Ai Wahida tanggung derita selama ini kerana disihir oleh seseorang ini. Tak sangka boleh jadi perkara seperti ini.

artis Cerita Seram KESIHATAN Uncategorized

Ai Wahida semakin pulih selepas berubat di Kuantan, Pahang. Siapa sangka kawan yang selama ini berkongsi rahsia rupa-rupanya musuh dalam selimut yang sanggup melakukan perbuatan svirik seperti s4ntau dan s1hir. Itulah musibah yang berlaku kepada penyanyi Ai Wahida hingga dia mengalami gangguan emosi selama beberapa tahun dan akhirnya mengambil keputusan untuk berubat di Kuantan, Pahang. Menurut Ai Wahida, 22, dia memilih untuk mencari penawar kepada masalah yang dihadapi selepas menghubungi bapa kepada kanak-kanak bernama Fattah Anas iaitu Mohamad Firdaus atau dikenali Papa Anas yang pernah alami pengalaman yang sama.

Ai Wahida sebelum ini berkongsi perkara itu di laman sosial.

“Saya sedar sejak beberapa tahun lalu apabila emosi saya tak stabil seperti kalau orang marah, saya akan jadi bertambah marah dan kalau sedih… akan sedih sangat sampai timbul rasa nak buat sesuatu perkara yang teruk. Mungkin kalau di media sosial orang nampak saya seorang periang dan gembira apabila dengan kawan-kawan… tapi selepas balik rumah saya jadi panas dan keluarga yang tegur keadaan saya semakin hari semakin teruk. Baru-baru ini, saya terdetik nak hubungi papa Anas yang lalui perkara yang sama dan dia minta saya pergi berubat. Dia juga yang bawa saya jumpa perawat untuk berubat di Kuantan. Masa pergi berubat itu, perawat tersebut beritahu yang saya terkena sihir dan apabila dah berubat… keluar la cecair seperti munt4h dar4h dan beberapa bilah jarum serta paku,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ai Wahida berkongsi pendedahan di Instagram mengatakan dia sudah semakin sembuh daripada penyakit misteri angkara sihir dan santau selepas berubat di beberapa lokasi di Johor, Pahang dan Kelantan.

Saya fikir dengan jadinya benda ini, membuatkan saya lebih dekat dengan Allah.

Dalam pada itu, pemilik nama Wahida Amalin Atan ini mengakui dia tidak menyangka antara perlaku tersebut merupakan kenalan rapat dan bekas rakan sekerja di tempat kerja lamanya.

“Kadang-kadang kita nampak orang tu baik depan kita dan tak pernah gaduh pun. Tapi tanpa sedar dalam diam dia iri hati dengan kita. Sebenarnya saya pergi berubat banyak tempat. Ada yang rahsiakan dan ada tempat beritahu siapa yang menghantar sihir itu kepada saya. Tapi bukan niat untuk berdendam, sekadar ingin berhati-hati dengan orang tersebut. Apa yang saya tahu, ada beberapa orang antaranya kawan rapat saya yang tahu semua cerita dan rahsia saya manakala seorang lagi bekas kawan saya di tempat kerja,” ujarnya.

Ai Wahida berubat sehingga keluar darah dan beberapa jarum serta paku.

Sementara itu, penyanyi lagu MAMA ini berkata apa yang berlaku membuatkan dia lebih dekat dengan Allah dan berharap orang yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut agar segera bertaubat.

“Apa yang jadi ini memang susah untuk saya terima sebab tak sangka ada juga orang yang sanggup buat perkara terkutuk itu tanpa saya tahu pun silap kita pada orang itu. Saya percaya apa yang terjadi ini atas izin Allah dan mesti ada hikmah yang tersembunyi. Saya fikir dengan jadinya benda ini, membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Selepas terkena sihir dan s4ntau ini, membuatkan saya lebih menjaga solat dan mengaji supaya benda ini tak mudah masuk dalam badan saya. Bukan tugas saya untuk membalas semula perbuatan orang itu. Apa yang saya mampu cakap, itu urusan dia dengan Allah dan saya harap orang itu sempat bertaubat dengan Allah sebelum dia pergi. Saya maafkan dan reda sahaja. Saya doakan dia sedar perbuatan itu salah,” katanya.

Dikatakan Terima Gangguan Selepas Membeli Dan Melakukan Unboxing Sebuah Kotak Yang Dibeli Daripada Laman EBay. Terkini Ini Yang Berlaku Kat Youtuber PrinceMeed

Semenjak dua menjak ini, admin ternampak beberapa orang warganet kerap membincangkan tentang Youtuber terkenal Malaysia, PrinceMeed yang katanya mengalami masalah gangguan mistik dan kini sudah mendapatkan rawatan Islam. 

Bagi yang tak kenal siapa PrinceMeed ni, dia boleh dikatakan agak terkenal jugalah di laman Youtube kerana sering muncul dengan content berkisarkan misteri, unboxing kotak atau barang yang dibelinya daripada dark web dan bercakap mengenai teori konspirasi macam Illumnati dan Freemason.

Mula terima gangguan mistik lepas beli kotak ‘dybbuk’? Menurut Youtube channel PrinceMeed LIVE!, PrinceMeed mula menerima gangguan mistik selepas dia dikatakan membeli dan melakukan unboxing sebuah kotak sihir yang dibelinya daripada laman eBay tahun lalu.

Menerusi video pertama kejadian tersebut di Youtube PrinceMeed, dia menerangkan bagaimana dinding rumahnya berubah jadi kehijauan dalam semalaman selepas unboxing kotak berkenaan.“Aku ingat satu benda, aku ingat apa yang aku beli dekat eBay dulu. Aku ingat beli sesuatu lepastu aku punya apartment macam ada hal la lepas tu.

“Ada kesan dekat dinding dalam masa semalaman. Juga guys dalam masa semalaman itu aku tak tahu macamana dia berlaku tapi aku menangis sekejap dan aku sangat takut,” katanya.Kotak dybbuk yang disebutkan Youtuber tersebut ialah sebuah kotak penyimpanan ark dan berkaitan dengan sebuah dongeng bangsa Yhudi. Ia juga ada kaitan dengan sihir pemvjaan kaum tersebut.

Kotak dah dibuang tapi masih kena ganggu .Walau bagaimanapun, selepas membuat sesi unboxing dan menceritakan pengalamannya diganggu entiti, PrinceMeed telah membuang kotak tersebut di sebuah kawasan dekat Karak. Video tersebut pula dirakam pada tahun lepas.

Jadi rasa-rasanya dah selamat lah kot kan? Rupanya tidak! PrinceMeed kembali merakam video yang dia telah diganggu oleh beberapa entiti dan semuanya dimuat naik ke dalam akaun Youtubenya. BAnyak video yang boleh buat bulu roma korang merinding.

Admin ingatkan awal-awal kalau lemah semangat, please jangan tengok ye! Dapat bantuan rawatan Islam .Setelah setahun mengalami masalah gangguan ini, PrinceMeed akhinya mendapat bantuan rawatan secara Islam oleh sekumpulan pengamal perubatan yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Perawat daripada Pusat Rawatan Al Idrus ini telah ke rumah Youtuber berkenaan untuk bersemuka dan membuang makhluk halus yang mengganggu hidup pesakit ini.Video yang ini pun admin nak kasi peringatan, kalau lemah semangat jangan tengok ye! 

Menurut Ustaz Shafiq yang merawat PrinceMeed, entiti yang mengganggu Youtuber berkenaan merupakan jin yang mengganggu manusia yang beriman dengan Allah. Tak sampai 5 minit bersiaran, murid ustaz tersebut dah mula jadi perantara kepada jin yang ganggu PrinceMeed selama ini.Dalam banyak-banyak jin sebelum ini, ini first time hilang mata hitam abu. Tinggal mata putih sahaja,” kata Ustaz Shafiq.

Tambah ustaz tu lagi, bila kita sudah terambil satu barang dan kita sudah ‘akad’ barang tersebut seperti keris atau barang lama, kita sudah menjadi tuannya. Cara untuk membuangnya ialah dengan tuan dan jin tersebut buat ikrar pemutus. Uish rumit ni! 

Walau bagaimanapun, dipendekkan cerita ustaz terbabit berjaya keluarkan semua jin dalam rumah PrinceMeed dan dia akui semua jin ini adalah jenis yang baru dan tak pernah dia berdepan lagi sebelum ini.Apa-apapun Ustaz Shafiq menasihatkan supaya apa yang berlaku kepada Youtuber ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua supaya jangan ambil barang lama atau sihir yang tak diketahui sejarah atau asal usulnya.Semoga kita semua tidak tergolon dalam golongan yang menyekutukan Allah. 

Tular Di Media Sosial Apabila Rumah Peninggalan Neneknya Ini Diganggu Makhluk Halus. Kini Pemilik Rumah Ini Tampil Menceritakan Kisah Yang Sebenar.

Memang tak dapat dinafikan, gangguan jin boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di rumah. Kadangkala, kehadiran ‘mereka’ ini turut dirasai oleh penghuni rumah berkenaan. Terbaru, seorang pengguna Twitter ada berkongsi pengalaman seram yang dialami oleh mereka sekeluarga ketika menetap di sebuah rumah.

Kisah seram rumah peninggalan

Menerusi perkongsian daripada Azwnznl94, dia memberitahu apabila rumah yang pernah didiami pada suatu ketika dahulu ‘diganggu’ makhluk halus. Malah, rumah tersebut telah pun dijual oleh bapanya.Menurut individu ini, rumah tersebut merupakan peninggalan neneknya dan mereka sudah menetap di situ hampir 20 tahun. Namun kejadian seram kerap berlaku sehinggakan terdapat lebam dan kesan gigit pada kaki ibunya itu. Mereka kemudian mencari seorang bom0h untuk datang memeriksa keadaan rumah tersebut dan rupa-rupanya tanggapan mereka adalah betul. Rumah itu turut ‘dihuni’ oleh makhluk halus.

B0moh itu kemudian memulakan ‘r4watan’ dengan memec4hkan telur dan apa yang mengejvtkan telur itu telah pec4h dan seakan mengeluarkan cecair. Tidak terhenti di situ, kakak individu ini turut dirasuk sehingga tidak sedarkan diri sepanjang r4watan dilakukan. Oleh hal yang demikian, b0moh telah memagar rumah berkenaan.

Semasa rawatan di lakukan, makhluk halus itu memberitahu tujuan dia datang ke rumah itu kerana telah dihantar oleh seseorang untuk menghancurkan keluarga tersebut dan ingin melukakan seseorang sambil menuding jari ke arah ayah individu ini. Malah barang-barangan antik yang terdapat di dalam rumah itu turut dibuang.

Lebih mengejutkan apabila b0moh meminta mereka untuk menggali satu kawasan itu dan alangkah terkejvt apabila mendapati terdapat satu bungkusan berwarna kuning yang ditanam di bawah pokok rambutan. Paling tidak tahan adalah bau yang dikeluarkan dari bungkusan itu tersangatlah busuk. Akhirnya, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut.Menjengah ke ruangan komen, ada seorang pengguna Twitter mendakwa rumah yang dijual itu telahpun dibeli oleh bapanya. Tambahnya lagi, mereka langsung tidak tahu mengenai ‘kisah’ di sebalik rumah terbabit.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *