Ayam antara pilihan yang paling popular di Malaysia. Kini ada jawapannya kenapa ayam dijual di pasar ada yang bewarna kuning.

Dunia Haiwan Info

Ayam sememangnya pilihan yang paling popular di Malaysia kerana mempunyai pelbagai cara masakan dan rasanya bersesuaian dengan cita rasa orang ramai. Tahukah anda bahawa ukiran-ukiran Babylon sekitar 600SM menampilkan ayam sebagai sumber makanan mereka?

Merupakan daging yang paling laris ketika zaman pertengahan, iaitu kira-kira dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi, daging ayam menjadi pilihan kerana mudah dihadam dan dianggap sebagai makanan yang paling neutral. Memilih ayam segar menjadi keutamaan agar kelak kita tidak mengalami masalah kesihatan nanti.

Jika ke pasar raya ataupun di mana-mana tempat menjual daging ayam, pasti anda pernah terjumpa ayam berwarna kuning. Pernah tidak anda terfikir, kenapa ada ayam yang kelihatan berwarna kuning?

Memetik perkongsian Kedai Ayam Ladangku, jika ayam tersebut kelihatan berwarna kuning pelik dari biasa, kita sebolehnya perlu elak daripada memilih ayam tersebut. Katanya, kulit ayam boleh berubah menjadi warna kekuningan apabila ia telah direndam didalam rendaman yang tinggi kandungan kl0rin dan ayam tersebut tidak lagi berada dalam keadaan segar.

Tujuan asal rendaman kl0rin diwujudkan ialah supaya ia dapat membvnuh bakter1a- bakter1a yang berb4haya seperti E-Coli, Salmonella dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan rendaman kl0rin sebagai satu cara supaya ayam tersebut dapat tahan lebih lama daripada biasa. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan peniaga begini. “Ada ke cara lain supaya ayam tidak direndam kl0rin dan selamat untuk dimakan?” Ya ada, caranya ialah melalui mengekalkan suhu dingin optimum 10 darjah celcius supaya ayam sentiasa segar ketika pemprosesan dan ketika dijual.

Namun begitu, tidak semua ayam kuning itu melalui rendaman klorin. Misalnya, ayam pencen berwarna kuning mungkin melalui proses membuang bulu dengan teknik bak4r yang menyebabkan ia menjadi kuning. Di Malaysia, ayam dag1ng yang berwarna kuning sangat jarang dijumpai melainkan ianya ayam 0rganik yang diberi makanan tertentu. Berbeza pula bagi penduduk Mexico kerana menganggap bahawa ayam yang kulitnya berwarna kuning itu ialah ayam yang sihat dan segar dari ladang.

Oleh itu, jika kita berjalan di pasar Mexico, pasti kita akan lihat banyak ayam yang berwarna kuning dan mungkin mustahil untuk jumpa ayam seperti di Malaysia. Ayam tersebut datang dari baka ‘Grey Jungle Fowl’ dan diberi makanan spesifik. Manakala baka daging ayam di Malaysia datang dari baka ‘Arbor Acres’ – selalu nampak bulu berwarna putih itu. Sumber: Kedai Ayam Ladangku

Keluaran Terbaru Dari KFC Yang Memperkenalkan PC Yang Boleh Panskan Ayam Sambil Main Game. KFC Tampil Jelaskan Lebih Lanjut Berkenaan KFConsole

Kalau korang ni jenis suka buat 2 kerja dalam 1 masa, produk terbaru keluaran KFC pastinya sesuai untuk korang!Walaupun lebih dikenali dengan rangkaian makanan segera, kini KFC ambil keputusan untuk bekerja sama dengan Cooler Master bagi mengeluarkan PC Intel NUC 9 Extreme yang dikenali sebagai KFConsole.

Apa yang menariknya pada produk keluaran baru ini ialah penggunanya dapat menggunakan konsol tersebut untuk bermain game sambil memanaskan ayam mereka.Tak ada la ayam hangit lagi atas kuali!

KFConsole!Walaupun dihasilkan dengan rekaan PC yang kecil, Intel NUC 9 Extreme tetap menyasarkan prestasi yang tinggi buat penggunanya.Bukan itu sahaja, rekaan PC unik ini turut didatangi dengan storan bersaiz 1TB SSD serta menyokong Ray Tracing lapor Business Insider.

PC ini turut mempunyai resolusi 4K serta kadar segar semula sehingga 240HZ yang pastinya memuaskan hati kaki game!“Kalau boleh panaskan ayam, mesti PC akan cepat panas!”Sudah pasti perkara ini menjadi perhatian pengguna di luar sana, tapi jangan risau sebab sistem penyejukan turut disediakan dalam ciptaan terbaru ini.Tapi buat masa ini tarikh pengeluaran bagi produk ini belum diumumkan kepada orang ramai.Jadi setakat ni, korang boleh la slow-slow buat saving mana la tahu nak beli nanti.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *