Pernah dikaitkan dengan pelakon baharu iaitu Sasha Abedul dan kini dikatakan bermian cinta dengan Iman Troye. Ini jawapan jujur dari Naim Daniel

artis

Naim Daniel anggap Iman Troye macam adik sendiri.JIKA sebelum ini Naim Daniel pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Sasha Abedul dan rapper Bungaisme, kali ini penyanyi lagu Sembah itu didakwa pula sedang bermain cinta dengan penyanyi Iman Troye.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi lagu Teman itu sebaliknya hanya berkawan baik dengan gadis berusia 18 tahun itu.”Saya dah anggap Iman macam adik sendiri lagipun dia masih muda lagi. Kami memang dah lama kenal sejak dia cover lagu Sumpah beberapa tahun lalu dan dari situ kami mula following satu sama lain di Instagram.

“Saya tak tahu kenapa mesti nama saya akan dikaitkan dengan artis-artis yang nampak rapat dengan saya, sedangkan kami memang tiada apa-apa hubungan istimewa pun.Naim juga pernah digosipkan dengan pelakon baharu, Sasha Abedul.“Saya memang seorang yang senang berkawan dengan sesiapa pun,” katanya kepada mStar.

Naim turut menjelaskan tahun 2021 dia mahu lebih fokus dalam kerjayanya memandangkan dia bakal menerbitkan album pertamanya pada pertengahan tahun ini.”Soal cinta bagi saya kalau ada, adalah.. Wanita idaman saya pula asalkan dia bukan perempuan jadian, saya okay dah (berseloroh).

Naim mahu fokus kerjaya untuk tahun 2021.“Bukan tak nak bercinta sebab takut peminat lari ke apa, sebaliknya saya memang nak fokus pada kerjaya dahulu memandangkan saya akan keluar dengan album baharu selepas hari raya tahun ini,” ujarnya.

Naim dan Iman dikatakan mempunyai hubungan istimewa selepas penyanyi lagu Purnama itu memuat naik gambarnya bersama Iman di laman Instagram miliknya.Peminat Naim beranggapan dia kini sedang bercinta dengan Iman berikutan keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti tersebut di laman sosial masing-masing.

Mengadu Rahangnya Semakin Sakit Dan Doktor Minta Naim Daniel Berehat. Akhirnya Pengurus Dedah Keadaan Terkini Naim Daniel Selepas Kejadian Tersebut

Ketiadaan kelibat penyanyi Naim Daniel dalam majlis pelancaran lagu Lara petang semalam (Selasa) menjadi tanda tanya pihak media sehinggalah sebuah klip video ucapan penyanyi ini dikongsi buat tetamu yang hadir di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam majlis itu kerana keadaan dirinya masih lagi tidak mengizinkan. Menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan Naim, Pengarah Urusan Worldpeace Entertainment, Usaid Hamdi, mendedahkan Naim sepatutnya akan hadir dalam majlis ini untuk bersama-sama lagi dua rakan duetnya, Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Namun kelmarin, Naim mengadu rahangya semakin sakit dan doktor memintanya untuk berehat terlebih dahulu sementara mendapatkan keputusan untuk tempoh berehat.“Maaflah sebab Naim tak dapat hadir hari ini. Sebelum ini dia telah makan ubat tahan sakit dan dia sendiri nak teruskan kerja-kerjanya. Namun semalam, dia mengadu sakit dan kami mengambil keputusan bersama untuk rehatkan dia dan dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor” kata Usaid kepada Murai.my

Dalam pada itu, Usaid turut berterima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan Naim.“Saya harap semua orang dapat doakan dia cepat sembuh dan kembali lebih kuat”

“Kita tunggu apa keputusan doktor dan saya harap tiada kesan panjang terhadapnya kerana itu anggota badan yang dia gunakan untuk mencari rezeki sebagai penyanyi”“Saya berterima kasih kepada semua media yang hadir hari ini yang terus beri sokongan kepada kami dan projek (trio) ini” katanya lagi

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan khabar berita Naim terlibat dalam kejadian di jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) apabila kereta jenis pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandunya terbbas dan melnggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Datang Untuk Buat Persembahan Masa Majlis Mira Filzah. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Naiim Daniel Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Yang Jadi Masa Dia Buat Persembahan.

Sama cantik sama padan, itulah yang boleh digambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selepas majlis resepsi berkonsepkan The Midnite Sky pada 4 September, kali ini majlis resepsi kedua diadakan pula di Puchong, Selangor. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi. Jom tengok foto di sekitar majlis resepsi ini.

Menerusi Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.

Terlihat juga naim daniel sebagai artis jemputan untuk majlis mira filzah dan wan emir, beliau membawakan lagu seribu tahun untuk pasangan ini. Menerusi hantaran di instagram naim daniel, beliau nampak sesuatu yang terjadi antara pasangan pengantin ketika salah satu lirik dalam lagu tersebut dinyanyikan beliau.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media.Sumber : OhBulan/IGNaimDaniel

Ismail Izzani Maklum Pada Ibu Dia Kini Sudah Layak Berkahwin. Ini Reaksi Comel Dari Ibunya Berkenaan Kenyataan Yang Dibuat Oleh Ismail Izzani

PETALING JAYA – Penyanyi Ismail Izzani telah mencuri tumpuan pengikutnya dalam Instagram selepas memuat naik foto membeli sehelai seluar dalam.Apa yang menarik perhatian, penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa itu berkata kepada ibunya, Datin Suliza Salam bahawa dia kini sudah layak berkahwin kerana mampu membeli seluar dalam sendiri.

“Mama (panggilan buat ibunya), Zani (panggilan untuk Ismail) dah boleh kahwinlah sebab dah beli seluar dalam sendiri,” tulisnya.Membalas kenyataan tersebut, ibunya membalas; “Anak bertuah, ada ke yang nak kahwin dengan sayang manja mama ni?”

Perkongsian Ismail ternyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminatnya pada ruangan komen foto tersebut.Rata-rata peminat terhibur, bahkan ada juga yang kurang senang dengan perkongsian Ismail tentang gurauan yang dilakukannya.“Kenapa tunjuk seluar dalam, tak malu ke?” kata salah seorang pengguna Instagram.Malah ada juga komen nakal yang bertanyakan tentang saiz seluar dalam yang dipakai oleh penyanyi berusia 20 tahun itu. – K! ONLINE

Tak Ragu Untuk Dedah Kekasih Hati. Ismail Izzani Dedah Kekasih Hati Dan Kisah Perkenalan Mereka Dan Perkembangan Dirinya Dalam Industri Tanah Air

Walaupun bercinta pada usia muda,ia tidak menjadi alasan untuk penyanyi muda tanah air,Ismail Izzani merahsiakan hubungan cintanya. Bagi pelantun single Ada Cara itu, hubungannya bersama penyanyi baharu, Shalma Eliana bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

Ismail Izzani atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, keterbukaan dalam laman sosial bukan perkara yang salah, memandangkan keluarga sudah sedia maklum akan perhubungannya. “Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.”Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Nyawa ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan menjadi tulang belakang.Perkenalan pasangan itu bermula sejak berada di tingkatan 2 dan mulai rapat apabila Shalma memilih lagu Ismail, Sabar sebagai lagu ‘cover’ pertamanya yang dimuat naik di laman YouTube.

“Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.”Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” dedah anak kepada penyanyi era 1990-an, Datin Suliza Salam.Sementara itu, calon Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-33 itu teruja menampilkan simgle baharu yang berjudul Ada Cara.

Kata penyanyi yang pernah digelar Justin Bieber Malaysia itu, single Ada Cara adalah lagu berentak R&B dan hip hop yang memperlihatkan sisi berbeza dirinya.Ismail turut menyifatkan single berkenaan sebagai sesuatu yang jauh berbeza daripada semua lagu yang pernah dilancarkan, sekali gus mengetengahkan sisinya lebih matang dalam berkarya.

“Ramai yang tahu Ismail Izzani sinonim dengan lagu pop seperti Sabar, tetapi itu hanyalah 60 peratus daripada saya. Genre utama saya adalah R&B dan itu yang saya mahu sampaikan menerusi single Ada Cara.”Zaman lagu Sabar ketika masih bergelar budak-budak. Bagaimanapun, single Ada Cara pula saya mahu tunjukkan kematangan dari segi imej dan muzik.

“Jujurnya, single ini adalah langkah besar untuk saya, tetapi ini adalah masa yang sesuai untuk permulaan baru bagi Ismail Izzani,” katanya yang melancarkan single Ada Cara pada 30 September lalu.Penyanyi berusia 20 tahun itu berkata, single Sabar juga bagi memenuhi permintaan ramai peminat yang lebih menggemarinya menyanyikan lagu rancak.

Single Ada Cara adalah salah satu lagu yang akan dimuatkan dalam album pertamanya. Album yang akan memuatkan 10 lagu itu dijangka akan menemui peminat selewat-lewatnya awal tahun depan.Dalam perkembangan lain, Ismail turut terbabit dalam penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3. Drama terbitan Zeel Production itu menampilkan Ismail bergandingan bersama Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *