Pelajar ini mula berniaga sejak umurnya 15 tahun. Dia tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu cari pendapat sehingga cecah ribuan ringgit.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Mirul mula berniaga sejak setahun yang lalu. Orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Begitulah yang dibuktikan oleh pelajar ini apabila perniagaan tonik rambut yang diusahakannya sejak setahun lalu membuahkan hasil lumayan. Menurut Muhammad Amirul Hamdan, 16, dia kini mampu tersenyum gembira dengan pendapatan ribuan ringgit sebulan sebagai ejen jualan produk tersebut.

“Saya mula sewaktu Tingkatan 3. Ada satu kejadian menjentik hati saya. Masa tu di kedai telefon, ada seorang anak minta iPhone dengan mak ayahnya. Tapi kelihatan macam tak mampu beli, saya tengok budak tu macam marah sebab tak dapat apa yang diingini. Dari situ saya terfikir nak jana pendapatan dengan berniaga, pada masa saya nak bantu orang lain cari duit juga. Jadi saya cari produk dan mula berniaga sebagai ejen,” ujarnya kepada mStar.

Selain berniaga, Mirul juga banyak berkongsi ilmu menerusi media sosial.

Mesra disapa Mirul, dia juga sering membuat kelas maya berkongsi ilmu perniagaan menerusi siarang langsung di Facebook dan Instagram. Malah katanya, dia tak terlepas menerima kritikan memandangkan usianya yang dianggap terlalu muda untuk berkongsi ilmu-ilmu tersebut. “Masa mula-mula dulu kena kritik. Biasalah kita buat live, tapi orang tak kenal… tiba-tiba buat live ajar cara buat duit.

InsyaAllah kalau ada peluang, saya nak masuk universiti, belajar bidang Perakaunan.

“Bisnes ni memerlukan kita jadi attention seeker. Kalau tak dapat perhatian orang, orang pun tak kenal produk kita. Tapi coach saya cakap, kalau nak buat marketing pun, buatlah marketing yang Allah suka. InsyaAllah ada keberkatannya,” ujarnya lagi. Kata remaja dari Dungun, Terengganu itu, dia juga membuat jadual untuk membahagikan masa antara perniagaan dan pelajaran. Malah katanya, segala wang yang diperolehi tidak membuatkan dia gelap mata dan mengabaikan persekolahan yang berbaki setahun lagi.

Kata Mirul, dia juga pernah dikecam kerana berniaga pada usia terlalu muda.

“Alhamdulillah, masa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) saya dapat 5A. Saya bahagikan masa sebaiknya. Bangun 5 pagi, collect order dan settle apa yang patut. Pukul 7 pergi sekolah. Petang dan malam saya fokus bisnes, belajar dan luang masa dengan keluarga. Kena ada dua-dua. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya. InsyaAllah kalau ada peluang, saya nak masuk universiti, belajar bidang Perakaunan,” ujarnya.

Kata Mirul lagi, dia juga tidak lokek berbelanja untuk keluarganya dengan wang yang dijana menerusi perniagaan itu. Malah, dia memberi saranan agar sesiapa sahaja di luar sana tidak takut sekiranya berminat untuk melakukan apa jua perniagaan. Malah, dia juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola untuk bekerja keras dan menganggap perjuangan dirinya hari ini jauh lebih kecil berbanding apa yang dilalui Baginda suatu masa lalu.

Macam Macam Dugaan Dialaminya Untuk Mengejar Satu Cita Citanya Ini. Sanggup Melakukan Apa Saja Untuk Seseorang Ini. Remaja Ini Tak Kisah Untuk Berniaga Tepi Jalan.

Izarul (kiri) yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang kini membuka sebuah gerai di tepi jalan. -foto instagram famfries_segamat. Siapa sangka seorang anak muda yang berniaga di sebuah gerai di tepi jalan sebenarnya mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi juruterbang.

Menerusi satu perkongsiannya di laman sosial sehingga menjadi tular, pemuda berkenaan memuat naik foto dirinya pernah bertugas di sebuah syarikat penerbangan dan gambar terkini sedang menanti kedatangan pelanggan di gerainya.

Berkongsi kisah di sebalik satu ciapan di laman Twitter itu, pemuda berkenaan, Ahmad Izarul Naim Mohd Rozahar berkata, dia bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan secara sambilan di sebuah syarikat penerbangan sejak Disember lalu.

Anak muda berusia 19 tahun itu bagaimanapun memberitahu, perkhidmatannya di syarikat tersebut hanya bertahan selama empat bulan sehingga Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Perkongsian Izarul di laman sosial menjadi tular.

“Industri penerbangan terjejas akibat pandemik, termasuk saya yang bekerja secara sambilan dan tiada job ketika itu. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berhenti. Tak ada job, tak adalah duit. Jadi, saya perlu cari sumber pendapatan lain buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Izarul, katanya, cita-citanya untuk menjadi juruterbang sejak kecil membuatkannya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam jurusan penerbangan.

Meminati bidang penerbangan sejak kecil.

Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan kewangan keluarga, terutama perlu menanggung kos untuk rawatan adiknya yang baru berusia 15 tahun menderita sakit teruk di tulang.

“Keluarga saya bukan orang senang, masa tu pula kami perlu tanggung kos rawatan adik. Jadi, saya menyambung pengajian dalam peringkat sijil terlebih dahulu.

“Saya mengikuti pengajian dalam jurusan kru kabin dan pembantu khidmat pelanggan penerbangan, kedua-duanya sijil di Edufly College di Kuala Lumpur pada 2019,” katanya sambil menambah adiknya meninggal dunia, Ogos lalu.

(gambar kiri) Izarul (kiri) bersama rakan-rakan setugasnya. (gambar kanan) Izarul ketika menjalani latihan amali.

Walaupun tidak mengikuti pengajian berkaitan juruterbang, anak sulung daripada tiga beradik itu bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang penerbangan.

“Rezeki itu ada di mana-mana. Buat masa ini, saya cari pengalaman dahulu selagi boleh. Belum ada rezeki dalam bidang penerbangan, saya berniaga secara kecil-kecilan.

Rezeki itu ada di mana-mana. Belum ada rezeki dalam bidang penerbangan, saya berniaga secara kecil-kecilan

“Selepas berhenti dari syarikat penerbangan itu, saya buka bisnes menjual masakan barat sejak Mei lalu. Saya yang masak, saya juga yang buat penghantaran secara COD (pembayaran tunai semasa serahan),” ujar Izarul yang berasal dari Segamat, Johor.

Perjalanannya dalam bisnes juga tidak semudah yang disangkakan berikutan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana peringkat awal hanya terjual lima kotak makanan sehari.

“Lama-kelamaan pelanggan semakin bertambah. Dengan sedikit simpanan hasil berniaga, saya memberanikan diri untuk membuka gerai di Segamat Baru, kira-kira dua minggu lalu. Dari 10 hingga 15 kotak makanan sehari di gerai, jualan kini mampu mencecah sehingga 40 kotak sehari selepas posting saya menjadi viral,” katanya. Bersyukur dengan perkembangan yang memberangsangkan ketika waktu sukar ini, Izarul masih memasang impian untuk bergelar juruterbang.

“Bila keadaan kembali pulih dan industri penerbangan semakin rancak, saya akan berusaha menyambung pengajian untuk jadi pilot. InsyaAllah, suatu hari nanti,” katanya.

Juruterbang tinggalkan kokpit sambung tugas di gerai, tak kisah tebal muka ambil order kru kabin – “Saya dah boleh jangka…”

Kapten Azrin Mohamad Zawawi membuka gerai susulan diberhentikan kerja sebagai juruterbang. -foto ihsan Kapten Azrin Mohamad Zawawi. Segak dan bergaya, seorang lelaki dilihat lengkap berpakaian seragam seperti juruterbang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Tanpa perlu menerjah ke dalam kokpit pesawat, orang ramai berpeluang untuk melihat lelaki itu dalam persalinan baju kemeja putih, topi, tali leher, seluar dan kasut hitam serta lencana sayap seperti kapten juruterbang.

Mi Kari Ipoh, bihun sup, laksa utara dan rojak buah antara pesanan yang diambilnya daripada para pelanggan di sebuah gerai di USJ 11 di Subang Jaya, Selangor.

Bukan lakonan semata-mata, sebaliknya lelaki berkenaan adalah juruterbang, yang merupakan antara 2,200 pekerja Malindo yang diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19.

Kapten Azrin (kanan) bersama rakan setugas di dalam kokpit.

Bercakap kepada mStar, juruterbang berkenaan, Kapten Azrin Mohamad Zawawi berkata, dia berpengalaman dalam bidang penerbangan selama 20 tahun. Namun, juruterbang berusia 44 tahun itu memberitahu, perkhidmatannya bersama Malindo selama lima tahun dan enam bulan terhenti pada 30 Oktober lalu.

“Ia adalah syarikat penerbangan keempat saya berkhidmat sebagai juruterbang. Saya terima dan reda dengan pemberhentian ini, malah dapat dijangka lebih awal kerana pandemik. Tapi saya sedih kerana terpaksa tinggalkan rakan-rakan seperjuangan, terutama mereka yang turut terkesan dengan pemberhentian ini,” katanya.

Menyedari perkembangan yang tidak begitu baik dalam industri penerbangan, Kapten Azrin nekad untuk membuka sebuah gerai dengan bantuan isteri, ibu mentua dan dua adik iparnya.

“Saya dah boleh jangka perkara ini (pemberhentian). Dah lama rancang untuk buka gerai tapi baru berkesempatan untuk membukanya seminggu sebelum saya diberhentikan kerja.

Kalau di kokpit, ia mengingatkan saya kepada tanggungjawab membawa penumpang dengan selesa dan selamat sepanjang penerbangan, di gerai saya mahu memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

“Tapi saya bukanlah tukang masak, hanya tukang potong dan sediakan bahan-bahan. Tukang masak utama adalah ibu mentua dan isteri saya,” ujarnya. Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun tidak menyangka tindakannya memakai pakaian seragam ketika berniaga di gerai menjadi tular.

Berpakaian seragam juruterbang di atas permintaan pelanggan.

Mengulas lanjut, semuanya bermula selepas dia berpakaian seragam pada awal minggu ini untuk mengembalikan pas pekerjanya kepada pihak berkuasa penerbangan.

“Dalam perjalanan pulang saya singgah ke gerai dan terus bekerja. Foto saya berniaga sambil memakai uniform menjadi viral dan ramai pelanggan request untuk saya terus pakai.

“Atas permintaan pelanggan, saya turutkan saja. Jujurnya, pakai baju seragam ini bersama apron sebenarnya menaikkan semangat saya untuk berniaga dalam waktu yang sukar. Kalau di kokpit, ia mengingatkan saya kepada tanggungjawab membawa penumpang dengan selesa dan selamat sepanjang penerbangan, dan di gerai saya mahu memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan,” tambahnya.

Menurut Kapten Azrin, dia tidak kisah untuk ‘tebal’ muka mengambil pesanan pelanggan dalam pakaian seragam kerana dirinya suka berinteraksi dengan orang ramai.

“Bukan sekadar orang awam, bahkan antara pelanggan saya terdiri daripada kru kabin yang selama ini antara tugas mereka menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang. Selama ini hanya di kokpit, sekarang saya dapat menyelami antara tugas kru kabin. Saya okay je, tak kisah ambil order kru kabin, tapi mereka yang segan-segan dengan saya.Apa yang saya lakukan ini adalah satu pengalaman baharu dan saya berharap keadaan kembali pulih kerana saya masih berharap untuk kembali terbang suatu hari nanti,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *