Keluarga ini malu apabila disangkakan gerai rupanya lain. Tapi tidak sangka mendapat layanan sebegini walaupun salah masuk.

Dunia Hiburan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Kisah sekeluarga yang bercuti di Kelantan dan mahu menikmati masakan kelantan yang di sangkakan gerai rupanya rumah orang. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kami bercuti ke Pantai Timur. Setibanya kami di Kelantan, kami terus mencari lokasi Homestay yang telah ditempah.. dalam penjalanan ke Nazaihomestay Kg Baru di kawasan Pasir Pekan, Kelantan,dari dalam kereta, kami ternampaklah orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah ‘warung’ ni. Saya cakap kat isteri, “mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, Esok kita kena try makan kat situ”…saya terus sebut menu-menu sedap di kelantan yang ingin dicuba pada Esok hari…Dari jauh Keadaan kat ‘warung’ tu memang nampak meriah dengan pelbagai jenis lauk terhidang, lepas tu nampak macam ramai pelangan pula…

Esoknya seperti yang telah dirancang, setelah pulang dari Pasar Siti Khadijah, terus kami ke warung semalam, “abang nak try makan nasi kerabu kat situlah”,saya cakap kat isteri. Sampai di hadapan ‘warung’, kami nampak ada 4 orang yang sedang minum… Dari bekas lauk yang terhidang, nampak dalam 5-6 menu yang terhidang, bekas nasi masih ada…’ok lah tu, ada lagi ni makanan’, fikir saya…

Keluar dari kereta, saya disapa mesra oleh salah seorang lelaki yang berada dalam warung, ‘abe, nanti check tayar angin kereta tu, macam kurang ja’.. ‘baik nak saya g kedai, check’, kebetulan angin kereta tu memang nampak macam kurang… Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja, sambil saya jeling-jeling ke bekas lauk…’wah, menu nampak sedap, ada ayam percik, kari kambing, sambal etok pun ada, fuh sedap ni”…

Kami duduk di meja yang belakang, berhampiran ‘pelangan’ tadi..isteri tanya anak-anak nak minum air apa, ketika itu ‘makcik kedai’pun menghampiri meja kami dengan membawa teh o satu jug, dan memaklumkan “kalau nak air panas, nanti mokcik suruh pembantu rumah mokcik buatkan” Fuh……. Aku mula tak sedap hati “tiba-tiba teringat kes orang yang makan kat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan….

‘ni bukan warung ke mokcik?’, tanya aku..’bukan, ni rumah mokcik’… Hahahaha malu weh….tak sangka ia betul-betul terjadi…kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar… Tapi diaorang halang, rupa-rupanya, yang kami sangkakan pelangan tadi tu ialah ahli keluarga pemilik rumah…”make lah, ado rezeki, meme langkah kanan ni”… Kata pokcik pula…wei, perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana beb…aku pandang isteri aku, dia pandang aku…malu oo… Mokcik tu panggil anak-anak aku, dia cedokkan lauk…aku asalnya taknak makan sebab malu, tapi diaorang jemput juga makan….

Maka berbuallah kami, diaorang kata, semalam yang ramai-ramai tu diaorang buat kenduri kesyukuran, jadi lepas solat Jumaat, siapa yang berkelapangan bolehlah singgah makan sebab nak pastikan orang ikut SOP…sebab tu ada banyak meja, tu yang nampak macam kedai makan tu…kebetulan meja2 tak kemas lagi hari ni, diaorang pun makanlah anak beranak kat luar……nak dijadikan cerita memang diaorang tak gunakan khemah macam kenduri biasa tu,meja disusun dalam kawasan rumah, yang memang nampak sebijik macam warung-warung yang dibuat berhampiran rumah seperti kat tempat aku…..

Apa-apa pun layanan diaorang memang terbaik, mokcik tu bahasakan diri dia sebagai Mama..sebelum kami balik, dia siapkan bungkuskan kueh mueh untuk dibawa balik…. Sepanjang perjalanan pulang, kami asyik bercerita tentang hal ni,macam tak percaya ia betul-betul terjadi kat kami…isteri pula asyik memuji kebaikan hati orang Kelantan…sampai dia kata nak cari menantu orang kelantan….erm….aku ingatkan ‘madu’ orang kelantan tadi…. Apa-apa pun orang kelantan memang Terbaik…hahaha kenangan awal tahun 2021…

Dari fb : AZAM MAHAT

Emak Risau Akan Nasib Anaknya Selepas Kahwin Kerana Dirinya Bukan Menantu Pilihan. Gadis Kampung Berkulit Hitam Ini Tak Sangka Berlaku Sebegini Dalam Hidupnya.

Gambar sekadar hiasan.

Ketika di awal perkahwinan, wanita ini bimbang dengan penerimaan keluarga mentua namun sangkaannya meleset sama sekali apabila dia diterima baik sebagai ahli keluarga baharu. Orang kata, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa semata-mata tetapi melibatkan seluruh ahli keluarga kedua-dua pasangan. Bagi golongan wanita yang berumah tangga, mempunyai keluarga mentua yang ‘ngam’ dan boleh menerima diri menantu seadanya adalah perkara yang sangat diimpikan.

Mana tidaknya, masyarakat sering kali dimomokkan dengan kisah hubungan dingin di antara menantu dengan ibu mentua, sekaligus menimbulkan perasaan takut buat wanita yang bakal mendirikan rumah tangga. Namun sebenarnya, tidak semua mentua bersikap kejam terhadap menantu mereka.

Sebagaimana coretan seorang pelayar yang dikongsikan di halaman IIUM Confession, dia menceritakan betapa beruntungnya dirinya dianugerahkan keluarga mentua yang digelarnya ‘mentua dari syurga’.

“Pada awal perkahwinan, saya sangat bimbang, kerana saya hanyalah anak kampung. Saya kurang rupa dan berkulit hitam, sedangkan mertua saya putih melepak, ipar duai pun cantik belaka. Lagi pula saya seakan fobia apabila sering mendengar cerita dari emak saya, yang mana emak adalah menantu yang dibenci. Suami anak tunggal lelaki dalam keluarganya… dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan adab dan sopan santun, mereka bercakap dengan lembut dan tidak pandai sindir menyindir dalam berbicara. Bapa mentua pesara kerajaan, manakala ibu mentua suri rumah sepenuh masa. Anak-anak mereka semua berjaya dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik,” tulisnya. Namun menurut wanita ini, segala perasaan negatif dan tanggapannya terhadap keluarga mentua meleset sama sekali, selepas dia menjadi ahli keluarga berkenaan sebagai menantu.

“Ibu mentua saya adalah ibu mentua yang terbaik di dunia. Dia tidak pernah merendahkan saya yang serba kekurangan ini. Saya tak pandai masak, dia ajar dengan sabar.

“Bila saya rasa sakit-sakit masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mentua akan usahakan sampai dapat. Setiap kali kami ingin balik ke rumah mentua, bilik kami disiapkan secantik bilik pengantin, bersih, wangi dan kemas.

Bila saya rasa sakit-sakit masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mentua akan usahakan sampai dapat.

“Saya ceritakan pada emak saya, bahawa bukan semua mentua itu jahat. Dan emak kata, ini adalah kerana Allah menjawab doa-doanya yang sangat berharap agar anak perempuannya tidak mengalami nasib sedih bermentua sepertinya,” cerita wanita ini lagi. Tambah wanita ini, jika kebanyakan wanita lain lebih seronok pulang berhari raya di kampung sendiri, namun berbeza pula dengannya yang teruja jika dapat pulang ke rumah mentua. Malah, sikapnya itu turut membuatkan rakan sekerjanya hairan.

“Bagi saya sama sahaja, di mana pun saya seronok. Setiap kali kami nak balik semula ke kediaman kami, maka penuh saratlah kereta dengan pelbagai bekalan untuk kami bawa balik. Anak-anak saya juga adalah cucu yang disayangi. Sama sahaja dengan cucu mereka yang lain. Tak ada bezanya,” katanya.

Terlalu banyak kebaikan mentua untuk disenaraikan, wanita ini berkata tiada apa yang mampu dilakukannya bagi membalas jasa mereka melainkan hanya kiriman doa apatah lagi kedua-duanya telah tiada.

“Kedua-duanya pergi di hari Jumaat yang mulia. Ibu dan bapa kandung saya juga telah tiada. Sekarang saya hanya mampu mendoakan dan mengirim pahala dari bacaan Al-Quran yang dibaca setiap hari untuk semua kesayangan yang telah tiada. Dan saya hanya mampu mengenang segala kebaikan dan kasih sayang yang telah mereka berikan kepada saya selama 18 tahun yang saya sempat menjadi menantu mereka. Al-fatihah untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mentuaku,” tulisnya lagi.

Kawan Baik Semua Dah Nikah Dan Ibu Pun Ada Dah Mula Berbunyi Mahu Menantu. Jurutera Ini Sanggup Cari Calon Isteri Bekerjaya Di Twitter

Nabil membuat perkongsian di Twitter bagi mencari calon isteri namun tidak menyangka ciapannya menjadi tular.KEWUJUDAN media sosial sememangnya memudahkan kehidupan manusia pada masa kini.Selain menjadi medium untuk berhubung bersama ahli keluarga atau kenalan, ia juga digunakan secara meluas untuk tujuan perniagaan atau berkongsi maklumat.

Namun begitu, ada sesetengah individu memanfaatkan laman sosial sebagai ruang untuk mencari kenalan baharu bagi dijadikan pasangan hidup, sebagaimana yang dilakukan oleh seorang pemuda ini.Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pemuda berkenaan meluahkan hasratnya untuk mencari calon isteri serta turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang diingininya.

“Bismillahirahmanirrahim. Mencari calon isteri, umur 26-27, jaga solat dan agama, bekerjaya, keutamaan orang utara, nak settle down dekat Penang, kalau negeri lain yang berminat boleh settle down dekat Penang pun boleh ja, boleh DM saya nah. Terima Kasih. Retweet untuk jodoh saya,” demikian ciapan berkenaan yang sehingga kini meraih 5,000 retweet.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Nabil Qayyum berkata tujuannya membuat perkongsian berkenaan kerana ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari calon isteri.Nabil di majlis perkahwinan rakan baiknya.“Memandangkan sekarang usia dah nak masuk 27 tahun, ibu pun ada dah mula ‘berbunyi’ mahu menantu. Jadi saya fikir mungkin ini masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

“Kedudukan kewangan insyaAllah stabil, cuma calon saja yang tak ada. Niat saya memang mahu mencari calon isteri… tak ada niat nak test market atau sebagainya,” kata pemuda yang berasal dari Sik, Kedah ini.Bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang, Nabil berkata dia sendiri tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat sambutan yang agak positif.

“Niat nak share tu untuk kawan-kawan saja, mana tahu mereka boleh rekomen calon. Tapi langsung tak sangka tweet ni blow up.”Direct Message (DM) yang saya terima agak banyak, ada yang masih belum sempat saya buka dan balas. Setakat ini, ada beberapa orang calon yang sempat saya berkenalan, saling follow Instagram.

Nabil menegaskan tujuan perkongsiannya di Twitter sememangnya kerana berhasrat mahu mencari calon isteri.“Apa pun, sememangnya selepas ini nak berkenal-kenalan dulu… biar berjalan mengikut fasa. Selepas rasa serasi, bawa jumpa orang tua dan keluarga. Restu orang tua itu penting, selain pegangan agamanya… rupa paras tu biarlah yang sejuk mata memandang.

“Yang lucunya, ada juga saya terima DM daripada gadis yang berusia 18 dan 19 tahun. Tapi bagi saya, seelok-eloknya biarlah mereka habiskan pengajian dulu,” kata anak sulung daripada dua adik beradik ini.Perkongsiannya mendapat sokongan dan reaksi positif ramai warganet menerusi ruangan komen, namun ada segelintir daripadanya melontarkan komen negatif.

“Ada satu dua saja komen negatif… pelayar tu persoalkan saya letak ciri ‘berkerjaya’ terhadap calon isteri. Katanya, kalau tak berkerjaya, tak boleh kahwin ke?”Tapi komen tersebut dibalas oleh warganet lain. Mereka kata nak pilih kasut pun kena teliti, sudah tentu bab nak pilih isteri lebih dititikberatkan. Kita bukan pilih ikan dekat pasar. Tapi saya anggap komen tu seperti nasihat saja.

“Tapi ramai yang nak tengok ‘hasil’ pencarian jodoh saya ni. Kalau berjaya, insyaAllah saya nak buat macam yang jadi trend di Twitter sekarang “From this, to this”. Doakan semuanya baik-baik saja,” katanya.Pemuda ini menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya pada tahun hadapan, apatah lagi rakan baiknya sendiri baru saja melangsungkan pernikahan pada Ogos lalu.

Perkongsian Nabil mendapat maklum balas positif daripada warganet.“Sebenarnya kami pernah plan nak berkahwin sama-sama, tapi jodohnya sampai dulu. Jadi saya sasarkan, jika diizinkan Allah, saya mahu tamatkan zaman bujang selewat-lewatnya sebelum 2021 melabuhkan tirai.

“Pada yang masih mencari seperti saya, pilihlah calon yang boleh terima diri kita dan kekurangan kita seadanya, buat pilihan yang terbaik sebab kita nak hidup lama dengannya.”Bagi saya, ini adalah salah satu usaha… terpulang kepada pandangan orang lain. Sebelum ini pun ada dah yang mencari pasangan di laman sosial.”Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang DM, minta maaf bagi yang belum sempat saya balas. InsyaAllah, jika ada jodoh, ada la tu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *