Bekas pekerja hospital dapat membeli rumah hampir 1 juta pada usia 24 tahun. Rupanya ini yang dia buat sehingga boleh beri ini pada ibunya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Jika tiada aral melintang, kediaman dua setengah tingkat yang dilengkapi empat bilik di Alor Setar, Kedah ini akan mula didiami pada bulan Mac atau April nanti. Perjalanan untuk membeli sebuah rumah pada usia 24 tahun tidaklah semudah yang disangka.

Menurut usahawan produk kesihatan, Nabila Husna Saad, dia menerima pelbagai tohmahan sewaktu berhenti kerja sebagai pembantu perubatan hospital swasta sekitar dua tahun lalu. Melihat apa yang berlaku dari sudut positif, dia yang mesra disapa Abel membuktikan dirinya boleh berjaya dan mampu tersenyum bangga dengan apa yang sudah dicapai. Di TikTok, tular video memaparkan dirinya melawat unit kediaman bernilai hampir RM1 juta yang bakal menjadi miliknya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, baru lulus loan rumah pada 28 Disember 2020. Saya kongsikan video sebab terlalu gembira. Saya dah dua tahun buat bisnes. Walaupun jual produk orang je, tak sangka banyak yang saya dapat pada tahun ini.

Abel baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bonus dan jualan saya juga meningkat. Saya memang fokus bisnes je selepas berhenti kerja,” ujarnya. kepada mStar. Mengimbas kisah lalu, Abel berkata ramai yang menentang hasratnya berhenti kerja, namun dia mendapat restu ibunya. “Saya dah join bisnes produk ni masa masih bekerja di hospital. Bulan pertama saya dapat bonus empat angka, sama dengan gaji saya kerja.

Rezeki tak datang cepat atau lambat, ia datang tepat pada masanya.

“Waktu tu kos sara hidup juga tinggi di Kuala Lumpur. Mak OK, dia je paling faham masa tu. Orang lain hentam saya.

“Kemudian saya balik duduk di Kedah dengan mak dan buat bisnes sepenuh masa. Pada masa sama, saya buat pengajian jarak jauh (PJJ) dalam bidang perniagaan,” ujarnya. Sepanjang tempoh dua tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, Abel mampu menghantar ibunya ke tanah suci Makkah pada awal tahun 2020. Selain membeli kereta buat dirinya, dia turut membeli sebuah lagi kereta untuk dihadiahkan kepada ibunya.

Hasil berniagaa, Abel turut menghadiahkan dirinya sebuah kereta.

Kata Abel, dia berysukur dengan segala rezeki kurniaan Allah dan sama sekali tidak menyangka kisahnya akan mendapat perhatian ramai di TikTok. “Terkejut bila viral. Saya baca semua komen, semuanya positif. Alhamdulillah, saya pegang konsep percaya rezeki Allah. Rezeki tak datang cepat atau lambat, ia datang tepat pada masanya,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Mohd Aiman Akmal Abdul Halim, 24, pada Ogos 2020.

Dedah Abel, jika tiada aral melintang, kediaman dua tingkat setengah yang dilengkapi empat bilik di Alor Star itu akan mula didiami pada bulan Mac atau April nanti.

Dikatakan Hilang Kerja Akibat Pndemik. Foto Lelaki Pakai Maskot Sambil Gendong Anak Cari Rezeki Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Demi mencari sesuap rezeki buat keluarga, seorang ayah di Jakarta sanggup bekerja sambil mengendong anaknya di bahu sambil menyanyi di jalanan.Menurut perkongsian Suara.com, Wahyu, 30 tahun bekerja sebagai seorang penghibur dengan memakai maskot di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan. Lelaki yang berasal dari Jogjakarta itu dikatakan terpaksa bekerja sebagai penghibur selepas kehilangan pekerjaan sebagai pemandu pengangkutan awam akibat pandemik COVID-19.

Dalam perkongsian gambar oleh Bisnis.com, kelihatan lelaki itu mengendong seorang kanak-kanak sambil memakai maskot. Dalam salah satu gambar mereka, kelihatan kanak-kanak itu seakan tertidur di atas bahunya. Kedua-duanya juga dilihat berehat di tepi jalan sambil lelaki itu mennggalkan topi maskot dipakainya.Sumber: Suara.com

Isteri Sebak Nampak Baju Putih Yang Dikibarkan Suami Dari Jauh. Satu Video Ini Memaparkan Selat Tebrau Sebagai Saksi Pertemuan Pasangan Ini Tatkala Usia Anak Baru 44 Hari

Aisya bersama anak ‘bertemu’ suaminya di tepi Selat Tebrau .BUKAN mudah menjalinkan hubungan jarak jauh, hanya orang yang kuat semangat sahaja yang mampu mengharungi dugaan itu.Sukarnya rasa apabila rindu mula menebal kerana berjauhan, terutama dengan penutupan pintu sempadan Malaysia-Singapura sejak pandemik Covid-19.

Menerusi satu video, dapat dilihat satu ‘pertemuan’ yang menyentuh emosi selepas Selat Terbrau sebelum ini menjadi pemisah kepada sepasang suami isteri.Si isteri melihat baju putih yang dikibarkan suaminya dari jauh di satu lokasi di Singapura, manakala panggilan video membolehkan suami menyaksikan isteri dan anaknya yang berusia lima bulan yang berada di Johor Bahru, Johor.

Aisya (kiri) dan suami berkahwin selama satu tahun empat bulan.Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aisya Khayrul memberitahu, ‘pertemuan’ itu dibuat pada Selasa, selepas empat bulan suaminya kembali bertugas di Singapura.Wanita berusia 26 tahun itu berkata, suaminya, Shah Fardaus, 27, bekerja di negara Republik itu sejak lima tahun lalu dengan berulang-alik dari Johor Bahru setiap hari.

“Namun, pintu sempadan negara terutama Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Ketika itu saya sedang hamil anak pertama.”Jadi, suami ambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji menjaga dan berada di sisi saya sehingga bersalin kerana bimbang sukar untuk bertemu kerana tempoh dan kos kuarantin yang perlu ditanggung,” katanya kepada mStar.


Suami Aisya (kanan) ketika berangkat ke Singapura pada 18 Ogos 2020.Aisya yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia bersalin pada awal Julai lalu sebelum suaminya diminta untuk kembali bertugas di Singapura pada Ogos.”Masa suami dapat panggilan yang memintanya masuk bekerja di Singapura, genap ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dan bayi berusia 44 hari pada 17 Ogos lalu.

“Betul-betul genap 44 hari saya selesai berpantang. Esoknya suami ke Singapura untuk mula bekerja dan tempat tinggal disediakan oleh majikan,” katanya sambil menambah suaminya bekerja sebagai pemandu lori.Menurut wanita itu, pada awalnya suaminya tinggal di rumah sewa di Punggol di tengah Singapura sebelum berpindah ke lokasi baharu dekat Woodlands, baru-baru ini.

Suami membantu menjaga anak sepanjang tempoh Aisya berpantang.“Lokasi Woodlands menghadap Johor Bahru, sementara tempat kerja lama saya pula di Johor Bahru dekat Stulang yang menghadap Singapura.”Sejak suami berpindah ke Woodlands, dia akan ke tepi Selat Tebrau untuk buat panggilan video dengan saya dan anak. Sebab itulah kami merancang untuk ‘bertemu’ di tepi Selat Tebrau, saya di Johor Baharu dan suami di Woodlands,” tambahnya.

Pada mulanya, Aisya mengakui berasa amat teruja saat tiba di lokasi yang dirancang untuk membuat panggilan video bersama suaminya, kira-kira pukul 4 petang.”Hati saya berbunga-bunga macam first date dengan suami, cuma kali ini bersama anak. Saya nervous! Bila nampak baju putih yang dikibarkan suami dari jauh, saya sebak.

“Terbayangkan anak yang masih kecil tak ada ayah di sisi, dan fikirkan suami yang berjauhan tidak dapat melihat anak membesar depan mata,” katanya.Aisya berharap pandemik segera berakhir bagi menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa.

Tambah Aisya, selepas ‘pertemuan’ itu hujan mula turun membuatkannya bergegas masuk ke dalam kereta untuk berteduh.”Masa buat video call tu saya okay lagi, dah masuk kereta tu saya menangis. Anak pula kemudian meragam dan menangis. Memang tiga kali ‘hujan’ petang tu.

“Semoga pandemik Covid-19 ini berakhir dengan segera untuk mempertemukan semula saya, suami dan anak. Suami kata balik nanti nak saya masak kari kambing untuk dia,” katanya sambil menambah suaminya merancang untuk pulang bercuti pada April tahun depan.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *