Dua ekor sahaja dapat diselamatkan dan satu pergi buat selamanya. Pakcik ini sanggup lalui banjir paras pinggang demi selamatkan 2 ekor kucing

kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Rupanya Ada Sebab Di Sebalik Telatah Kucing Yang Satu Ini. Ini Antara Punca Kucing Kesayangan Suka Tunjuk Punggung Pada Tuannya

Kebanyakan haiwan sering menunjukkan emosi dan kelakuannya melalui ekpresi muka atau pergerakan badannya. Contoh yang paling mudah untuk difahami adalah anjing. Anjing mempunyai emosi yang mudah diketahui dengan melihat ekpresi muka seperti marah, lapar, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan kucing, haiwan ini sukar untuk mengenal pasti emosinya namun ia memberi petunjuk dengan cara yang lain.

Ada sesetengah mempercayai kucing boleh menunjukkan reaksi seperti anjing. Cuma sukar untuk kita fahami apa sebenarnya yang mereka cuba untuk sampaikan. Kadangkala ada kucing yang sengaja menggerakkan ekornya untuk memberitahu isyarat yang mereka selesa dengan kawasan disekelilingnya.

Begitu sukar untuk mempelajari isyarat yang diberikan oleh kucing. Bagi yang cuba berkomunikasi dengan kucing pasti menantikan reaksi kucing seperti yang diharapkan. Namun ada sesetengah berasa kesal kerana kadangkala boleh salah faham dengan tindakan dan emosi mereka.

Kenapa kucing suka tunjukkan punggungnya?Kucing kebiasaanya memberi komunikasi secara visual  kepada manusia. Setiap daripada pergerakan telinga, ekor, mata dan punggung menunjukkan isyarat yang mudah difahami oleh kucing-kucing lain dan juga manusia.

Pergerakan ekor kucing adalah menjadi satu tindak laku yang normal oleh semua kucing, namun seringkali kucing menunjukkan punggungnya kepada manusia sambil menggeselkan kepala membawa maksud yang tertentu.  Sukar untuk kita tafsirkan kemahuan mereka. Tetapi menurut The Spruce Pets, dalam dunia kucing mereka suka pamerkan punggungnya supaya dapat dilihat dan mengenali sesama kucing yang lain. Hal ini sama seperti dengan manusia ketika berjabat tangan dan ingin berkenalan antara satu sama lain.

Jadi apabila kucing menunjukkan punggungnya kepada kita, mungkin mereka ingin ditegur oleh kita atau sekadar inginkan perhatian daripada kita.Kebanyakan dari mereka yang telah lama pelihara dan menjaga kucing mengaku bahawa kucing yang suka menunjukkan punggungnya akan tinggalkan bau yang kurang menyenangkan. Namun disebabkan perasaan sayang membuatkan pemilik kucing sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Pertunjukkan punggung kucing.Bau yang kurang menyenangkan daripada kucing adalah daripada kawasan punggung di bawah ekornya. Selalunya anak kucing menjatuhkan ekornya ke bawah dan tidak mahu dihidu oleh sesiapa. Perkara ini mungkin boleh disamakan dengan seseorang yang malu menyembunyikan mukanya untuk tidak dilihat oleh sesiapa.

Setiap kucing yang mengangkat ekornya adalah bermaksud tiada ancman yang diberikan. Justeru, kucing yang mengangkat ekor sambil menghidu punggungnya adalah disamakan dengan ciuman di pipi antara manusia dengan manusia dan sama seperti memberi salam kepada yang lain.

Namun begitu, adakah kucing yang mengangkat ekornya memberi tanda supaya kita perlu menghidu punggungya? Sudah tentu ianya tidak sama sekali. Kucing sememangnya bijak dan tahu bahawa manusia yang memahaminya akan melihat dari segi isyarat bahasa badan yang ditunjukkan. Mereka melakukan isyarat bahasa badan yang sopan untuk ditunjukkan kepada manusia seperti mengangkat ekor dan menunjukkan punggungnya kepada kita. Selain daripada memberi mereka pujian, kucing juga suka dibelai dan suka untuk menghidu manusia supaya mereka mendapatkan perasaan yang tenang dan selamat.

Ada Sebab Punca Kucing Gerakkan Telinganya Secara Tiba Tiba. Ketahui 4 Maksud Di Sebalik Gerakan Telinga Tersebut

Ada sebab mengapa kucing menggerakkan telinganya. Kucing dikenali sebagai salah satu haiwan peliharaan yang bijak meluahkan perasaannya melalui komunikasi bukan lisan namun ramai tidak menyedarinya.Memelihara seekor kucing akan memberikan anda pengalaman untuk memahami emosi dan perasaan kucing dengan lebih mendalam.

Kemungkinan besar ramai yang perasan kucing suka mengerakkan telinganya tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud tersirat di sebalik gerakan itu.Berikut merupakan empat maksud gerakan telinga kucing yang perlu anda ketahui seperti dikongi The Source Pets.

1. Ingin tahu.Apabila seekor kucing itu mengerakkan telinganya ke hadapan ia menunjukkan suatu daya tarikan.Gerakan itu dilakukan untuk mencari sumber suara yang menarik perhatian kucing selain ia sedang mengumpulkan sebanyak informasi dalam sesuatu situasi.

2. Gelisah.Jika seekor kucing itu berasa tidak tenteram atau rasa terncam, si bulus akan menggerakkan telinganya ke bahagian tepi.Anda akan melihat telinga kucing seperti kapal terbang yang menonjol daripada setiap sisi kepala kucing. Maksudnya, kucing itu sedang menahan suara yang mengganggunya.

Tindakannya itu juga merupakan satu tanda perlindungan terhadap dirinya. Jika terdapat kucing lain turut melakukan perkara sama, isyarat itu akan dapat dikesan sesama mereka agar menjauhkan diri atau menghentikan apa-apa aksi yang mungkin membuatkan mereka berasa terancam.

3. Terganggu.Telinga si bulus yang bergerak-gerak pula bermaksud adanya sesuatu yang dirasai kucing itu seperti terganggu.Sementara itu, jika ia menggetarkan telinganya, maka itu bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi. Jika berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kucing boleh mengncam atau menyrang orang lain.4. Takut.Pegerakan telinga dekat dengan arah kepala pula bermaksud mereka ini dalam ketakutan atau marah. Ini juga tanda mereka dalam keadaan bersedia sekiranya mereka diserang, dicakar oleh kucing lain.

Siap Letak Bedak Sebelum Dipakaikan Pampers. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Perkongsian Video Puan Hidayah Memakaikan Lampin Pakai Buang Untuk Oyen Yang Meraih Perhatian Ramai

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *