Pegawai Eksekutif KWSP mejangkakan rakyat akan miskin tahap papa kedana jika mengeluarkan wang dalam akaun 1. Ini anggarannya buat orang yang sudah keluarkannya.

Amalan Dunia Infomaklumat ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan. Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja. Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum. Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat. Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan, pelaburan
“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat. Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion. Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah. Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan. Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik. Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya. Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP. Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah. Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi. Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya. Sumber: FUH Sumber: Media Online News

Si Isteri Menangis Apabila Gagal Keluarkan Wang KWSP Suami Yang Telah Tiada. Bila Tunjuk Surat Apa Pun Semuanya Dah Jadi Tak Laku. Sekali Ini Respon Dari Perunding Takaful.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang perunding takaful mengenai seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang EPF arw4h suaminya bertujuan membuka mata orang ramai akan pentingnya melakukan persediaan awal. Tiada siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.

Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata dijemput secara mengejut. Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah meninggal dunia. Hal tersebut berlaku kerana suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan. Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kehilangan suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.

Dokumen seperti sijil kehilangan tidak boleh digunakan untuk tujuan pengeluaran wang EPF si suami yang telah tiada sekiranya tidak mempunyai surat kuasa. Gambar hiasan

“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kehilangan dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kehilangan dan setelah didaftarkan kehilangan tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si suami yang telah tiada itu. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful. Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si suami itu, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.

Asyraf Zakhi sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.

“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun. Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *