Pengantin ini ada sesuatu bekas di mukanya tapi dengan kuasa mekap boleh ubah segalanya. Sekali ini jawapan suaminya bila bertanyakan soal bekas di mukanya itu.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Wajah Nadhrah yang disolek menyerlahkan kecantikannya, sungguhpun berparut akibat kejadian yang tak diingini. Cinta kepada paras rupa bukanlah jaminan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga. Namun sudah jadi lumrah masa kini, apabila memilih pasangan wajah yang kacak atau jelita juga menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang.

Bagaimanapun masih wujud insan yang lebih melihat kepada hati budi pasangan dan tidak menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam menjalinkan hubungan. Begitulah kisah Siti Nadhrah Atika Salaman yang amat bersyukur dipertemukan jodoh walaupun cac4t sebelah mata selepas terbabit dalam kejadian jalan raya, 10 tahun lalu.

Nadhrah bersama suami di hari bahagia mereka.

Wanita berusia 25 tahun ini mula menjadi perhatian ramai apabila foto-foto yang memaparkan wajahnya disolek cantik pada hari perkahwinan, 26 Disember lalu, dikongsi oleh seorang jurusolek. “Kesian pengantin ini pernah mengalami kejadian 10 tahun lepas yang mengakibatkan cedera mata sebelah kanan, kening dan muka tetapi pengantin ini memang cantik sangat walaupun tanpa mekap,” tulis jurusolek berkenaan pada postingnya yang tular. Siti Nadhrah Atika atau lebih senang disapa Nadhrah berkata pada mulanya dia langsung tidak tahu foto-foto itu tular, tetapi berasa lega apabila hanya komen positif dan pujian yang ditinggalkan di ruangan komen. Terkejut saya banyak pula yang komen sampai ada yang samakan mekap saya macam mekap Ayda Jebat masa kahwin. Saya akad nikah pada 6 Disember, foto itu adalah mekap masa majlis perkahwinan saya yang dilangsungkan di Johor Bahru, Johor baru-baru ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kisah tragis berdepan kejadian pada tahun 2011 ketika Nadhrah berusia 15 tahun.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Nadhrah memberitahu ketika berusia 15 tahun dia dan abangnya terbabit dalam satu kejadian jalan raya berhampiran rumah keluarganya di Kampung Ladang Darat, Johor Bahru, Johor. Akibat kejadian itu, mata di sebelah kanannya cedera parah dan tidak lagi berfungsi selain turut meninggalkan bekas.

“Masa tu abang saya yang memandu kereta. Serpihan kaca masuk dalam dua-dua belah mata… kelopak mata sebelah kiri terkoyak tapi tak kena biji mata, malangnya serpihan terkena mata sebelah kanan.

Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya.

“Mujur mata sebelah kiri boleh diselamatkan lagi, saya bersyukur sangat masa tu walaupun hanya Allah je tahu betapa sedihnya saya,” jelasnya. Nadhrah yang kini tinggal bersama suaminya, Muhamad Farid Mohsan, 27, di Klang berkata usia perkenalan mereka genap setahun pada hari perkahwinan dilangsungkan. Kami kenal dekat tempat kerja Disember 2019, Ogos tahun lepas bertunang dan terus akad nikah pada Disember. Saya yang mula dulu mengorat suami. Masa tu memang tahu tak akan dapat sebab sedar kekurangan diri. Tak sangka tak lama lepas tu suami bagi respons baik dan kami terus rancang kahwin,” ujarnya yang bekerja sebagai Pentadabir Sumber Manusia di Seri Kembangan, Selangor.

Nadhrah bersyukur kerana suami Muhamad Farid Manson, menerima dirinya seadanya.

Menurut Nadhrah dia juga pernah bercakap mengenai kekurangan wajahnya dengan suami dan bersyukur apabila suaminya menerima segala kekurangannya. “Saya pernah tanya suami, ‘awak tak malu ke keluar dengan saya muka saya macam ni?’ Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya, ” kata Nadhrah.

Gadis Ini Memicit Jerawat Di Mukanya. Tapi Tak Sangka Disebabkan Itu Boleh Menjejaskan Seluruh Muka Dan Termasuk Penglihatannya.

Golongan muda dan juga masalah jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Namun sesetengah daripada kita pasti pantang nampak jerawat sudah tentu rasa geram nak picit. Tapi tahukah anda, selain muka senang berparut ada lagi risiko lain bagi yang suka menyentuh bahagian tersebut seperti satu kejadian di Filipina ini.

Menerusi portal The Sun, Mary Ann Regacho yang berasal dari Filipina berusia 17 tahun kini hampir tidak dikenali selepas wajahnya membengkak dengan sangat teruk di bahagian tulang hidung. Ibu muda kepada seorang anak itu pada awalnya menyangkakan jerawat yang naik di bahagian wajahnya adalah kesan selepas melahirkan lalu bertindak memicitnya.

Namun tindakannya itu bagaimanapun mengundang padah apabila wajahnya bertukar tidak selesa dan membengkak sedikit demi sedikit. Malah, ketulan itu akhirnya menjejaskan bahagian tengah wajahnya dan memberi kesan pada penglihatannya. Lebih malang lagi, suaminya hanya mampu membawa Mary untuk berubat secara tradisional kerana kesempitan hidup yang dilalui.

Susulan itu, lelaki itu kini sedang mencuba untuk memohon bantuan daripada orang ramai supaya dapat mengubati masalah kesihatan Mary. Wanita berusia 17 tahun tersebut sudah hampir setahun menanggung derita keperitan menahan kesan pembengkakan berkenaan.

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.

Menurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.

“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

SYASYA

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.

Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.

Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *