Si isteri menangis apabila gagal keluarkan wang KWSP suami yang telah tiada. Bila tunjuk surat apa pun semuanya dah jadi tak laku. Sekali ini respon dari perunding takaful.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga Uncategorized

Kisah yang dikongsikan oleh seorang perunding takaful mengenai seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang EPF arw4h suaminya bertujuan membuka mata orang ramai akan pentingnya melakukan persediaan awal. Tiada siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.

Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata dijemput secara mengejut. Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah meninggal dunia. Hal tersebut berlaku kerana suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan. Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kehilangan suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.

Dokumen seperti sijil kehilangan tidak boleh digunakan untuk tujuan pengeluaran wang EPF si suami yang telah tiada sekiranya tidak mempunyai surat kuasa. Gambar hiasan

“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kehilangan dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kehilangan dan setelah didaftarkan kehilangan tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si suami yang telah tiada itu. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful. Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si suami itu, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.

Asyraf Zakhi sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.

“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun. Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Dalam pada itu, Asyraf turut menekan betapa perlunya seseorang ketua keluarga untuk mengambil perlindungan insurans serta pelan hibah (pemberian harta) untuk keluarganya sebagai persediaan awal, tambahan pula jika si isteri merupakan seorang suri rumah sahaja.

“Banyak sebenarnya manfaat hibah ni. Ia boleh digunakan sebagai nafkah oleh isteri dan waris untuk meneruskan kehidupan. Ia juga digunakan untuk membantu proses faraid terutama berkaitan dokumentasi dan proses lain, dan ia juga boleh digunakan untuk membantu membayar hutang si suami yang telah tiada. Tapi masih ada segelintir yang mempunyai ‘mindset’ konon kalau ambil hibah, nanti bila dia tiada , isterinya boleh bersenang lenang dengan pasangan baru. Sebenarnya, ia untuk kemudahan isteri dia sendiri. Senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita. Buatlah pelantikan pentadbir harta supaya apabila kita telah pergi kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat,” katanya lagi.

Sebelum Memohon I Sinar KWSP. Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Untuk Keluarkan Duit Di Akaun 1 KWSP.

Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial, sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i-Sinar sudah dibuka untuk kategori 1. Untuk yang belum tahu, i-Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka. i-Sinar ni khas untuk mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19.

Rasanya semua tahu, kenapa selama kita bekerja, kita perlu mencarum dengan KWSP. Ya, betul untuk dana persaraan korang nanti selepas umur 55 tahun. Yelah, korang dah bersara nanti mesti memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, penjagaan kesihatan, bayar bil-bil utiliti rumah dan mungkin masih ada hutang-hutang yang perlu dibayar. Sebab korang mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja selepas umur 60 tahun. Tambahan pula, jangka hidup rakyat Malaysia sekarang makin meningkat. Selepas bersara, macam mana nak tampung kehidupan kalau tiada simpanan?

Tapi sejak Covid-19 melanda negara ni, isu pengeluaran duit KWSP sering diperdebatkan di media sosial khususnya. Pada yang dah bercadang nak memohon i-Sinar ni, fikir dua tiga kali, fikir sampai ‘masak’ supaya bila korang dah bersara nanti, pengeluaran hari ini tidak menjadi beban korang di kemudian harinya. Jika tiada keperluan dan pendapatan bulanan tidak terjejas, sebaik-baiknya duit dalam akaun 1 korang tu tak diusik untuk korang guna lepas bersara nanti.

Menyimpan dalam KWSP ni banyak manfaatnya, duit yang korang simpan akan dilaburkan dalam pelbagai pelaburan. Makin lama, simpanan korang makin bertambah kerana setiap tahun KWSP akan memberikan dividen dari hasil pelaburan yang mereka buat. Jika banyak korang menyimpan, lagi banyak lah yang korang boleh dapat. Sampailah masa bersara nanti, boleh keluarkan semua duit simpanan ini untuk enjoy hari tua korang.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai bantuan untuk isi rumah, bujang, peniaga kecil dan juga syarikat-syarikat yang terjejas. Apa kata korang manfaatkan dulu bantuan kerajaan yang korang layak untuk memohon dan jadikan pengeluaran KWSP menerusi program i-Sinar ini sebagai pilihan terakhir. Ini memang duit korang, tapi duit untuk persaraan, bukan untuk hari ini.

Tapi, jangan salah anggap, tiada langsung niat untuk melarang korang keluarkan duit akaun 1 tu. Cuma, jika tiada keperluan adalah lebih baik korang biarkan duit dalam akaun 1 tu terus bertambah untuk korang ‘tuai’ bila sampai waktunya nanti.

Kerana Tak Pasti Dengan Cara Permohonan Online KWSP. Orang Ramai Sanggup Beratur Sepanjang 100 Meter Hanya Demi I-Sinar.

Datang kerana keliru mengenai permohonan dalam talian. Orang ramai membanjiri pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara selepas permohonan i-Sinar dibuka secara dalam talian pada Isnin.

Selain ibu pejabat di Kuala Lumpur, barisan panjang turut dilihat di pejabat KWSP yang lain. Di KWSP Shah Alam misalnya, barisan panjang 100 meter dilihat sewaktu tengah hari. Namun, semuanya menjaga jarak dan mematuhi ketetapan berkaitan Covid-19.

Kebanyakannya datang kerana keliru mengenai permohonan dalam talian. Permohonan itu melibatkan dua kategori. Kategori 1 adalah melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas. Dua kategori itu membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *