Anak ini seperti sudah terkedu dengan tindakan ayah yang pengotor dan tak bertanggungjawab dan selalu perlakukan sebegini pada anak dan isteri. Ayah cuma akan berubah bila kakak mahu pulang.

Amalan Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Seorang gadis bernama Nana meluahkan rasa kecewa kerana terasa diperlakukan seperti pembantu rumah oleh bapa sendiri. Siapa yang mampu bersabar apabila melihat rumah yang penat-penat dikemas bertukar menjadi tunggang langgang sekelip mata?

Boleh dikatakan situasi berkenaan terpaksa dihadapi setiap hari oleh gadis ini sehingga membuatkan dirinya tertekan. Menulis luahan di laman IIUM Confession, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nana ini berkata dia begitu kecewa dengan sikap bapanya yang mempunyai tabiat buruk sehingga membebankan dirinya dan ibu.

“Macam yang semua tahu sekarang semua student tengah Open Distance Learning, ODL di rumah. Saya agak tertekan sepanjang ODL di rumah sebab ayah saya seorang yang pengotor. Saya tak tahu nak klasifikan ayah saya pengotor atau tidak bertanggungjawab. Ayah saya seorang yang bila dia dah duduk di sesuatu tempat, dia tak masukkan kerusi balik ke tempat asalnya. Elok kita susun masuk dalam meja, tapi bila dia dah duduk tak reti nak masukkan balik. Sampai dua-tiga kerusi dia bangun tinggalkan. Kalau dah hari-hari macam ni siapa je tak marah? Bila dia dah siap makan pula, dia letak je pinggan atas meja dan pergi cuci tangan. Kadang-kadang dia basuh je tangan dia atas pinggan tu (tuang air dalam pinggan). Bila dia makan jajan-jajan atau kerepek, habis tumpah semua dekat lantai. Ayah saya masih kuat lagi ya, tak ada parkinson. Dia baru pencen setahun lalu,” tulis gadis berusia 23 tahun ini.

Nana pernah menangis kerana tertekan gara-gara tidak tahan dengan sikap bapanya. Gambar hiasan.

Cerita Nana lagi, apa yang membuatkannya kecewa apabila bapanya langsung tidak mempunyai rasa bersalah atau sedikit rasa bertanggungjawab dek tindakan yang dilakukannya itu.

“Pernah beberapa kali saya masuk saya tengok syampu, segala peralatan mandi berselerak dekat rak dalam tandas. Syampu jatuh pun tak diangkat. Bila keluar toilet tak reti nak tutup lampu balik, hari-hari macam ni. Tapi bila kami yang terlupa tutup suis, teruk kami kena marah. Tiada siapa boleh marah dan dia takkan mengaku salah.

Bila kakak-kakak saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah. Masa itulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali.

“Saya jadi marah, ingat saya dan ibu ni bibik ke? Kami dah masak dah mengemas rumah. Takkan benda-benda simple macam ni dia nak harapkan kami yang buat. Kadang-kadang saya terpaksa rela biarkan je sebab bila saya kemas ada je yang nak sepahkan balik sampai saya rasa nak menangis. Pernah beberapa kali saya mengemas sambil menangis. Sampai satu tahap saya tak nak keluar bilik sebab saya sakit mata tengok rumah tunggang langgang,” ceritanya. Bagaimanpun menurut Nana, sikap bapanya automatik akan berubah sepenuhnya apabila kakak-kakaknya pulang bercuti di rumah mereka.

Menurut Nana, bapanya akan berubah menjadi lebih rajin apabila kakak-kakaknya pulang bercuti ke rumah mereka. Gambar hiasan

“Bila kakak-kakak saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah. Masa itulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali. Barulah reti nak angkat pinggan, buat kerja, cakap baik-baik dengan isteri. Sedangkan bila mereka tiada, perwatakan dia sangat berbeza,” katanya lagi.

Menurut Nana, dia dan ibunya sudah menegur sikap bapanya itu beberapa kali sebelum ini, namun ia ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sehingga membuatkannya tertekan dan mengambil keputusan untuk meluahkannya di laman tersebut.

Pernah Bina Rumah Bersama Ayah Suatu Ketika Dahulu. Jejaka 21 Tahun Ini Hadiahkan Pula Dapur Baharu Buat Ibu Dan Ini Hasil Tukang Sendiri Dari A To Z

Transformasi dapur di kediaman Fikri meraih perhatian ramai selepas satu video dikongsi menerusi TikTok.UNTUNG pandai buat sendiri.Demikian antara komen warganet berhubung video tular seorang jejaka berusia 21 tahun yang membuat ubah suai dapur kediaman keluarganya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menurut Muhammad Fikri Hakimi Mazlan, semua kerja-kerja ubah suai itu dilakukannya sendiri dengan bantuan ahli keluarga yang lain.”Sebenarnya dapur dah uzvr, dah macam-macam rosak. Jadi saya mula ubah suai dalam bulan November, siap dalam masa sebulan. Baru je beberapa hari lepas siap.

“Saya tukar lantai, table top, kabinet dan juga dinding. Semua saya buat sendiri kecuali kabinet tu, saya dibantu adik dan ayah.”Kami memang tak upah orang luar. Rumah pun kami buat sendiri. Ayah terlibat dalam kerja pertukangan rumah dan welding.

Selain berniaga kedai makan, Fikri merupakan pelajar USM dalam bidang Perniagaan dan Geografi.“Rumah yang kami diami sekarang dibuat oleh ayah dan saya serta dibantu adik-adik sekitar enam tahun lepas,” ujarnya kepada mStar.Mesra disapa Fikri, dia mendedahkan kos sekitar RM1,000 dalam proses ubah suai itu ditanggung sendiri menggunakan wang simpanannya.Selain mengusahakan kedai makan sendiri, dia juga kini menyambung pengajian secara jarak jauh (PJJ) dalam bidang Geografi dan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Saya belajar dan bekerja pada masa sama. Berniaga kedai makan pun baru lagi, tak sampai setahun. Untuk ubah suai rumah tu saya guna duit sendiri, duit berniaga.”Saya buat PJJ sebab nak buat bisnes pada masa sama. Saya mahu konsisten. Kena ada kelayakan akademik dan juga kerjaya.”Sekurang-kurangnya ada duit poket. Saya pun tak nak lepaskan salah satu antara akademik dan bisnes. Kena ada dua-dua.

Foto sekitar proses ubah suai dapur kediamannya.“Saya anggap ia hadiah untuk mak. Mak pun ada cakap yang dapur dah vzur. Jadi saya buat yang lain. Saya pun dah lama rancang nak buat,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.Menurut Fikri, dia juga terkejut video ubah suai dapur itu tiba-tiba menjadi tular di aplikasi TikTok.

Wajah baharu dapur di kediaman keluarganya.Malah, dia bersyukur dengan komen-komen yang diterima dan sempat menitipkan pesanan buat rakan-rakan di luar sana agar tidak kedekut dengan orang tua.”Saya memang bersyukur, pada masa yang sama saya terkejut. Sebenarnya tak rugi kalau kita melabur pada mak ayah.”Rezeki akan jadi semakin luas. Jangan kedekut, kita perlukan reda dan keberkatan mereka,” ujarnya lagi.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Sanggup Buat Seorang Doktor Tempat Bayar 335000 Dolar Semata Untuk Lampu Ajaib. Namun Akhirnya Terbongkar Aktiviti Mereka Setelah Doktor Itu Buat Sesuatu Ini

Dilaporkan dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditngkap minggu ini kerana didkwa mnipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika mengunjungi rumah pesakit untuk memberikan rawatan luka setelah operasi.

Suatu hari, ketika berada di rumah pesakit, doktor itu menemui  ‘tantrik’ yang digambarkan mempunyai kekuatan magisnya, dan kemudian berjanji untuk menjadikan doktor tersebut sebagai jutawan. Tantrik tersebut segera memperkenalkan doktor itu kepada pasangannya dan kedua mereka menawarkan untuk menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) untuk memenuhi hajat dalam kehidupan sebenar dengan hanya 2.5 juta ($ 335,000). Doktor itu pun bersetuju.

Tert1pu kerana membeli lampu Aladdin, doktor tersebut mendkwa bahawa kedua-dua mereka itu sangat meyakinkan, kerana menggunakan minyak wangi untuk men1pu dia untuk berfikir bahawa jin (jin) keluar dari lampu.Dia kemudian menyedari bahawa jin ajaib itu sebenarnya seorang individu, tetapi pada masa itu dia telah membayar secara ansuran hampir semua wang yang telah mereka persetujui .

Setelah membuat berkali-kali pembayaran, doktor itu meminta untuk membawa pulang lampu Aladdin tersebut bersamanya, tetapi kedua lelaki itu terus memberitahunya bahawa itu adalah pntang larang, jika seseorang menyentuh lampu aladdin itu, maka akan menyebabkan perkara buruk terjadi kepadanya. Setelah permintaannya ditolak beberapa kali, doktor tersebut akhirnya menyedari dia dit1pu dan membuat laporan polis untuk menahan kedua-dua orang itu.

Individu serta seorang rakannya ditngkap polis, dan lampu “ajaib” itu dirmpas. Malangnya, polis tidak dapat ‘meyakinkan jin untuk keluar dari benda tersebut’. Mereka kini mencari seorang lagi individu, yang ternyata adalah isteri individu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *