Disebabkan ramai artis yang sudah dijangkiti. MK K Clique juga tidak lepaskan peluang untuk melakukan ujian saringan tapi sempat pula dia kata begini sehingga ramai yang tinggalkan komen.

artis Covid 19 Dunia Uncategorized

Gambar sekadar hiasan.

Apabila mendengar berita artis kesayangan dijangkiti Covid-19, seperti Alif Satar dan Mawar Karim disahkan positif Covid-19 sebelum ini, sudah tentu para peminat bimbang akan keadaan mereka. Baru-baru ini, seorang lagi artis popular iaitu Muhammad Hairi Amin atau dikenali sebagai MK dari kumpulan K-Clique menjalani ujian saringan bagi mengetahui sama ada dia dijangkiti virus tersebut atau tidak.

Penyanyi rap berusia 24 tahun itu memuat naik posting beserta Instastory di Instagram bagi memaklumkan keputusan ujian Covid-19 kepada para peminat yang setia mengikuti perkembangan semasa MK.

“Hasil swab test tadi Alhamdulillah negative, tapi positive mencintai kamu,” tulisnya di ruangan posting. Alhamdulillah, baguslah MK bebas dari Covid-19. Gembira sangat sampai sempat pula dia ‘payung pickup line’ satu ya. Apa kata peminat? Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat bersyukur atas keputusan ujian saringan tersebut malah ada juga gadis-gadis yang ‘cair’ dengan ayat tersebut sehingga ingin masuk meminang empunya diri.

Sempat jugakkk

Alhamdulillah

Cair pulak dengar!

Bila boleh masuk meminang?

Selain MK, K-Clique juga dianggotai oleh Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas. Kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Sumber: Instagram MK

Sebelum Ini Dikejutkan Dengan Berita Alif Satar. Kini Harris Annuar Pula Dijangkiti Dan Disahkan Positif Covid 19.

Pelakon Harris Annuar memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani satu ujian saringan semalam. Berita tersebut dikongsikan bekas finalis Hero Remaja 2017 itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama. Hari ini pada 4/1/2021 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua, untuk buat masa sekarang ini, Harris sedang kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama TQ Captain itu turut menasihati mana-mana individu yang bertemu dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.

“Jadi, sesiapa yang kontak rapat dengan harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan. Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Harris diberikan kesembuhan.”Moga segalanya dipermudahkan, Insya-Allah,” komen pelakon Fendy Bakry.”Syafakallah bro,” komen penyanyi Alif Satar.

Sah Bahawa Alif Satar Kini Sudah Kembali Sihat Dan Bebas Daripada Jangkitan COVID19. Alif Satar Memaklumkan Status Kesihatannya Melalui Entri IG Sehingga Meraih Perhatian Ramai

Aris serba boleh, Alif Satar mengesahkan bahawa dia kini sudah kembali sihat dan bebas daripada jangkitan Covid-19 setelah 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka.Alif yang membuat Alif yang membuat pengumuman itu melalui entri Instagram (IG), berkata, dia mengucapkan syukur apabila sudah kembali ke pangkuan keluarga.

”Sukacita Alif ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka, atas berkata doa seluruh rakyat Malaysia buat Alif sekeluarga, Alif kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

Alif berkata, dia akan mengambil masa selama beberapa hari untuk berehat bersama keluarganya sebelum kembali bekerja seperti biasa.Terdahulu, Alif yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, disahkan positif jangkitan Covid-19.

Ismail Sabri Bersama Cucu Kesayangannya Memberi Ucapan Pada Alif Satar. Tidak Sangka Dia Mengirim Sesuatu Ini Untuk Diberikan Pada Ismail Sabri.

Menteri kanan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kata-kata semangat kepada Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19. 

Menerusi laman sosial Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie yang juga merupakan menantunya, Ismail Sabri bergambar bersama cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie sebagai tanda sokongan kepada Alif. 

“Ini untuk awak brother @alifsatar. Saya harap gambar ini menceriakan hari awak serta saya mendoakan awak dan keluarga terus dilindungi. Semoga awak cepat sembuh dan dapat kembali di pangkuan keluarga. Atok mail @ismailsabri cakap terima kasih dan cepat sembuh Alif,” tulis Jovian sebagai kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Ismail Sabri turut menerima sejadah boleh sandar pemberian Alif untuk digunakan semasa solat.  Malah, Alif turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diterimanya. 

“Ameen, alhamdulillah terima kasih untuk ini brother. Harap Tok Mail suka sejadah tersebut,” tulis Alif yang kini sedang menjalani rawatan dan proses kuarantin di Hospital Melaka.  Terdahulu, Alif disahkan positif COVID-19 pada 22 November lalu.  Selain Alif, ibu bapanya, Hafiza dan Satar Ramli, adiknya Jim Satar dan datuknya Mohammad Che Noh, 71, juga disahkan positif pada awal minggu ini.

Manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari jangkitan virus tersebut. Alif yang kini beransur sihat dijangka akan discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.

Sebelum Ini Alif Satar Dikritik Oleh Warganet. Kini Tak Sangka Jiran Jirannya Buat Begini Pula.

Selebriti serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat C0VlD-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya. Perkara tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di laman Instagram miliknya.

“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin. Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan. Ini baru betul #KitaJagaKita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang baik masih wujud. “Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored. Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu. Ini dia… contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan neg4tif C0VlD-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin. Sebelum ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya. Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *