Faye Kusairi dedahkan keadaan terkini anaknya . Faye juga ada minta warganet untuk mendoakan akan kesihatan anaknya.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pelakon Faye Kusairi memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Asha Azmi. Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Faye memberitahu bacaan penyakit Jaundis pada anaknya itu masih lagi tinggi.

“Gini la gaya Asha hari itu kat Hospital Columbia Asia ketika menjalani raw4tan phototherapy untuk rendahkan bacaan Jaundis dia. Semalam bacaan Jaundis Asha masih lagi tinggi. Minggu depan kena ambil blood test to check if there is any other complication. Doktor pun ada cakap bayi sekarang memang normally kena “prolonged jaundice” ni dan akan sembuh bila mencecah usia satu bulan nanti. Lama naw. All test should be taken to ensure babyy kita takda sebarang complication. Asha akan sembuh soon. Insya-Allah… Doakan si Lesung Pipit ni ya?” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Asha cepat sembuh. “Cepat sembuh baby Asha. Anak buah saya pun prolonged jaundice. Sekarang membesar dengan sihat,” komen @annamajeed. “Semoga Asha cepat sihat na… Kita pun ada pengalaman gini… Sebab dar4h O. Baby prolong, duduk wad sebulan, habis pantang gitu je,” coret @mrs.chimot90 Faye dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kii berusia 2 tahun. Sumber : GEMPAK

Faye Kusairi Tetap Bersyukur Dengan Dugaan Yang Menimpa Dirinya. Bayinya Dimasukkan Ke Hospital Kerana Ini.

Pelakon Faye Kusairi memaklumkan bayinya yang baru dilahirkan pada Ahad lalu telah dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.Pun begitu, bayinya mengalami kesukaran untuk diletakkan di bawah cahaya biru.

“Selepas dua hari pulang ke rumah, anak saya kembali dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.“Amat susah untuk letak dia di bawah cahaya biru kerana dia tidak mahu tidur tanpa dibedung dengan kain.“Jadi kami tidur bersama di atas katil dan berkongsi cahaya itu di bilik yang sama. Alhamdulilah kami akan kuat berdua.“Ayah (suami) pun ada tolong mommy (Faye) yang sedang berpantang. Teamwork is golden!,” katanya.

Isteri kepada pengarah Azmi Hatta itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayinya yang sedang diletakkan di bawah cahaya biru itu.Faye berharap anaknya cepat sembuh dah akui tetap bersyukur dengan dugaan yang menimpa.

“Doakan baby girl kami cepat sembuh dari jaundice ni ya. Abang Alif (anak pertama ) ada bersama Atok Yan dan Ann kat rumah. Syukur Alhamdulillah I have such wonderful backbone and people sending love from everywhere. I thank you in advanced.Positive thinking brings positive results. Kami tetap bersyukur dengan dugaan yang melanda. Semoga Allah kekalkan semangat kami dan memberi hikmah atas dugaan kami. Aamiin,” katanya lagi.

Faye selamat melahirkan anak kedua pada 13 Disember lalu biarpun berdepan gangguan saraf muka atau Bell Palsy. Faye yang berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 April 2017, dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi pada 9 April 2018.

Faye Kusairi Selamat Lahirkan Baby Girl. Akhirnya Selamat Lahirkan Anaknya Selepas Seminggu Menghidapi Bell Palsy.

Pelakon Faye Kusairi menerusi laman Instagram telah memaklumkan yang dia telah pun selamat melahirkan anak perempuan pada Ahad, selepas seminggu mengalami penyakit Bell Palsy atau sakit sebelah muka berpunca daripada kehamilan.bFaye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, memberitahu, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang,” katanya.

Faye juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama selepas dia mende.dahkan mengalami sakit Bell Palsy iaitu minggu lalu. Bell Palsy merupakan sejenis sakit pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptom lazim akibat sakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy juga selama beberapa hari ini. Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen mahupun DM (mesej peribadi). Saya akan cuba kongsikan perkembangan dari masa ke semasa (berkenaan sakit tersebut) termasuk juga sepanjang tempoh saya berpantang nanti,” ujarnya.

Pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar & Instagram Faye Kusairi

Heboh Tentang Sebelah Muka Faye Kusairi. Dr Arisman Kebenaran Tentang Sakit Yang Dihadapi Faye Dan Tanda Tanda Sakit Tersebut

Jumaat lalu, pelakon Faye Kusairi mendedahkan didatangi sakit dikenali Bell Palsy yang menyebabkan kelmpuhan pada sebahagian wajahnya.Bagaimanapun keadaan Faye, 33, semakin beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai Bell Palsy, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman memberitahu ia adalah sakit kelmpuhan atau kelemahan otot di sebelah muka.Dr. Arisman memberitahu pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi terkena sakit itu.

Turut dikenali sebagai Idiopathic Facial Paralysis (IFP), ia berlaku disebabkan oleh kerosakan fungsi pada saraf muka, namun sehingga kini tidak diketahui punca berlakunya sakit itu.Bagaimanapun jelas Dr. Arisman, ia paling biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun ke atas selain risiko tiga kali ganda pada wanita mengandung.

“Bagi pesakit diabetes pula, golongan ini mempunyai risiko lebih 29 peratus berbanding orang biasa untuk mendapat Bell Palsy,” ujarnya.Dalam pada itu, Dr. Arisman menjelaskan sakit itu sering dikaitkan dengan jangkitan virus iaitu herpes simplex namun ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria, peradangan, sakit mikrovaskular seperti diabetes melitus dan tekann darh tinggi.

Ia juga katanya, turut dikaitkan dengan sejarah jangkitan kuman pada saluran pernafasan.Jelasnya lagi, terdapat beberapa gejala Bell Palsy termasuklah;1. Lemah atau lmpuh tiba-tiba pada separuh wajah (berlaku kurang daripada 48 jam)

2. Sakit pada belakang dan di dalam telinga.3. Gangguan deria rasa (57 peratus).4. Sudut mulut menjadi senget (pada tempat kerosakan saraf berlaku).5. Mata tidak boleh tertutup rapat (pada tempat kerosakan saraf berlaku).6. Lemah otot muka (pada tempat kerosakan saraf berlaku).7. Hyperacusis (masalah pendengaran 30 peratus).8. Kurang air mata atau kering

Faye memberitahu keadaannya beransur pulih.Bagaimanapun jelas Dr. Arisman,sakit itu tidak akan menyebabkan lemah atau lmpuh pada anggota badan lain seperti tangan atau kaki.Sekiranya berlaku gejala tersebut, pesakit perlu segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan termasuklah;

1. Doktor akan melakukan pemeriksaan saraf kepala (cranial nerve) kerana tiada ujian darh atau ujian lain yang khusus untuk mendiagnos sakit itu.2. Perlu pastikan ia bukan gejala awal angin ahmar dan bacaan tekanan darh sangat penting.3. Rawatan segera dapat mengurangkan komplikasi teruk pada saraf yang rosak/cedera iaitu

– Memulihkan saraf muka yang rosak (facial nerve).- Mengelakkan kerosakkan lanjut pada saraf (neuronal damage).- Mengelakkan komplikasi pada mata kerana terdedah (Rawatan seperti prednisolone, ubat antiviral dan ubat titisan mata. Pesakit perlu memakai pelindung mata sehingga mata boleh tutup sepenuhnya).

Sementara itu, Dr. Arisman menjelaskan, pesakit Bell Palsy boleh sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam minggu hingga tiga bulan.Bagaimanapun sekiranya usia pesakit lebih 60 tahun ke atas, peratusan sembuh sepenuhnya adalah berkurangan sekitar 40 peratus sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *