Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung. Kini Puteri Sarah dedahkan hubungannya dengan suami buatkan ramai orang terkejut.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

SELEPAS beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, pelakon, Puteri Sarah mengakui masih berhubung dengan suaminya yang juga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof demi anak-anak. Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia dan Syamsul kini dalam fasa berbaik dan mengharapkan doa orang ramai supaya hubungan mereka kembali pulih.

“Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara burvk berlaku. Sudah menjadi lumrah apabila seseorang jatuh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Tambah Sarah, dia dan Syamsul sudah mempunyai jalan penyelesaian dan berharap hubungan mereka kembali pulih. Sebenarnya kami sudah ada jalan penyelesaian selepas berbincang dan mencari kesefahaman. Akan ada berita baik. Doakan yang terbaik saja buat kami,” katanya.

Mengakui tahun lalu adalah episod duka yang penuh cabaran dan kepahitan apabila rumah tangga yang dibina hampir enam tahun lalu dikatakan dignggu orang ketiga, Sarah bagaimanapun enggan terus hanyut membuai perasaan sedih sebaliknya ingin terus bangkit.

“Walaupun tahun lalu ada perkara buruk berlaku dalam hidup saya, tapi Allah gantikan dengan rezeki yang mencurah-curah. Saya mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya. Saya juga kini sudah mula mengikuti kelas usrah setiap minggu.

“Bagi saya sebelum nak betulkan orang lain, saya perlu perbaiki diri terlebih dahulu. Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga kali saya mengikuti kelas usrah dan banyak pengisian yang saya belajar. Malah sepanjang kelas terbabit hati saya jadi tenang mungkin apabila membabitkan majlis ilmu ini ada banyak malaikat dengan kita, jadi Tuhan beri ketenangan itu sehingga saya lupa mengenai hal dunia,” katanya.

Kembali berlakon

Siapa sangka, selepas enam tahun meninggalkan bidang lakonan, Sarah kini dihujani pelbagai tawaran berlakon. Terbaharu dia bakal menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Ustazah Robotik untuk TV Al Hijrah.

“Permulaan tahun ini cukup baik untuk saya dan anak-anak. Syukur sangat apabila anak-anak saya bakal menjadi duta untuk satu produk bayi. Selain itu, saya juga dilantik sebagai duta barangan kemas, Siti Jewels. Mengenai karier seni, rezeki tak putus-putus sejak tahun lalu. Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama Rindu Rahman untuk TV Okey serta drama episod berjudul Melastik Ke Hatimu serta telefilem Jangan Curi Hati Saya,” katanya.

Biarpun sibuk dengan penggambaran, Sarah bagaimanapun akan memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan tidak diabaikan. “Kadang-kadang saya bawa anak ke lokasi penggambaran dan dijaga oleh pembantu peribadi saya. Kalau tak pun, selepas selesai penggambaran yang panjang saya akan bawa mereka bercuti. Baru-baru ini pun saya bawa mereka ke Pulau Pinang,” katanya.

Beralih mengenai pelantikannya sebagai duta produk barangan kemas, Siti Jewels, Sarah berkata, wanita dan emas sesuatu yang tidak boleh dipisahkan sehingga dirinya obses dengan barangan kemas.

“Dulu sebelum kahwin saya kurang gemar, tapi selepas berkahwin saya sudah mula suka dan ambil tahu mengenai manfaat membeli emas. Malah, saya juga akan sentiasa mengikuti trend rekaan terkini. Tambahan saya juga boleh kerap beli emas selepas ini untuk menghargai ejen dan stokis saya yang bertungkus-lumus membantu perniagaan saya,” katanya.

Sumber: HM

Masih Berhubung Dan Menghantar Mesej Menerusi Aplikasi WhatsApp. Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Masih Bebas Bertemu Dengan Anak Anak

Tidak sesekali membnci, jauh sekali perasaan cinta semakin pudar, namun ada sebab pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 35, keluar rumah bersama anak-anak dan memilih tinggal berasingan dengan suami, Syamsul Yusof, 36, buat seketika. Ia demi memulihkan masalah yang melanda rumah tangga mereka, sejak beberapa bulan lalu.

Barangkali alasannya kedengaran agak janggal. Ini kerana tempat seorang isteri tentunya di sisi suaminya. Tindakan Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengundang tanda tanya, apakah caranya itu mampu menyelamatkan mahligai yang dibina sejak enam tahun lalu trhmps ke bumi. Dan, bagaimana kasih sayang dan memperoleh jalan penyelesaian jika tidak tinggal sebumbung?

Itu pandangan orang luar, namun bagi si empunya diri yang bahunya sendiri sarat memikul bebanan, Sarah yakin itulah cara terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam perkahwinannya.”Krisis rumah tangga kami sudah berlanjutan sejak sekian lama. Sehingga kini, saya dan Syamsul masih cuba mencari jalan penyelesaian. Kami perlukan masa dan mungkin dengan cara berjauhan dapat mengembalikan semula rasa cinta dan rindu.

“Sungguhpun berjauhan, kami masih berhubung dan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Syamsul juga bebas bertemu anak-anak, Syaikhul Islam, 3 dan Sumayyah, 1.”Tidak dinafikan, ramai menasihatkan saya supaya jangan terlalu lama berjauhan dengan suami. Hakikatnya, kami sukar mencari kata sepakat dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku ketika tinggal sebumbung. Setiap perbincangan pastinya berakhir dengan pergaduhan. Mungkin dengan cara ini, saya harap keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

“Sejujurnya, saya dan Syamsul serta keluarga mengharapkan perkara baik sebagai penamat masalah ini. Tak terfikir berakhir dengan perceraian. Insya-Allah dengan cara ini, kami boleh kenang kembali momen manis ketika bersama dan merasai pengalaman jika suami atau isteri tiada di sisi,” katanya kepada BH Online ketika ditemubual kapsul hiburan, BHTV, Apa Kes? baru-baru ini.

Meskipun mendapat tentangan dan dikritik, namun jalan penyelesaian yang dipilih Sarah kini semakin menampakkan hasil yang positif seperti diharapkan.”Kami sedang menuju ke arah kebaikan, tak pernah wujud kebncian. Jika larut dengan kebencian, sudah lama perkahwinan kami berakhir. Cuma, sekarang, kami sedikit bermain tarik tali.

“Tindakan kami bukan disebabkan keegoan, tetapi memberikan ruang untuk muhasabah diri. Saya tak pernah berdendam dengan suami, tetapi mahu memberikan sedikit pengajaran. Biarpun tiada sebarang kepastian bila krisis rumah tangga tamat, tetapi saya mengharapkan ia segera berakhir.

“Saya berterima kasih atas nasihat dan sangat terbuka dengan apa sahaja pandangan yang diberikan, tetapi penghujungnya, saya dan Syamsul yang akan menentukan jalan terbaik,” katanya.Walaupun ramai yang melmpar tanggapan keretakan rumah tangga Sarah dan Syamsul berpunca dengan kehadiran orang ketiga. Spekulasi bergncang lebih kuat dengan tindakan Sarah memuat naik perkongsian mengenai menduakan, namun sehingga hari ini, tiada kepastian yang terbit daripada mulut mereka.

Ketika diajukan persoalan menduakan, pelakon drama rantaian, Evolusi KL Drift The Series itu enggan mengulas lanjut. Malah, ia terlalu peribadi untuk dikongsi.”Soal ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Cuma, apa yang boleh katakan, setiap perkahwinan tidak terlepas daripada belenggu masalah. Bezanya, bagaimana cara berdepan dengan permasalahan. Adakah iman cukup kuat untuk menempuhi? Saya tahu lelaki banyak godaan, tetapi saya boleh menerima dan memaafkan jika perkara ini berlaku.

“Bohonglah sebagai isteri tiada rasa cemburu dan sangsi dengan suami, lebih lagi, jika tidak diberi perhatian atau ada anasir luar yang cuba menggugat keharmonian rumah tangga. Pun begitu, pengalaman berjauhan ini banyak menyedarkan, sekali gus melenyapkan perasaan ragu,” katanya.

Saat diusik apakah ada pesanan yang ingin di titipkan kepada manusia yang cuba memporak-perandakan rumah tangganya, pemegang Ijazah Pengurusan Hotel, Universiti Teknolgi MARA (UiTM) ini hanya tergelak seakan sudah dapat mengagak tujuan soalan diajukan.”Saya jawab secara umum sahaja (ketawa). Tak eloklah buat begitu. Bagaimana jika perkara yang sama berlaku pada diri anda? Kena ingat itu, pasti ada kifarah yang menanti,” luahnya.

Berdasarkan apa yang dilaluinya, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie itu turut menekankan, komunikasi dan tidak mengambil ringan perasaan pasangan adalah kunci kebahagiaan sebuah mahligai rumah tangga.

“Kena ada komunikasi, kepercayaan, saling setia dan memperuntukkan masa supaya tidak terasa seperti diabaikan. Jika salah seorang daripada pasangan rasa kosong atau sunyi, kena memperbaikinya bersama. Jika timbul masalah boleh dapatkan khidmat kaunseling atau selesaikan, bukannya meletakkan bebanan kepada salah seorang sahaja.

“Kebanyakan nasihat yang diterima, semuanya menyalahkan isteri. Lelaki juga kena mengetepikan keegoan dan menyelesaikan masalah yang timbul bersama isteri, barulah ia berhasil. Dalam situasi saya, memang saya ada mengajak Syamsul pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan khidmat. Mujur, Syamsul bersetuju.

“Jika hanya kami berdua, perbincangan takkan selesai kerana masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Tetapi, apabila ada orang luar yang bersikap tidak berat sebelah, kami boleh tahu apa kesilapan dan dapat memperbaikinya bersama,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul Melastik Ke Hatimu.

Baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-35 pada 1 Disember lalu, anak sulung daripada empat beradik itu turut mengharapkan, pertambahan usia dan kehadiran 2021 yang bakal menguak jendela memberikan sinar baharu dalam hidupnya.”Sempena ulang tahun kelahiran dan penutup 2020, saya mengharapkan kehadiran 2021 akan lebih baik dan dikurniakan cahaya mata ketiga. Saya dan Syamsul memang merancang mahu memiliki tiga atau empat anak.

“Saya juga berharap dapat memperbetulkan kesilapan, saling memaafkan, melupakan apa yang berlaku dan meneruskan hidup tanpa perlu menoleh ke belakang lagi,” katanya yang kembali aktif berlakon selepas mendapat restu suami, sejak tahun lalu. Bagaimanapun, ada beberapa syarat yang diletakkan Syamsul supaya tidak menimbulkan ftnah.

Ramai Cakap Sakit Bila Buat Swab Test. Puteri Sarah Yang Baru Sahaja Jalani Ujian Tersebut Beri Respon Lain Macam Dalam Perkongsian Terbarunya

Acap kali dikongsi di dalam kumpulan-kumpulan aplikasi Whatsapp bahawa melakukan swab test adalah satu perkara yang menykitkan. Perkongsian tidak berasas ini menyebabkan ramai yang bimbang dan timbul rasa takut untuk melakukan swab test ini,terutamanya kepada mereka yang tidak mendapat maklumat dengan betul.

Menerusi satu perkongsian di IG miliknya, Puteri Sarah Liyana berkongsi satu entri video yang menunjukkan dia melakukan swab test.” Okay siapa cakap sakit tu sebenarnya nak menaktkan korang je. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mouth dan dalam nose. Talk sakit pun. So jalankan tanggungjawab anda.

“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” katanya di dalam video tersebut.Jika anda mempunyai gejala atau pernah bertemu dengan mereka yang positif Cov1d-19, lakukan swab test dengan segera. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tepat di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Virl

Sudah Dua Tahun Tidak Tinggal Bersama Keluarga. Yusof Haslam Ulas Isu Hubungan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Susulan Keadaan Rumah Tangga Pasangan Tersebut Bermasalah

Yusof dan isterinya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul serta Puteri Sarah.SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didkwa berntakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di Pejabat Agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi anak dan menantunya itu.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

Puteri Sarah enggan mengulas dkwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.”Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.”Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *