Dikatakan nampak biri biri macam harimau nak makan orang. Remaja ini terus panjat belakang abangnya dan tak sangka videonya tular di Tiktok

Viral

Video memaparkan tiga beradik yang ketakutan dihampiri biri-biri menerima hampir sejuta tontonan di TikTok.KURANG 24 jam dikongsi menerusi aplikasi TikTok, video memaparkan tiga beradik yang ketakutan dihampiri dua ekor kambing biri-biri menerima hampir sejuta tontonan.

Menurut pemilik video, Mohamad Amran Amri, 28, tiga individu berkenaan merupakan adik beradiknya sendiri.Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amran mendedahkan kejadian itu berlaku di sebuah ladang haiwan di Cameron Highlands, Pahang, pada Ahad.

“Kami datang sambut Tahun Baharu dan hari lahir saya di Cameron Highlands. Yang kat dalam video tu merupakan kakak, abang dan adik saya.”Saya baru je post di TikTok, terkejut dengan reaksi yang diterima. Kebanyakannya komen positif, ramai yang terhibur.

“Pada masa yang sama, ramai yang komen dan tegur saya. Saya nyatakan di kapsyen bahawa haiwan itu merupakan seekor rusa.Amran berkongsi video memaparkan abang, adik dan kakaknya yang ketakutan dihampiri biri-biri menerusi TikTok.“Tapi saya tahu ia biri-biri. Sengaja letak kapsyen begitu,” ujarnya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ramli Amri, 22, individu yang paling gamat dalam video berkenaan mengakui tindakannya itu berlaku secara spontan sewaktu mereka menuruni sebuah tangga di taman berkenaan.Berasal dari Labuan dan baru sahaja menetap di Seremban, dia mendedahkan ini merupakan pengalaman pertamanya berdepan dengan kambing biri-biri.

“Dekat pintu masuk tu, baru je kami turun tangga, biri-biri tu macam nak gigit kami. Macam menggnas.”Saya first time tengok biri-biri… pertama kali dalam seumur hidup saya. Saiznya juga besar. Kalau kambing biasa tu saya pernah tengok di Labuan sebelum ini.”Saya rasa takut, pada masa sama tak perasan abang tengah rakam video. Biri-biri tu macam nak makan kami, macam harimau.

Mereka berada di Cameron Highlands untuk bersantai sempena kedatangan Tahun Baharu 2021.“Saya dengan fikiran kosong masa tu, terus lompat atas belakang abang walaupun ramai orang,” ujarnya lagi.Menurutnya lagi, peristiwa lucu itu dianggap sebagai kenangan bagi permulaan tahun 2021.

Malah, dia juga tidak ambil hati sekiranya ada yang tinggalkan komen memperkatakan tentang aksinya itu.Ramli spontan melompat akibat ketakutan tanpa disedari abangnya, Amri sedang merakam video.“Tak ambil hati, kami positif je. Apabila ia tular, kami anggap sebagai kenangan, pembukaan tahun ini.”Video tu pun secara spontan. Saya pun terkejut juga bila dia post di TikTok,” ujarnya lagi.Selain Amran dan Ramli, kunjungan tiga hari dua malam ke pusat peranginan itu turut disertai kakak, abang ipar serta seorang lagi abang mereka.Nak macam-macam info?

Tidak Sangka Keropok Lekor Yang Dijual Boleh Viral. Pemuda Ini Gigih Juga Buat 2 Kerja Sepanjang Harinya Hanya Untuk Lakukan Ini.

Tawfiq berniaga keropok lekor secara sambilan sejak dua minggu lalu untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga. PandemikCovid-19 yang menyerang sejak penghujung tahun lalu meninggalkan impak yang bukan calang-calang, terutama daripada segi ekonomi.

Buktinya, ketika ini ramai yang kehilangan sumber mata pencarian dan terpaksa bergelut melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan, sebagaimana pemuda bernama Tawfiq Azmi ini.

Terdahulu, beberapa gambarnya yang menyarung poster ketika sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas dikongsikan warganet di media sosial. Poster itu yang mempromosikan keropok lekor ‘crispy’ menjadi perhatian ramai kerana ia turut menyelitkan ayat ‘nak cari duit kahwin’. Berkongsi cerita dengan mStar, Tawfiq berkata dia sendiri hanya mengetahui gambarnya tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.

Tawfiq berniaga keropok lekor asli dari Terengganu secara sambilan untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya hampir dua minggu dah saya berniaga keropok lekor crispy ini dan menyarung poster yang dibuat sendiri. Tapi hanya Isnin lalu saya tahu gambar itu viral. Ia diambil oleh pengguna jalan raya ketika saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangi. Sejak berniaga, saya sarungkan poster setiap kali nak ke tempat kerja… kiranya ‘marketing’ secara tak langsung. Tak sangka pula viral,” kata pemuda berusia 26 tahun ini.

Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu.

Menurut Tawfiq, keadaan ekonomi ketika ini membuatkannya tergerak hati untuk berniaga secara sambilan bagi mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga.

Tawfiq melakukan perkhidmatan penghantaran keropok lekor di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Desa Pinggiran Putra mengikut kelapangan selepas waktu bekerja tamat.

“Sejak gambar tersebut viral, saya terima banyak mesej memandangkan pada poster itu saya selitkan nombor telefon untuk mudahkan orang buat pesanan. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan… tak menang tangan juga nak balas setiap mesej yang masuk. Saya minta maaf jika ada terpaksa ambil sedikit masa untuk balas satu persatu. Selain ada orang order, ada juga yang niat bersedekah… mereka bank-in wang dan minta saya sedekahkan kepada insan lain. Namun tak kurang juga ada yang tanya bila nak kahwin dan turut mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” ceritanya sambil menambah, dia masih belum menetapkan tarihk perkahwinannya buat masa ini.

Dalam pada itu, Tawfiq mengakui pada peringkat permulaan dia sendiri berasa agak segan untuk menyarung poster berkenaan. Namun perasaan itu diketepikan kerana memikirkan tujuannya yang hanya mahu mencari rezeki, selain kaedah itu bukan lagi asing pada ketika ini.

“Ada juga yang pandang-pandang… tapi buat tak tahu saja, sebab saya pakai topi keledar, jadi orang tak kenal sangat. Ada juga abang-abang motor bertanya kalau sama-sama sedang tunggu lampu isyarat. Selain poster, saya juga buat hebahan menerusi akaun media sosial peribadi. Mungkin selepas ini saya akan buat akaun khas untuk bisnes keropok lekor. Pendek kata, sambutan agak menggalakkan dan saya bersyukur untuk itu. Bagi saya, ketika ini waktu sesuai ‘all out’ untuk mencari rezeki, memandangkan masih muda dan bertenaga,” katanya lagi.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *