Sedih kerana tidak dapat turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di Lipis. Siti Nurhaliza hantar selori bantuan dari Kuala Lumpur

artis

Selepas menzahirkan rasa sedih dan khuatir diatas kejadian banjir yang sedang melanda kampung halamannya di Pahang, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hantar bantuan dan wakilnya dari Kuala Lumpur.Siti Nurhaliza berharap dengan bantuan barang keperluan yang diberikan penuh satu lori yang dihantar serba sedikit dapat membantu rakyat yang terjejas banjir sekitar Pahang

Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir.“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya,” katanya.Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video kru dan wakil sukarelawannya memasukan barang keperluan ke dalam lori.

Siti bagaimana pun agak sedih kerana tidak dapat turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di Lipis kerana keadaaan dirinya yang kini sedang sarat hamil.“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana

“Moga dipermudahkan buat kita semua,” katanya lagi.Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu turut bersyukur apabila dalam satu entri terkini dia memuat naik rakaman video barang bantuan itu telah selamat sampai hingga ke lokasi kedua di Benta.Siti kini sedang hamil anak kedua selepas melahirkan cahaya pertamanya Siti Aafiyah tiga tahun lalu

Anak Dalam Kandungan Merupakan Embrio Yang Terhasil Pada Hari Dan Waktu Yang Sama Dengan Aafiyah. DS Siti Nurhaliza Bongkar Sedikit Rahsia Tentang Anak Keduanya

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kandungannya yang kini memasuki usia hampir lima bulan merupakan kembar kepada anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah, 2.Menurut Siti, 41, anak dalam kandungannya merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui.“Jadi sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama,” ujar isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K itu.

Bagaimanapun, Siti memberitahu bahawa doktor menyarankan supaya dia tidak memasukkan dua embrio sekali gus ketika kehamilan pertamanya.“Jadi Aafiyah masuk dulu dan kemudian baru masukkan yang ini (anak kedua),” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.

Pada 1 Disember lalu, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Jerat Percintaan itu telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak keduanya dalam Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti secara online.Ketika sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee pada 12 Disember lalu, Siti sekali lagi memberi kejutan apabila mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada April tahun hadapan.Terdahulu Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan cahaya mata sulung 11 tahun kemudian pada 2018. – K! ONLINE

Disebabkan Selalu Buat IG Review Makanan Untuk Bantu Usahawan Kecil. Kini Siti Nurhaliza Diangkat 100 Artis Paling Berpengaruh Di Asia.

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, korang pasti perasan kan yang Tokti ni gemar benar mempromosi segala jenis makanan yang dihantar ke rumahnya. Perkara ini telah dilakukan oleh Tokti dah lama, tapi semenjak musim COVID 19 yang membuatkan ramai pengusaha kecil terjejas pendapatan, perkara yang dilakukan penyanyi lagu Kuasa Cintamu ni sangat membantu sebab ia meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Disebabkan hal tersebut, nama Siti Nurhaliza mendapat perhatian media antarabangsa, Forbes yang menyenaraikan penyanyi ini antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial di rantau Asia Pasifik. Wow! Penyenaraian yang dibuat Forbes ini adalah atas usahanya membantu golongan yang terjejas dengan mempromosi perniagaan mereka kepada hampir 8 juta pengikutnya di laman Instagram.

Tokti yang terharu dan gembira menerima berita tersebut kemudian memuat naik posting di Instagram meluahkan rasa syukur kerana perkongsiannya selama ini mendapat manfaat ramai. Alhamdulillah. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama-sama. Thank you so much @forbesasia.” Selain Siti Nurhaliza, pengacara, pelakon dan kini usahawan tersohor, Neelofa antara yang tersenarai bersama nama-nama besar lain seperti Amitabh Bachchan, EXO, Blackpink, Chris Hemsworth, Raisa dan ramai lagi. Tahniah Tokti. Rezeki baby nombor dua tu!

Mengejutkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Membuat Satu Pengakuan Untuk Berehat Sekarang Gara Gara Sesuatu Ini. Ini Penjelasannya Selepas Membuat Keputusan Sebegitu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, membuat keputusan berehat daripada sebarang kegiatan seni. Seperti diketahui, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dalam usaha mendapatkan cahaya mata kedua.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mendakwa Siti kini sudah berbadan dua, tetapi beliau tidak berkata ya atau berkata tidak tentang perkara terebut, sebaliknya memberitahu tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti. Bagaimanapun, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu tidak mahu tinggalkan peminat dengan kerinduan menebal.

“Saya mahu karya menemani peminat. Selepas album SimetriSiti, ManifestaSITI2020 juga disiapkan dan dikeluarkan sebelum saya berehat. Selama mana berehat, hanya Allah lebih mengetahuinya. “Saya percaya peminat sentiasa memberikan sokongan dengan membeli album, penstriman, undi lagu menerusi carta radio dan Muzik Muzik. Ini usaha mereka yang disifatkan ‘hadiah’ terindah buat saya,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Siti juga membuktikan album fizikal masih mempunyai permintaan apabila album ManifestaSITI2020 yang dilancarkan sejak 3 Julai lalu berjaya mencatat jualan lebih 5,000 unit, sekali gus meraih Anugerah Emas daripada Universal Music.

“Saya bersyukur album fizikal masih mendapat sambutan baik selepas empat bulan berada di pasaran dalam era digital ini. Ia satu pencapaian membanggakan dan berharap jualan album ini terus meningkat. “Menerbitkan album penuh pada zaman era digital ini memerlukan modal besar. Setiap karya perlulah ada sentuhan istimewa dan lebih segar dengan pelbagai instrumen dan kreativiti. Saya lega, puas hati dan kebimbangan terus hilang apabila album ManifestaSITI2020 mendapat perhatian.

“Tidak mudah mendapatkan kepercayaan syarikat rakaman untuk menghasilkan album penuh, tetapi penjualan album ini memberikan keyakinan untuk meneruskan kerjasama lagi,” katanya penyanyi yang baru dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov.

Portal YouGov, syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan daripada 9.6 juta ahli seluruh dunia. Sejak dilancarkan, single yang dimuatkan dalam album milik penyanyi itu sering berkumandang di radio, malah album yang memuatkan 11 lagu termasuk Anta Permana pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada Februari lalu.

Turut terkandung dalam album berkenaan adalah lagu 7 Nasihat yang menyaksikan kolaborasi Siti bersama penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu yang diangkat sebagai lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada Julai lalu, sekali gus Siti berjaya menambat hati pendengar hingga lagu berkenaan berjaya tersenarai dalam carta radio dan carta platform digital hingga hari ini.

Video muzik rasmi lagu Aku Bidadari Syurgamu berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube, Julai lalu. Walaupun situasi tidak menentu berikutan pandemik COVID-19, namun tidak menghalang Siti mempromosikan lagu berkenaan kepada pendengar.

Kebijaksanaan Siti dalam mempromosi lagu dalam masa yang sama berkempen menggunakan lagu ‘7 Nasihat’ yang diubahsuai liriknya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai usaha membendung penularan wabak COVID-19 pada ketika itu. “Saya bersyukur atas nikmat kejayaan yang diraih selama ini. Segala-galanya hasil sokongan peminat, syarikat rakaman dan teman media,” katanya.

PERHATIAN: Pihak ERAKINI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ERAKINI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: BHONLINE

Setelah hampir 2 bulan tak muat naik foto penuh akhirnya teka teki tentang kehamilan TokTi terjawab. Tiba tiba …..

Setelah hampir dua bulan tidak berkongsi foto penuh, peminat akhirnya dapat melihat keadaan terkini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui akaun instagram doktor selebriti, Dr. Say Shazril baru-baru ini.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik di laman Instagramnya, Dr. Say berkongsi momen bertemu dengan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa di kediaman mereka. Secara tidak langsung, foto itu menceritakan keadaan sebenar Siti yang secara tidak langsung juga seperti mengiyakan dirinya kini sedang berbadan dua.

Peminat yang menyambut baik keadaan Siti itu turut mendoakan selain menghormati prinsipnya untuk tidak terlalu berkongsi khabar terbaharu terutama berkaitan dengan kehamilan kedua beliau. “Macam ada baby bump. Tengok sandal tu pun dah kenal, sandal kegemaran TokTi ketika mengandungkan Aafiyah dulu. Doakan semua baik-baik dan dipermudahkan,” tulis salah seorang pengguna.

“Kantoi dah lah, TokTi dah lama tak post gambar full doktor pula pergi kongsikan,” tambah pengguna lain. “TokTi preggy ya. Pecah rahsia,” sahut pengguna lain pula. Sementara itu, Dr. Say turut berkongsi momen indah bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu dan berkesempatan menyanyi bersama beliau.

“10 hari lepas Datuk K ajak saya berjumpa di pejabatnya. Semalam, beliau mengajak saya ke rumahnya. “Semalam, saya menyaksikan beliau menyanyi live di hadapan saya. It’s funny how life can be.  “One moment you’re at home playing with your son, the next moment you are hanging out with the big guns.

“Anyway last night was a night to remember. Selama ni saya karok dalam bilik air dan dalam kereta menyanyikan lagu Ace ja, tapi semalam saya mendendangkan serangkai lagu untuk Malaysia’s Number 1 singer peeps,” cerita Dr. Say teruja.

Heboh Tentang TokTi Hamil Lagi Ank Kedua. Setelah Sekian Lama Berteka Teki Akhirnya TokTi Tampil Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu. Rupa Rupanya Ini Yang TokTi Bongkarkan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan. Mengulas spekulasi mendakwa sudah berbadan dua, Siti, 41, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

“Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat,” katanya secara eksklusif kepada BH Online. Mengulas kelibatnya yang jarang kelihatan dalam pelbagai acara berbanding sebelum ini, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menegaskan jadual hariannya masih sama.

“Ada ketika, saya buat kerja dari rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan yang memerlukan saya berada di pejabat atau lokasi lain, saya tetap keluar. “Saya ada dan tak hilang ke mana pun,” ujarnya. Spekulasi mengenai kehamilan penyandang trofi Anugerah Seri Perak,

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’ menerusi sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG) penyanyi bersuara lunak merdu itu, baru-baru ini.

Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua. Pada Julai lalu, BH pernah melaporkan yang isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.

Pada Februari lalu, Siti menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan bagi menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Berita Harian

Mengejutkan timbul kembali spekulasi warganet tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza bila ternampak petunjuk melalui Aafiyah. Rupanya ini yang Aafiyah buat sampai warganet buat andaian mereka.

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang membuat promosi produk makanan kesihatan milikya, baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, gelagat comel anaknya, Siti Aafiyah yang kelihatan beberapa kali cuba mencium perut Ibunya mendapat perhatian wargamaya. “BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI,” tulisnya pada ruangan komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat secara tak langsung cuba meneka dan membuat spekulasi bahawa bintang kesayangan ramai kini sedang hamil anak kedua. Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Sebelum ini, Siti ada menyatakan kesediaannya untuk hamil sekali lagi sementelah puteri sulungnya itu sudah mencecah usia lebih 2 tahun.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *