Warung ini sepi sejak PKP hanya dapat Rm20 je sehari. Siapa sangka dengan cara ini dapat ubah nasibnya menjelang tahun baru 2021 ini.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Sabrina bersama kedua ibu bapanya. Seorang gadis gagal menyembunyikan rasa pilu apabila warung yang diusahakan ibu bapanya sepi tanpa pelanggan. Menurut Nur Sabrina, 20, warung itu dibuka oleh bapanya, Idham Qhalid Hashim, 49, dan ibunya, Maisyarah Bactiar, 45, di hadapan rumah mereka di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor sejak pertengahan tahun ini. Ia gara-gara mata pencarian bapanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Sabrina sempat mengimbas kecekalan ibu bapanya yang saban hari tak jemu-jemu menunggu kehadiran pelanggan. “Kami buka kedai ni selepas pendapatan ayah terjejas masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayah kerja 15 hari, cuti 15 hari.

Antara mesej yang dihantar bapanya.

“Dia bekerja dengan sebuah syarikat yang membekalkan makanan kepada satu syarikat penerbangan. Sekarang pun dia masih bekerja sebenarnya. Kami pun tak plan nak buka warung, tapi pendapatan dah makin kurang. Masa mula-mula pada bulan puasa, kami ambil tempahan nasi ambeng.

Saya sedih sebab mak cakap dari pagi dapat RM20 je.

“Sekarang kami buka untuk sarapan. Waktu malam juga kami buka, ada macam-macam masakan panas,” ujarnya. Namun katanya, peristiwa pada pagi Rabu yang menyaksikan gerai itu sepi tanpa kehadiran ramai pelanggan membuatkan dia terdetik untuk meluah perasaan di Twitter. Pada hari Rabu, saya sedih sebab mak mesej cakap dari pagi dapat RM20 je. Saya tak dapat tolong sebab saya tengah praktikal. Ayah juga ada mesej, bercerita pasal makanan tak habis. Nasi lemak banyak lagi, lontong tak sentuh langsung. Kuih pun banyak.

Warung yang diusahakan keluarga Sabrina dibuka ejak pertengahan tahun ini.

“Sebab tu saya tweet. Luahan perasaan kat Twitter. Tapi tak sangka ramai yang bagi sokongan. Harap ia dapat bantu mak ayah,” ujarnya yang juga penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi. Menurut Sabrina, dia sama sekali tidak menyangka kuasa tular Twitter akan membawa impak positif buat dia dan keluarga. Pada Khamis, dia mendedahkan tak henti-henti menerima tempahan nasi lemak, malah kehadiran pelanggan juga bertambah.

Antara menu di warung itu.

“Ada yang mesej minta location kedai lepas tweet tu viral. Memang ada perubahan. Macam sekarang, dari pagi tak berhenti tempahan nasi lemak. Mak dan ayah terkejut, ramai yang datang. Saya ada maklumkan mengenai tweet saya. Nampak gembira di wajah mak dan ayah sebab banyak order,” ujarnya lagi.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur dengan kata-kata semangat serta doa yang dikirimkan buat dia sekeluarga di Twitter. Malah, besar harapan Sabrina agar perniagaan bapanya itu semakin berkembang maju selepas ini.

YDPA Singgah Bersantao Di Warung Tepi Jalan. Akak Kedai Ni Selamba Sahaja Panggil Tengku Hassanal Abang Hensem Dan Ini Respon Warganet

Sikap rendah diri Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di negara ini.Daripada memasak untuk rakyat, membantu mangsa kemalangan hinggakan mencemar duli untuk mengenali kehidupan rakyat jelata semuanya sudah dilakukan oleh keluarga Diraja itu.

Tapi baru-baru ni tular di media sosial, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang memperlihatkan baginda sedang bersantap bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim di sebuah warung.Sempoi betul!

Menerusi perkongsian oleh @JalalMisai_2 ini, baginda dikatakan singgah di sebuah warung yang terletak di Pekan, Pahang.“Abang handome”Menerusi rakaman tersebut baginda Sultan kelihatan tidak kekok mencemar duli untuk bersantap sambil berbual dengan pemilik kedai tersebut.

Kalau dengar Baginda berbual, macam borak dengan kawan-kawan je…Kedatangan Baginda itu juga turut ditemani oleh anakanda, Tengku Hassanal.Bukan sahaja sikap sempoi baginda yang menjadi tarikan warganet, malah rata-rata mereka lebih teruja melihat pemilik kedai bertegur sapa dengan Tengku Hassanal.

Dalam keterujaannya menerima pelanggan istimewa, pemilik kedai tersebut dengan slumber mengelarkan Pemangku Raja sebagai ‘abang handsome’.Tidak berkecil hati, Tengku hanya memberikan reaksi ‘bagus’ melayani sikap pemilik kedai tersebut.

Mendengar gurauan pemilik kedai itu, rata-rata netizen dikatakan makan hati melihat gelagat pemilik kedai tu, tapi tak kurang juga yang ‘cair’ melihat ketampanan Pemangku Raja itu.Kalau min lah jadi akak kedai tu, mungkin pengsan dulu terima pelanggan kehormat ni. 

Kongsi Gambar Minum Air Kelapa Di Tepi Jalan. Ternyata Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Ramai Selepas Putera Mahkota Pahang Memuat Naik Gambar Baginda Dan Promosikan Gerai Air Kelapa Tersebut

Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.Dalam satu entri di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

“Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak,” tulis baginda pada gambar tersebut.Entri tersebut ternyata mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang yang begitu bangga dengan baginda yang berjiwa rakyat dan mudah didekati.

Tengku Hassanal yang berusia 25 tahun ini telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.Kredit Gambar: Instagram Tengku Hassanal Shah

Tular Kisah Seorang Penunggang Wanita Yang Kehilangan Motosikalnya. Terbaru Dikhabarkan Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Baru Kepada Akak Panda

Sebelum ini, kisah seorang penunggang wanita yang kehilangan motosikalnya ketika bekerja mendapat perhatian ramai. Motosikal miliknya dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Giant Batu Caves dan paling menyedihkan apabila motosikal itu baru sahaja dibeli olehnya.

Terbaru, individu yang dikenali sebagai Nur Athirah, telah mendapat sebuah motosikal baharu menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang itu.Menerusi posting di Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda berupa sebuah motosikal kepada Athirah. Motosikal tersebut diberikan oleh Baginda menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib Athirah.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.Sama-sama mendoakan.Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini. Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Tidak berakhir di situ, baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan berharap gadis tersebut menjaga motosikal tersebut dengan sebaik mungkin.Sumber: Selangor Royal Office

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *