Ada pula yang komen di media sosial mengakui sebagai ibu kandungnya. Sekali rupanya ibunya tak restu perkahwinan itu dan ini rupanya yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga

Tanah Merah: “Selepas beberapa hari Nurin selamat diijabkabul, kami ada menghubungi neneknya iaitu bekas mentua saya dan menjemput keluarga sebelah sana untuk menghadiri majlis resepsinya,” kata Mohd Muhizan Mat Zain, bapa kepada pengantin remaja, Nurin, 15. Mohd Muhizan, 44, berkata, selepas berpisah dengan ibu kandung Nurin hampir 10 tahun lalu, anaknya itu berada di bawah jagaannya, manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Irfan, 13, dijaga bekas mentuanya di Kampung Manal di sini.

“Bekas isteri sudah lama menetap dan bekerja di luar Kelantan, malah hubungannya dengan kedua anak juga tidak rapat dan jarang berhubung. Kami mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan kepadanya mengenai urusan perkahwinan Nurin kerana sebelum ini, dia (bekas isteri) pernah beberapa kali memberitahu tidak mahu mengambil tahu sebarang hal mengenai anak sulung kami ini. Atas sebab itu, saya berdiam diri namun disebabkan tidak mahu jurang itu berpanjangan, saya meminta Nurin dan suaminya menghubungi bekas mentua untuk memohon maaf dan menjemput mereka ke majlis resepsi yang diadakan sembilan hari selepas majlis akad nikah pada 20 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada wakil daripada pihak sana yang datang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Kisah pengantin remaja, Ahmad Faris Umar Alwi, 17, dan Nurin mendapat perhatian disebabkan mendirikan rumah tangga dalam usia muda.

Berikutan tular mengenai perkahwinan mereka itu, seorang wanita yang mendakwa sebagai ibu kandung Nurin tampil komen di media sosial dengan meluahkan kesedihan dan kecewa berikutan tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anak sulungnya itu dan memberi bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan terbabit.

Mohd Mohizan berkata, dia sudah dapat menjangka isu itu akan timbul namun tidak dapat dipastikan apa motif bekas isterinya menghebahkan di media sosial dan bukan secara langsung dengan menghubungi pihaknya.

“Sebelum ini, saya dan isteri yang juga ibu tiri Nurin ada beberapa kali menghubunginya untuk memberitahu perkembangan mengenai Nurin yang berada di bawah jagaan saya, namun dia enggan mengambil tahu. Pernah juga nombor telefon kami termasuk Nurin kena ‘block’ tanpa sebab dan menjadi tanda tanya di pihak kami mengapa sekarang isu sebegini timbul? Saya mohon agar kami dapat bersemuka bagi menjernihkan semula hubungan dan paling tidak agar ada sedikit simpati di hati bekas isteri demi Nurin serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak saya yang baharu dibina itu,” katanya.

Penjelasan ibu pengantin lelaki

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan. Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Ibu Pengantin Muda Akhirnya Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Beri Anak Kahwin Awal. Dan Rupanya Tak Sangka Ini Cara Perkenalan Mereka Dan Bagaimana Ibu Bapa Mereka Terfikir Untuk Mengahwini Anak Mereka.

” Kami sendiri tak sangka akan bergelar suami isteri seawal usia remaja, namun menganggap Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal,”. Itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar di Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu melangsungkan perkahwinan 10 hari lalu kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan. Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.

Kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) itu, keluarga Ahmad Faris Umar datang berjumpa keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan. ” Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian namun saya tidak membantah malah sedikit teruja. Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan malah segalanya dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu saya sah menjadi isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.

Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia sudah berhenti sekolah namun akan tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta. Perkahwinan kedua remaja itu mulai tular sejak semalam apabila video dan foto mereka yang mengenakan busana pengantin dipaparkan di laman sosial malah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung dalam usia yang muda.

Dalam foto yang dikongsikan dalam laman sosial itu, kelihatan raja sehari itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini. Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh, di sini berkata, perkenalannya dengan isteri adalah pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian. Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

” Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju. Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Saya sebelum ini bekerja dengan syarikat ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah namun kini akan memberi fokus kepada perniagaan dalam talian bersama isteri,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Penjelasan ibu pengantin lelaki

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan. Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Kahwin Muda, Wanita Ini Beri Nasihat Yang ‘Deep’ Untuk Para Gadis Di Luar Sana

Mengikut agama, tidak salah jika individu ingin berkahwin awal. Namun, perlu diingatkan bahawa ianya bukanlah satu trend yang perlu diikuti oleh setiap remaja di luar sana. Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang perlu diambil masa yang lama untuk berfikir. Ianya merupakan salah satu keputusan yang paling besar perlu dibuat oleh seseorang. Perkahwinan juga akan mengubah gaya dan cara hidup anda buat selamanya.

Mana tidaknya, jika sebelum ini anda hanya masak untuk makan seorang, selepas berkahwin perlu masak untuk suami, bersihkan pakaian suami, pastikan keperluan suami lengkap dan terjaga. Memang nampak seperti mudah tapi sebenarnya ianya tanggungjawab yang agak besar dan paling mudah untuk meraih pahala. Namun, baru-baru ini telah viral tentang isu remaja kahwin awal. Isu ini juga telah dikupas oleh seorang pengguna Twitter iaitu Ayu Aziz dan mendapat perhatian warganet.

Baca perkongsian penuh di bawah dan suarakan pendapat anda:

Viral kahwin umur 16 tahun & 21 tahun. Alhamdulillah. Bab agama bagus. Namun…. Janganlah korang tengok orang kahwin muda umur 16 tahun korang pun terus g4tal piang menggeletar seluruh badan nak kahwin juga. Korang memang tengok diorang masuk tiktok joget gitu gitu madah sweet. Uish. Memey lah.. Bau wangi. Hakikatnya..

Kahwin muda tak semudah yang korang tengok diorang ber-tik tok tu. Akhir cerita nanti, sama ada mereka akan rasa bersyukur atau menyesal semahu tidak kerana kahwin muda. Itu je. Aku kahwin muda gak. Umur 20. Kawan aku semua tengah struggle nak habiskan STPM & diploma. Aku dah habis diploma terus gatai nak kahwin.

Mama baba kata jangan. Nanti dulu. Kerja dulu. Taknak. Sebab apa? “Nak menghalalkan hubungan” alah alah alah jawapan akuuuuuuuuuuuuu! Niat untuk kahwin kena betul, bukan semata-mata untuk bebas dari kawalan ibu bapa. Nawaitu tu dia macam bercabang gak tu. Nak menghalalkan hubungan atau nak bebas dari ibu bapa? Kamon. Jangan tipu aku.

Korang mesti berangan kahwin muda best nanti dapat travel sesama laki bini dengan ikatan yang halal dan sah halal. Kan? Eleh kamon. Budak viral tu siap upload video tips nak kahwin muda lagi. Kata dia cakap dengan makpak sambil muncung mulut “makkkk nak kahwinnnn” gitu. Aah. Aku pun macam tu gak dulu. Siap menangis sebab nak kahwin hahahahahahaharam.

Sama lah. Berangan. Nanti dah kahwin ada ikatan yang sah dan halal blablabla nak pergi memana senang takde mak bapak nak control. Paling paling pun husb boleh kautim waktu tu ler rasa. Maklumlah sesama muda. Sesama faham kononnya..

Tapi meh cerita yang tak best.. Kahwin muda ni, korang takde duit. Melainkan kalau korang kahwin dengan orang kaya macam kawan aku sorang ni lah. Itu memang seronoklah. Setiap tahun travel. Dia kahwin muda umur 19 tahun tapi laki dia umur 30 tahun dah kaya raya dah pun. Tapi kalau setakat sama-sama muda, masing-masing pun baru nak cari hala tuju, masa depan pun masih samar-samar lagi.

Cuma berbekalkan cinta, boleh tahan ke?

Kuat ke nanti nanti dalam usia yang sangat muda, kawan kawan korang sibuk enjoy dengan kawan kawan lain pergi travel sana sini. Kau plak terperuk dalam rumah. Tak pun kalau laki kau kerja biasa biasa kau kena kerja sekali sejenis 10am – 10pm. Dalam usia yang sangat muda.

Kawan kawan lain pergi karaoke tengah malam tapi kau tak sempat nak bersosial. Kawan pun takde. Dari kau rasa seronok berkawan, kau terus rasa keseorangan. Sorang sorang pergi. Nak ajak kau pun, kau dah kahwin. Nanti susah nak minta izin laki kata kawan kau.

Kawan kawan yang lain tengah seronok nak grad, kau pula tengah memikir nak masak apa tengahari esok, baju tadi dah basuh ke belum, esok laki kau nak pakai baju apa, eh tadi jiran ada pinjam senduk nasi nak pulang ke belum?

Itu baru bab tengok kawan bersuka-ria, belum masuk bab bila suami tak cukup duit untuk beri nafkah lagi Belum cerita bab: “Sayang, abang takde duit nak bagi nafkah.” Kau muda. Kau mesti akan memberontak punya. Sebab kau belum mampu nak faham erti tanggungjawab, tolak ansur, sabar & kuat. Jadi apa kau buat? Mel4wan. Berg4duh.

Nanti bila dah setahun, takde apa yang berubah. Kau mula fed up. Kau rasa menyesal kahwin muda sebab hidup tak maju. Setahun kerja 10am-10pm. Kawan kawan yang lain kerja dah office hour. Siap dapat bf best best lagi.

Belum cerita part kau pregnant. Nanti stress plak duit nak beranak. Budak muda sekarang kan kebanyakannya nak beranak kat hospital swasta. Nak k4ngkang orang cebukkan. Betul? Habis kalau kahwin sama muda kau rasa dapat ke kalau tak beriya? Kalau tak dapat? Memberontak lagi.

G4duh dengan d4rah muda, angin naik turun, tak blend dengan orang matang, memang matilah. Kau muda, laki kau muda, sama sama muda. Jenis laki plak tak penyabar. Jenis kalau bercakap pun macam member member. Sekali bergaduh habis maki hamun semua keluar. Nanti laki kata isteri tak hormat. Nanti isteri kata laki tak sayang. Bosan ah. Cari lain. Shake wechat. Fikirlah dalam-dalam sebelum ikut trend kahwin awal ni. Sebelum masuk alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Sekarang memang semuanya nampak indah. Takut tak imaginasi macam ni? Dah ready ke nak kahwin cepat cepat dik??? Fikirlah masak masak. Jangan terikut trend bila berkahwin. Kahwin sebab Allah. Bukan sebab viral 16 tahun kahwin kau nak juga sebab boleh tiktok laki bini sesama.

Sis pun dulu kahwin sebab trend juga. Waktu tu Erin Malek kahwin, Fatin Afifah kahwin, Diana Danielle kahwin, waktu tu semua umur range 18-20 gitu. Ish seronoknya kahwin muda! Nak gak ah. Cliche alasan aku, nak halalkan ikatan.

Nampak yang indah je dek. Nanti hari hari boleh duduk depan tv sesama. Nanti hari hari boleh tidur sebantal sesama. Nanti hari hari boleh keluar sesama. Tapi nanti bila kau kahwin, hidup kau berubah 360• dan kau akan rasa terkujat terkejut menggeletor pakej.

Dalam usia muda, kau dah kena hadap dugaan ibubapa mertua, ipar duai, yang mungkin tak sekepala. Kau dah ready ke mentally family laki kau kutuk kau waktu diorang tengah potong bawang kat dapur? Dah ready? Kalau setakat baru kena umpat sikit kau dah k0yak, takyahlah dik. Belum lagi masuk cerita jika suami belum berkemampuan untuk sediakan rumah yang selesa. Terpaksa duduk satu bumbung dengan mentua.

Kalau dah kahwin muda, dah sah sah lah laki kau tu belum mampu mana nak sediakan kau sebuah rumah yang selesa. Dan semestinya kau akan duduk sebumbung dengan mertua. “Alah sekarang bf kita punya mak layan kita baik. Kita ngam dengan akak akak ipar kita semua”. Ye dik. Belum kahwin. Semua wangi. Nanti kau dah sebumbung, kau sembur perfume Victoria Secret pun bau taik petai dik. Itu baru bab family baik. Kalau dah awal awal tunjuk family dia tu tak baik. Adoi. Dah ready nak rasa baju kau basuh kena humban ke lantai?

Dah ready kau masak takde sorang pun nak sentuh sebab tak sedap? Dah ready kau kemas rumah orang kemas semula sebab rasa kau kemas tak betul? Dah ready nak rasa kena hina sebab kau takde apa apa melainkan SPM???????? Dah readyyyyyyy????

Dik. Kahwin muda memang best. Aku tak tipu memang best. Dapat plak laki satu kepala. Jenis jahat sama sama. Muda plak kan. Memang nak buat j4hat jelah. Tapi bila kau dah penat. Kau nak buat baik. Laki kau belum move on lagi sebab dia sebenarnya belum puas enjoy..

Kau dah ready ke nak diduga dengan suami punya perangai plak? Dapat plak laki jenis cepat b0san. Sikit sikit complain kau tu tak pandai masak lah, tak kemas rumah lah, tapi tolongnya tidak. Kang kejap kejap kantoi ada awek lain kat wechat.

Kesimpulannya, bersabarlah dulu kalau masih belum bersedia. Kumpul apa yang patut terlebih dahulu, buat apa yang anda ingin sangat lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Barulah fikir pasal kahwin..

So nasihat akak dik, sabarlah. Simpan sikit kegatalan itu. Simpan banyak lagi bagus dik. Dengar cakap akak. Akak dah kahwin muda. Dan akak cerai dalam usia muda juga dik. Akak MENY3SAL kahwin muda. Sebab banyak benda akak terlepas dik. Banyak sangat sangat sangat. Jangan menggelabah nak kahwin. Pergilah bawa makbapak kau tu pergi jalan jalan dulu dik. Pergi kumpul harta dulu dik. Pergi bina kerjaya dulu dik.

Dik, nanti bila kau berjaya, beratur lelaki bagus bagus nak kau dik. So belajar lah bersabar sikit. Sebenarnya aku memang sarankan, perempuan ni serendah rendah pendidikan biarlah diploma. Sekurangnya bila nak kerja mana mana, sedaplah sikit. Bela lah diri sendiri dik. Kita perempuan ni, seolah ada tamat tempoh. Cuma tak tahu je bila. So sebelum dibuang, kau readykan lah diri nak masuk tong kitar semula yang mana satu.

Untuk aku, sekurangnya asbab ada pendidikan, walau tak lah tinggi mana, terselamat juga aku nak survive kemana mana. Anywayyyy.. ini aku tak pukul rata. Kalau kau sekarang dah tua pastu zaman dulu kau kahwin umur 18 tahun gitu, tapi masih bahagia & sempurna, janganlah samakan.

Zaman sekarang dah tak mcm dulu zis zis sekalian. Nak cari yg berkualiti itu seolah mencari bintang ketika siang. Hampir mustahil tapi ajaibnya tetap ada. Gitu. Madah pujangga aku. Ada je yang kahwin muda dan bahagia. Tapi kebanyakannya sebab bini dia umur 18 tahun laki dia umur 30 lebih memang lah bahagia. Semua dah tersedia. Kuncinya, banyakkan solat dan bersabar. InsyaAllah dipermudahkan.

Itulah contoh contohnya dan masih.. ini semua jodoh Allah juga. Apa apa jadi ada hikmah. Kahwin muda ke, kahwin lambat ke, ada hikmah. Aku cuma pesan yang belum kahwin ni jangan bergetar sangat semua aset. Rileks rileks sudah. Tapi buat yang dah kahwin muda tu, tahniah & didoakan semoga uolls kuat semangat untuk tempuh dugaan rumahtangga yang penuh onak duri. Bahagianya susah nak jumpa, perit jerihnya susah nak elak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *