Beri sumbangan rare untuk masyarakat yang memerlukan. Sharifah Shahira dedahkan bantuan rare yang diberi kepada orang ramai

artis

Shiera kumpul baju terpakai dan beli baju dalam baharu untuk disumbangkan kepada individu yang terkena banjir.PRIHATIN dengan nasib individu banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan kejadian alam itu.

Salah seorang selebriti yang turut melakukan inisiatif itu ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.Selain sumbangan makanan dan minuman, Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia juga memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam baharu untuk mereka yang memerlukan.

“Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni… ke banyak size XL ke atas, L faham sangat!”Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana?

“Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah… tapi ini sangat penting!” katanya menerusi laman Instagram.Sebelum itu Shiera berkongsi rakaman dia mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan pada individu banjir di sekitar kawasan Pahang.

“Ramai sangat DM kita nak hantar baju ke Pahang. Tapi saya kena hubungi NGO yang ke sana untuk ambil, memandangkan respon ramai sebab itu buat sendiri, suruh sepupu dan kawan kita bantu.”Saya kena kerja, Sabtu baru turun. Yang penting kita semua doakan bagi cepat reda dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Malaysia yang sangat prihatin,” ujarnya.

Shiera kumpul pakaian terpakai untuk diserahkan kepada individu yang terlibat banjir.Pada pagi Khamis, media tempatan melaporkan keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah individu banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.

Di Pahang jumlah banjir terus meningkat melibatkan 24,257 individu yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.Portal Info Bncana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah individu banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

Tak Berjaya Dikesan Ketika Dia Dan Suami Berada Di Pahang. Sharifah Shahira Buka Mulut Detik Pembantu Rumahnya Lari

Sharifah Shahira yang kini bertugas di konti Suria FM meluahkan rasa kesal dan bingung memikirkan masalah pembantu rumah yang dipercayai melarikan diri pada hari Ahad lalu.Sharifah Shahira yang lebih disapa sebagai Shiera menjelaskan bahawa bibiknya yang berasal dari Indonesia itu telah menghilangkan diri dan kini gagal dikesan semasa dia dan suaminya berada di Raub, Pahang.

Meskipun sudah bekerja selama empat tahun, perkara itu sangat mengecewakan Shiera kerana sepanjang bersama dia dan keluarga tidak pernah mempunyai apa-apa isu dengan pembantu rumahnya itu.“Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga. Malah permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa.”

Shiera dilihat telah berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri itu menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.Kakak kepada Sharifah Sakinah dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia dan suami telah membuat laporan polis mengenai kes ini kerana bimbang jika berlaku sesuatu di kemudian hari.

Memilih untuk tidak menghentikan permit kerja bibiknya itu kerana merasa belas kasihan dan tidak mahu Seri dimasukkan ke tirai besi jika ditngkap, Shiera menganggap kebebasan yang telah diberikan selama ini telah pun disalah guna.“Kita ni tak sampai hati nak buat jahat kepada pekerja..kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!” – Sharifah Shahira

Tak Pernah Ada Perasaan Ni Sesama Adik Beradik. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar Hubungan Adik Beradik Antara Sharifah Sakinah Dan Sharifah Shahirah Yang Dibongkarkan Baru Baru Ini.

Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah, mereka ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar. Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah. Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh. “Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.

“Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah. Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.

Sumber: Media Hiburan

Oh rupanya itu yang terjadi. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

Warganet persoalkan iddah dan kritik foto terbaru dari Sharifah Shahirah berkenaan Sharifah Sakinah. Ternyata foto tersebut meraih perhatian gara gara bergambar dengan seorang jejaka ini

Menerusi laman media sosial Instagram Sharifah Shahirah, pelakon ini ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan adiknya, Sharifah Sakinah bersama seorang jejaka. Malah, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu dilihat kelihatan mesra bersama lelaki terbabit.

Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya warganet.“Dah habis iddah ke?,” tulis warganet .Terdahulu, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.Foto: Instagram Sharifah ShahirahApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SimpleHijab dan Kucingasm Media. Sumber : MH

Berpisah Atas Sebab Sakit Yang Dialami. Sharifah Sakinah Luah Rasa Sebak Dengan Anaknya Bila Anaknya Dia Sanggup Membuat Sesuatu Ini Selepas Dia Dan Suami Berpisah

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan lima tahun sahaja selepas disahkan berpisah pada Mei lalu, Sharifah Sakinah berkata dia belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula dengan bekas suami.Akui kehidupannya agak huruu haraa selepas berpisah,bagaimanapun Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gngguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

“Sejujurnya, hidup saya agak haruu-biru kerana perpisahan baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.“Cukuplah saya menyusahkan dia dengan masalah ADHD yang saya hidapi.

Saya lega selepas kami berpisah kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan dia dayuus dan takut isteri,” katanya kepada Kosmo!Ditanya mengenai penerimaan anaknya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun, Sakinah berkata anaknya itu sangat sedih kerana sudah tidak tinggal serumah lagi dengan bapanya.

“Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya.“Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata,” katanya.Dalam pada itu, Sakinah berkata dia kini menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri dan menjalani terapi. Malah, dia turut mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberikan doktor.-kosmo

Gara gara jual baju berbanding sedekah. Sharifah Shahirah dedahkan satu individu ini sanggup beri komen sehinggakan dia bertindak untuk membalas komen tersebut


Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai. Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 67544181_2574954435850931_6684275959455023104_o-346-777x437-1-300x169.jpg

“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.

“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni menuju ke arah negatif,” jawabnya.Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.“Lama tak ada kes. Ada balik parasitt dalam Instagram aku.

“Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakiitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacauu kita,” sindiir Shiera.

Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:gempak

This image has an empty alt attribute; its file name is sharifah-sakinah-cerai-115-300x200.jpg

Ekoran Berita Perpisahan Sharifah Sakinah Dan Suami. Kakaknya Sharifah Shahirah Munculkan Diri Dan Dedahkan Kisah Sebenar Yang Terjadi Antara Mereka

SHARIFAH Shahirah menjelaskan mengenai perpisahan adiknya.”KEDUA belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa,” kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai perpisahan adiknya yang juga pelakon, Sharifah Sakinah dengan suami, Aliff Adha pada Mei lalu. Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurvs kepada mencari salah siapa. Malah, Shira mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.

“Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu. “Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan berbalah salahkn sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. “Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada Harian Metro. Shira menjelaskan dia tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu. “Jangan tanya sebab apa mereka berpisah, sebab memang tidak tahu apa-apa.

“Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.  “Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya. Terdahulu, Sakinah berkongsi perkahwinan dibina bersama Aliff terlerai pada Mei lalu selepas tidak lagi tinggal sebumbung pada Mac lalu. Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais yang kini berusia tiga tahun.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *