Majlis perkahwinan mempunyai banyak belanja untuk diuruskan. Sekali pengantin ini dapat jimat hampir bawah RM5k dan ada juga share tips untuk jimat belanja pada musim PKP ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Tahukah anda, sebenarnya banyak duit boleh save apalagi jika berkahwin sepanjang musim PKP ini? Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak jimatkan kos tapi majlis perkahwinan ‘bajet’ masih tampak meriah, ikuti perkongsian pengantin ini.

Kedua-dua pengantin kongsi duit…untuk kos khidmat bridal photographer

Menerusi video di TikTok, Lala Rahman berkongsi bagaimana dia dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan perkahwinan di bawah RM5 ribu saja pada hujung tahun lepas. Antara faktor yang ketara adalah apabila mereka tidak perlu jemput jumlah tetamu yang ramai sehingga melebihi 500 orang. Kedua-dua mempelai turut berkongsi duit simpanan bagi mendapatkan khidmat bridal dan juga jurugambar.

Tak ada makan beradab…suruh catering sediakan makanan untuk keluarga pengantin je

Selain itu, Lala Rahman turut mendedahkan kad jemputan perkahwinannya hanya dicetak 100 keping sahaja manakala baju nikahnya pula dibeli sewaktu promosi sales hujung tahun. Pakej meja makan beradab juga tidak diambil, sebaliknya pengantin dan keluarga ‘sempoi’ makan di meja tetamu biasa saja.

Janji halal dan tak membebankan pengantin… jangan buang banyak duit sangat dalam pernikahan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan tips majlis kahwin bajet daripada pengantin ini. Ujar mereka, tak perlu rasa malu jika kenduri perkahwinan cuma kecil-kecilan saja. Hal ini kerana yang paling penting adalah menghalalkan sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.

Sumber: Instagram lalarhmnn Tiktok lalarhmnn

Cuaca Pada Waktu Kini Pasti Memberi Cabaran Pada Jurugambar Pengantin Ini. Tapi Disebabkan Terlalu Seronok Sehingga Boleh Pula Jadi Seperti Ini.

Foto yang dirakam oleh Hafiz sewaktu dia berkunjung ke Kedah pada minggu lalu. Kewujudanwabak Covid-19 memaksa banyak acara ditangguhkan sepanjang tahun ini. Antara yang terkesan tentunya pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Situasi ini sekali gus turut memberi kesan kepada jurufoto apabila banyak tempahan khidmat fotografi terpaksa ditunda ke lain waktu. Tatkala menghampiri penghujung tahun, mereka kini berhadapan cabaran cuaca pula khususnya dalam menjalankan sesi penggambaran outdoor.

Menurut Mohamad Hafiz Shahruddin, dia sendiri mengalami masalah sama sewaktu merakam foto pasangan pengantin di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, jurufoto yang mesra disapa Hafiz itu mengakui terpaksa bekerja dalam masa yang terhad disebabkan cuaca yang agak tidak menentu.

Hafiz berkata faktor cuaca turut memberi cabaran buat jurufoto sepertinya.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alhamdulillah tiada client saya yang batal tempahan. Cuma mereka tunda tarikh. Sekarang musim hujan pula. Kesian pengantin nak shoot outdoor. Macam yang berlaku pada saya sewaktu kami shoot di sebuah bendang minggu lepas. Terpaksa rushing. Shoot di bendang tu dalam keadaan tergesa-gesa sebab langit dah gelap. Hujan tunggu masa nak turun.

Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air.

“Kami shoot dalam sejam je. Elok kami dalam perjalanan nak balik, terus hujan lebat,” ujarnya. Walau terpaksa bekerja dalam masa yang terhad, Hafiz tidak mempersiakan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan di kawasan itu. Hafiz yang menetap di Selangor berkata, dia berada di Kedah selama dua hari bagi merealisasikan potret perkahwinan pelanggannya yang dikenali sebagai Nazri dan Ernie.

Pasangan pengantin Nazri dan Ernie sedang menaiki vespa di kawasan bendang.

“Ia idea asal pengantin. Saya pun sebenarnya suka shoot kawasan yang hijau. Jadi saya cuba realisasikan hasrat mereka. Pengantin lelaki juga ada pinjam vespa sahabatnya. Itu kali pertama saya shoot di bendang. Dalam pukul 4 petang. Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. Berpeluh juga masa di bendang. Selain outdoor, saya juga shoot untuk majlis pernikahan mereka,” ujarnya lagi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi di Facebook milik Hafiz, pengantin kelihatan cukup menawan dan segak dalam persalinan serba merah, ditambah pula dengan warna hijau bendang berkenaan. Malah, salah satu foto memaparkan tayar hadapan vespa seakan-akan terangkat turut mencuri perhatian pelayar Facebook.

Antara gambar yang dikongsi di Facebook Hafiz.

Untuk rekod, Hafiz juga pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2019 apabila dia berkongsi foto penuh emosi memaparkan tangisan antara seorang pengantin perempuan dengan bapanya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada waktu itu, foto berkenaan bukan dirakam oleh Hafiz, sebaliknya hasil kerja salah seorang kru yang bekerja dengannya.

Tular Di Media Sosial Apabila Bridesmaid Ini Jatuh Ke Bendang Semasa Sesi Bergambar Bersama Pengantin. Gigih Nak Bergambar Sehinggakan Ini Yang Dipakai.

Video Liyana tular sehingga menerima lebih 200,000 alasan. Rakaman memaparkan seorang gadis terjatuh ke dalam sawah sewaktu bermain buaian menjadi tular di media sosial. Menerusi kejadian pada 12 Disember lalu, Nurliyana Syafiqah Jasni sedang bermain buaian sambil dihayun oleh suami kepada rakannya. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra Liyana sempat memperincikan semula kejadian itu yang disifatkanya cukup lucu dan menghiburkan.

Liyana terpaksa memakai seluar selepas kainnya basah ketika jatuh di dalam bendang.

“Saya sebenarnya jadi bridesmaid. Masa tu tengah tunggu pengantin. Kami tangkap gambar dulu. Yang hayun tu suami kawan saya. Bila nak hayun sekali lagi, tali tersangkut di tangannya dan kami terjatuh. Basah kasut dan kain yang saya pakai. Rasa malu sebab ramai orang tengok. Tapi lepas tengok balik video, rasa lucu pula,” ujar pembantu kedai berusia 19 tahun itu. Menerusi kejadian di Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang itu, Liyana mengakui turut berasa bersalah terhadap pasangan pengantin.

Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

Mana tidaknya, disebabkan kejadian itu, hanya dia seorang yang berpakaian lain dari yang lain sewaktu sesi photoshoot outdoor itu.

Liyana tidak sangka video dikongsi menjadi tular.

“Bila kain dah basah, saya terpaksa pakai seluar. Rasa bersalah juga kat pengantin. Suami kawan yang hayun buaian tu pun rasa bersalah. Sebenarnya saya tak nak tangkap gambar dah, sebab pakaian saya tak sama dengan bridesmaid yang lain… dah tukar seluar ganti masa tu. Tapi pengantin ajak juga. Itulah first time saya ke kawasan itu, first time juga jatuh bendang,” ujarnya berseloroh. Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia juga tidak sangka video yang dikongsi akan menjadi tular.

Liyana (dua dari kanan) bersama rakan-rakan bridesmaid dan pengantin.

“Saya saja share video, sebagai kenangan, Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu. Ramai juga puji tempat tu lawa untuk bergambar,” ujarnya lagi. Sehingga kini, video itu menerima hampir 230,000 tontonan di TikTok.

Pernah Tular Gadis 18 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Berumur 62 Tahun. Pengantin Perempuan Ini Tampil Beri Ayat Padu Kepada Warganet

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun Selepas Hampir Setahun Berkahwin Inilah 5 Foto Terbaru Yang Amat Memeranjatkan | Pada mulanya, foto ini dikongsi Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook,

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dikongsi oleh warganet dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkahwinan ini sebagai bahan lawakan. Ada yang mengatakan ia sepatutnya menjadi pasangan seperti seorang anak dan bapa, cucu perempuan dengan datuk.

Nur Nazirah Nazri18 tahun yang berumur 18 tahun. Allahu, kesakitan menembusi hati orang lemah. Hahahahaha, tulis halaman Lawak Picture Association dengan emosi tertawa tertawa. Menyedari perkahwinannya yang dianggap sebagai lelucon, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menjawab.

Hina sangat muda berkahwin dengan ibu bapa? Perkahwinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin, soal Nasirah kepada warganet.Nur Nasirah mengakui pada mulanya hanya senyap apabila foto perkahwinan foto tersebar di Instagram.

Tetapi orang ramai yang ups (jawatan masih di atas), jadi saya kehilangan k3sabaran. Bagi mereka yang ingin kebahagiaan saya, saya sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih, menulis Nasirah lagi.Tetapi ada juga orang warganet yang membawa kata-kata semangat kepada pasangan ini. Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi ,, Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah,

Saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab rare jer, Dalam Jannah, tak de beza umur dah, semua umur yang sama, kata Faten Nasyrah Zulkifli.Nur Nazirah Nazri Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan,

Bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya ? Lihatlah kemudian, kata Aliah Amanee.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : apacerita

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *