Bila kecil dijaga dengan baik. Sekali bila besar nak bayar bil rawatan ibu bapa pun sampaikan nak bergaduh adik beradik.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Hari ni , Macam biasa aku incharge jabatan kecemasan salah sebuah hospital swasta . Macam2 kes lah datang. Dari tadi tak menang tangan . Dalam banyak2 kes yang datang ni , Ada satu kes yang aku rasa dapat beri iktibar kepada diri sendiri dan orang lain.

Datang seorang anak dan ibu berbangsa cina ke jabatan kecemasan. Emak dah berumur hampir 75 tahun . Si anak berumur linkungan 40+ tahun .Si Ibu Ada masalah tulang belakang , Yang bakal di bedah minggu depan.

So macam biasa aku ambik la history semua , So last sekali aku tanya… Ada insurance tak? Si anak geleng kepala .. “ Whatt ?!!” Aku berbisik sendirian “ Takde insurance ? “ Bisik hati “ Puan tak ada insurance , maknanya bayar sendiri ya ?” Tanya aku, Si anak mengangguk ..

Kalau aku kira2 balik ni , Makan puluh ribu jugak operation ni .. So aku teruskan bertanya.. “ You sure kan ? You self paying .. Sebab i rasa this operation mahal ..” Balas Aku. Si anak tadi mengangguk …
So aku pun saja la tanya , Kerja apa , Bisnes apa , Anak dia pun friendly, jenis melayan Si Anak ada 4 Adik beradik Semuanya kerja biasa saja . Bukan owner bisnes.

Jadi aku saja lah tanya , Banyak duit nak spend ni , Ok ke ? Dia balas… “ Kami adik beradik memang dari muda , 20 tahun dulu , Sudah buka satu akaun , Setiap bulan kami masuk duit dalam itu akaun . Simpan untuk emak . Kalau emak sudah tua .. Tak ada insurance , Jadi jika kami ada wang simpanan , Kami boleh hantar mak ke hospital yang terbaik .”

Fuh .. Lepas dia explain macam ni .. Dengan gaya dia yang sempoi , Handbag plain tak berjenama … Dengan senyuman dia bagi .. Bangga dia boleh bayar sendiri .. Tak payah nak tunggu insuran confirm bagai, Tak ada nak garu2 kepala .. Pehh .. Padu … Rasa macam kena lempang pun ada…

Betul jugak tu !! Dasyat , Mereka bukan berjawatan tinggi pun , Tapi bila adik beradik pakat menabung . Banyak boleh dikumpul Of course kalau boleh kita nak beri yang terbaik untuk ibu bapa kita , Kalau boleh nak hantar dorang ke hospital swasta. Lebih selesa dan cepat, Tak perlu bersesak di hospital kerajaan…

So dekat sini , Ramai di antara kita bergantung pada insuran. Kalau insuran dah tak cover ..? Pergi hospital kerajaan lah jawabnya kan ? Mungkin apa yang aku pelajari hari ni boleh diguna pakai untuk semua orang.

Kalau ada adik beradik ramai , Buka lah satu akaun untuk mak bapak yang tersayang , Tiap2 bulan menabung dekat situ. tak terasa sangat nanti Sikit sikit lama lama jadi bukit Untung makcik tu dapat anak anak macam ni …

Kalau korang ? Macam mana ? Nak masuk tahun 2021 dah ni … Iphone 12 , Ps5 Boleh beli , Honda ketam boleh modified ,… takkan simpanan untuk mak ayah pun nak berkira.. Kamon man… Nanti bila dapat tau kos pembedahan, Dah tak pasal gaduh adik beradik siapa nak tanggung kan ?

Ada ka orang kita amalkan sesuatu yang macam ni ? Sampai bila nak mintak bantuan orang lain ? Sampai bila nak mengharap kerajaan ? Sampai bila nak salah kan orang lain ? Sampai bila nak mengharap dengan insuran ? Sampai bila nak guna facebook minta derma ? Padahal dari awal kita boleh rancang kan .. Dah prepare ke duit tabung untuk mak bapak kita?

Kredit; Dr Yazeed Hair Johari.

Atuk Ini Rela Tidur Di Pondok Hospital Hanya Untuk Menemani Nenek. Tak Keruan Bila Berjauhan.

Seorang lelaki warga emas menemani isterinya yang sakit, dari luar tingkap wad. Cintasampai ke hujung nyawa, kasih sayang hingga ke syurga. Begitulah yang dapat digambarkan kisah seorang warga emas tetap setia menemani isterinya di hospital meskipun tidak dibenarkan untuk berada sepanjang masa di dalam wad bersama suri hatinya itu.

Gara-gara pandemik Covid-19 ini, dia akur terpaksa mematuhi segala arahan dan prosedur yang telah ditetapkan pihak hospital walaupun ia sangat berat untuk diterima. Tular beberapa foto di laman Facebook apabila warga emas ini menjenguk isterinya di tingkap wad Hospital Parit Buntar, Perak pada Khamis lalu, kira-kira pukul 2 petang.

Seorang warga emas menjenguk dari luar wad.

Becerita kepada mStar, Munirah Muhamad Basir iaitu cucu kepada warga emas itu berkata foto yang dimuat naik itu bukan diambil olehnya tetapi dihantar oleh makcik yang menjaga atuknya di kampung melalui group WhatsApp.

“Saya kenal sangat gelagat atuk dan nenek saya ini. Tak boleh berjauhan langsung. Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi kisah mereka di ‘Kami Suri Rumah’. Tak sangka pula sampai viral, niat saya nak kongsi kisah cinta mereka dan nak minta orang ramai untuk doakan nenek saya,” katanya kepada mStar. Wanita berusia 28 tahun itu mendedahkan, neneknya, Sabariah Omar kini berusia 74 tahun manakala datuknya, Mohd Saad Sudin pula 76 tahun.

Mengambil berat terhadap isteri.

Tambah Munirah lagi, meskipun neneknya itu tidak mempunyai sakit yang kritikal tetapi dia sering kali masuk wad kerana masalah pernafasan. “Nenek saya on off masuk hospital, dia sebenarnya tak boleh terlalu penat. Nanti dia sukar untuk bernafas. Kali ini dia kena masuk wad sebab terkanan darah tinggi. Selain itu, nenek saya ada tiroid dan masalah paru-paru. Hidupnya memang dengan ubat, tapi kalau tengok betul-betul tak adalah terlalu uzur. Dia kuat lagi. InsyaAllah… esok nenek saya dah boleh keluar kalau tekanan darah semua okay, dan kalau paru-paru semua tak ada masalah,” ujarnya.

Kemesraan yang terjalin antara suami isteri.

Munirah turut memberitahu, nenek dan atuk sebelah ibunya itu memang sangat manja dan sering kali memberi gelaran cinta sejati kepada mereka. “Mula tu, atuk saya sanggup tidur di pondok hospital, dia tak kisah nyamuk ka apa. Janji boleh jaga nenek saya. Dia terlampau risau cuma sekarang dah okay sikit bila makcik saya dibenarkan untuk ada bersama nenek di dalam wad. Dia akan mengintai-intai dekat tingkap wad, asalkan dia boleh lihat kelibat isterinya walaupun sebelah mata kiri dah tak nampak.

Dia akan mengintai-intai dekat tingkap wad, asalkan dia boleh lihat kelibat isterinya walaupun sebelah mata kiri dah tak nampak

“Mereka ini kalau dekat akan bergaduh-gaduh manja kalau jauh baru nanti rindu. Ramai tahu mereka ini memang sweet. Dulu sebelum Covid-19, atuk saya memang akan jaga nenek saya di wad kalau kena tahan, jadi sekarang mungkin sebab faktor usia juga, dia tak dibenarkan untuk jaga. Itu yang sanggup duduk tepi tingkat berjam-jam pun tak apa,” ujarnya sambil berseloroh.

Munirah (kanan) bersama suami.

Dalam pada itu, Munirah dan pihak keluarga sangat gembira apabila melihat respon positif dan doa-doa yang tidak putus dalam kalangan warganet. Dia yang telah berkahwin pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Qays Mikael, 4 dan Azkayra Mikayla yang kini berusia tujuh bulan berharap rumah tangganya akan menjadi seperti atuk dan neneknya hingga akhir nafas. Munirah berharap perkongsiannya ini bukan untuk mendapat simpati sesiapa tetapi mencontohi cinta seperti mereka ini sampai hujung nafas.

Tular Di Media Sosial Seorang Atuk Ini Minta Ambil Sesuatu Ini Sebelum Dibawa Ambulans Kerana Disyaki Positif Covid 19. Warganet Turut Sebak Melihat Tindakan Dari Atuk Ini.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial video seorang warga emas yang dibawa menaiki ambulans susulan disyaki positif Covid-19. Muat naik yang dilakukan oleh penguna Twitter dikenali sebagai haiqalroslann itu  telah tular di media sosial tersebut setelah warganet berasa begitu sebak melihat situasi yang dilalui oleh wrga emas itu.

Menurutnya, salah seorang jemaah Surai Asyakirin Bandar  Baru Pasir Pekan, Tumpat telah disahkan positif Covid-19. Jadi, lelaki wrga emas yang dikenali sebagai Pok Sin itu disyaki mendapat penularan kerana telah menghadiri solat jemaah di surau tersebut

Nak ambil air sembahyang dulu

Apa yang membuatkan warganet tersentuh adalah momen Pok Sin meminta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum dibawa menaiki ambulans

Sebak tengok video ni

Muat naik yang dibuat pada 26 Disember itu telah mendapat lebih daripada 13 ribu tanda suka dan lampir 11 ribu perkongsian semula di Twitter. Rata-rata dari mereka mengakui sedih melihat warga emas menjadi mangsa kepada pandemik ini dan telah mendoakan agar Po Sin itu diberi kesembuhan serta segera bebas daripada wabak yang sedang menular di seluruh dunia ini.

Tak dapat bayang kalau mak ayah kita pun kena

Semoga pakcik kuat law4n Covid-19

Sumber: haiqalroslann

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *