Pelajar Form 5 ini membuatkan orang lain cemas dengan memakai PPE di tengah bandar hanya untuk lakukan ini. Dia juga sempat dekati penarik beca dan meminta maaf kepada mereka.

Amalan Covid 19 ISU SEMASA Kehidupan KESIHATAN Uncategorized

Seorang pemuda memegang watak sebagai frontliners dan Ebit Lew di dalam video tahun baharu. MEMASUKI tahun baharu 2021, tarikh 18 Mac 2020 pastinya tidak akan dilupakan rakyat Malaysia apabila negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Menerusi sebuah video, seorang individu dillihat memakai peralatan perlindungan diri (PPE) di tempat awam sambil menyedarkan orang ramai tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan melakukan penjarakkkan fizikal.

Identitinya terus menjadi misteri apabila PPE yang dipakai kemudian berubah kepada jubah dan kopiah dan dia beramah mesra dengan orang awam, yang mana perwatakan itu mirip figura yang sangat terkenal dengan kerja amal, Ustaz Ebit Lew. Individu di sebalik PPE dan jubah itu sebenarnya merupakan pelajar Tingkatan Lima dari Pulau Pinang.

Pelajar berkenaan, Mohamed Ismail Al-Rabia Mohamed Raffie memberitahu, video tersebut dihasilkan sempena menyambut kedatangan Tahun Baharu 2021 selepas seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 pada 2020, sekali gus menjadi tahun yang sukar. Remaja berusia 17 tahun itu berkata, ia dibuat bagi menghargai jasa dan usaha petugas barisan hadapan (frontliners) yang selama ini membantu memerangi Covid-19.

“Perjalanan video dimulakan dengan keadaan negara sebelum dilanda Covid-19 sehingga frontliners bekerja keras, sampaikan letih dan tak larat. Di dalam video itu juga kedengaran doa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dijauhi daripada musibah dan penyakit berbahaya, telah menaikkan semangat frontliners untuk terus berjuang habis-habisan,” katanya kepada mStar.

Adegan Mohamed Ismail mendekati masyarakat seperti yang sering dilakukan Ebit Lew.

Mengenai kemunculan ‘Ebit Lew’, Mohamed Ismail yang berasal dari George Town begitu mengagumi figura itu yang saban hari membantu golongan susah dan memerlukan, terutama mereka yang terjejas akibat Covid-19.

“Saya berlakon sebagai Ustaz Ebit bukan saja-saja kerana beliau juga memainkan peranan yang cukup besar dalam masyarakat pelbagai bangsa, agama dan usia. Saya juga dah kenal dengan pakcik-pakcik yang muncul di dalam video ni. Ini kerana sebelum ini, setiap minggu saya akan bertemu mereka untuk menyumbangkan makanan yang disediakan oleh ibu bagi mengurangkan beban mereka,” tambahnya.

Mohamed Ismail (kanan) cuba menyelami kesulitan yang dialami frontliners.

Tidak mahu sekadar berlakon semata-mata, anak bongsu daripada tiga beradik itu sebenarnya cuba juga menyelami kesulitan yang dialami frontliners dengan memakai PPE sepanjang penggambaran. “Walaupun PPE yang saya pakai tu sebenarnya adalah gabungan baju hujan, plastik sampah (menutup kasut) dan shower cap di kepala selain face mask, sudah cukup buat saya panas sehingga air peluh menitik,” katanya.

Kepada frontliners, pikul amanah dan tanggungjawab dengan baik. Ustaz Ebit, terus bantu masyarakat dalam kesusahan. Walaupun keletihan, ingatlah bahawa kami sentiasa menyayangi anda semua

Jelasnya, penggambaran untuk kedua-dua babak berkaitan frontliners dan Ebit Lew itu dilakukan di sekitar Beach Street di George Town dari pukul 1 petang sehingga 7 petang. Di sebalik pembikinan video tersebut, Mohamed Ismail turut berkongsi situasi mencemaskan dalam kalangan orang awam sebaik sahaja melihat dirinya menyarungkan pakaian seperti PPE.

Pelajar ini telah pun mengenali sekumpulan penarik beca yang selama ini dibantu dengan sumbangan makanan.

“Tambahan pula ketika itu ada pelancong-pelancong yang datang berjalan-jalan dan mengambil gambar. Bila nampak saya pakai PPE, mesti mereka ingat ada kes Covid-19. Ada yang cuak tanya berulang kali ada kes Covid-19 ke ni? Saya minta maaf kepada mereka dan maklumkan ia sekadar lakonan untuk menghargai tugas frontliners,” katanya.

Dia turut mengharapkan tahun 2021 adalah tahun di mana negara termasuk dunia bebas daripada pandemik Covid-19 dan masyarakat boleh menjalani kehidupan seperti biasa. “Kepada frontliners, pikul amanah dan tanggungjawab dengan baik. Kepada Ustaz Ebit, terus bantu masyarakat dalam kesusahan. Walaupun keletihan, ingatlah bahawa kami sentiasa menyayangi anda semua,” katanya.

Pasti Ramai Yang Menyambut Tahun Baru Pada Hari Ini. Tapi Ini Respon Dari Seorang Frontliner Ini Sehinggakan Ada Yang Tidak Menyangka Perkara Ini Berlaku.

Pastinya sambutan malam tahun baru 2021 kali ini terasa sangat berbeza memandangkan tiada sebarang acara perhimpunan ambang tahun baru ataupun pertunjukkan bunga api. Hal tersebut berikutan pandemik yang melanda masyarakat dunia sehingga semua orang perlu menjalani kehidupan dengan norma baru. Lebih membimbangkan, kes positif pandemik Covid-19 di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi pada penutup tahun 2020 denga jumlah 2525 kes.

Malam tahun baru masih bekerja

Dalam kita bergembira menyambut awal tahun baru, seorang petugas kesihatan telah memuat naik gambarnya yang masih bertugas pada malam hari menjemput individu-individu yang disyaki positif Covid.

20 trip perjalanan ambil pesakit

Menurutnya, dia perlu melakukan 20 trip perjalanan pada malam itu bersama petugas kesihatan yang lain memandangkan alamat para pesakit bersepah-sepah dan perlu dibawa menaiki ambulans. Farihin juga sempat memuat naik gambarnya bersut PPE lengkap sambil menunjukkan kesesakan lalu lintas pada malam hari walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) masih berjalan di kawasan tersebut.

Hampir jam 3 pagi baru pulang ke rumah.

Terima kasih kerana gigih berkhidmat

Posting frontiner tersebut nyata mendapat perhatian warganet apabila mendapat lebih 28 ribu tanda suka dan 15 ribu perkongsian semula di Twitter. Warganet juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan kerana tetap kuat dan gigih bertugas mengawal pandemik ini daripada terus menular. Terima kasih Frontliners!

Jaga diri Frontliner kami!

Semoga Allah permudahkan urusan kalian

Sumber: Farihin Mandagie

Frontliner Sanggup Redah Sungai Dan Titi Demi Meneruskan Misi Di Sabah. Tiba Tiba Frontliner Jumpa Sesuatu Dan Ini Yang Dikongsikan Kepada Semua.

Saban hari peningkatan kes positif Covid-19 di negeri Sabah semakin meningkat. Tambahan pula, mereka kekurangan sumber bantuan seperti perubatan dan tenaga pakar dalam menangani penularan wabak berjangkit ini. Salah seorang pegawai kesihatan iaitu Ismuni Bin Bohari berkongsikan pengalaman berdepan dalam menangani wabak ini di Sabah sebelum dia dan pasukannya menemui kluster terbaharu iaitu Kluster Titian.

Menyusuli sungai, laut dan titian

Simpan di sini untuk kenangan satu hari nanti. Ilham Kluster Titian. Semalam turun bersama anak buah ke sekian kali di kawasan berpotensi jangkitan, menyusuli sungai laut dan titian. Sedikit cabaran bila hujan dan mula berangin. Anak buah di CPRC Labuan maklumkan HQ nak cadangan nama untuk kluster yang kami kenal pasti di kawasan ini. Kami tahu sensitiviti tempatan perlu di jaga. Info kena tepat supaya tidak panik. Pening sebab perlu keputusan cepat di kala berhati-hati untuk tidak jatuh laut yang telah menyaksikan ramai anak buah telah tersungkur. Selepas 3 jam di lapangan, salah satu titian sejauh 5 meter patah.

Terpaksa cari kayu untuk sambung sementara dan ketika termenung carik kayu. Nama ‘TITIAN ‘ muncul dan menjelmalah Kluster Titian. Terima kasih semua anak buah yang sangat tabah… InsyaAllah kita selesaikan amanah kita. KITA PASTI MENANG! Ismuni Bohari sempat memuat naik beberapa foto semasa meninjau di sebuah kawasan perumahan di Sabah. Mereka sepasukan terpaksa menyusuli sungai dan titian kayu demi menggalas tanggungjawab buat negara.

Kluster baharu

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat penemuan kluster terbaharu di Labuan termasuk Kluster Titian. Setakat 30 Oktober 2020, terdapat lapan kluster baharu yang dikenalpasti KKM iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok, Kluster Sembulan, Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Meldrum.

Kluster Titian di Labuan pula, 464 individu disaring, 11 positif, 413 masih menunggu keputusan. Kluster Gala yang dilaporkan di Seremban dan Jelebu Negeri sembilan membabitkan saringan dilakukan terhadap h 139 individu, lapan positif (2 kes baharu) dan 33 masih menunggu keputusan.

Sumber: Ismuni Bin Bohari, OHBULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *