Ramai yang mengkritik pemuda ini disebabkan dia menjual kereta dengan haganya yang begitu. Tapi pembeli ini dengan tenang siap bagi duit dalam plastik.

Dunia Info Uncategorized Viral

Dalam setiap perniagaan, pasti akan ada penggemar atau pembeli setia terhadap sesuatu barangan yang diniagakan. Kita semua ada kenderaan idaman yang selalu kita tinjau pada pasaran kenderaan terpakai. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya kita sedang memerlukan sebuah kenderaan pada harga yang rendah untuk kegunaan sementara, keluarga mahupun perniagaan. Pada tahun ini, dapat kita saksikan motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z dan 125zr masing-masing melonjak harga serta mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan harga sehingga RM 70,000 dan RM 85,000.

Status model yang tidak lagi terjual di pasaran sekaligus membuatkan motosikal ini dilabel rare di kalangan peminat. Terbaru, tular di media sosial seorang individu telah membeli kereta EK2 dengan harga RM 120 rlbu telah menarik perhatian warganet.

Maaf Saya Budak Baru

SOLD Ek2 2door Tq Pada Org Yg kritik Semoga Dipermudahkan Rezeki Org Yg kritik. …Maaf Saya budak Baru nk berjinak2 Dngan Perkataan HONDA…….120. Kkental Buyer Aku Sebab Pecaya Dngan Aku Jual.. Kita Kwan Xkira Kulit.

Reaksi Orang Ramai

Seller brg honda.. Mmg la patut nk naik kn harga brg2 die.. Tu je cara nya.. Monkey buslness.. Bio cepat blh naik haji.. Insyaallah. Dah nama restore from A-Z, barang semua tip top, memang pun owner da hak nak bagi brpa harga pun, dah yg beli pun mesti tau payah nak rest0re lbih² condition mcm ni takde ccat celaa.

“Siapa yg da pernah restore kreta pun tau lah harganya, beli barangnya bukan mur², tpksa ikut market gak, enjin b18c pun dah brpa, lbih² lagi halfcut, bukan lantai, nak 0verhaul sgala, perghh tak mampu beb. Borak sedap x makan modal… Plastik kedai cik SENAH je dia belanja… Bashah palaaa.”

“Apa bapakk punya mahal. Agaknya ni keta antik dri honda ker. Klau cam tu proton saga zaman tun mahatdir kna jual dngan harga rm 100k ke atas. Produa pon sama. Kta taruh kancil sebagai antik Dri produa. Rm 100k dh la sebab kecik. Boleh tera tu.”

ArticleByOM

Nombor Plate Kereta Pula Tarik Perhatian Ramai. Seorang Warganet Memuat Naik Paparan Skrin Gambar Iera Dengan Mempersoalkan Kapsyen Remaja Itu

PENCAPAIAN akademik bukanlah penentu kejayaan individu. Sebaliknya yang penting ialah komitmen dan kesungguhan yang tinggi serta kesanggupan menghadapi apa jua cabaran.Selebriti media sosial, Iera Tajudin dan kembarnya Ieka Tajudin pernah mencetuskan kontr0versi apabila menyalahkan guru gara-gara meraih 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meskipun menerima kritikan yang sangat hebat, namun remaja tetap menjalani kehidupan dengan tenang selain menguruskan perniagaan kosmetik milik mereka berdua.Dapat 7G pun ok?Terbaru, seorang pengguna Twitter @anazrulan memuat naik paparan skrin gambar Iera dengan mempersoalkan kapsyen remaja itu yang menganggap keputusan diperolehi tetap mampu memberikan kejayaan.

“Nombor plate macam ni boleh buat tak? yelah dulu kan ramai orang cakap 7g spm ni takda masa depan but alhamdulilah masa tu pun masih ada yang positive dengan iera.“Ingat guys! Manusia boleh berubah, yang jahat boleh jadi baik. Dan yang baik pun boleh jadi jaht. Stop judging others and spread positive vibes,” tulis kapsyen Iera.

Segelintir warganet tidak bersetuju dengan kapsyen tersebut kerana menurut mereka, mendapat keputusan begitu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana kelak akan menyusahkan diri di masa hadapan.Janganlah buat kapsyen macam tu!

Ayat boleh mempengaruhi.Selain itu, komen pengguna Twitter bernama Turu turut mendapat perhatian kerana menyifatkan ‘kebodhan’ seolah-olah adalah kejayaan terutama bagi golongan usahawan yang memiliki produk sendiri.Terdahulu, Iera membuka perniagaan kosmetik dan busana yang diberi nama Siera.Co tidak menghiraukan segala kritikan yang diterima dan terus berinspirasi untuk berjaya.

Siapa tak kenal gadis comel bernama Iera Tajudin dan Ieka Tajudin ini. Gadis kembar ini pernah mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat warganet suatu masa dahulu berkaitan keputusan peperiksaan mereka sehingga digelar ‘Gadis Kembar 7G’. Walaubagaimana perkara tersebut selesai selepas mereka tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagram milik merekanya.

Tidak dinafikan, iera dan ieka ini memang popular di media sosial sehinggakan followers mereka di Instagram melebihi 400k setiap orang. Dengan jumlah pengikut yang ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak beberapa tahun yang lepas.

Paid reviews merupakan salah satu bentuk medium pengiklanan yang popular pada masa kini yang mana sesuatu produk akan di’review’ oleh personaliti media sosial yang popular dan mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, semakin ramai individu di media sosial muncul menawarkan khidmat memberi review atau ulasan mengenai sesuatu produk sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai.Dikhabarkan pasangan kembar ini pernah meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan! Wow, kalah orang yang dah bekerja bertahun-tahun.

Biodata Iera Tajudin.Nama Penuh: Siti Norsyakirah Tajudin.Nama Panggilan: Iera /Eira.Tarikh Lahir: 24 Ogos 2001.Umur: 18 Tahun (2019).Pendidikan: SMK Setia Alam dan‘ homeschooling’.Bangsa: Melayu.Agama: Islam.Warganegara: Malaysia.Ibu: Fauziah Ismail.Pencapaian: Menjadi model untuk jenama Bananadins and Kritikal Co.

Biodata Ieka Tajudin.Nama Penuh: Siti Norsyafiqah Tajudin.Nama Panggilan: Ieka / Eika.Tarikh Lahir: 24 Ogos 2001.Umur: 18 Tahun (2019).Pendidikan: SMK Setia Alam dan ‘homeschooling’.Bangsa: Melayu.Agama: Islam.Warganegara: Malaysia.Ubu: Fauziah Ismail.Instagram: @ieka.tajudin.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

“Budak sekarang dapat 7G relaks je, siap cakap cikgu salah”

PETALING JAYA: Tindakan instafamous, Siti Norsyafiqah Tajudin atau lebih dikenali sebagai Ieka menyalahkan guru-guru di sekolahnya gara-gara keputusan gagal ‘7G’ pada peperiksaan pertengahan tahun dikritik warganet.Komen ‘kurang cerdik’ Ieka itu menjadi bualan hangat warganet di laman Twitter.

Malah, keputusan peperiksaannya turut tular di media sosial selepas Ieka menyalahkan guru-gurunya menerusi live video di Instagram dipercayai milik ibunya.Salah seorang pengguna Twitter @hafifaharikays yang berang dengan tindakan tersebut menasihati Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah atau Iera supaya berhenti mengejar kemashyuran dan fokus semula kepada pelajaran mereka.

“Kepada Ieka dan Iera Tajudin. Akak bukan nak cakap apa. Tapi dik, betul, ada orang boleh berjaya tanpa pelajaran tetapi pelajaran penting.”Boleh tak anda berhenti kejar kemashyuran dan kembali belajar? 7G tu teruk dik. Takut nanti dah besar b***h sangat sampai diperb****kan,” tulisnya.

Pada masa sama, wanita tersebut turut bertanya kepada Ieka mengenai perasaannya selepas mendapat keputusan teruk sebegitu.”Zaman akak dulu, pernah la juga dapat D. D tu kira upper levellah dari G (gagal), tu pun akak kena maki teruk dengan mak akak dik. Time tu dah rasa b**** sangat dah.

Slip peperiksaan yang dipercayai milik Ieka tular di media sosial.“Apa awak rasa dapat G? Tak malu ke? Bukan sebab malu dengan orang tapi malu dengan diri sendiri? Sebab tak mencapai apa-apa,” tulisnya.Wanita tersebut turut meluahkan rasa bimbang untuk mendidik generasi muda hari ini.

“Saya sendiri sebagai bakal guru takut untuk mendidik generasi Ieka dan Iera Tajudin ni.”Semasa zaman saya, nak dapat 1C pun takut, apatah lagi nak salahkan cikgu. Budak zaman sekarang dapat 7G relaks je, siap cakap cikgu salah.”Allahu berilah kekuatan pada bakal guru ini,” tulisnya.

Dalam live video tersebut, Ieka memberitahu pengikutnya dia mengambil keputusan untuk bersekolah di rumah kerana kecewa dengan sikap melampau guru di sebuah sekolah menengah di Setia Alam, Selangor.Malah Ieka berkata dia ada bukti bahawa guru-guru di sekolah tersebut teruk.

Tinjauan mStar Online mendapati gadis berusia 17 tahun itu turut menutup ruangan komen di Instagram miliknya.Ibu Ieka menerusi Instagram miliknya @tajudinfauziah menyatakan sokongan kepada pasangan kembar itu.”Mama tahu adik kuat, sabar ok ni dugaan adik. Insya-Allah ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Aamiin @ieka.tajudin @iera.tajudin,” tulis ibunya.Tags/Kata Kunci:

Gadis kembar ‘7G’ minta maaf tapi…

PETALING JAYA: Selepas dikritik teruk oleh warganet kerana menyalahkan sekolah dan guru-gurunya gara-gara keputusan gagal ‘7G’, Instafamous Siti Norsyafiqah Tajudin atau Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah (Iera) tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya.

“Hi dan Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Di kesempatan ini, kami (Ieka dan Iera) ingin menjelaskan dan memohon maaf di atas isu tular mengenai hal kami yang telah menjadi isu perbualan orang ramai sekarang ini,” tulisnya.

Menurut Ieka, dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah sekolahnya susulan penyebaran video ‘live’ di Instagram berhubung isu tersebut yang mengundang kritikan warganet baru-baru ini.”Sepertimana di dalam video live Ieka yang tersebar, kami tidak sesekali bermaksud untuk menjatuhkan maruah sekolah kami.

“Dan di kesempatan ini kami ingin memohon maaf di atas ketrlanjuran menyebut nama sekolah tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi,” kata gadis berusia 17 tahun itu.Ieka menjelaskan kes tersebut tiada kaitan dengan sekolahnya tetapi melibatkan kalangan kawan-kawan yang didakwa ingin menjatuhkan dirinya dan pasangan kembarnya.

Live video Ieka tular di media sosial.“Masalah ini hanya melibatkan kalangan kawan kami sahaja yang ingin menjatuhkan kami berdua dan sanggup menyebarkan isu privasi kami kepada orang awam.”Kami anggap ianya agak melampaui batas dan menjatuhkan maruah,” katanya.

Tegas Ieka, dia dan kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera membuat keputusan untuk tidak memaafkan individu terbabit.”Kami tidak akan memaafkan mereka dia atas segala perbuatan dilakukan. Sebaliknya kami bangkit dan kuat untuk hadapi isu ini.

“Segala kritikan yang kami terima kami jadikan sebagai satu suntikan semangat untuk terus sukses dalam kehidupan kami,” katanya.Kata Ieka, meskipun gagal atau b**** dalam peperiksaannya, tidak bermakna mereka juga akan gagal dalam kehidupan.

“Kami harap isu ini tidak dibangkitkan lagi dan terima kasih kepada mereka yang selalu ada bersama kami dan tidak putus memberikan semangat mengetahui cerita yang sebenar berlaku di sebalik kejadian itu,” katanya.

Ieka memuatnaik paparan skrin permohonan maaf daripada individu yang mendakwa menyebarkan live videonya.Pada masa sama, Ieka turut memuatnaik gambar posting seseorang yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang yang menyebarkan video ‘live’ yang menjadi kontroversi itu.

Dalam posting itu, individu terbabit memohon maaf di atas kesilapannya memuatnaik video tersebut dan berjanji akan memadam posting berkenaan.Namun berdasarkan keterangan gambar pada posting itu di Instagram, Ieka enggan memaafkan individu tersebut.”Anda mungkin boleh minta maaf tetapi anda cari pasal dengan orang yang salah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *