Tular video seorang pemuda menarik sesuatu ini yang tersangkut di dalam tandas. Macam macam andaian yang dibuat oleh warganet.

Haiwan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Habitat ular biasanya terletak di hutan atau semak samun. Jarang kita dapat tengok ular berlegar-legar di bandar atau kawasan perumahan. Lain pula dengan cerita yang admin nak share dengan korang kali ni. Ada seekor ular besar dipercayai telah sesat dan masuk ke dalam tandas rumah. Menurut @antharxxxx,  kejadian yang berlaku di Singapura itu membuatkan ramai netizen terkejut. Korang boleh tengok video ular dalam tandas yang admin cakap tu dekat bawah ni.

Macam mana boleh masuk?

Admin masih bingung macam mana ular sebesar macam tu boleh masuk dalam tandas. Penjelasan logik yang admin boleh terima ialah ular itu masuk dari saluran kumbahan, lepas tu tersesat sampai ke tandas. Mungkin lah, admin pun tak berapa pasti.

Macam admin cakap tadi, mungkin masuk dari saluran kumbahan. Ni je benda yang logik yang admin boleh fikir dan terima. 

Jangan geletek ular tu. Bukan apa, kita tak tahu nak geletek dekat bahagian mana. Kalau kucing at least kita boleh geletek dekat tapak kaki, ular nak geletek kat mana pun tak tahu.

Kesian memang kesian, tapi kalau orang tengah sedap melabur lepas tu ada kepala ular keluar dari jamban maunya trauma sampai taknak buang air besar dah lepas tu. Admin harap ular tu dapat dikeluarkan dengan selamat dan dilepaskan semula ke habitat asalnya. 

Ibu Bayi Cemas Apabila Anaknya 5 Bulan Nyaris Dibawa Lari Oleh Haiwan. Ternyata Ini Yang Berlaku.

Johor Bahru: “Zara asyik menangis dan saya terpaksa tidurkannya secara meniarap supaya tidak terasa sangat sakit itu,” kata Siti Nur Asikin Sulaiman, 42, berhubung kejadian monyet l1ar mencakar belakang badan bayinya sehingga cedera. Siti Nur Asikin adalah ibu kepada bayi perempuan, Aisyah Nur Zara Mohd Azmi, lima bulan, berkata kejadian berlaku pada 11.00 pagi Ahad lalu. Menurutnya, ketika itu dia berada di dapur bagi menyiapkan susu bayinya manakala bayinya baharu sahaja bangun tidur dan sudah pandai meniarap.

Ibu ceritakan det1k-det1k kejadian

“Saya meletakkannya di atas katil di bilik tidur utama sebelum pergi ke dapur dan ketika itu, dua lagi anak lelaki berusia 15 tahun (anak kedua) dan lapan tahun (anak ketiga) ada di rumah. Anak ketiga saya pada ketika itu berada di ruangan utama menonton televisyen sebelum secara tiba-tiba Zara menjerit dan menangis. Saya bergegas ke bilik untuk mendapatkannya dan terkejut apabila melihat seekor monyet l1ar masuk melalui tingkap bilik dan duduk di atas belakang badan bayi saya yang saiznya lebih kurang sama sambil mencakarnya. Apabila cuba mengh4launya termasuk menggunakan batang penyapu, monyet itu seakan menarik tangan b4yi saya mahu membawanya lari,” katanya yang menetap di Taman Nusa Damai, dekat sini, ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketika itu dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan bayinya dan ada jiran sebelah rumah yang membantu menghalau haiwan berkenaan. Katanya, sejurus selepas itu, dia cuba menenangkan dan mendukungnya sehinggalah perasan baju bayinya terkoyak dan ada kesan cecair merah.

“Ketika kejadian, suami saya bekerja dan berada di luar kawasan, jadi saya terus memandu kereta ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, jiran saya membuat aduan secara dalam talian di laman web Jabatan Perlindungan Hidupan L1ar dan Taman Negara (Perhilitan) pada hari sama. Kejadian menimpa bayi saya adalah pertama kali. Namun, kejadian kehadiran monyet l1ar di kawasan perumahan ini bukanlah pertama kali berlaku,” katanya. Menurutnya, doktor memaklumkan Zara terp4ksa ditahan 14 hari sejak Ahad lalu berikutan tengkuk serta badannya lvka. Katanya, kuku binatang itu berkvman manakala antib0di b4yi tidak kuat menyebabkan doktor memberikannya d0s vaks1n rab1es untuk mer4watnya.

Penduduk pernah buat aduan

“Luluh hati saya melihat keadaan Zara yang tidak boleh terlentang, jadi saya tidurkannya di atas badan saya secara meniarap. Pada Oktober lalu, penduduk pernah membuat aduan mengenai kehadiran sekumpulan monyet di kediaman mereka, selain mendkwa monyet li4r ada menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan termasuk ada kejadian ia memakan haiwan peliharaan penduduk seperti arnab. Kakitangan ada hadir sehari tiga kali sejak kejadian itu bagi menjalankan pemantauan termasuk memasang perangkap. Namun, belum ada tangkapan monyet dilakukan. Kumpulan haiwan l1ar itu tinggal di sekitar kawasan belukar kira-kira 300 meter dari kawasan rumah penduduk,” katanya. Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian berkenaan. Kami sudah menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan segera sebaik sahaja menerima maklumat berkaitan perkara ini. Menurut sias4tan awal, terdapat tiga kera yang disyaki terbabit dan berkel1aran di kawasan itu. Seekor daripadanya sudah dit4ngkap, selain pihak jabatan akan terus memasang per4ngkap di kawasan berkenaan dan membvru kera terbabit untuk dilvpuskan kerana sudah mendatangkan anc4man kesel4matan kepada orang ramai,” katanya.

Sumber: HMetro

Satu Ubat Ini Penting Untuk Diambil Terutamanya Pada 12 Minggu Pertama Kehamilan. Seorang Bakal Ibu Dedahkan Dia Terpaksa Terima Hakikat Bayi Yang Bakal Lahir Ada Kekurangan

Untuk ibu mengandung mesti doktor akan suruh korang makan asid folik kan? Bukan saja-saja ahli perubatan menyuruh begitu, ada sebabnya.Asid folik sangat penting untuk diambil terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Dalam 12 minggu pertama, ia dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan masalah anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala atau tengkorak) pada bayi, menurut Pa&Ma

Wanita menyesal tak ikut cakap doktor, kesannya pada bayi…Lumrah bagi ibu-ibu yang sedang hamil mahukan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Pelbagai usaha dilakukan termasuk mula memakan makanan berkhasiat dan memakan supplement tambahan tapi supplement paling penting bagi seorang ibu yang bakal melahirkan ialah asid folik, sebabnya seperti yang diterangkan tadi.

Seorang ibu dari Indonesia berkongsi pengalaman mengenai anak ke-4 nya yang dikatakan lain seperti biasa. Ikuti kisahnya di video ini. Lahir tanpa tempurung. Jantungnya terdetik dengan baik. Sekali buat ultrasound nampak bayi membesar tanpa tempurung kepala. Ternyata ia kerana tak memakan asid folik.Saya sedar tak pernah nak dengar saranan doktor.Makan asid folik ya demi kesihatan ibu dan anak.”

Menyesal dengan kedegilannya tak memakan asid folik mengikut saranan doktor, dia berkongsikan kisahnya di akaun Tiktok @channamix.id.Menurutnya, doktor mengatakan kes seperti ini sudah banyak berlaku di sana. Jadi, dia menasihati para ibu di luar sana supaya mendengar nasihat doktor dan makanlah asid folik demi kesihatan anak dan ibu juga.Min dengar-dengar kalau memang rancang nak dapat anak lagi dah kena makan asid folik. Betul ke?

Tukar Jadual Imunisasi Kanak Kanak Dan Makluman Jumlah Vaksin Serangkai Yang Diberikan. KKM Tampil Jelaskan Lebih Lanjut Perihal Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menukar jadual imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di Klinik Kesihatan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula awal November.Bagaimanapun, penukaran penjadualan itu bergntung kepada ketersediaan bekalan vaksin di fasiliti kesihatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sebelum ini memberikan vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak dan kini ia ditukar kepada enam serangkai.”Vaksin jenis enam serangkai ini lebih selamat dan berkesan berbanding sebelum ini serta lebih menjimatkan masa kerana jumlah suntikannya juga dikurangkan daripada tujuh suntikan ke lima sahaja.”Vaksin berkenaan meliputi difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seperti vaksin lain yang berdaftar di Malaysia, kesan advers susulan imunisasi (adverse events following immunization, AEFI) vaksin berkenaan dipantau oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM.

“Sejak ia digunakan oleh fasiliti kesihatan swasta di Malaysia, tiada sebarang isu keselamatan serius yang dilaporkan.”Vaksin ini digunakan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia sejak 2013 dan terbukti selamat, namun ia adalah vaksin yang baru digunakan bawah Program Imunisasi Kebangsaan di fasiliti kesihatan KKM,” katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan menjalankan pemantauan AEFI bagi setiap kanak-kanak selepas setiap dos suntikan.”Untuk tujuan berkenaan, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan.

“Kesan yang dialami selepas mengambil suntikan itu adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.”Ibubapa boleh melaporkan kesan advers secara terus kepada NPRA melalui laman sesawang npra.gov.my dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF),” katanya.Sebarang kemusykilan mengenai pertukaran vaksin lima serangkai kepada vaksin enam serangkai ini, boleh dibuat dengan menghubungi KKM di talian 03- 8883 4042/03-8883 4504 pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang, atau dapatkan penjelasan lanjut di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *