Hampir RM50,000 yang digunakan untuk persiapan perkahwinan lebur begitu sahaja. Lia Natalia luah perasaannya dan kongsi perkembangan terkini

artis

KUALA LUMPUR: Menutup tirai 2020 dengan episod menyedihkan, pelakon, Lia Natalia serik untuk menjalinkan hubungan selepas perkahwinan yang dirancang dibatalkan pada saat akhir, hujung tahun lalu.Lia berkata, dia mahu mengambil masa, sebelum kembali menjalinkan hubungan serius.

“Jujurnya, saya amat serik. Saya jadi takut untuk kembali membuka hati pada lelaki. Sebab takut, akhirnya saya yang sakit. Ini kerana saya tahu bila bercinta, komitmen saya tahap mana.”Jadi, sekarang malaslah nak fikir mengenai lelaki. Penat, duit, masa dan tenaga pun habis. Berilah saya masa untuk mengubati kekecewaan hati.

“Siapa tak sedih, segala persiapan nak berkahwin sudah dilakukan, tetapi tak jadi,” katanya kepada BH Online.Lia ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu, A. I. In Love arahan Nor Ashikin Zainal di Wisma TV, Angkasapuri, hari ini.Awal tahun ini, pada majlis perkahwinan rakan baiknya, Ayda Jebat, Lia berkongsi perkahwinan yang dengan jejaka dikenali hampir setahun lalu sepatutnya berlangsung Disember lalu tetapi dibatalkan selepas hampir 70 peratus persiapan sudah disediakan.

Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden yang enggan mendedahkan punca perpisahan dengan jejaka berusia 40 tahun itu berkata, hampir RM50,000 yang digunakan untuk persiapan perkahwinan lebur begitu sahaja.”Semua persiapan sudah tersedia seperti tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah. Bayangkan, tiket sahaja sekitar RM20,000, tidak masuk persiapan lain seperti tempahan lokasi, hantaran dan sebagainya.

“Selain itu, penggambaran pra-perkahwinan juga sudah dijalankan September lalu dan tunggu untuk dikeluarkan. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan ini dan menyifatkannya bukan rezeki saya.”Alasan perpisahan kami, biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Saya tak mahu membuka aib bagi menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Lia bersyukur ahli keluarga yang menetap di Tawau tidak putus memberikan sokongan dan semangat.”Perkara ini terjadi sekitar November lalu dan saya berada di Tawau, ketika itu. Jadi, keluarga menjadi kekuatan untuk saya berdepan dengan kesedihan ini.

“Ibu berpendapat lebih baik tak jadi daripada saya menyesal selepas berkahwin. Malah, keputusan ini juga saya buat selepas berbincang dengan keluarga. Kami merasakan membatalkan perkahwinan adalah jalan terbaik,” katanya.

Lia berkenalan dengan jejaka berkenaan selama sebulan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.Katanya, mereka bertemu selepas pulang mengerjakan umrah, awal tahun lalu.Tidak menyalahkan takdir, Lia turut berkongsi pengajaran yang diperoleh selepas kejadian itu.

“Mungkin dia adalah hamba yang Allah kurniakan untuk saya belajar supaya tidak mengambil langkah terlalu cepat untuk membuat keputusan menamatkan zaman bujang.”Lebih baik mengambil masa dan mengenali hati budi serta latar belakangnya terlebih dahulu,” katanya yang mahu fokus pada kerjaya, buat masa ini.

Kenal Hampir Setahun Yang Lalu. Lia Natalia Dedahkan Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus Dan Punca Tak Jadi Kahwin

“Kami rancang kahwin Disember lalu dan sudah lakukan penggambaran foto pra-perkahwinan pada September.”Itu kata pelakon Lia Natalia yang mendedahkan dirinya baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki yang dikenali hampir setahun lalu.Lia, 28, atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata, persiapan lain juga sudah pun dibuat kedua-dua belah pihak.

“Jujurnya, persiapan perkahwinan boleh dikatakan sudah pun diselesaikan kira-kira 70 peratus termasuk soal tempahan lokasi, hantaran, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya.“Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya pasrah, sudah tiada jodoh di antara kami,” katanya.

Ditanya mengenai apakah punca menyebabkan mereka kini membawa haluan sendiri, Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa berkata konflik yang berlaku biarlah disimpan sendiri.“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

“Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu,” katanya.Menurut Lia lagi, keluarganya yang menetap di Sabah turut memberikan sokongan dan semangat sejurus diberitahu mengenai keputusan tersebut.

“Sudah tentu saya rasa sedih, kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan segalanya. Keluarga saya reda dan faham dengan situasi yang berlaku antara kami.“Awalnya mereka terujalah bila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu.“Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga.

“Cuma buat masa sekarang saya tidak mahu untuk kenangkan apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya fokus dalam lakonan sahaja.“Soal cinta tolak tepi dulu, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dan alhamdulillah, saya bersyukur kerana teman-teman rapat pun ada di sisi memberikan kekuatan,” katanya.Dalam perkembangan lain, Lia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Diva Popular arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tertekan Bila Digosipkan Bercinta Dengan Alvin Chong. Siap Ada Yang Gelarkan Athalia Sugar Baby Lagi. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Athalia.

Anak sulung kepada penyanyi Sharifah Zarina, Athalia Deena Buswani mengaku tertekan selepas digosipkan bercinta dengan pelakon Alvin Chong. Athalia berkata, selepas kontroversi tersebut terjadi pelbagai andaian negatif dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya.

“Selepas gosip itu tular, orang mula bercakap yang bukan-bukan. Ada yang sampai panggil saya ‘gold digger’ dan ‘sugar baby’ sebab kononnya bercinta dengan orang lebih tua. “Memang saya tertekan, lebih-lebih lagi tahun ini saya akan duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Mujur mama tahu perkara sebenar, malah dia sendiri yang hantar saya bertemu Alvin kerana ada ‘meeting’ berkaitan projek usaha sama antara kami,” katanya. Tambah Athalia lagi dia telah mendapat banyak pengajaran daripada kontroversi tersebut. Apa lagi apabila ia mengenai ftnah di laman sosial.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana ftnah bila-bila masa sahaja boleh berlaku,” ujarnya kepada Gempak. Sementara itu Sharifah Zarina yang turut terheret dengan kontroversi tersebut turut dituduh cuba menangguk di air keruh dan mencari publisiti murahan.

“Saya bersuara kerana mahu mempertahankan maruah anak dan menegakkan kebenaran. Saya tahu setiap pergerakan Athalia. “Begitu juga membabitkan projek usaha sama dengan Alvin, saya tahu aktiviti mereka, malah saya juga menghantar dan mengambilnya di lokasi dengan penyanyi itu.

“Segala-galanya sudah dijelaskan, kerjasama mereka hanya berpaksi urusan kerja dan profesional. Memang tiada hubungan peribadi seperti yang didakwa. Dalam pada itu Zarina berkata, dia tidak kisah jika anak-anak mahu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti.

Yang penting katanya, mereka perlu mengutamakan pelajaran. “Saya tak melarang sekiranya anak-anak berminat dalam dunia seni. Seperti Athalia, saya memaksanya belajar bermain piano. “Apa yang saya nampak anak ketiga, Alfenriz Habeeb lebih menunjukkan minat dalam nyanyian, tetapi anak kedua, Ariana Deena mempunyai suara lebih sedap berbanding lain.

“Athalia pula suaranya tidaklah sedap mana, tetapi masih boleh menyanyi dan diasah bakat. Athalia memang minat menyanyi, tetapi kena tunggu habis SPM,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarina yang muncul dengan single Pernah Bahagia, tahun lalu baru dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan, Xanzwhite Skincare.

Ank Bawah Umur Kantoi Keluar Dating Dengan Alvin Chong. Sekali Sharifah Zarina Tampil Bersuara Jawab Tentang Dakwaan Ank Bercinta Dengan Alvin. Mengejutkan Sampai Macam Ni Respon Sharifah Zarina.

Penyanyi Sharifah Zarina tidak menghalang anaknya Athalia Deena Buswani untuk berkawan dengan sesiapa asalkan tahu menjaga diri dan menjaga nama keluarga. “Saya tak kisah anak saya nak kawan dengan sesiapa pun, yang penting dia pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga,” katanya.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas dakwaan anaknya sedang menjalin cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong, penyanyi Langit Ketujuh itu lebih selesa jika persoalan tersebut dijawab empunya diri.
“Jika tanya saya, tiada komen tentang ini, ‘I reserved my comment’ tentang perkara ini. Saya rasa Alvin pun akan buat sidang media Jumaat ini.

“Rasanya lebih baik jika kita tunggu Jumaat nanti. Kita dengar apa yang mereka nak cakap sebab saya tak mahu komen lebih-lebih,” katanya ketika dihubungi Gempak. Terdahulu, Athalia, 17, memuat naik videonya bersama di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.

Sharifah Zarina menerusi video tersebut memberi reaksi positif kepada Alvin dan Athalia, sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet. Malah reaksi yang ditunjukkan Sharifah Zarina menggambarkan seolah-olah dia ‘merestui’ hubungan anaknya dengan penyanyi Sayangku Salmah itu.

Namun, warganet pula memberikan pandangan berbeza terhadap Athalia dan Alvin sekiranya benar mereka sedang menjalin hubungan istimewa. Apatah lagi usia Alvin sudah mencecah 30 tahun manakala Athalia pula masih di dalam kategori remaja bawah umur.

Kantoi Keluar Dating Dengan Gadis Bawah Umur. Sekali Alvin Chong Tampil Buka Mulut Dedahkan Dia Akan Jawab Dalam Sidang Media Tentang Isu Ini.

Baru-baru ini  nama Alvin Chong menjadi sebutan sehingga ‘trending’ di laman sosial gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur tular. Warganet mendakwa, Alvin kini sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani.

Dipercayai, Athalia adalah anak kepada penyanyi Sharifah Zarina. Menerusi ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Alvin dan Athalia mempunyai hubungan cinta kerana gadis tersebut baru berusia 17 tahun.

Penyanyi Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut. Sebaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majls sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Terdahulu Athalia memuatnaik videonya bersama Alvin di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya. Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina memberi reaksi positif kepada anaknya dan Alvin yang ketika itu sedang duduk di sebuah restoran.

“Oh anak aku tu bukan main…kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya! Comel orangnya…,” kata penyanyi Langit Ketujuh itu. Dalam pada itu, Athalia juga sudah memberi kenyataan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Alvin sebaliknya keluar bersama untuk meluangkan masa sahaja.

Tak Nak Fikir Pasal Cinta. Alvin Chong Sanggup Dedahkan Pekerjaan Ibu Bapanya Sehinggakan Dia Dan Adiknya Menanggung Perbelanjaan Keluarganya

Alvin Chong tidak mahu memikirkan soal perkahwinan buat masa ini. PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta mahupun mengambil langkah berani dengan mendirikan rumah tangga.Alvin, 29, berkata, dia tidak yakin dapat memberikan komitmen dari segi kewangan terutama ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

“Buat masa sekarang, saya tak bersedia nak bercinta sebab tak ada siapa jangka yang pandemik ini akan jadi dan menyebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). “Saya baru saja beli rumah dua tahun lepas. Sekarang ni tengah risau samada saya masih boleh support pinjaman perumahan atau tidak,” katanya kepada mStar.

Alvin ditemui pada sidang media Sayangku Salmah yang merupakan single terbaharu penyanyi itu di Highpark Suites Experience Gallery, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini turut mengakui pendamik memberikan kesan kepada ahli keluarganya yang kehilangan pekerjaan.

Alvin berkata, dia dan seorang adiknya yang bertanggungjawab untuk menanggung perbelanjaan keluarganya ketika ini.”Keluarga saya sekarang tak ada kerja. Ibu saya merupakan seorang pelayan di sebuah pub dan ayah saya bekerja sebagai penjaja… disebabkan PKP dia terpaksa tutup kedai sampai sekarang.

“Adik bongsu pun tak ada kerja sekarang ni. Jadi yang tanggung keluarga adalah saya dan seorang lagi adik,” ujarnya.Alvin Chong akui perkahwinan merupakan perkara penting.Bercerita tentang alasannya enggan berumah tangga dalam masa terdekat, Alvin juga berkata, perpisahan yang sering berlaku kepada orang sekelilingnya juga membuatkan dia takut untuk memikirkan tentang perkahwinan.

“Sekarang ni kalau tanya saya jika saya bersedia untuk bercinta dan melangkah ke fasa seterusnya, jawapan saya tak sebab saya tak tahu jika mntal saya cukup kuat untuk berhadapan dengan keadaan semasa kalau-kalau ada gelombang kedua atau virus baru yang tersebar.

“Sekarang ni ramai yang berpisah, jadi saya nampak yang ianya sangat mudah untuk sesebuah perkahwinan itu berakhir. Kalau tak jumpa orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dan duit sebab perkahwinan tu akan habiskan duit yang banyak,” jelasnya.Video muzik rasmi Sayangku Salmah bakal dilancarkan pada 28 Ogos di saluran YouTube AlvinChongVEVO.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *