Dr Che Hafiz terlalu gembira dan teruja sehinggakan nak mengalir air mata. Dia bersyukur apabila Lufya Omar mahu memberi kerjasama.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Hafiz menyatakan dia berasa gembira dapat bertemu dengan anak tunggalnya, Laana Haura selepas hampir tiga bulan tidak bersua muka.Ketika dihubungi Gempak, Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum akui hampir menitiskan air mata akibat terlampau rindu dengan Haura.

“Hampir tiga bulan lebih saya tidak bertemu Haura. Kali terakhir saya jumpa Haura pada hari Malaysia, iaitu September lalu tetapi ketika itu sekejap sahaja. Perasaan saya memang tidak boleh dirahsiakan lagi memang saya berasa sangat gembira, teruja sehingga nak mengalir air mata pun ada. Saya juga rasa sangat bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah kerana doa saya dan ibu bapa agar dapat bersama dan bertemu kembali dengan anak saya seperti sediakala selama ini termakbul,” katanya.

Tambah Dr Che Hafiz, dia sedar tidak semua pasangan yang berpisah menemui jalan penyelesaian yang baik sama seperti dirinya.Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada Lufya kerana memberi kerjasama demi kebahagiaan Haura.

“Saya sedar bahawa tidak semua pasangan yang berpisah akan mempunyai nasib yang sama seperti saya iaitu dapat menemui titik penyelesaian secara baik. Ianya bukan sesuatu perkara yang mudah tetapi juga bukan sesuatu perkara yang mustahil. Salah satu kuncinya adalah komunikasi yang berkesan. Saya sangat yakin dan percaya Lufya dapat berfikir secara rasional untuk anak kami dan tahu apa yang terbaik supaya tidak menganggu proses tumbesaran dan perkembangan. Kami hanya mahu Haura membesar secara normal seperti kanak-kanak yang lain dan mendapat kasih sayang yang secukupnya bukan hanya daripada ibunya tetapi juga seorang bapa. Apa-apa pun saya sangat berterima kasih kepada Lufya kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Kerjasama ini saya pandang sangat tinggi kerana saya fikir ianya sangat baik untuk masa depan anak itu sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr Che Hafiz dan Lufya ada memuat naik rakaman video reaksi dan gelagat Haura ketika bertemu dengan ayahnya di Instagram (IG) pada Sabtu lalu.Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.Selepas dihimpit dengan kontroversi dan kemelut, akhirnya pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun tahun lalu.

Lufya Omar Kongsi Cerita Anaknya Di Instagram. Dia Juga Sempat Memuji Seseorang Ini.

Menjadi ibu bukanlah perkara yang senang, tambah-tambah jika anak pula seorang yang lasak dan aktif sentiasa tidak kira tempat dan masa. Berkongsikan mengenai pengalaman menjadi ibu kepada seorang cahaya mata, pelakon Lufya Omar menulis panjang lebar di ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menurut Lufya, bukan mudah untuk seorang ibu melaksanakan tugas harian tambahan lagi kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai. “Tajuk drama harini, kita sibuk masak dia sibuk mengemas. Jangan ingat surirumah kat rumah tu duduk senang lenang ya. Ni baru anak 1, kalau anak 9 pengsan!”

Dia dalam pada itu sempat memuji ibu yang mempunyai anak ramai kerana bijaksana dalam membahagikan masa antara melayan anak-anak dan melakukan kerja rumah. Lufya sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada November 2016 sebelum bercerai pada Jun 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 2 tahun.

Kemelut berakhir… Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercerai talak satu – “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”

Dr Che Hafiz mengesahkan dia dan Lufya sudah cerai talak satu pada Jun lalu. Kemelutrumah tangga penyanyi Lufya Omar dan Dr Che Hafiz akhirnya menemui titik noktah selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap selepas pendedahan ini, dia tidak dikaitkan lagi dengan penyanyi itu memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Menurut Dr Che Hafiz, tujuan dia berkongsi perkara itu supaya tiada lagi berlaku salah faham atau pra sangka buruk terhadap dirinya berhubung isu berkaitan rumah tangga mereka.

Dr Che Hafiz sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

“Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah bercerai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan suami isteri lagi. Saya beritahu perkara ini sebab tak ada lagi timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku pra sangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami,” kata Dr Che Hafiz kepada mStar. Dr Che Hafiz mendedahkan perkara itu selepas Lufya memuat naik status menyentuh tanggungjawab seorang suami terhadap anak di Instagram miliknya pada Isnin.

Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin

Sebelum ini, Lufya pernah mendakwa bekas suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura namun Dr Che Hafiz enggan mengulas perkara itu kerana isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Dalam pada itu, Dr Che Hafiz berjanji untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun mendapat pelbagai halangan.

“Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan berharap ia tidak dihalang oleh Lufya,” ujarnya. Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Lufya ketepi masalah rumah tangga, undang suami ke majlis hari lahir anak – “Dia tetap bapa Laana Haura”

PelakonLufya Omar memberitahu dia ada mengundang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz untuk hadir ke majlis sambutan hari lahir anak mereka Laana Haura yang diadakan pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, Lufya, 34, berkata, suaminya tidak dapat menghadiri majlis tersebut atas kemungkinan sibuk bekerja. Tambah Lufya lagi, biarpun rumah tangga mereka berdepan masalah namun dia enggan mengenepikan status lelaki itu sebagai bapa kepada anak mereka.

“Saya ada ajak tapi dia kata tak boleh datang, mungkin dia sibuk. Saya dah berusaha untuk ajak dia walaupun kami ada masalah yang agak serius. Bila saya fikirkan, tak apa mengalah bukan bererti kalah. Kalau saya mulakan buat sesuatu kebaikan, Insya-Allah akan jadi kebaikan nanti. Apa saya lakukan demi anak dan Allah. Kiranya, saya tak nak tepikan dia sebagai bapa. Kalau nak ikutkan sakit hati dan masalah hadap, pada saya tak apa la,” katanya kepada mStar. Lufya ditemui pada majlis sambutan hari lahir anaknya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.

Saya mahu Haura menjadi seorang yang berpelajaran dan pada masa yang sama dia juga mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Sebelum ini, Lufya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini berharap anaknya membesar menjadi seorang yang mementingkan ilmu agama apabila sudah dewasa nanti.

“Saya mahu Haura menjadi seorang yang berpelajaran dan pada masa yang sama dia juga mempunyai ilmu agama yang tinggi. Malah, saya simpan impian untuk dia menjadi seorang Hafizah. Tapi sebelum itu, saya pun kena belajar sama-sama. Sekarang ini, saya dalam proses perbaiki bacaan Al-Quran. Supaya kelak saya boleh ajar dia pula. Insya-Allah, itu cita-cita saya. Mudah-mudahan dia jadi orang yang ada pelajaran disamping ada ilmu agama,” ujarnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *