Nafiz Muaz kini sah bergelar suami kepada Diyana Omar. Lebih mengejutkan apabila rupanya isterinya itu berketurunan ini.

artis Kehidupan Keluarga

Dengan sekali lafaz, pelakon Nafiz Muaz sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang bernama Diyana Omar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota semalam. Meskipun sudah dua kali tertangguh, namun Nafiz atau nama sebenar Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir bersyukur akhirnya majlis yang diimpikan akhirnya berjalan dengan lancar.

Namun, siapa sangka suri hatinya itu merupakan ahli kerabat diraja Terengganu berikutan terdapat juga foto bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Sembahan menjunjung kasih

Menerusi perkongsian di akaun Instagram @malaysia.royalfamily, difahamkan Diyana merupakan adinda bongsu kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pasangan tersebut kelihatan sama cantik sama padan mengayakan busana serba putih dan dihiasi pelamin yang minimalis tetapi kelihatan begitu eksklusif.

Warganet di ruangan posting rata-rata meninggalkan komen memuji kemanisan dan kecantikan pengantin perempuan yang berusia 29 tahun itu.

Bukan biasa2 ni

Moga hingga syurga

Berbicara mengenai bulan madu, kedua-dua mereka masih belum merancang tentang perkara tersebut. Hal ini kerana pelakon berusia 22 tahun itu akan menjalani penggambaran sebuah drama pada Rabu ini.

Sumber: Instagram malaysia.royalfamily

Nafiz Muaz Berang Apabila Terima Foto Ini Melalui Akaun Media Sosialnya. Nafiz Memberi Amaran Terakhir Seperti Ini Pada Pihak Terbabit Dan Orang Ramai.

Pelakon Nafiz Muaz melepaskan kemarahannya selepas beberapa kali menerima mesej berbaur negatif dan gambar tidak memakai baju lelaki dari individu yang tak dikenali menerusi mesej peribadi (DM) di akaun Instagram miliknya.Tidak mendiamkan diri, Nafiz atau nama sebenarnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberi amaran kepada individu tersebut untuk menghentikan perbuatannya serta merta sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Saya tak gembira dengan apa yang saya terima selama ini. Sebelum ni ada orang buat perangai macam ni tapi saya tak nak cerita. Ini kira last warning, saya tak nak tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar saya tunjuk mesej dia sahaja.“Saya rasa pelik sebab lelaki yang buat perangai macam ini…hantar dekat lelaki. Saya tak tahu apa masalah dia. Lelaki DM saya hantar gambar seperti itu… Saya paling benci! Apa benda kau buat ni… Saya tak boleh lah. Tak payah la buat benda macam ni…lelaki kot! Kalau lelaki hantar dekat perempuan, mungkin normal. Ingat saya ni apa? Kau tak malu ke? Tak ada maruah diri?” tegas Nafiz.

Nafiz mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.Menerusi video tersebut, Nafiz turut memuat naik paparan skrin mesej berbaur negatif yang diterimanya. Tidak berniat untuk membuka aib, Nafiz menyifatkan perlakuan itu melampau dan moga ia memberi pengajaran.

“Pada mulanya saya tak dedahkan perkara ini tetapi saya rasa ini sudah melampau. Saya bukan nak buka aib tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara ini tak bagus. Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang hadap perkara ini dan mesti ramai lagi yang pernah kena. Nasihat saya, berhati-hatilah… ramai orang gila bertuhankan nafsu di luar sana,” nasihatnya.

Raja Ilya Berang Apabila Ada Pihak Yang Cuba Buat Produk Tiruan. Dia Terus Mengambil Keputusan Ini Untuk Pihak Terbabit.

Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk makanan tambahan tiruan.Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, lebih membimbangkan apabila produk berkenaan yang menggunakan bahan kandungan berbahaya memperdaya orang ramai apabila dijual pada harga murah.

“Apa masalah korang? Nak menghancurkan periuk nasi orang lain. Kalau korang buat produk tiruan tanpa ada kelulusan yang betul, tahu tak apa akan terjadi kepada orang yang guna?”Saya terkejut bila ada orang sanggup buat produk tiruan dan jual harga murah. Bila semak kandungan, gula melampau-lampau, kalau tuang air panas, coklat tu meletup-letup,” katanya menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Lebih dikesalkan apabila dia bimbang sekiranya produk asli yang selama ini dipromosikannya pula yang terpaksa menanggung akibatnya.”Saya di sini promosikan produk minuman kurus itu, dan kalau orang tak dapat kesan yang diinginkan, tapi dapat kecing manis dan sebagainya, akan pergi (dituding) ke saya semula,” katanya.Ujarnya lagi, lebih menyedihkan apabila segala laporan dan aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa juga seolah-olah dipandang sepi. Aduan sudah dibuat, tapi saya tak faham kenapa tiada tindakan diambil.”Harap pihak yang patut jaga semua ni ambil tindakan cepat sebelum ada yang masuk hospital. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan sepatutnya tolong jangan ambil mudah hal macam ni.”Cetak rompak hak orang dan pakai bahan-bahan merapu! Makyaiii berani ya main dengan nyawa orang sebab duit?” katanya.

Foto kredit: Instagram @rajailya

Aishah Pernah Berbadan Besar Dua Tahun Lalu. Dia Berkongsi Dia Sangat Kecewa Dengan Usahawan Produk Hanya Kerana Ini.

Gambar sekadar hiasan

Aishah berjaya kurang 33 kilogram selepas dua tahun jalani pembedahan pintasan usus. PenyanyiAishah kecewa dan terkilan dengan tindakan segelintir pengusaha produk pelangsingan badan yang sanggup menipu pelanggan demi keuntungan semata-mata. Menurut Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 55, rata-rata duta produk yang dilantik berjaya mengurangkan berat badan hasil pembedahan pintasan usus (bariatric) dan bukannya kerana keberkesanan produk itu.

“Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan bariatric dan bukan kerana keberkesanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini! Ini bukan tindakan yang betul. Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini. Kasihanlah mereka yang berjuang dengan berat badan dan ditipu dengan produk yang mendakwa penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka tetapi sebenarnya hasil pembedahan. Ini satu penipuan,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Aishah di laman Instagram.

Sementara itu, Aishah turut mendedahkan selepas dua tahun menjalani pembedahan pintasan usus itu, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kilogram. Mengakui bukan mudah untuk mendapatkan berat badan dan saiz ideal itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia masih lagi berusaha untuk mencapai impiannya itu.

“Beberapa hari ini saya banyak tertengok gambar-gambar lama semasa bertanding di Gegar Vaganza musim keempat dulu. Muka macam bulan mengambang, pipi pauh sebesar padang. It felt like a life time away! Perjalanan penurunan berat badan satu cabaran, walaupun dengan menjalani pembedahan bariatic bersama Dr Mustafa… hanya orang yang pernah sampai tahap ‘morbid obesity’ saja tahu cabaran kehidupan apabila saiz badan berlebihan ini. Sakit kaki, penyakit-penyakit lain, kecewa dengan body shaming dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu. Setiap hari adalah satu ‘struggle’ cabaran. Dua tahun selepas pembedahan saya dapat turunkan 33 kilogram dan masih berusaha untuk sampai ke berat sasaran. The struggle is real, the pain is also so real!” ujarnya yang menjalani pembedahan itu pada awal tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *