Kehilangan rambut yang banyak pada satu masa boleh disebabkan terlalu banyak perkara difikirkan. Ini 15 punca yang menyebabkan kehilangan rambut yang patut diketahui oleh semua orang.

Amalan Info KESIHATAN tips Uncategorized

Rambut merupakan mahkota baik bagi lelaki mahupun wanita. Masalah rambut boleh menjadi mimpi ngeri yang mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang. Keadaan ini sering dikaitkan dengan individu hamil, stress melampau dan juga masalah hormon. Namun sebenarnya, terdapat pelbagai lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini. Mari baca perkongsian oleh Hello Doktor mengenai 15 punca keguguran rambut.

Simptom-simptom rambut gugur

Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya. Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut termasuklah:

  • Penipisan secara berperingkat di atas kepala. Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita apabila mereka semakin berumur.
  • Tompok botak yang bulat atau tidak lengkap. Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di bahagian janggut atau kening.
  • Rambut gugur secara tiba-tiba. Jenis keguguran rambut seperti pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.
  • Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali.

Punca rambut gugur lelaki & wanita

Keguguran rambut biasanya berkaitan dengan satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut:

1. Tekanan fizikal

Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium.

2. Tekanan emosi

Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.

3. Kehamilan

Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan.

4. Terlalu banyak vitamin A

Suplemen atau ubat vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal.

5. Kekurangan kandungan protein

Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut.

Gambar hiasan.

6.Pola kebotakan lelaki

Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki. Punca rambut gugur lelaki ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon seks lelaki.

7. Keturunan

Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita. Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara.

8. Hormon wanita

Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur. Anda lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan daripada pil ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut.

9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS)

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan penipisan rambut. Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala.

10.Anemia

Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut.

11. Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah istilah perubatan untuk kelenjar tiroid yang tidak aktif. Kelenjar kecil ini terletak di bahagian leher menghasilkan hormon yang penting untuk metabolisme serta pertumbuhan dan perkembangan. Ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

12. Kehilangan berat badan yang drastik

Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis. Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda.

Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.

13. Kemoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan kanser juga boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ia memusnahkan sel sihat lain dengan cepat.

Ini bermakna walaupun ia memusnahkan sel-sel kanser, ia juga merosakkan sel lain seperti sel rambut.

14. Penggayaan rambut secara berlebihan

Gaya rambut dan rawatan rambut yang dilakukan selama bertahun-tahun boleh menyebabkan rambut anda gugur. Contoh-contoh penggayaan rambut yang ekstrem termasuklah tight braids, tenunan rambut atau corn rows serta bahan kimia untuk meluruskan rambut anda, rawatan minyak panas atau sebarang jenis kimia kasar atau haba yang tinggi.

15. Penuaan

Keguguran rambut pada wanita selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.

Rawatan doktor

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut terjadi tanpa mengira jika seseorang individu itu adalah seorang lelaki mahupun wanita. Jika keguguran rambut yang terjadi tersebut terlalu ketara, anda boleh mencuba dengan berbincang bersama doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik. Anda juga boleh mencuba ubatan yang tersedia di farmasi tanpa preskripsi doktor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Siapa Yang Masih Ragu Ragu Dengan Garisan Di Tapak Tangannya. Ini Ada 11 Rahsia Tapak Tangan Yang Mempunyai Maksud Yang Tersendiri.

Inilah 11 Rahsia Tapak Tangan Yang Mempunyai Maksud Tertentu, Mungkin Ramai Yang Tidak Tahu. Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimanapun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada sebelas rahsia tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, Ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Itu semua di tangan Tuhan kan ? Bila jari kamu dirapat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya.

Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut!

Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee.. Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya..

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *