Pakcik ini naik motor tayar pecah sehinggakan ajak teman ke suatu tempat ini. Lebih mengejutkan rider ini terus tolong dan terus lupakan dulu order pelanggan.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman menemani seorang pakcik yang menunggang motosikal dengan keadaan tayar pecah. Ketika seorang penghantar makanan ‘berehat’ menunggu pesanan baharu, dia didatangi oleh seorang lelaki yang nampaknya dalam keadaan terdesak.

Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan menunggang motosikal yang mengalami masalah, mengakibatkan tayar belakangnya tidak stabil. Keadaannya itu turut dapat dilihat menerusi satu video yang tular di media sosial, menunjukkan dirinya menunggang motosikal dalam keadaan tidak stabil ekoran masalah tayar belakang.

Berkongsi pengalaman pada petang Khamis lalu, penghantar makanan itu, Mohammad Amir Hazim Zamzuri berkata, ketika itu dia baru selesai menghantar satu pesanan dan berehat sebentar di kawasan parkir di tengah bandar Ipoh di Perak. Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, sejurus selepas itu dia ditegur oleh seorang penunggang motosikal dalam keadaan penat dan berpeluh.

Perkongsian video yang dirakam Amir menjadi tular.

“Masa tu kira-kira pukul 2.40 petang. Nampak muka pakcik tu letih dan dalam keadaan tergesa-gesa meminta saya untuk tumpangkan ke Baitulmal iaitu pusat agihan zakat di Ipoh untuk mendapatkan bantuan, tapi tayar belakang motosikal dia pula pecah. Saya mahu membantu tapi tak dapat tumpangkan orang ketika bertugas dan pada masa sama ada beg makanan di tempat duduk belakang yang hanya memuatkan saya seorang. Rasa serba salah dibuatnya masa tu,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Amir, dia bagaimanapun enggan membiarkan lelaki berusia lingkungan 50an itu meneruskan perjalanannya bersendirian.

Tindakan Amir membantu pakcik tersebut mendapat perhaian Grab Malaysia.

“Pada mulanya, saya nak temankan pakcik tu ke bengkel dahulu untuk baiki tayar dia. Tapi pakcik tu risau sangat, bimbang tak sempat sampai untuk mohon bantuan. Jadi, saya temankan pakcik tu sampai ke destinasi dengan mengikutnya dari belakang untuk memastikan perjalanannya selamat. Motosikalnya masih boleh digunakan, cuma tayar belakang tidak stabil. Memandangkan saya arif dengan jalan-jalan di sekitar Ipoh, jadi saya syorkan laluan kurang trafik bagi memudahkan perjalanannya,” ujarnya yang berasal dari Bota, Perak.

Memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan.

Dia yang menjadi penghantar makanan secara sambilan sejak Julai lalu bagaimanapun tidak mengetahui identiti dan latar belakang lelaki tersebut kerana segalanya berlaku tergesa-gesa.

“Tak banyak tanya sebab pakcik tu dalam keadaan kelam-kabut, dia risau sangat kalau tak sempat. Motosikal macam tu tak sempat nak baiki mungkin tak ada duit. Baju pula lusuh, memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan. Tapi saya percaya dia orang tempatan kerana mengetahui laluan yang saya syorkan. Apa yang pasti perjalanannya agak jauh sebelum bertemu dengan saya kerana dia nampak begitu penat dan berpeluh,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu.

Amir berusaha membantu pakcik berkenaan sehabis baik.

Amir yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di UniKL MIAT di Sepang, Selangor, berkata, perjalanan sejauh 4 kilometer dengan kelajuan sekitar 15km sejam mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Syukur, perjalanan kami dipermudahkan sehingga pakcik tu selamat tiba di Baitulmal. Walaupun wajah dia nampak penat, tapi dia lega sebab sampai ke tempat yang nak dituju. Saya periksa dompet saya, tengok berapa yang ada. Walaupun tak banyak, saya hulurkan sejumlah duit kat pakcik tu, dengan harapan bantuan yang lebih besar akan dihulurkan kepada pakcik tu selepas ini. Syukur juga sepanjang perjalanan tak ada pesanan masuk, kalau tak nanti macam mana nak ikut pakcik tu. Bila nak sampai, baru dapat pesanan. Bantuan saya mungkin kecil, tapi saya amat berharap hasratnya untuk mendapatkan bantuan dipermudahkan,” katanya.

Siapa Sangka Jalan Pintas Ke Rumah Pelanggan Menyebabkan Rider Sampai Ke Hutan. Sehinggakan Rider Itu Kata Macam Ni Sekiranya Ada Binatang Buas Muncul.

SIAPA sangka seorang penghantar makanan berhadapan cabaran ketika mahu menghantar pesanan ke rumah pelanggan. Seperti trek sukan ekstrem motocross, pemuda berkenaan terpksa melalui lorong-lorong kecil bertanah merah dan berlmpur yang dikelilingi semak-samVn dan berlukar.

“Aku tak tahulah aku hantar makanan ke aku pergi motocross. Hujung sana hutan dah… motor ni boleh naik ke woi!?” luah pemuda itu menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan keadaan jalan tanah merah yang berbukit. Penghantar makanan tersebut, Muhammad Irsyad Azhar berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu, ketika menghantar pesanan dari Johor Bahru ke Gelang Patah di Johor.

Terp4ksa melalui kawasan hutan untuk ke rumah pelanggan.

Berkongsi pengalaman, remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, lokasi penghantaran yang berpandukan aplikasi navigasi, s1stem kedudukan global (GPS) adalah sejauh 21 kilometer (km).

“Laluan bagi pilihan pertama tu saya rasakan agak jauh, jadi saya memilih pilihan lain yang lebih dekat iaitu hanya 15 km. Mungkin sebab kena pusing jauh di lebuh raya. Walaupun jalan yang saya pilih ni masanya lebih singkat, tapi saya fikir mungkin sebab jalan sesak. Kalau naik motor tak ada hal, selit-selit macam biasa,” katanya kepada mStar.

Kawasan lopak air. -foto ihsan Muhammad Irsyad Azhar

Lebih mesra disapa Irsyad, katanya, namun ketika pertengahan jalan di Gelang Patah, laluan menerusi pilihan GPS tersebut membawanya ke satu jalan berlvmpur.

“Mula-mulanya saya fikir laluan lori sebab ada kilang berdekatan. Tapi lama-kelamaan jalan semakin smpit, sesuai untuk dijadikan laluan motosikal. Rumah pelanggan di kawasan perumahan biasa, bukannya dalam hutan. Tengok jalan berlumpur memang ada kesan tayar motosikal, tapi betul ke jalan ni,” ujarnya yang berasal dari Skudai, Johor.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak bercadang untuk berpatah balik bagi menggunakan laluan lain kerana perjalanan akan mengambil masa lebih panjang.

Kesan tayar motosikal yang disaluti lumpur selepas dibasuh.

“Nak tak nak, saya teruskan juga. Saya kena naik dan turun bukit dua kali, melalui lopak air dan laluan sempit sehingga motosikal saya terkena ranting semak-samun. Paling tak dapat dilupakan apabila motosikal saya terper4ngkap dalam lvmpur sehingga tayar berpusing. Tapi saya ingat tips jangan pulas enjin kalau tayar masuk lumpur, tapi tolak motosikal perlahan-lahan dari kawasan lumpur tu.

Nak tak nak, saya teruskan juga. Saya kena naik dan turun bukit dua kali, melalui lopak air dan laluan sempit sehingga motosikal saya terkena ranting di semak-samvn. “Memang berlvmpurlah tayar motosikal dan kasut, dah macam main motocross. Tiga kali juga lalu jalan berlvmpur mungkin disebabkan hujan sehari sebelumnya,” katanya sambil menambah bertugas sebagai penghantar makanan sejak November lalu. Menurut Irsyad, perjalanan di dalam hutan ibarat trek motocross sepanjang kira-kira tiga kilometer itu akhirnya berjaya dilepasi sebelum tiba ke destinasi dengan selamat.

Irsyas menjadi penghantar makanan di Johor Bahru dan kawasan sekitar. “Kemudian saya lalu jalan biasa untuk balik semula ke Johor Bahru. Saya dah s3rik. Masa tu terfikir kalau ada harim4u atau ul4r di sebalik sem4k-s4mun tu. Sampai saya terfikir, kalau harim4u bah4m ni, orang tak jumpa saya. Yang tinggal hanya motosikal je. Syukur alhamdulillah selamat,” katanya.

Malah kata Irsyad, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan perjalanan menggunakan aplikasi navigasi agar kejdian tidak berulang. “Kalau siang terfikir harim4u dan ul4r yang keluar, kalau malam memang confirm saya patah balik sebab terbayangkan ponti5nak pula yang muncul,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber via Mediaviralbbn

Makcik Rider Dianiaya. Tak Tentu Arah Dibuatnya Tapi Tetap Setia Tunggu Pelanggan Ghaib Di Lobi Bangunan.

Video memaparkan seorang rider wanita menunggu pelanggannya yang tak kunjung tiba tular di aplikasi TikTok. Kewujudansyarikat-syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah pelanggan ternyata memudahkan kehidupan masyarakat.

Malah, ia juga membuka banyak peluang pekerjaan buat mana-mana individu yang kini mencari pendapatan dengan bergelar rider penghantar makanan. Namun, acap kali tular pelbagai kisah mengenai golongan itu termasuklah yang dianiaya pelanggan dan sebagainya.

Terbaharu, tular pula rakaman menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan gerak geri seorang rider wanita sehingga meruntun emosi warganet. Dalam rakaman berkenaan, rider wanita bertudung itu kelihatan sedang menunggu pelanggannya di lobi sebuah bangunan. Dia juga dilihat menggunakan telefon bimbit, dipercayai membuat panggilan kepada pelanggan berkenaan yang masih belum muncul.

Tidak lama kemudian, dia yang sebelum itu mundar-mandir dilihat berjalan keluar dari kawasan lobi kerana telah lama menunggu pelanggan berkenaan tetapi tidak turun mengambil makanan yang dipesan.

“Siapa yang order makanan, please guys jangan buat mereka macam ni. Tersentuh hati aku tengok makcik ni. Lama dia tunggu,” tulis Fahmi Rezeki yang berkongsi video itu di TikTok.

Kesiannya. Dah order tengoklah telefon selalu, jangan biar orang tertunggu-tunggu.

Dikongsi pada Khamis, video itu sehingga kini menerima hampir 20,000 tontonan. Lebih menambah rasa pilu apabila video itu turut disunting dengan muzik latar lagu dalam bahasa Arab yang cukup mendayu-dayu.

Dalam pada itu, hampir 200 warganet turut membanjiri video itu dengan pelbagai komen. Malah, rata-rata mereka menzahirkan rasa sayu, tak kurang juga yang memberi nasihat agar mana-mana individu tidak menyusahkan urusan rider setiap kali memesan makanan.

“Aku kalau notification dah masuk yang rider tu dalam perjalanan, aku gelabah cari tudung nak tunggu kat luar siap-siap. Korang ingat rider ni hamba korang ke nak buat macam tu. Kesiannya kat rider kena tunggu lama. Mereka mencari rezeki pelbagai halangan nak ditempuhi di luar sana. Pernah sekali rider tertunggu-tunggu sebab call tak dapat. Rasa bersalah tu, Ya Allah, tak tahu nak cakap. “Kesiannya. Dah order tengoklah telefon selalu, jangan biar orang tertunggu-tunggu,” tulis beberapa warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *