Tak sangka baju kelawar boleh menjadi salah satu masalah besar buat satu pasangan ini. Warganet mula berang apabila tahu punca wanita ini berpisah.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Uncategorized

Dalam kesibukan kerja ditambah dengan tugas menjaga anak, ada masanya para isteri tidak sempat untuk berhias. Namun siapa sangka, hanya kerana isteri memakai baju kelawar boleh menjadi punca berpisah. Baru-baru ini, tular di laman Twitter isu pemakaian baju kelawar yang menjadi topik perbualan hangat warganet. Menerusi satu paparan skrin perbualan, seorang wanita mend4kwa dia bergelar j4nda kerana baju kelaw4r.

Susulan itu, timbul perdebatan apabila ada warganet berpendapat baju kelawar tidak sepatutnya dipakai apabila sudah berumah tangga. Tidak kurang juga ada yang mengatakan baju kelawar untuk pembantu rumah dan kurang sesuai dipakai oleh mereka bergelar isteri.

Kata warganet lagi, mungkin baju kelawar selesa dipakai namun ianya nampak tidak terurus dan kemas di mata suami. Namun, ada warganet mengatakan tiada salahnya untuk pakai sedikit terdedah di depan suami. Dalam pada itu, ada warganet berang apabila baju kelawar dijadikan isu sehingga berpisah. Kata warganet itu mungkin bukan salah baju tetapi salah memilih suami.

Tidak kurang juga ada mengatakan suami sibuk mengkritik pakaian si isteri tetapi bagaimana pula dengan penampilan mereka di rumah yang memakai kain pelekat sehingga menampakkan perut buncit mereka.

SUMBER: Twitter

Banyak Pasangan Leka Dengan 10 Perkara Ini. Peguam Syarie Kongsi 10 Perkara Pasangan Perlu Buat Untuk Elak Dari Berpisah

Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang berpanjangan dan bahagia di sisi pasangan tercinta. Ia hanya dapat dicapai dengan kerjasama kedua-dua pihak untuk mewujudkan ikatan yang penuh toleransi dan kasih sayang antara keduanya.

Baru-baru ini, seorang peguam syarie, Fahmi Ramli berkongsi 10 perkara penting yang perlu pasangan pengantin lakukan untuk menghindari perpisahan.Berikut adalah perkongsiannya.10 Perkara penting “Pengantin Baru” kena buat untuk elak perpisahan.

Kadang kala, semasa nak jadi pengantin baru ni, ada pasangan yang mungkin tak ambil tahu tentang persiapan yang perlu selepas kahwin. Bukan terlambat, cuma jangan tidak ambil tahu langsung.Selepas berkahwin, banyak cabaran besar bakal berlaku kepada pasangan baru. Khususnya hal yang berkaitan pengurusan dan undang-undang keluarga Islam. Jika enggan peduli tentang isu ini, pastinya akan berlaku keretkan besar istana yang dibina.Jadi, saya nak kongsikan 10 perkara penting kepada bakal pengantin baru perlu ambil peduli selepas kahwin kelak.

1. Teruskan belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam.Selepas saja suatu pasangan diakadnikah, mereka perlu tahu bahawa mereka sudah terikat dengan Undang-undang Keluarga Islam. Jadi, mahu atau tidak, suami dan isteri perlu belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam.

Khususnya perkara yang penting untuk diketahui berkaitan dengan hak suami isteri selepas kahwin, hak anak, hak selepas perpisahan dan hak suami isteri jika berlaku pemergian.Memang kita tak mahu berpisah dan hembuskan nafas terakhir, tapi kita perlu tahu, ajl dan jodoh atas ketentuan Allah. Mahu atau tidak, kita perlu terus belajar dan ambil peduli tentang perkara ini.

2. Suami kena sedia tempat tinggal yang selesa & berasingan kepada isteri.Rumah adalah keperluan wajib untuk suami sediakan kepada isteri. Sebaiknya, rumah ini disediakan berasingan daripada orang lain termasuk ahli keluarga suami atau keluarga isteri.

Jika suami dan isteri ‘PJJ’ atau perkahwinan jarak jauh, tidak tinggal bersama, suami tetap wajib sediakan rumah kepada isteri. Boleh sewa atau beli, yang penting disediakan tempat tinggal yang selesa dan berasingan kepada isteri. Ini termasuklah perbelanjaan rumah seperti elektrik dan air perlu dibayar oleh suami.

3. Rancang kewangan dengan bijak.Salah satu sebab terjadinya perbalahan suami isteri sepanjang karier saya, didapati banyak pasangan yang berpisah diawal usia perkahwinan adalah disebabkan ‘duit tak cukup’ atau berbalah ‘sebab duit’.

Pada saya, untuk elakkan perbalahan tentang wang ringgit, mesti perlu ada budget atau perancangan kewangan yang bijak serta mesti dipatuhi suami isteri. Kalau negara kita ni pun, sampai berdebat dalam Parlimen untuk budget diluluskan, maka amat penting jugalah suami isteri bincang betul-betul budget bulanan dan tahunan.

4. Masukkan nafkah belanja isteri secara online transfer setiap bulan.Jika suami itu seorang anggota tentera, pasti tak ada isu tak dapat Nafkah sebab anggota tentera wajib ada potongan kepada isteri. Mungkin isu yang timbul adalah isu tak cukup nafkah. Itu perkara lain. Namun, contoh ini patut diteladani oleh pasangan yang lain.

Setiap bulan, suami wajib masukkan duit belanja isteri ke dalam akaunnya bagi mudah membuktikan bahawa pemberian nafkah berlaku. Sekiranya duit yang hendak diberikan suami itu termasuk duit rumah, perbelanjaan isi rumah dan anak-anak, perlulah masukkan sejumlah wang yang wajar. Janganlah masuk setiap bulan RM200, tapi duit itu jugalah untuk isteri bayar sewa, beli barang dapur, beli barang anak. Memang tak cukup sangat lah.

5. Dapatkan nasihat atau kaunseling jika berlaku perbalahan.Sekiranya berlaku perbalahan suami isteri, segera dapatkan khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Jangan pendam setiap masalah. Ia perlu diluahkan kepada orang yang boleh bantu selesaikan masalah anda.Tidak semestinya suami yang perlu mohon kaunseling, isteri secara bersendirian boleh mohon untuk kaunseling walaupun suami enggan kaunseling.

6. Adu pada keluarga sebarang masalah, jangan pendam.Setiap isu dan permasalahan yang timbul, andai perkara itu kecil macam mana sekalipun, jangan simpan sendiri. Ada yang ahli keluarga tak tahu sebarang masalah, kerana tak pernah diberitahu.

Misalnya sering berlaku perbalahan fizikal, duit belanja tak cukup dan lain-lain. Kadang ahli keluarga bukan nak suruh berpisah, tapi nak jadi orang tengah yang boleh bawak berbincang. Kalau nak nikah dulu pun pakai ahli keluarga untuk bercakap, takkan bila jadi isu, kita abaikan mereka.

7. Buang tabiat lama yang negatif.Jika semasa bujang, ada tabiat mrkk misalnya, selepas kahwin patut buang kerana duit belanja harian akan bazir dan bahaya kesihatan anak isteri. Begitu juga dengan tabiat lain isteri, kalau masa bujang banyak bergaul mesra dengan rakan sekerja, maka selepas kahwin, perlu ada batasannya.

Sama juga dengan hobi yang mungkin tak bagus untuk perkahwinan. Contohnya, suami asyik main game tak kira waktu siang malam sebab biasa buat semasa bujang, hobi tu patut dibuang atau dikurangkan. Ini adalah salah satu punca pasangan muda berpisah zaman ini.

8. Siang waktu bekerja, malam waktu bersama keluarga.Kalau dulu zaman bujang selalu lepak di kedai mamak waktu malam untuk tengok bola dengan kawan-kawan, selepas berkahwin perlu ada hadnya. Khususnya ketika pasangan yang baru ada anak kecil.

Siang anda sudah habiskan masa untuk bekerja dan bersama pekerja, maka waktu malam apa salahnya menggunakan waktu sebaik mungkin untuk bersama anak isteri. Apa salahnya tonton bola kegemaran anda di rumah bersama anak isteri kan?

9. Jangan sembunyikan perkara penting.Tolong jangan sembunyikan apa-apa maklumat khususnya berkaitan dengan hutang, harta yang dimiliki dan tanggungan yang ada sebelum dan selepas kahwin. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu, rupanya suami yang dikahwini tersebut mempunyai isteri lain dan anak-anak terdahulu.

Begitu juga setiap pasangan, jangan ada meletakkan password telefon atau apa-apa password bank yang tidak diketahui kepada setiap pasangan. Meletakkan password yang tidak diketahui ini pasti akan menimbulkan rasa curiga dan boleh sukarkan pasangan untuk keluarkan duit bank jika pemergian anda bagi urusan terdesak.

10. Utamakan perbelanjaan isteri dan anak sebelum diri sendiri dan orang lain.Bila dah kahwin, suami wajib meletakkan keperluan isteri dan anak lebih penting daripada segalanya sebab suami yang sanggup nak pikul amanah tersebut. Kalau tidak, apa guna nikah kalau belanja isteri pun tak mampu. Belum lagi dapat anak yang perbelanjaannya pun agak tinggi sekarang.

Kadang-kadang, ada yang tak mampu tanggung diri sendiri pun, tapi nak juga nikah. Akhirnya, diri terbeban bukan sebab tak mampu, tapi sebab asyik ditakuk yang lama. Jangan nafkah anak dan isteri terabai sudah la.Jadi, bermanfaat tak pada anda? Ada tak rakan atau saudara anda pengantin baru?

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *