Air banjir dikatakan sangat deras. Penduduk Raub sehinggakan duduk di atas bumbung untuk selamatkan diri.

Amalan Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Saat kita semua seronok tidur waktu sejuk malam tadi, ada segelintir orang yang bertungkus lumus untuk nmenyelamatkan diri mereka. Itulah yang terjadi kepada penduduk-penduduk di Raub, Pahang malam tadi. Umumnya, sejak dua hari lepas hujan turun tanpa henti telah menyebabkan beberapa kawasan di Pahang dan beberapa negeri dinaiki air banjir, menurut sumber ada yang sampai naik ke bumbung.

Cari tempat selamat di atas bumbung

Dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, dilihat beberapa individu mencari tempat selamat daripada hanyut, mereka duduk di atas bumbung sementara tunggu pasukan penyelamat datang.

Air dikatakan deras dengan cepat sehinggakan ada kawasan hampir ke paras bumbuung. Sebelum ini, Berita Harian ada melaporkan bahawa mangsa banjir di Pahang dan Terengganu semakin meningkat. Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus meningkat  kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga, berbanding 3,273.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,097 orang diikuti Jerantut (634 orang), Raub (597 orang), Maran (594 orang), Rompin (420 orang), Temerloh (306 orang), Lipis (183 orang), Bentong (95 orang) dan Pekan (53 orang). Susulan itu, ramai warganet yang bersimpati apabila melihat situasi yang menimpa keluarga ini. masing-masing mendoakan agar mereka semua selamat.

Semoga mereka semua selamat dan urusan dipermudahkan. Aminn

Gadis Subang Jaya Adalah Salah Seorang Rakyat Yang Terkena Banjir Di Kelantan. Dia Perjelas Foto Yang Sedang Seronok Main Air Banjir Di Kelantan.

Foto Intan bersama pelampung dan memakai pelitup muka ketika banjir mencuri tumpuan warganet. Banjir yang melanda di Kelantan sejak minggu lalu secara tidak langsung menyebabkan seorang gadis mendapat tumpuan.

Beberapa foto menunjukkan seorang gadis sedang menggunakan pelampung sambil tersenyum sinis di kawasan perumahan ketika banjir mencecah paras pinggang. Salah satu daripada empat gambar tersebut menunjukkan gadis itu memakai pelitup muka.

“Main air luh sekkito pape roger (Main air dulu geng apa-apa roger),” tulis gadis berkenaan di laman Twitter sehingga menjadi tular. Dalam banjir pun lawa,” komen warganet yang memuji kecantikannya. Jadi mangsa banjir pun maintain senyum ikhlas lagi. Ni la erti reda,” ujar warganet lain.

Posting Intan di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen.

Gadis berkenaan, Nur Intan Syaqilla Norazlan berkata, gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh adiknya di luar rumah keluarganya di Rantau Panjang, petang Isnin lalu. Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, kebiasaannya setiap kali musim banjir di kawasan itu, limpahan air naik sehingga paras dada.

“Ramai yang kata bahaya sebab bimbang lemas atau ada ular dalam air. Begitulah keadaan yang kami perlu lalui bertahun-tahun setiap kali musim banjir. Paras pinggang ni okay lagi kerana biasanya banjir hingga ke paras dada. Tapi keadaan air di hadapan rumah tenang, bukannya deras sehingga membahayakan,” katanya kepada mStar.

Antara komen warganet.

Lebih mesra disapa Intan, katanya, dia berdepan pengalaman menghadapi musim banjir di negeri itu sejak keluarganya berpindah dari Subang Jaya, Selangor, kira-kira 11 tahun lalu.

“Saya dilahirkan di Subang Jaya. Kami sekeluarga kemudian berpindah ke Kelantan di Rantau Panjang, kampung ayah. Jujurnya, masa mula-mula tu saya tak biasa dengan keadaan banjir. Macam-macam perasaan ada, sampai dulu pernah rasa takut nak keluar rumah. Tapi lama-kelamaan saya dah biasa dengan keadaan ini,” ujar pelajar Tingkatan Enam itu.

Intan merupakan anak kelahiran Subang Jaya, Selangor yang kini menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

Gadis itu turut mendedahkan foto yang tular itu dirakamkan sekadar suka-suka dan dia sebenarnya tidak bermain banjir di kawasan rumahnya seperti yang disangka warganet. Ketika itu saya dan dua adik masing-masing berusia 16 dan 13 tahun mengikut ayah ke kedai runcit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah untuk membeli barang dapur seperti beras, gula dan telur. Kami redah saja banjir yang juga di paras pinggang adik-adik. Pelampung itu adalah milik jiran yang kami pinjam untuk kegunaan mengangkut barang-barang yang dibeli. Sekeping papan diletakkan di atas pelampung tu, dan segala beg plastik yang kami bawa balik dari kedai diletakkan di atas papan. Kiranya macam trolilah, tapi kami tolak pelampung tu perlahan-lahan secara bergilir-gilir hingga ke rumah” ujarnya.

Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP pakai pelitup muka di tempat awam.

Ini sekali gus menjawab persoalan warganet mengenai anak ketiga daripada lima beradik itu memakai pelitup muka seperti yang dirakamkan di dalam gambar. “Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP (prosedur operasi standard) pakai pelitup muka di tempat awam. Nanti kena kompaun pula sebab tak patuh SOP,” tambahnya.

Intan menjelaskan dia tidak bermain banjir sebagaimana yang disangka warganet

Intan yang tinggal berdekatan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berharap keadaan banjir di Kelantan kembali pulih. “Harap keadaan semakin pulih, setakat hari ini (Rabu), limpahan air dah surut ke paras lutut. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan saya termasuk mereka yang memberikan pujian,” katanya sambil menambah posting berkenaan telah dipadam bagi mengelakkan komen-komen negatif segelintir netizen.

Peralatan Rumah Bernilai Hampir RM10k. Dua Beradik Ini Rela Duduk Dalam Banjir Dan Selamatkan 32 Ekor Kucing Kesayangan Berbanding Peralatan Rumah

“Yang penting mereka selamat.”Pencinta haiwan acap kali menyebut ayat ini jika sesuatu berlaku yang memberi kesan kepada haiwan peliharaan mereka tak kiralah situasi sakit kerana sakit mahupun bncana alam .Namun, sebagaimana sanggupkah korang mengrbankan sesuatu demi mereka?

32 ekor kucing ATAU peralatan rumah bernilai hampir RM10K?32 ekor kucinglah jawapannya!Rumah dua beradik ini ditakdirkan menjadi antara 30 rumah di Bukit Kecil yang dilanda banjir kilat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun ekoran hujan lebat luar biasa dan fenomena air pasang.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam semalam, Azila Omar, 45, dan adiknya, Azmi, 38, bergegas pulang sebaik mengetahui rumah mereka dilanda banjir kerana terlampau risau dengan keselamatan 32 ekor kucing mereka.Katanya waktu itu, mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasaraya. Syukurlah kesemuanya ditemui selamat.

Comelnya kucing-kucing dia, banyak oyen! Setelah tiba, dua beradik berkenaan mencari di sekeliling rumah mengalihkan haiwan comel ini ke atas tempat yang lebih tinggi. Kosmo melaporkan semasa mereka tiba ada beberapa kucingnya yang berada dalam air.

Macam main kapal-kapal min tengok.95 peratus perkakasan rumah rosak.Kata Azila kepada sumber, disebabkan busy sangat tolong kucing, dorang sampai tak sempat nak selamatkan perabot dan perkakas elektrik dalam rumah.Nilai kerugian keseluruhannya lebih kurang RM10,000 tapi tak mengapa ujarnya.

Barang-barang itu boleh diganti jika ada rezeki lebih nanti, yang penting nyawa kucing-kucing kesayangan kami.”Mereka juga membuat keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana jika pindah ke sana mereka tak boleh bawa kesemua kucingnya itu.Oleh kerana itu, mereka rela tinggal di rumah yang dinaiki air. Mereka juga meyakini air akan surut tak lama lagi.Ya Allah comel-comel kucingnyaaaaaaaa. Apa pun min harap semuanya selamat.

Kucing Sering Kejutkan Pasangan Suami Isteri Ini Setiap Subuh Dan Siap Nak Berjemaah. Telatah Kucing Ini Terus Dapat Perhatian Ramai

Siapa saja yang tak cair bila melihat haiwan yang comel dan menghiburkan hati ini. Ada sahaja telatah mereka setiap hari yang membuatkan pemiliknya jatuh hati.Baru-baru ini, seekor kucing bernama Kiki menarik perhatian orang ramai apabila dirakam menarik sejadah mendekati tuannya yang ingin solat.

Bersama sehelai sejadah yang dibawa sendiri menggunakan mulutnya, Kiki melintasi sejadah tuannya seakan-akan ‘mahu berjemaah.’Video yang pada asalnya dikongsikan di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ni itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dan tanda suka sejak dikongsi semula di pelbagai platform termasuk TikTok dan Twitter. Kiki juga telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat ‘kucing soleh’ itu.

Kongsi pemiliknya, .Khairuddin, Kiki sering mengejutkan dia dan isterinya untuk bangun subuh setiap hari di samping mahu ‘berjemaah’ ketika waktu solat Maghrib dan Isyak.“Maghrib dengan Isyak je selalunya. Sebab masa tu je kami selalu solat bersama. Siang kerja. Mungkin dia tengok apa kita buat, tu dia ikut. Haha..“Dia hari-hari  kejut kami subuh. Sebelum azan subuh dah masuk bilik kejut suruh bangun. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat hidayah,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Aplikasi Meowtalk Dikhabarkan Boleh Menterjemah Bunyi Kucing. Ini Penjelasan Dari Pengeluar Aplikasi Tersebut Tentang Kenyataan Yang Dinyatakan Oleh Beliau

Aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple’s App Store.KITA pastinya sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik setiap bunyi ‘meow’ oleh kucing kesayangan kita.Adakah mereka lapar, mahu bermanja ataupun membnci pemiliknya?

Terbaharu, pengeluar aplikasi Meowtalk mendakwa ia mampu menterjemah bunyi kucing.Menurut wakil syarikat pengeluar, aplikasi itu bakal membolehkan pemilik berkomunikasi dengan lebih mendalam dengan kucing mereka.Dalam aplikasi itu, ia memberi terjemahan kepada beberapa kenginan asas kucing dengan 13 ayat yang telah disediakan.Antaranya beri saya makan, saya marah dan biarkan saya berseorangan.Aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple’s App Store. –

Dengan Berbekalkan Kotak TV Samsung. Rekaan Terbaru Ini Menarik Minat Buat Penggemar Kucing Dan Boleh Dijadikan Sumber Inspirasi Untuk Buat Rumah Kucing

Pencemaran alam berpunca daripada banyak faktor, salah satunya adalah sikap manusia yang tidak mengamalkan konsep kitar semula. Kebiasaannya, selepas membeli sesuatu barangan, kita akan buang kotak atau plastik balutan ke dalam tong sampah.Melihatkan isu ini, syarikat elektronik ternama Korea Selatan, Samsung tampil dengan rekaan terbaru kotak televisyen yang mesra alam dan mesra pengguna.

Dengan rekaan baru ini, pembeli boleh mengitar semula kotak televisyen dengan mengubahnya menjadi perabot seperti rumah kucing, rak buku dan meja kecil. Menarik dan unik!Untuk memudahkan pelanggan, kotak televisyen tersebut akan dicetak dengan garisan putus-putus untuk memudahkan proses pemotongan.

Malah, setiap kotak juga akan disertakan dengan arahan manual berkenaan cara untuk membina perabot DIY. Pengguna hanya perlu imbas kod QR pada kotak untuk mengakses arahan manual yang telah diberikan.

Menurut sumber, Samsung juga telah bekerjasama dengan Dezeen, sebuah majalah gaya hidup, dan akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggan yang kreatif dalam mereka perabot menggunakan kotak mesra alam itu.Lebih mengujakan, pemenang berpeluang memenangi hadiah sejumlah $20,000 dan rekaan yang dipilih akan diletakkan dalam arahan manual pelanggan untuk tatapan pengguna lain.Idea ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik dan merupakan satu langkah bijak untuk memelihara alam sekitar. Syabas Samsung!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *