Ingatkan warung makan tapi rupanya rumah orang. Guru ini tebalkan muka bawa seisi keluarga pergi rumah orang dan lebih memalukan anak buat hal bisik sesuatu di telinga

Viral

“SEBELUM ini pernah baca kisah seorang penunggang basikal tersilap singgah rumah orang yang disangkanya warung, kini perkara sama terjadi kepada kami pula.”Demikian kata seorang guru, Azam Mahat ketika bercerita mengenai kejadian lucu yang dialami keluarganya, baru-baru ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azam berkata segala-galanya bermula ketika dia bersama isteri, bapa dan dua anaknya bercuti di Pantai Timur ketika sambutan tahun baharu.”Mula-mula kami bercuti ke Terengganu dahulu dan pada 1 Januari, barulah bertolak ke Kelantan. Sewaktu dalam perjalanan ke homestay yang terletak di Pasir Pekan, kami ternampak orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah warung ni.

“Saya cakap kat isteri, ‘mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, esok kita kena try makan kat situ’. Keesokannya selepas ke Pasar Siti Khadijah, kami pun cari semula warung tu.”Bila sampai, kelihatan ada empat orang sedang duduk minum… malah saya disapa mesra oleh seorang lelaki di situ meminta supaya periksa angin tayar kereta sebab nampak macam kurang.

Tuan rumah yang merupakan suami isteri bersama seorang ahli keluarga mereka yang melayani keluarga Azam dengan begitu ramah.“Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja… kelihatan ada beberapa jenis lauk yang terhidang. Ada ayam percik, kari kambing, sambal etok… dalam hati memang cakap fuhh sedap ni,” ceritanya.

Tambah guru berusia 39 tahun ini, keramahan tauke warung ditambah pula dengan susunan kerusi meja dan beberapa jenis lauk pauk membuatkan mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu, sehinggalah tiba masa untuk memesan minuman.”Masa isteri tanya anak-anak nak minum air apa, tiba-tiba makcik di warung tu menghampiri meja kami dengan membawa teh ‘O’ satu jag. Katanya kalau nak air panas, nanti dia minta pembantu rumah buatkan.

Azam (kanan) mengabadikan kenangan ketika bercuti di Terengganu, baru-baru ini.“Masa tu terus tak sedap hati… teringat kes sebelum ni yang makan dekat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan. Spontan terus saya tanya ‘ni bukan warung ke mokcik?’. Makcik tu jawab ‘bukan… ini rumah mokcik’.

“Malu bukan kepalang rasanya… dan kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar. Tapi mereka halang. Kata mereka ‘apa salahnya… rezeki langkah kanan’.“Makcik tu panggil anak-anak saya dan dia cedokkan lauk. Asalnya tak nak makan sebab malu, tapi mereka jemput juga makan,” ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kluang, Johor.

Sepanjang menjamu selera, Azam berkata mereka berbual-bual dengan pasangan suami isteri tuan rumah berkenaan yang akhirnya menjawab persoalan mengenai kehadiran ramai ‘pelanggan’ seperti yang dilihat mereka sehari sebelumnya.”Rupa-rupanya mereka buat kenduri kesyukuran… orang beratur semalam tu bukan pelanggan tetapi tetamu yang ikut SOP. Nak dijadikan cerita memang mereka tak pasang khemah macam kenduri biasa tu… hanya meja disusun dalam kawasan rumah dan memang nampak sebijik macam warung,” ceritanya lagi.

Tambah guru ini, dia tidak menyangka perkongsian kisah tersebut menjadi tular di media sosial kerana tujuannya sekadar mengabadikan kenangan lucu buat tatapan rakan pengikut.”Mulanya memang malu nak share, tapi saya fikir perkongsian ni nak ceritakan mengenai betapa baiknya pasangan suami isteri orang Kelantan yang kami temui.

Azam dan isterinya tidak dapat melupakan layanan yang diberikan oleh pasangan suami isteri yang disangka mereka pemilik warung.“Layanannya memang terbaik… masakannya pun memang sangat sedap. Sampai anak perempuan saya berbisik nak tambah nasi. Tapi saya balas ‘jangan bagi malu abah, nak’. Betul, memang sedap masakannya.

“Sebelum pulang, bila nak bayar, mereka bersungguh-sungguh tak mahu terima. Saya doakan mereka dimurahkan rezeki dan hanya Allah saja mampu membalas.”Memang kejadian yang berlaku ini kenangan manis dan lucu pada awal tahun yang memang takkan kami lupakan sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *