Ada pulak perkara pelik yang diamalkan sehingga jadi trend. Kini makan isikel pula jadi satu trend baru di tiktok.

Amalan KESIHATAN Uncategorized Viral

Tidak dinafikan ada banyak yang kita boleh pelajari melalui platform media sosial TikTok. Ada yang kongsikan video masakan dan cara dekorasi bilik di platform video pendek tersebut. Namun, ada juga yang menyalahgunakan social media tersebut dengan melakukan benda-benda pelik yang boleh memberi pengaruh buruk kepada orang lain. Mungkin saja kot buat untuk tarik attention.  Kali ini, ada pula yang sengaja makan isikel yang mengeras pada bumbung ketika musim sejuk di negara-negara yang mempunyai empat musim.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, isikel ialah ais berbentuk tirus yang tergantung di pokok dan bumbung. Isikel akan terbentuk apabila titisan air yang mengalir di kawasan itu membeku.

Menurut perkongsian ahli meteorologi, Katie Nickolaou menerusi akaun Twitternya, @weather_katie, isikel memang nampak bersih namun sebenarnya ada banyak bakteria yang tersembunyi dari mata kasar. Dorang ni pun macam dah takde benda lain nak makan.  Difahamkan, sebelum isikel terbentuk, air tersebut akan mengalir di atas bumbung. Korang imagine lah macam mana keadaan bumbung rumah tu, jarang lah orang bersihkan bumbung kan. Kadang-kadang tu, macam-macam jenis sampah ada kat atas bumbung. 

Selain itu, Katie juga mengatakan burung-burung juga gemar untuk membuang najis mereka di atas bumbung rumah. So, orang yang dah pernah makan isikel ni kiranya berkemungkinan besar dah termakan najis burung lah? Loya pulak tekak ni tiba-tiba. 

Walaupun orang Malaysia takkan buat benda ni disebabkan ketiadaan musim salji di negara kita yang sentiasa panas, namun, mana lah tahu mungkin ada yang bercuti ke luar negara ketika musim sejuk dan terfikir nak buat benda yang sama. Jadi, korang semua kena lah sentiasa beringat.  Dah masuk tahun baru 2021 pun ada lagi yang sanggup buat benda macam ni di media sosial. Perkara pelik macam ni sepatutnya dah tak berlaku lagi sebab manusia sepatutnya makin bertamadun. 

Ada Sesetengah Orang Yang Mempunyai Perangai Pelik. Tapi Tak Sangka Wanita Ini Jadikan Pisau Cukur Sebagai Snek Hariannya Dan Sehinggakan Rasa Begini Bila Sehari Tak Amalkannya.

Tidak dinafikan ada sesetengah individu dalam dunia ini yang memiliki hobi atau ‘perangai’ yang agak pelik sehingga tidak tercapai dek akal. Tidak terkecuali seorang wanita dari Indonesia ini yang mempunyai tabiat yang agak ‘aneh’ dan agak membahayakan apabila dia gemar mengunyah bilah pisau cukur seolah-olah seperti snek. Apa yang lebih mengejutkan, bukan setakat ‘berani mati’ mengunyah pisau cukur, malah dia juga turut menjadikan pisau cukur itu sebagai hidangan seharian!

Snek harian sejak 25 tahun lalu

Memetik laporan Tribunnews, wanita yang dikenali sebagai Nenti yang berusia 51 tahun itu ternyata telah menjadikan pisau cukur sebagai snek harian sejak 25 tahun yang lalu. Bahkan, ada juga ‘fakta-fakta’ yang tidak dapat diterima akal bila ditanya mengenai tabiat anehnya itu. Antaranya,

Rasanya seperti keropok. Bukan itu sahaja, malahan lemas jika tak makan pisau cukur bahkan sakit kepala.

Sehari 4 bilah pisau cukur

Menurut Nenti, sehingga kini, sudah mencecah ribuan pisau cukur yang telah dikunyah olehnya pada setiap hari. Dalam tempoh sehari, wanita itu ‘wajib’ menelan sekurang-kurangnya 4 bilah pisau cukur. Tambahnya lagi, badannya akan berubah menjadi lesu dan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang kerja sekiranya tidak ‘mendapat’ pisau cukur. Bukan itu sahaja, dia juga akan berasa sakit kepala secara mendadak jika tidak mengunyahnya.

Walau bagaimanapun, kesihatannya agak baik biarpun mempunyai tabiat pemakanan yang pelik itu. Mungkin disebabkan terlebih zat ‘besi’ kot.  Di usianya yang sudah mencecah setengah abad, Nenti masih kuat bekerja sebagai pemungut barangan antik untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Ujarnya, dia masih kuat untuk berjalan mengelilingi kawasan kampung seharian untuk mencari sampah bagi dijual.

Polis juga pernah tanya “Tak sakit ke (kunyah pisau cukur)?”  Pernah jadi penari kuda kepang, ilmu kebal. Namun, Nenti mengakui bahawa dirinya tidak berasa sakit saat mengunyah pisau cukur berkenaan. Dedah wanita itu lagi, kebiasaan anehnya itu bermula ketika dia masih aktif bekerja sebagai seorang ‘seniwati’ kuda kepang.

Ketika ‘zaman kegemilangannya’ itu, dia disusuki ilmu kebal oleh pemilik pertubuhan kuda kepang tersebut supaya dia boleh memakan benda-benda yang tajam. Menurutnya, ilmu kebal itu masih tertanam di dalam dirinya sehingga ke saat ini dan dia masih tidak berniat untuk mengeluarkannya dari tubuh badannya. Ujarnya, pisau cukur itu membuatkan tubuhnya tidak berasa lelah dan kuat untuk terus berjalan sekitar kampung untuk meneruskan hidup.

Nenek 70 Tahun Ini Dapat Menjadi Youtuber Terkenal Apabila Dia Sering Berkongsi Video Masakannya Di Youtube. Dan Nenek Ini Dapat Raih 8 Juta Tontonan Bulanan.

Suman Dhamane yang berusia 70 tahun kini menjadi YouTuber popular. -foto instagram Suman Dhamane.Seorang nenek berusia 70 tahun di India meraih perhatian ramai menerusi video masakannya di laman YouTube. Suman Dhamane, yang merupakan penerima terbaru anugerah YouTube tahun ini, kerana keenakan resepinya menerusi saluran ‘Aapli Aaji’.

Turut didedahkan wanita itu memperoleh lebih 580,000 pengikut dengan lebih lapan juta tontonan setiap bulan, hanya dalam tempoh setahun. Populariti Suman bermula oleh usaha cucu lelakinya yang berusia 17 tahun, Yash yang memaparkan kepakaran neneknya memasak menerusi laman itu.

Yash mempunyai kepakaran dalam membuat rakaman dan suntingan video serta memuat naiknya di YouTube. Dia membantu merakamkan neneknya memasak dan memuat naik dua video setiap minggu.

Video Suman meraih banyak tontonan kerana ia dirakamkan dalam bahasa Marathi, yang mempengaruhi penonton tempatan yang menggunakan bahasa itu. Tambahan pula, resepi masakannya adalah ringkas yang diamalkan oleh kaum ibu sejak bertahun-tahun, menjadikan pengalamannya itu lebih mudah diikuti ramai. 

Gara Gara Video Yang Dihasilkan Tidak Mendapat Sambutan Menggalakkan. Anaknya Yang Berumur 16 Tahun Ini Sanggup Guna Inisiatif Ini Dan Hadiahkan Hampir 20 000 Subscribers YouTube Dalam Masa 3 Hari

Danial menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.BUKAN mudah untuk menjadi seorang YouTuber.Begitulah juga kisahnya mengenai Azlina Jelani, 43, ibu kepada dua cahaya mata yang berjinak-jinak menerusi platform video itu sejak Mac lalu.

Menurut anaknya, Danial Anas Aizat Ahmad Samhan, 16, ibunya yang juga YouTuber masakan hampir berputus asa gara-gara video yang dihasilkan tidak mendapat sambutan menggalakkan.Enggan ibunya kecewa, dia yang mesra disapa Danial berkongsi mengenai perihal YouTube ibunya di laman TikTok sehingga ia menarik perhatian ramai warganet.

“Mama buat YouTube masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu. Subscribers pun dalam 400 orang je.”Tiga bulan lepas, mama dah berhenti buat video. Mama dah putus asa, mama kata tak boleh buat apa dah.Ibu Danial mula berjinak-jinak sebagai YouTuber masakan sejak Mac lalu.

“Saya nak tengok mama happy, jadi saya cuba post di TikTok. Alhamdulillah dalam masa tiga hari naik dekat 20,000 subscribers,” ujarnya kepada mStar.Mesra disapa Danial, dia yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor mengakui cukup terharu dengan bantuan dan sokongan oleh warganet.

Malah ibunya yang bekerja di sebuah pusat dialisis seolah-olah sukar percaya dengan apa yang berlaku dalam tempoh singkat itu.”Mama suka tengok YouTube, dia suka tengok Sugu Pavithra, nak jadi macam mereka. Syukur sekarang subscribers mama dah meningkat.”Mama pun macam tak percaya. Dia happy, mama kata bagai satu mimpi. Dia pun dah ada semangat, nak sambung hasilkan video untuk YouTube,” ujar Danial.

Antara video di YouTube ibu Danial.Dalam pada itu, Danial juga mahu menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.”Saya nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua warga TikTok. Tanpa anda, siapalah saya dan mama?”Saya baru umur 16 tahun, tak ada duit nak bagi mama happy. Itu salah satu cara untuk gembirakan dia.”Terima kasih yang tolong dari awal. Walaupun tak kenal satu sama lain. Moga anda semua murah rezeki,” ujarnya.Nak macam-macam 

Tular Di Twitter Seorang Peniaga Air Tebu Ini Tidak Dapat Sambutan Orang Ramai. Menarik Sekali Usaha Anaknya Sanggup Sebarkan Menggunakan Satu Cara Ini Dan Dapat Perhatian Orang Ramai.

Perniagaan bapa Wani merosot dek cuaca tak menentu, ditambah pula dengan pelaksanaan PKPB. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah kisah tular di Twitter mengenai seorang gadis yang sedih melihat perniagaan bapanya merosot sejak beberapa hari lalu. Lebih pilu, Shazwani Farzana, 21, kini menetap di Negeri Sembilan sementara bapanya pula, Saharudin Rajab, 52, pula berada di Kedah.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wani mendedahkan perniagaan minuman seperti air tebu dan cincau kurang mendapat sambutan kerana cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu. Keadaan juga bertambah sukar memandangkan tidak ramai pelanggan datang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Besryarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan.

“Lebih kurang tujuh tahun lepas ayah mula berniaga air minuman, sebelum tu ayah kerja kilang. Ayah ada di Kedah, manakala saya menetap dengan mak di Negeri Sembilan sebab mak kerja di sini.

Wani juga akan membantu bapanya sekiranya di pulang ke Kedah.

“Jadi setiap hari ayah biasanya akan update mengenai gerai dalam group WhatsApp. Terbaharu, dia kongsikan mengenai keadaan semasa, cuaca hujan lebat… dengan PKPB lagi. Nak dapat seorang pelanggan pun susah,” kata Wani.

Ujar penuntut bidang Rangakaian dan Keselamatan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu, jauh di sudut hati dia sedih dengan nasib menimpa bapanya. Malah, dia turut mendapat ilham untuk membuat hebahan di Twitter dan sama sekali tidak menyangka akan menerima sokongan ramai.

Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah.

“Sedih tengok. Selalu malam-malam ayah juga akan call mak sembang-sembang pasal perniagaan dia. Saya tak berniat nak viral pun. Sekadar kongsi di Twitter. Rasa kasihan sebab perniagaan ayah merosot. Saya hanya mahu minta doa warga Twitter. Tapi tak sangka ramai yang bagi sokongan sehingga ia viral di Facebook. Ramai yang perihatin dan luah hasrat mahu datang ke gerai ayah. Doa mereka pun dah cukup untuk beri semangat buat ayah. Sekarang ayah cuti tiga hari, dia mahu berehat. InsyaAllah Sabtu ni gerai akan akan dibuka semula,” ujar Wani. Jelasnya lagi, gerai bapanya terletak di Seri Astana, Sungai Petani dan selain minuman dia turut menawarkan aneka kuih muih.

Kedatangan pelangan merosot sejak PKPB dilaksanakan, ditambah dengan keadaan cuaca buruk sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Wani mendedahkan bapanya juga mengalami masalah kesihatan dan sering sakit kaki sehingga dia tidak boleh berdiri dalam tempoh lama. Namun, dia tetap kagum dengan kecekalan bapanya yang disifatkan cukup teliti khususnya dalam penyediaan air tebu.

“Saya pun kalau balik ke sana, akan bantu ayah. Tapi dia memang seorang yang sangat teliti. Untuk jual esok, hari ni ayah akan buat semuanya. Ambil masa sehari. Kikis kulit tebu, cuci sampai bersih. Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah. Dari ambil tebu, cari pembekal dan berniaga, semua ayah buat sendiri,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *