Tular di media sosial remaja tingkatan 2 ini kongsi detik bahagianya. Teman lelakinya nekad untuk masuk meminang.

Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Sebelum ini, tular di media soslal mengenai remaja perempuan berusia 14 tahun yang berkahwin dengan pasangannya yang berumur 15 tahun. Terbaru, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mengikat tali pertunangan bersama seorang remaja lelaki dipercayai dalam lingkungan umur yang sama.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat remaja yang dikenali sebagai Leeya itu berkongsi momen gembira apabila dilamar oleh kekasihnya pada usia yang muda. Leeya mengakui pada mulanya dia menyangka kekasihnya yang bernama Iqmal itu hanya bergurau, namun remaja berkenaan benar-benar melakukannya apabila pihak lelaki menghantar rombongan.

Meskipun usia mereka masih muda, namun perkara tersebut tidak menghalang untuk meneruskan majlis yang diimpikan sejak dulu lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir yang ‘pelik’ bagaimana pasangan itu direstui oleh ibu bapa untuk mengikat tali pertunangan pada usia yang begitu muda

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan dipermudahkan urusan ke fasa perhubungan yang seterusnya. Sumber: Malaysiapolitik

Buat Yang Bercita-cita Nak Kahwin Muda, Hadam 15 Perkara Penting Ini


Perkahwinan adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Namun bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai dalam usia muda ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlu bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Perkahwinan bukanlah satu mainan dan ianya tidak boleh dipandang remeh.

Dapatkan pandangan serta nasihat daripada orang yang lebih tua. Dan apabila sudah bersedia, tunjukkan kesungguhan dan kemampuan memikvl tanggungjawab sebagai suami isteri serta sebagai ibu bapa di usia muda. Nyatakan anda mampu membina rumahtangga yang bahagia.

Jika anda benar-benar berhasrat untuk berkahwin dalam usia muda, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:

NIAT YANG BETUL

Betulkan niat anda bahawa tujuan anda ingin berkahwin di usia muda bukanlah nfsu semata-mata tetapi kerana ingin mencari keredhaan dari Allah. Disamping dapat mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang dil4rang oleh Allah antara anda dengan pasangan anda. Insyallah segala urusan anda akan dipermudahkan-Nya kelak.

PENTING DAPATKAN RESTU KELUARGA

Paling penting, perkahwinan itu mesti mendapat keizinan dan restu daripada ibu ayah, barulah perkahwinan itu berkat dan berpanjangan.

ADA PENDAPATAN UNTUK MENYARA PASANGAN

Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil terutamanya kepada lelaki yang akan menjadi ketua keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagi yang masih belajar, anda boleh mencari kerja sambilan di samping tidak mengabaikan pelajaran anda. Banyak kerja-kerja sambilan yang memberikan pendapatan yang lumayan di luar sana. Dan jangan lupa nyatakan kepada keluarga anda dan keluarga sebelah si dia dari mana datangnya sumber pendapatan anda.

SALING BANTU MEMBANTU

Setiap pasangan yang berkahwin tidak kira yang muda atau dewasa, kena ada sikap bantu membantu dalam menguruskan rumah tangga.

PERANCANGAN KELUARGA

Jika belum bersedia mendapat anak awal, buat perancangan keluarga. Sebaliknya jika tidak, perlu persiapkan mental dan fizikal untuk menerima kehadiran orang baru

Sebenarnya daripada satu sudut, berkahwin dalam usia yang muda ada juga baiknya. Perkahwinan menjadikan seseorang itu lebih mat4ng dalam menjalani kehidupan.

Ini antara keberkatan berkahwin dalam usia muda.

MEMELIHARA PANDANGAN
Perkahwinan dalam usia yang muda mampu mengawal pandangan dan seterusnya mengwal nfsu. Secara tidak langsung ia mampu mengelakkan berlakunya perkara-perkara neg4tif dan di luar kawalan.

LEBIH MENIKMATI ALAM PERKAHWINAN
Berkahwin dalam usia yang muda menjadikan pasangan suami isteri lebih menikmati hubungan suami isteri. Selain itu, r4him seorang wanita muda masih sangat kuat dan subur sehingga mampu menghasilkan keturunan yang berkualiti.

MENYUBURKAN HUBUNGAN ROMANTIS
Perkahwinan merupakan bukti cinta sejati dan menjadi lambang dari keromantisan.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada romantisme yang lebih indah bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah.” [Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan dishahihkah oleh Albani].

LEBIH BAHAGIA
Berkahwin dalam usia muda juga adalah untuk mencari puncak kehidupan yang lebih bahagia menurut Islam.

Allah SWT berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum : 21].

BERJAYA DALAM USIA MUDA
Allah SWT juga akan memberikan limpahan rezeki pada pasangan yang telah berkahwin.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.” [Q.S : An-nur : 23].

BANYAK WAKTU UNTUK MENGURUSKAN ANAK-ANAK
Keuntungan yang boleh didapati jika berkahwin dalam usia yang muda ialah kesempatan mendidik anak-anak dengan baik. Ketika usia masih muda, fikiran masih fresh dan tubuh pun masih bertenaga.

MENIKIMATI MASA TUA DENGAN ANAK-ANAK
Berpeluang menikmati hari tua dengan anak-anak yang sudah berganjak dewasa.  Ini tentunya berbeza jika anda berkahwin antara umur 40 tahun dan ke atas sebab masih harus bekerja dengan giat untuk membiayai segala keperluan anak-anak yang masih kecil.

MAT4NG DARI SEGI EM0SI
Lebih mendewasakan pasangan dan menjadi cara untuk mengendalikan em0si menurut Islam. Ia mengajar anda untuk mengawal emosi yang dipengaruhi juga dengan keperluan batin yang dipenuhi daripada pasangan masing-masing.

STAMINA TUBUH
Ketika usia masih muda, masing-masing punya stamina tubuh yang tinggi. Faktor ini menjadi perkara penting  untuk memperoleh hubungan suami isteri yang terbaik sekali gus memperoleh keturunan sebanyak banyaknya dalam Islam.

MENJAUHKAN DIRI DARI ZlNA
Perkara utama daripada sebuah perkahwinan ialah menyalurkan hawa nfsu  mengikut saluran yang betul. Fitrah seorang lelaki dan wanita untuk hidup berpasangan. Untuk menghindari perbuatan zlna maka digalakkan untuk berkahwin dalam usia yang muda.

Ingatlah wahai anak-anak muda, perkahwinan adalah satu perkara yang serius. Oleh itu, janganlah cepat membuat keputusan secara terburu-buru. Muhasabah diri dan tanyalah kepada diri sendiri adakah aku betul-betul sudah bersedia? Semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh-Nya.

VIDEO KASHOORGA:

Pasangan Ini Memilih Untuk Berkahwin Di Usia Muda. Ramai Warganet Terkejut Dengan Keputusan Pengantin Ini Yang Memilih Untuk Disatukan Pada Umur 15 Tahun.

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi satu tanggungjawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak ole kedua-dua pasangan. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @hariafiqah1 telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan muda.

Pengantin masih bawah umur

Menurut wanita itu, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya menginjak usia 17 tahun.

Rakan2 yang bawa dulang pun muda2

Pasangan tersebut menggunakan busana berwarna biru gelap dan dilihat sepadan ketika berjalan beriringan. Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

Zaman sekarang jadi macam dulu balik, kahwin awal

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada diatara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi dibawah umur. Walau bagaimanpun, kebanyakkan daripada mereka mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu dan mendoakan agar pasangan tersebut sama-sama bertolak ansur dalam hubungan memandangkan masing-masing masih muda lagi.

Seriusla, aku 17 pun SPM masih tunda2

Risau tanggungjawab tu..

Tak salah kahwin muda2, tapi…

Sumber: hariafiqah1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *