Tular video gadis ini pergi hiking di tempat ini tiba tiba terdengar suatu benda ini. Dan tak sangka selepas itu ramai pula warganet berkongsi kisah mereka di tempat yang sama.

Cerita Seram Kehidupan Keluarga Uncategorized

Tangkap layar daripada video di mana Lily ditegur satu suara aneh ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan. Seringkali kita mendengar kata-kata orang tua untuk menjaga tingkah laku atau percakapan ketika memasuki hutan atau kawasan yang asing.

Ini kerana kawasan sedemikian dikatakan turut menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Baru-baru ini, seorang pelayar berkongsi pengalaman ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Semalam I pergi hiking dekat Tanjung Tuan pukul 6.30 petang, dengar betul-betul suara first sekali. I tak tahu, apa yang I dengar ‘dia’ cakap ‘ala dia tak nampak la’ and suara perempuan garau. Guys, yang rakam I lelaki,” demikian ciapan gadis berkenaan yang turut memuat naik klip video pendek di Twitter. Jelas kedengaran suara aneh sebagaimana yang dimaksudkan oleh pelayar berkenaan, selain kedengaran juga suara seperti kanak-kanak perempuan ketawa sinis. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,100 retweet dan 13,900 like selain komen-komen warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Lily (kanan) bersama ahli keluarganya ketika mencari latok di pantai Tanjung Tuan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Lily Jamal itu berkata, ia berlaku beberapa hari lalu ketika dia bersama beberapa ahli keluarga dan rakan mengambil kesempatan mendaki bukit berkenaan memandangkan mereka sedang bercuti di Port Dickson.

Menurut Lily, ketika itu salah seorang kakaknya secara spontan mengajak mereka mendaki bukit berkenaan untuk mencari latok dan juga menyaksikan matahari terbenam di pantai berhampiran.

Lily turut mengabadikan kenangan ketika berada di pantai di Tanjung Tuan.

“Memang hiking ni tak dirancang… salah seorang kakak ajak hiking tapi masa itu dah agak lewat, sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya beritahu tak payah pergi sebab rasa macam tak sedap hati. Tapi kami pergi juga, dan ketika itu, ada juga orang lain yang baru nak mendaki. Jadi kami teruskan,” kata gadis berusia 19 tahun itu.

Menurut gadis berkenaan, mereka pulang selepas sejam kemudian dan ketika menuruni bukit berkenaan, rakan kepada kakaknya secara spontan merakam videonya.

“Masa itu memang tak rasa apa-apa pun. Malah tak perasan lagi kewujudan suara aneh dalam video yang dirakam tu dan saya bersama kakak sekali lagi pergi hiking di tempat sama keesokan harinya. Tapi nak dijadikan cerita, masa hiking bersama kakak dan beberapa orang lain, saya tersesat seketika. Tiba-tiba di satu tempat, saya jadi lost sebab nampak banyak jalan. Saya pejamkan mata, duduk di tepi dan bertenang sehingga saya lihat kakak dan yang lain-lain menghampiri.

Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.

“Dan keesokannya, bila dengar semula video dua hari lalu, kami perasaan kewujudan suara aneh tu. Suara ‘dia’ seperti terlalu dekat dengan speaker sedangkan ketika itu hanya saya dan rakan kakak (yang merakam) saja. Bila diulang beberapa kali, terus rasa meremang. Bila saya kongsi di Twitter, tak sangka rupa-rupanya ramai kongsi pengalaman serupa. Ada yang pernah nampak susuk seperti nenek kebayan, ada yang anak buah mereka melambai-lambai dan macam-macam lagi,” katanya yang menetap di Hulu Langat, Selangor. Tambah Lily, kejadian yang dialami itu membuatkannya serik untuk mendaki lagi selepas ini.

Kejadian yang dialami baru-baru ini sudah cukup membuatkan Lily serik untuk mendaki.

“Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik. Syukur Alhamdulillah, selepas insiden pelik tu, tak ada benda pelik berlaku dan kami semua sihat. Cuma anak buah seorang tu, dia macam suka meragam pula. Tak pasti jika ia ada kaitan selepas hiking tu. Apa pun, untuk pesanan bersama, jika masuk ke tempat orang, pastikan niat tu baik. Yang penting, jangan lupa baca doa, jaga mulut dan jaga tingkah laku,” katanya lagi.

Menangis Budak Ini Apabila Rider Seramai 42 Orang Menghantar Makanan Di Depan Rumahnya. Ini Yang Berlaku Sebenarnya.

Cebu: Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah. Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.

Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja. Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89). Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu.

Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu. Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.

Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali. Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya. Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media. Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran. Sebelum ini di Malaysa juga  pernah terjadi kes di mana kanak-kanak tersalah pesan makanan secara dalam talian

Jantung nak luruh, tidur tak lena anak saudara order makanan cecah RM2,000, siap order wagyu – “Lapar katanya, nak makan pizza”

Lucu namun dalam masa yang sama berderau rasanya! Itulah situasi yang dialami seorang wanita apabila anak saudara lelakinya yang berusia lima tahun membuat pesanan makanan menerusi aplikasi Foodpanda yang terdapat dalam telefon bimbitnya. Apa yang mengejutkan, jumlah harga pesanan makanan yang ‘dipesan’ oleh anak saudaranya itu bukan calang-calang, sebaliknya mencecah RM2,000!

“Alkisah last week punya cerita. Anak saudara saya main handphone saya, then order Foodpanda. Order dari restoran mahal! Nasib baik apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1,800 ++ makanan sampai rumah. Berderau jantung tacik (makcik) dia. Nasib baik anak saudara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya, nak makan pizza,” demikian tulis wanita itu di laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini sehingga menjadi tular.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Azira Yasin berkata, ketika kejadian minggu lalu itu, dia meminjamkan sebentar telefon bimbit miliknya kepada anak saudara, Muhammad Ammar Naqeeb Muhammad Amran Sim.

Anak saudara Nurul Azira bernama Ammar membuat pesanan menggunakan aplikasi Foodpanda daripada telefon bimbit miliknya sehingga mencecah RM 2,000.

“Waktu macam tu memang bagi pinjam phone kejap supaya dia tak kacau saya dan ibunya untuk masak dan solat. Sedang ibunya masak, Ammar beritahu ibunya yang dia dah orderkan pizza untuk semua orang. Ibu Ammar hanya okay kan je sebab tak terfikir dia akan buka apps Foodpanda. Lepas dinner, ibu Ammar masuk bilik saya dan kami berbual. Tiba-tiba ibu dia beritahu saya yang Ammar order pizza untuk semua orang sebab dia lapar. Si ibu gelak sebab Ammar memang suka bergurau. Saya tak gelak sebab jantung saya bagai nak luruh bila dengar dia order pizza. Memang teringat apps Foodpanda dalam phone saya. Terus saya jerit panggil Ammar minta phone balik. Bila buka apps tu, terus nampak berderet-deret pesanan makanan dalam senarai dengan harga lebih RM1,800,” cerita wanita berusia 33 tahun ini.

Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat. Tanpa berfikir panjang, Nurul Azira segera memadam kesemua senarai makanan yang ‘dipesan’ anak saudaranya kerana bimbang pesanan sudah didaftarkan.

“Otak saya jadi blank, tak mampu berfikir. Terus saya screenshot. Dia belum order tapi sebab takut, saya jadi ragu-ragu… saya terus padam semua senarai. Masa saya padam, dia marah. Mungkin dia dah terbuka apps tu kemudian nampak gambar makanan kegemarannya, pizza. Itu yang dia order sebab dia memang kuat makan. Hari tu pun kami balik lambat sikit jadi lambat la prepare dinner. Itu yang dia tak sabar,” ceritanya.

Tambah Nurul Azira, disebabkan tindakan anak buahnya itu, dia berasa gelisah semalaman kerana bimbang restoran-restoran berkenaan akan menghubunginya. Hubungan Nurul Azira dengan Ammar sememangnya sangat rapat kerana tinggal sebumbung.

“Jujurnya walaupun dah padam list tu, kami masih takut… risau sangat kedai dia order tu call kami. Walaupun dah banyak kali guna Foodpanda tapi hari itu saya jadi tak yakin. Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat,” katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Bercerita mengenai perwatakan anak saudaranya itu, Nurul Azira berkata Ammar sememangnya kanak-kanak yang aktif dan keletah serta sangat rapat dengannya tambahan mereka tinggal sebumbung. Ammar (kanan, belakang) bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Dalam pada itu, Nurul Azira menjelaskan, tujuan perkongsiannya hanyalah sebagai peringatan kepada para ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati berkenaan penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak.

“Saya mohon sangat jangan dikritik anak saudara dan famili pasal penggunaan gajet. Kami juga seperti ibu bapa yang lain, menghadkan penggunaan gajet. Semua ini berlaku di luar kawalan kami. Sudah pasti Ammar sudah didenda dengan apa yang dia buat. Dia tak berani buka apps Foodpanda sebab dah kena denda. Takut berulang lagi, saya dah uninstall Foodpanda, bila nak guna saya akan install balik,” katanya.

sumber harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *