adibah, Kampung People 2 masih mengekalkan pelakon asal iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.-mymetro

Tayang Poster Ikonik Drama ‘Kampung People’, Warganet Dah Tak Sabar, Banjiri Ruangan Komen Foto Elly Mazlein

Drama Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang sebelum ini menerima sambutan yang positif dan di luar jangkaan bakal kembali menerusi musim terbaru tidak lama lagi.Difahamkan, drama untuk musim ke-2 itu kini sedang giat menjalani proses penggambaran.

Walaupun masih belum ditayangkan, sambutan yang diterima agak luar biasa apabila pelakon utama untaian drama terbabit, Elly Mazlein dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu sama seperti dalam babak musim yang pertama. Ternyata, ramai peminat menantikan kesinambungan drama tersebut dan teruja menanti untuk ianya ditayangkan.

Malah, entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi Ishak yang memegang watak Pak Abu di platform yang sama iaitu Instagram.Mengintai ruangan komen,ramai warganet telah meluahkan rasa tidak sabar dan teruja menantikan sambungan drama tersebut.

Dimaklumkan sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh tayangan, drama Kampung People akan mengekalkan pelakon yang sama sepertimana musim pertama dan bakal menampilkan muka baharu untuk musim kedua, antaranya penyanyi dan juga pengacara, Adibah Noor.

Pejam celik pejam celik, hari ini drama sensasi, Kampung People bakal melabuhkan tirai apabila episod terakhir akan ditayangkan malam ini jam 9 malam melalui slot Lestary di TV3. Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein sebagai salah satu tunggak utama drama bersiri Kampung People ini turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila drama komedi bersiri itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan menerima pelbagai reaksi yang menggalakkan daripada penonton sepanjang ia ditayangkan. 

“Alhamdulillah, saya memang seronok sangat.  Tak sangka drama ini seperti fenomena yang melanda Malaysia.“Penonton pula bukan orang dewasa sahaja, tetapi ada juga dalam kalangan kanak-kanak.  Dalam kata lain, ia kena dengan jiwa seisi keluarga.

“Paling membuatkan saya gembira ialah apabila ada peminat yang memaklumkan bahawa mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk menonton Kampung People ini,” kata Elly kepada Harian Metro.Pasti juga ramai yang akan berasa sedih kerana drama yang yang sarat dengan mesej positif dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda ini sudah sampai ke penghujungnya.

“Walaupun kita lihat drama itu bersifat komedi dan menjadi hiburan keluarga, tetapi ia juga sarat dengan mesej positif mengenai kekeluargaan.“Ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana Rabu, 8 Januari adalah episod terakhir Kampung People,” kata Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Drama komedi bersiri yang diarahkan oleh Wan Hasliza turut menampilkan bintang seperti Rashid Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan episod terakhir malam ini jam 9 malam di slot Lestary TV3. Pasti akan rindu dengan gelagat Abu, Minah, Laila dan Jekfer lepas ni…-xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *